Reiki 7Chakra

Tag: Teknik Reiki

Reiki : Mencapai Pencerahan??

by on May.25, 2011, under Reiki 360

Di sebalik teknik yang terperinci, ianya juga merupakan sebuah seni penyembuhan atau seni upgrade diri yang halus dan ‘power’. Ianya di cari oleh mereka yang oleh mereka yang ingin mendapatkan pencerahan, mereka yang meminati ilmu-ilmu hikmah, mereka yang ingin merawat diri, mereka yang ingin berubah, dan tidak ketinggalan juga mereka yang ingin ‘cepat kaya’.

Dalam 4 golongan ini, golongan yang terakhir ini adalah golongan yang akan sentiasa menjadi mangsa penipuan (penipuan didalam dunia Reiki juga telah banyak, dan ini sedikit sebanyak memberikan cabaran kepada kami di dalam usaha untuk memperkenalkan keunikan serta faedah Reiki yang sebenarnya bukan berada di tingkat rendah nafsu kebendaan) golongan-golongan ‘Reiki Duit’.

Dan perjalanan golongan keempat ini akan menjadi ‘agak’ jauh dari pengertian UNIVERSAL ENERGY dan berkemungkinan besar pula akan mengatakan “reiki ini tipu”..

Sebenarnya, Reiki boleh menjadikan pengamal itu kaya, dan kaya yang saya maksudkan di sini lebih jauh ‘nikmatnya’ berbanding kaya duit, iaitu kaya secara menyeluruh seperti kehidupan yang tenang, rezeki keliling pinggang, kesihatan yang stabil serta berupaya pula memanfaatkan energi alam yang telah disediakan oleh Tuhan untuk sekelian makhluk-Nya.

Di ikat oleh 5 prinsip yang sememangnya menjamin stabilan energi, pengamal reiki yang sejati mampu untuk menjadi apa sahaja yang dihajati, mampu untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburi kerana dari penghayatan kepada 5 prinsip ini akan terbit satu kesedaran (awareness) yang utuh yakni = Segalanya adalah dari Allah s.w.t

Kesedaran itu dapat dibangunkan melalui Reiki. Ini kerana setiap teknik-teknik penyembuhan memerlukan pengamalnya untuk benar-benar pasrah dalam usaha melakukan rawatan. Di sini pengamal akan mempelajari cara untuk mengenali dan mengawal kerisauan yang ada di dalam diri.

Risau merupakan hal psikologi yang turut melibatkan tubuh fizikal. Cuba perhatikan takala ketika kita berasa risau, bahagian tubuh manakah yang akan bergetar? Pada perut dan pada dada. Kerisauan akan mengganggu aliran energi dalaman. Ini tidak bagus untuk pengamal hatta untuk setiap manusia sekalipun kerana jika kerap berasa risau, tubuh akan mudah diserang penyakit.

Antara praktikal-praktikal pengamal Reiki selain dari penyembuhan adalah peningkatan energi diri sendiri. Peningkatan ini berlaku secara holistik iaitu menyeluruh, bukan setakat satu atau dua chakra sahaja, bukan setakat aspek fizikal atau minda sahaja, ianya pada semua aspek peningkatan tahap energi pada 7 chakra dan pada 4 aspek seperti rohani, emosi, minda dan tubuh (boleh juga dikatakan sebagai rohani dan jasmani).

Di dalam proses ‘upgrade’ ini, berlaku pelbagai pengalaman-pengalaman yang amat peribadi dan sukar untuk dikongsikan kepada umum. Sebagai contohnya pengalaman ’3 clair’ seperti clairvoyant, clairaudience dan clairsentience. Walaupun tidak secara total, pengalaman dari satu atau dua dari tiga clair ini akan dapat dirasai. Akan tetapi perkara ini bukanlah matlamat utama, ia hanya menunjukkan bahawa aliran energi pada sistem chakra dan sistem kundalini sedang berlaku dan proses pembersihan atau pemurnian ini berlaku dengan sangat efisyen sekali.

Upgrade diri ini bukanlah sesuatu perkara yang mustahil atau karut, ianya boleh berlaku dalam keadaan yang amat realistik. Apa yang diperlukan hanyalah sikap pasrah di dalam memberi dan keterbukaan di dalam menerima.

- Master Luthfi -

Leave a Comment :, , , , , , , more...

