Ujian Deria ke-6, Tahap Psychic & Pengijazahan Reiki : Master Level
by Admin on Feb.28, 2011, under Info Kursus, Promo Terkini
Salam Aura Reiki..
Alhamdulillah, Workshop Reiki Tahap Master telah selamat dijalankan pada 25 & 26 Feb 2011 dengan dihadiri oleh 8 orang pengamal Reiki yang telah diijazahkan tahap Master. Mereka terdiri dari ‘pengamal’ yang menghayati dan mengaplikasikan Reiki dari segala sudut, pemahaman mereka bukan setakat ‘mencipta magnet kekayaan’ sahaja.. malah lebih dari itu.
Sebelum mereka bergelar REIKI MASTER, mereka terlebih dahulu menduduki dua jenis ujian iaitu bertulis dan praktikal.
Ujian bertulis
Ujian Deria ke-6 & Ujian Tahap ‘Psychic’ : Ujian ini diadakan untuk mengenal pasti KECENDERUNGAN POTENSI DALAMAN para Master Reiki. Dengan mengenal pasti perkara ini, mereka dapat ‘memandu perjalanan Reiki’ mereka dengan lebih baik. Ujian ini mula diperkenalkan pada tahun 2010.
Dalam ujian deria ke-6, potensi yang akan dikenal pasti adalah sama ada deria ke-6 mereka MAMPU atau AKTIF atau PEKA atau HEBAT.
Dalam ujian tahap ‘psychic’, potensi yang akan dikenal pasti adalah sama ada mereka cenderung ke arah :
- EMPATI : Keupayaan istimewa dalam memahami keadaan orang lain namun terhad pada keadaan sekeliling.
- MEDIUM : Memiliki kelebihan berhubung ke alam mistik serta berkebolehan melihat ke dimensi lain seperti alam astral atau ghaib.
- SHAMAN : Mempunyai kelebihan unik yang dapat memahami bahasa-bahasa alam, tumbuhan dan haiwan. Biasanya dimiliki sejak dari lahir.
- CHANNELER : Mampu berhubung dengan informasi atau tahap tenaga kerohanian yang tinggi.
Ujian Praktikal
Pengijazahan Reiki Tahap Master : Para Master akan melakukan PENGIJAZAHAN REIKI ke atas Master Teacher dan pengijazahan itu akan dinilai. Alhamdulillah kesesemuanya LULUS!!
Mari kita berkenalan dengan para-para Reiki Master ini
Master Abdul Haris Samsoodin
Ujian Deria ke-6 : PEKA
Ujian Tahap ‘Psychic’ : SHAMAN
Master Muhamad Alnazri B Mohamad Alwi
Ujian Deria ke-6 : PEKA
Ujian Tahap ‘Psychic’ : SHAMAN
Master Ustaz Ahmad Ridzuan Bin Zulkuply
Ujian Deria ke-6 : AKTIF
Ujian Tahap ‘Psychic’ : MEDIUM
Master Norman Bin Mohd. Noor
Ujian Deria KE-6 : PEKA
Ujian Tahap ‘Psychic’ : MEDIUM
Master Hj. Md. Israry Bin Hamid
Ujian Deria ke-6 : PEKA
Ujian Tahap ‘Psychic’ : MEDIUM
Master Mustafah Marof
Ujian Deria ke-6 : PEKA
Ujian Tahap ‘Psychic’ : EMPATI & SHAMAN
Master Maizun Bte Mohamad @ Md Amin
Ujian Deria ke-6 : PEKA
Ujian Tahap ‘Psychic’ : CHANNELER & SHAMAN
Master Zaini Bte Zainal
Ujian Deria ke-6 : HEBAT
Ujian Tahap ‘Psychic’ : CHANNELER
















