Reiki 7Chakra

Teknologi Foto Aura & Tawaran Hebat!!

by on Nov.14, 2009, under Aura, Promo Terkini

dr-tg-asmadi

Melihat aura melalui foto aura, bukan sahaja suatu pengalaman yang menyeronokan tetapi ia juga dapat digunakan sebagai satu diagnosis kesihatan bagi mengukur tahap gelombang tujuh warna dalam tubuh yang berkait rapat dengan kegunaan fizikal dan psikologi manusia.

Umpama berkenalan dengan diri sendiri, mengkaji rahsia diri – satu kehebatan kejadian Tuhan. Daripada Teknologi ini, beberapa perkara dapat dikenalpasti seperti :

  • kecenderungan
  • kehebatan
  • kelebihan
  • kekurangan

Juga kecenderungan warna personaliti dapat dikenal pasti sama ada ianya :

  • merah
  • jingga
  • kuning
  • hijau
  • biru
  • indigo
  • violet

Kecenderungan inilah yang membezakan antara :

  • sikap
  • perwatakan
  • cara berfikir
  • permasalahan

Sebagai contoh, para pemikir memliki gelombang tenaga kuning yang berlebihan yang menjadikan mereka bijak, hebat, berjaya, kaya dan berkedudukan. Namun begitu, secara fitrahnya tenaga yang digunakan secara berlebihan mula tidak stabil ataupun harmoni.

Kesan daripada itu, pada kebiasaan, mereka ini cenderung mengalami masalah seperti :

  • penyakit ginjal
  • kencing manis
  • gastrik
  • masalah sistem hati
  • masalah limpa

Yang mana simptomnya adalah seperti :

  • keguguran rambut
  • kerabunan
  • sakit pinggang atau belikat
  • panas baran
  • ego

Setiap warna memiliki kelebihan tersendiri, dan di mana ada kelebihan sudah pastilah hadir bersama kelemahannya.

Di Malaysia, kaedah diagnosis dan ilmu aura ini masih baru tetapi kian bercambah pesat. Tidak seperti negara-negara maju di barat, penggunaan foto aura ini bukan sahaja digunakan oleh pengamal perubatan alternatif, ia juga diterima pakai sebagai salah satu alat diagnosis penting di :

  • hospital moden
  • pusat sains sukan
  • jabatan sumber manusia
  • jabatan psikologi manusia
  • & lain-lain..

Sebagai contoh, beberapa hospital swasta di barat menggunakan kaedah diagnosis aura sebagai permeriksaan awal sebelum diagnosis fizikal dijalankan. Ini kerana sebarang bentuk ketidakseimbangan tenaga pada fizikal, minda dan emosi perlu diukur bagi menentukan kesesuaian rawatan susulan yang diperlukan oleh pesakit. Contohnya bagi pesakit kanser yang mengalami gangguan emosi dan minda yang dikenal pasti dari diagnosis aura, ia akan dirujuk kepada ahli psikologi bagi sesi kaunseling sebelum rawatan fizikal kanser dimulakan.

Secara ringkas, foto aura adalah diagnosis mengenai aura yang dilakukan menggunakan kamera khas dan sensor berteknologi tinggi bagi mengenal pasti tahap tenaga atau gelombang elektromagnetik yang dimiliki seseorang.

  • Kamera menyumbang sekitar 20 % maklumat

IMG_0605

  • Bio-sensor menyumbang sekitar 80 % maklumat

mesin pengimbas

Maklumat tersebut adalah seperti

  • Suhu badan
  • Getaran gelombang minda (EEG)
  • Getaran gelombang pada otot (EMG)
  • Getaran nadi atau jantung (ECG)
  • Sistem neurotransmisi dalam sistem saraf badan

Disebabkan itu, diagnosis dapat dilakukan tanpa kehadiran kamera, dimana ia hanya membantu melengkapkan sesi foto dengan imej individu serta lapisan pertama wap-wap air yang ada paling hampir dengan kulit tubuh. Kombinasi maklumat dari kedua-dua alat dihantar ke perisian aura pada komputer lalu divisualkan pada skrin warna-warna aura yang mewakili getaran gelombang yang berbeza-beza. Terdapat beberapa graf  dan data-data tambahan yang membantu bagi memahami tahap ketepatan diagnosis yang dijalani.

Secara keseluruhan, ilmu dan kemahiran diperlukan dalam mengendalikan alatan ini bagi mentafsir suatu bacaan aura yang dilakukan dengan tepat dan berasas.

-Artikel diambil / diolah dari buku AURA PERSONALITI WARNA

______________________________________________________________________

Sila ‘copy & print out flyers’ dibawah & bawa ke pusat rawatan kami sebagai BUKTI untuk mendapatkan POTONGAN HARGA bagi sesi konsultasi / diagnosis ANDA bersama PAKAR AURA – Dr. Master Mir Hazil Azran Ramli.

flyers promo rm80 color

Tawaran ini hanya untuk mereka yang membawa ‘flyers’ ini sahaja.

Rebutlah peluang keemasan ini sekarang !

No comments for this entry yet...

Leave a Reply

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...

Archives

All entries, chronologically...