43 Kelebihan + 7 Keunikan = 50 Sebab Mengapa Perlu Sertai Nur Reiki Salam

by on May.18, 2011, under Info Kursus, Nur Reiki Salam

Nur Reiki Salam merupakan Reiki Tingakatan ke-6 iaitu tingkatan yang agak tinggi didalam dunia energi. Ianya dicipta oleh Master Mir Hazil Azran Ramli selaku GrandMaster Nur Reiki Salam. Mempunyai konsep SUFISTIK dan falsafah ‘Cahaya Dalam Cahaya’.

Kelebihan Nur Reiki Salam ialah :

    1. Mampu meningkatkan kecerdasan kerohanian (SQ) seseorang
    2. Melancarkan aliran energi dalaman
    3. Membersihkan chakra
    4. Mengharmonikan aura
    5. Melancarkan aliran kundalini
    6. Meningkatkan kualiti kesihatan minda, emosi dan tubuh badan
    7. Meningkatkan daya kepekaan
    8. Menambahkan kualiti tenaga
    9. Merawat masalah tekanan emosi
    10. Menenangkan minda
    11. Menstabilkan keseimbangan energi dalaman
    12. Menstabilkan ritma sirkadian tubuh
    13. Melegakan sakit bengkak
    14. Meningkatkan karisma diri
    15. Mencipta perisai diri dari gangguan makhluk halus
    16. Mencipta perisai diri dari gangguan gelombang radiasi perkakasan elektronik
    17. Meningkatkan daya kekebalan sistem pertahanan badan
    18. Meningkatkan daya konsentrasi
    19. Meningkatkan daya fokus
    20. Mengawal masalah penyakit-penyakit kronik seperti diabetis dan darah tinggi
    21. Membantu mereka yang memerlukan bantuan secara cemas
    22. Mampu untuk merawat segala jenis penyakit
    23. Menyuburkan tanaman / tumbuh-tumbuhan
    24. Merawat masalah insomnia
    25. Meningkatkan dan memperbesarkan aura
    26. Memecahkan segala hambatan energi yang ada dalam tubuh
    27. Menstabilkan aliran energi dalam rumah / premis perniagaan
    28. Mengawal dan mententeramkan kemarahan
    29. Mengawal dan mententeramkan kerisauan
    30. Menjadi orang yang jujur
    31. Menjadi orang yang sentiasa bersyukur
    32. Menjadi orang yang berbuat baik pada setiap makhluk
    33. Menjadi positif
    34. Mengembangkan bakat serta kebolehan terpendam
    35. Meningkatkan E.S.P
    36. Merawat haiwan-haiwan peliharaan
    37. Meningkatkan stamina daya seksual
    38. Mampu untuk membuat keputusan yang tepat
    39. Menghilangkan rasa was-was
    40. Menghilangkan sihir
    41. Membuang saka
    42. Mencipta peluang rezeki
    43. Merawat masalah perhubungan

    Keunikan Nur Reiki Salam :

    1. Energinya panas suam
    2. Mudah dirasai pada telapak tangan selepas diaktifkan
    3. Boleh digunakan ketika melakukan rawatan untuk kes berat seperti gangguan makhluk halus
    4. Tidak mempunyai simbol
    5. Menggabungkan bacaan ayat Al-Quran
    6. Melakukan pembersihan sehingga keperingkat energi untuk sel dalam badan (zarah)
    7. Mudah untuk diamalkan

      Masih terbuka kepada orang ramai..

      Ayuh semua, bersama kami dalam menghayati energi alam.

      Kali ini kami memilih lokasi pulau-pulau yang keadaan persekitarannya masih dalam keadaan baik dan terkawal..

      Dan yang paling penting, tahap ENERGInya masih dalam keadaan solid tanpa campuran energi kotor..

      Leave a Comment :, , , , , , , , , more...

      10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Perihal Reiki

      by on May.15, 2011, under Uncategorized

      1) Apakah maksud Reiki?

      Reiki …merupakan gabungan dari dua perkataan Rei dan Ki yang membawa maksud tenaga alam atau “Universal Life Force Energy”.

      2) Apakah sebenarnya ‘teknik’ Reiki?

      Reiki merupakan salah sebuah teknik terapi komplementari yang menggunakan tapak tangan untuk mengalirkan energi kepada tubuh pesakit.

      3) Apakah maksud Usui Reiki?

      Usui Reiki merujuk kepada REIKI YANG ASAL daripada Dr. Mikao Usui sendiri yang telah dikemaskini oleh Dr. Chujiro Hayashi di mana ia mendedahkan pelajar kepada TEKNIK PENYEMBUHAN TAPAK TANGAN. Usui Reiki mendedahkan pelajar kepada prinsip-prinsip Reiki, tahap-tahap Reiki dan bagaimana melakukan terapi.

      4) Bagaimana pula reiki yang diperkenalkan Dr Mir Hazil iaitu REIKI BIO-ENERGI?

      REIKI BIO-ENERGI merupakan KESINAMBUNGAN dari Usui Reiki, SEGALANYA TIDAK BERUBAH, hanya yang membezakannya adalah dengan PENAMBAHAN SILIBUS kepada pendedahan konsep energi dari sudut saintifik. Sebagai contoh adalah kupasan terperinci mengeni frekuensi warna, fungsi otak, minda dan sebagainya yang tidak dimasukkan di dalam Usui Reiki.

      5) Bagaimanakah seseorang itu boleh mengalirkan energi ini?

      Seseorang itu boleh mengalirkan tenaga ini hanya dengan ‘intention’ atau niat untuk mengalirkannya.

      6) Sesiapa sahaja pun boleh mengalirkannya?

      YA, sesiapa sahaja boleh mengalirkan energi ini tetapi dengan melalui proses pembelajaran dan pelarasan atau pengijazahan, tenaga ini dapat dialirkan dengan lebih lancar dan berkesan.

      7) Adakah energi Reiki boleh dialirkan kepada objek lain?

      BOLEH, energi ini boleh dialirkan kepada haiwan, tumbuhan, makanan, air mandian, batu kristal dan sebagainya termasuklah rumah dan premis perniagaan.

      8) Ibu saya sedang sakit di kampung, bolehkan energi Reiki dihantar melalui jarak jauh?

      BOLEH. Anda boleh menghantar energi penyembuhan Reiki kepada siapa jua walaupun berada jauh, atau di luar negara dan di mana sahaja anda berada malah teknik penyembuhan Reiki ada garis panduan dan teknik dalam rawatan jarak jauh.

      9) Saya adalah seorang perokok tegar, adakah Reiki boleh membantu untuk mengurangkan ketagihan seterusnya menghentikan ketagihan merokok saya?

      SAMA SEKALI BOLEH. Teknik penyembuhan reiki juga boleh digunakan dalam merawat dan membuang tabiat serta ketagihan yang dialami termasuklah ketagihan minuman beralkohol dan dadah.

      10) Apakah itu proses pelarasan atau pengijazahan (attunement)?

      Proses pelarasan merupakan proses di mana sistem Bio-energi tubuh seseorang dilaraskan oleh seorang Reiki Master supaya energi lebih lancar untuk dialirkan kepada pesakit mahupun diri sendiri.

      Dari : Dr. Mir Hazil Azran Ramli

      AURA PENYEMBUHAN REIKI. Jun 2008 – PTS MILLINNEA. Buku untuk semua yang mencari PENAWAR HEBAT untuk segala isu kesihatan tubuh badan, minda, emosi dan kerohanian. Belajar terus dari buku ini teknik REIKI yang telah dipraktikkan oleh lebih 5juta orang di seluruh dunia. BUKU REIKI MALAYSIA PERTAMA & TERUNGGUL.. PADAT-MUDAH-BERKESAN.

      Dapatkan buku ini dengan menghubungi 017 – 333 2349

      4 Comments :, , , , , , , more...

      Xklusif dari Reiki Chapter Leader Malaysia

      by on May.11, 2011, under Promo Terkini

      Reiki merupakan SKIL TERKINI dalam merawat, membantu, mengolah, memulih, menjana dan penyembuhan

      Merawat masalah jiwa & raga

      Menyembuh masalah stres pada diri

      Memulih isu hubungan silaturahim

      Menjana rezeki keliling pinggang

      Mengolah keutuhan rohani

      Membantu mengubati segala macam jenis penyakit kronik

      Tiada kesan sampingan, tiada keburukan, tiada pendamping atau khadam… Yang ada hanyalah KEPASRAHAN, REDHA & KEYAKINAN pada Allah s.w.t

      Reiki hanyalah skil merawat, Allah s.w.t yang MENYEMBUHKAN

      Personal Coaching secara ‘one to one’ XKLUSIF dari Reiki Chapter Leader Malaysia – Dr. Mir Hazil Azran Ramli

      INFO LINE : 017-333 2349

      Leave a Comment :, , , , , , , , , more...

      Reiki : Bukan Jampi Tapi Teknik

      by on Apr.25, 2011, under Info Kursus

      ”Reiki merupakan satu kaedah penyembuhan secara holistik yang menekankan aspek keseimbangan tahap kerohanian, emosi, minda dan tubuh fizikal ianya boleh digunapakai sebagai ikhtiar kepada semua permasalahan yang membelenggu seseorang. Datang dengan pelbagai teknik yang cukup hebat dan menarik, reiki sememangnya merupakan pilihan yang tepat. Ianya amat mudah dipraktikkan, tidak bercanggah dengan akidah Islam, malah ianya boleh dipelajari oleh setiap golongan serta lapisan masyarakat.”

      Reiki dikatakan telah bertapak di Malaysia ini seawal tahun 90’an yang mana pada waktu itu ianya hanya diketahui oleh segelintir pengamal perubatan alternatif. Kini ia telah tumbuh seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Walaupun begitu, reiki di Malaysia ini masih lagi ’muda’ dan perlu diperkembangkan lagi.

      Ilmu Energi

      Reiki adalah ilmu yang membicarakan soal energi. Terdapat dua jenis energi yang ditekankan didalam Reiki iaitu Energi Alam dan Energi Dalaman. Pemahaman tentang kedua-dua jenis energi ini adalah amat penting dan saling memerlukan..

      Energi Alam

      Alam membekalkan kita dengan sumber energi yang tidak terhingga banyaknya. Ianya tersedia ada untuk dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukannya. Energi itu boleh didapati melalui udara, sinaran cahaya matahari, dan pemakanan. Energi alam ini tidak akan kehabisan. Energi alam inilah yang dimanfaatkan oleh pengamal Reiki sewaktu melakukan penyembuhan.

      Cahaya matahari sebagai contohnya memberikan banyak manfaat ke atas tubuh badan manusia seperti menghasilkan vitamin D, mengurangi kolesterol dalam darah, penawar jangkitan dan pembunuh bakteria, menolong dalam membentuk dan memperbaiki tulang-tulang, juga meningkatkan antibodi.

      Aura & Chakra

      Bila membicarakan soal reiki, kita tidak lari dari membicarakan soal sistem tenaga hayat manusia yang melibatkan soal aura dan chakra. Untuk lebih memahaminya, aura dan chakra ini adalah sistem energi dalaman manusia, yang mana ianya merupakan titik tolak kepada segala hasil dari tindakan manusia. Seseorang itu akan menghadapi masalah samada isu fizikal atau psikologi jika terdapat kebocoran pada lapisan aura atau chakra mengalamai kerosakan dalam fungsinya selaku pusat energi manusia atau ’bateri manusia’. Dalam kes penyembuhan, pengamal reiki akan menggunakan energi alam untuk merawat kebocoran aura, chakra yang rosak dan menstabilkan kembali aliran energi didalam tubuh badan seseorang.

      Kesan tempoh penyembuhan juga bergantung kepada tahap sesuatu masalah atau penyakit itu, jika ianya masih baru maka tempoh penyembuhan mungkin akan mengambil masa yang tidak terlalu lama untuk sembuh. Manakala jika masalah atau penyakit itu telah lama, maka tempoh penyembuhan akan mengambil masa yang lama.

      Pemahaman tentang fungsi chakra ini juga merupakan kunci kepada sukses kerana setiap chakra ini mempunyai peranan yang tertentu dalam mempengaruhi aspek psikologikal seseorang. Seseorang yang bermasalah biasanya dikatakan memilikki chakra yang tidak bersih atau terdapat banyak hambatan energi (energy blockage) pada chakra itu.

      Keunikan Reiki

      Setiap ilmu mempunyai keunikkan yang tersendiri. Reiki tidak seperti ilmu ’minda super’, ’fikir positif’ dan lain-lain ilmu yang dilihat ’sepertinya’ kerana ilmu tersebut boleh dipelajari dari buku ataupun video cakera padat. Ianya adalah ilmu yang disampaikan. Ilmu tersebut mungkin bersifat fakta ataupun maklumat-maklumat sahaja. Ilmu seperti ini hanya memiliki satu elemen sahaja iaitu ILMU.

      Berbeza dengan reiki yang mempunyai elemen kedua iaitu PENGIJAZAHAN REIKI. Keunikkan reiki terletak pada Pengijazahan Reiki yang akan dilakukan secara bertahap oleh seorang Master Reiki yang bertauliah. Dengan mendapatkan pengijazahan, barulah dikatakan menjadi pengamal reiki secara lengkap. Pendek kata mempelajari Reiki melalui buku sahaja tanpa kehadiran guru adalah proses yang tidak lengkap.

      Salah Faham Tentang Pengijazahan Reiki

      Ramai yang beranggapan setelah mendapat pengijazahan reiki, mereka akan secara otomatiknya akan dapat memahami 100% apa itu reiki. Ini adalah salah sama sekali. Untuk memahami Reiki, seseorang itu haruslah berguru dan mendapatkan ilmu yang secukupnya dari guru tersebut. Pengijazahan ini hanya bertujuan untuk menyeleraskan semula chakra dan hanya akan membantu didalam ’mempercepatkan proses pemahaman’ tersebut. Malah pengijazahan reiki juga bukanlah satu proses memasukkan sesuatu kedalam tubuh seperti mana yang disalah tafsirkan oleh sesetengah pihak. Ianya merupakan proses PENYELARASAN CHAKRA.

      Teknik Reiki

      Reiki juga merupakan ilmu yang menyediakan teknik yang dapat digunakan untuk pelbagai tujuan penyembuhan. Teknik ini bertujuan untuk mengalirkan energi alam ke bahagian yang tepat. Terdapat 3 langkah yang mana 2 daripadanya adalah untuk mengalirkan energi manakala 1 untuk mengesan energi.

      a) Mengalirkan Energi

      1. Teknik Hands On – Teknik ini digunakan bagi mengalirkan energi ke bahagian-bahagian tubuh (dalam terma penyembuhan) yang perlu di rawat. Teknik ini merupakan teknik sentuhan telapak tangan.
      2. Teknik Beaming – Teknik ini pula digunakan bagi mengalirkan secara pancaran ke bahagian tubuh badan yang tidak dapat disentuh, dan juga untuk penyembuhan jarak jauh.

      b) Mengesan Energi

      1. Scannning – Teknik ini pula digunakan bagi mengesan punca permasalahan kepada sesuatu isu.

      Ketiga-tiga teknik ini dapat diperkembangkan menjadi pelbagai teknik yang dapat digunakan untuk penyembuhan isu-isu tertentu seperti batu karang, sakit kepala, masalah tenaga batin, sembelit, masalah pernafasan, masalah buah pinggang, lemah sistem pertahanan badan, AIDS, kerasukan, gangguan makhluk halus, dan lain-lain.

      Kegunaan Reiki Secara Menyeluruh

      Kini reiki telahpun menjadi pilihan orang-orang yang sukses. Reiki dapat diaplikasikan untuk pelbagai perkara, bukan setakat penyembuhan tubuh sahaja, malah lebih dari itu. Reiki dapat digunakan secara menyeluruh. Ianya dapat digunakan ketika memasak, membersihkan makanan, membuat air penawar, membersihkan energi persekitaran rumah dan premis perniagaan, membantu melariskan perniagaan, membantu dalam merapatkan silaturahim yang terputus, membantu meningkatkan jatidiri serta keyakinan diri serta banyak lagi manfaatnya.

      INFOLINE : 017-333 2349

      Leave a Comment :, , , , , , , , , , more...

      Reiki : Pilihan Masa Kini

      by on Apr.20, 2011, under Info Kursus, Promo Terkini

      INFOLINE : 017-333 2349 (Master Luth)

      Leave a Comment :, , , , , , , , , , more...

      Teknik-teknik Yang Terdapat Dalam Reiki

      by on Apr.10, 2011, under Uncategorized

      Seperti yang dimaklumkan selama ini, reiki adalah satu seni yang dilengkapkan dengan pelbagai teknik yang amat hebat. Ada macam-macam teknik. Kesemua teknik ini akan dipelajari pada tahap-tahap tertentu. Mari kita berkenalan dengan sebahagian dari teknik-teknik tersebut.

      1) Teknik ‘Hands On’

      Teknik ini memerlukan pengamal meletakkan telapak tangan pada bahagian tubuh / objek yg hendak dirawat atau dipertingkatkan energinya. Ini adalah cara melakukan penyembuhan secara jarak dekat.

      Tujuan :

      • Penyembuhan Holistik – Teknik Utama dalam reiki

      Kegunaan :

      • Guna pada setiap masa sewaktu melakukan penyembuhan diri

      Dipelajari pada :

      • Tahap 1

      2) Teknik Kirim Energi (Energy Transfer)

      Teknik ini juga boleh digunakan untuk ‘Penyembuhan Jarak Jauh’.
      Tujuan :

      • Penyembuhan Holistik yang melangkaui jarak tempat, waktu dan dimesi

      Kegunaan :

      • Jika pesakit / seseorang yang berhajat itu berada di tempat yang jauh dan boleh dilakukan pada bila-bila masa

      Dipelajari pada :

      • Tahap 1 (teknik asas)
      • Tahap 2 (teknik lanjutan)
      • Tahap Lanjutan (teknik master – Mengirim Energi untuk diri sendiri)

      Teknik ini memerlukan surrogate ataupun tanpa surrogate (mengikut tahap kemahiran)

      3) Teknik ‘Scanning’

      Teknik ini digunakan untuk mengenal pasti ‘kedudukan’ punca permasalahan atau ‘kedudukan’ sesuatu objek. Teknik ini juga akan pelajari pada setiap tahap (Tahap 1, Tahap 2 & Tahap Lanjutan kecuali Tahap Master). Setiap tahap mempunyai perbezaan dari segi teknik. Perkara ini adalah demi untuk menjaga ‘Scanning Quality’ kerana ianya memakan sedikit masa untuk dikuasai.

      Tujuan :

      • Memudahkan pengamal untuk mengesan permasalahan

      Kegunaan :

      • Guna pada setiap masa

      Dipelajari pada :

      • Tahap 1 – Mendapatkan / mengenali ‘rasa’ Energi
      • Tahap 2 – Mengesan ‘kedudukan’ secara jarak jauh (melangkaui hukum masa, dimensi dan tempat)
      • Tahap Lanjutan – Teknik Metaphysic Scanning : Teknik yang jauh lebih hebat berbanding sebelumnya (tetapi masih menggunakan telapak tangan)
      • Tahap Karuna – Teknik Heart Scanning : Teknik yang jauh lebih hebat berbanding sebelumnya tanpa menggunakan telapak tangan

      4) Teknik ‘Psychic Surgery’

      Teknik ini merupakan teknik yang cukup unik kerana ia dapat membantu mempercepatkan proses pembersihan ketika melakukan penyembuhan. Teknik ini disertakan dengan cara ‘membuka dan menutup’.

      Tujuan :

      • Mengeluarkan energi kotor kategori L1, L2, L3 dan L4
      • Mempercepatkan proses penyembuhan

      Kegunaan :

      • Digunakan sewaktu melakukan proses penyembuhan (mengikut jenis permasalahan)

      Dipelajari pada :

      • Tahap Lanjutan

      5) Teknik ‘Cloning’

      Teknik ini merupakan teknik KHAS yang digunakan untuk menangani isu saka ataupun isu-isu metafizik jenis berat (gangguan makhluk halus).

      Tujuan :

      • Untuk menangani isu gangguan makhluk halus

      Kegunaan :

      • Digunakan apabila perlu sahaja

      Dipelajari pada :

      • Tahap Lanjutan

      6) Teknik ‘Healing Attunement’

      Teknik ini akan digunakan sewaktu melakukan proses penyembuhan. Teknik ini hanya dimiliki oleh Reiki Master sahaja.

      Tujuan :

      • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan
      • Membantu melancarkan aliran energi di dalam jaluran kundalini
      • Menyelaras semula chakra

      Kegunaan :

      • Bergantung pada jenis permasalahan

      Dipelajari pada :

      • Tahap Master

      Seperti biasa, kesemua teknik ini memerlukan latihan yang bersungguh untuk mendapatkan hasil yang mantap. Tuhan tidak akan membantu orang yang malas.

      Ikuti sambungan untuk teknik-teknik yang lain..

      2 Comments :, , , , , , , more...

      Lagi Workshop Reiki

      by on Apr.06, 2011, under Info Kursus, Promo Terkini

      Wokshop ini adalah workshop yang akan membawa peserta untuk mengenali Reiki dengan diberikan peluang untuk berlatih TEKNIK-TEKNIK yang disediakan, disamping memberikan gambaran SEBENAR tentang apa itu Reiki dari aspek yang mudah difahami. Reiki juga merupakan TEKNIK yang digunakan untuk menstabilkan kembali energi dalaman dengan cara mengalirkan energi alam ke tubuh badan.

      Untuk itu peserta akan dibekalkan dengan ilmu tentang ‘anatomi energi’ yang mana merupakan peta untuk merujuk pada punca energi. Dengan menggunakan peta anatomi energi ini, peserta akan dapat menggunakan teknik reiki (mengalirkan energi alam) dengan betul.

      Mari kita berkenalan dengan Teknik-Teknik Reiki Tahap 1 yang perlu diketahui ini.

      Teknik-Teknik Reiki 360°

      Terdapat 3 Teknik Wajib dalam Reiki iaitu

      1. Beaming (Pancar)
      2. Hands On (Meletakkan Tangan)
      3. Scanning
      1. Teknik Menjana Energi
      • Teknik ini digunakan untuk menjana energi pada tubuh. (Guna Beaming dan Hands On)
      2. Teknik Memecah ‘Blockage’
      • Teknik ini digunakan untuk memecahkan Hambatan Tenaga (Energy Blockage) yang terdapat pada Sistem Aliran Tenaga Manusia. (Guna Beaming dan Hands On)
      3. Teknik Imbasan Telapak Tangan (Palm Scanning)
      • Teknik ini digunakan untuk mengesan permasalahan atau punca permasalahan. (Scanning)
      4. Teknik Kirim Tenaga (Energy Transfer)
      • Teknik ini digunakan untuk menghantar tenaga secara jarak jauh. Teknik ini boleh digunakan pada apa-apa jua yang berkaitan dengan sendiri. Pada tahap 1 peserta telahpun didedahkan dengan teknik yang amat menakjubkan ini. (Guna Beaming atau Hands On)
      5. Penyembuhan Diri (Reiki Self Healing)
      • Teknik ini bertujuan dan digunakan untuk melakukan penyembuhan pada diri samada permasalahan fizikal ataupun psikologikal. (Guna Scanning, Beaming dan Hands On)
      6. Perisai Diri
      • Teknik ini tujuan keselamatan diri dari segi aspek rohaniah dan jasmaniah. (Guna Beaming dan Hands On)
      7. Pemantapan Aura Penampilan dan Keyakinan
      • Teknik ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti ’Inner Energy’ dari segi saiz dan warna. (Guna Beaming)
      8. Program Air, Kristal dan Objek
      • Teknik ini digunakan untuk memprogram air, batuan kristal. (Beaming dan Hand On)

      * Kesemua Teknik Reiki akan turut disertakan bersama Visualisasi (Gambaran Minda)

      Setiap benda dalam alam ini mempunyai energinya yang tersendiri..

      Dengan Reiki, mengaktifkan ‘MONEY ENERGY’ bukanlah sesuatu yang sukar

      Langkah Terakhir kalau nak tahu kena la join.. kat tempat lain tak ajar macam ni..

      Jumpa pada 16 April 2011

      Hanya RM 360 (sebelum yuran ini dikembalikan kepada harga asal iaitu RM 560)

      INFOLINE : 017-333 2349

      2 Comments :, , , , , , , , , , , more...

      Money Magnet

      by on Mar.28, 2011, under Info Kursus

      Setiap benda dalam alam ini mempunyai energinya yang tersendiri..

      Dengan Reiki, mengaktifkan ‘MONEY ENERGY’ bukanlah sesuatu yang sukar

      Langkah Terakhir kalau nak tahu kena la join.. kat tempat lain tak ajar macam ni..

      Jumpa pada 3 April 2011

      Hanya RM 360 (sebelum yuran ini dikembalikan kepada harga asal iaitu RM 560)

      INFOLINE : 017-333 2349

      Leave a Comment :, , , , , , , , , , more...

      Looking for something?

      Use the form below to search the site:

      Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

      Visit our friends!

      A few highly recommended friends...

      Archives

      All entries, chronologically...