Reiki 7Chakra

Tag: Rawatan Percuma

IQBC Sdn Bhd & 7 Tahun

by on Oct.05, 2010, under Promo Terkini

Tanggal 02/10/2010 adalah tarikh dimana papan tanda premis Reiki dinaikkan setelah 7 tahun beroperasi. Warna merah dan putih dipilih sempena energi vital dan energi kerohanian. Kenapa tidak dinaikkan pada seawal tahun mula beroperasi? Dr. Mir Hazil mempunyai jawapannya…

“Ada yang naik ‘signboard’ sebelum kedai dibuka, ada pula yang sesudah dibuka. Ada yang ‘signboard’ GAH naik tinggi awal-awal lagi, namun tak sampai setahun BISNIS-nya TURUN.. lalu ‘signboard’-nya itu tinggal sejarah. Adajuga yang sibuk nak ‘JUAL KULIT’ melalui ‘signboard’-nya tapi bila masuk ke premis; ISI-nya hampeh..DAN ADA PULA YANG TIADA ‘PAPAN NAMA’, namun ISI DALAMNYA – 5 BINTANG!!

“Bagi saya, 7 tahun MEMARTABATKAN REIKI adalah agenda utama yang ditumpukan. 7 tahun bukanlah 7 hari atau 7 minggu atau 7 bulan… jika beranak setahun satu.. ianya dah 7 orang anak. Dan 7 TAHUN untuk praktis ILMU AURA & SENI REIKI yang namanya (dan segala perihalnya) MASIH HIJAU (belum orang kenal) di Malaysia SEHINGGA RAMAI YANG KENAL dan DAPAT MANFAAT DARINYA; adalah suatu PENCAPAIAN YANG BESAR (walaupun masih banyak ruang yang belum sempurna). Lalu, pentas saya beraksi ini SUDAH LAYAK untuk DIJULANG NAMANYA (melalui satu papan nama).”

Dibawah ini kami ingin kongsikan sebahagian gambar pemasangan dan penaikkan papan tanda premis Reiki ini..


Hari ini, biarlah PROFIL 7 tahun IQBC Sdn Bhd yang menceritakan segalanya. Bagi yang masih SANGSI.. biarkan mereka 7 tahun lagi. Bagi yang MALU, usahlah begitu.. kerana sesungguhnya kami juga pemalu sifatnya.. ayuh, buat-buat tak malu sahaja. Bagi yang masih MAHU, pintu IQBC Sdn Bhd terus di situ menanti kunjungan mesra anda… Bagi yang masih RASA BARANYA.. AYUH, ANGKAT ‘OBOR’ PERJUANGAN INI UNTUK GENERASI KITA!!

3 Comments :, , , , , , more...

Rawatan PERCUMA

by on Jul.30, 2009, under Uncategorized

Pada tanggal 8/8/2009 ini akan diadakan Program Rawatan Reiki Sufistik secara PERCUMA bermula jam 8:30 mlm – 11:00 mlm. Rawatan akan dilakukan oleh Juruterapi IQBC dan akan diketuai oleh Master Dr Mir Hazil Azran selaku Pengetua / Pengasas Malaysian Institute for Reiki. Rawatan PERCUMA ini dibuka kepada semua, tidak kira latar belakang anda.

Program ini bertujuan untuk membantu masyarakat secara umumnya yang mana rata-rata kini ramai yang memerlukan bantuan baik sama ada dari segi fizikal dan rohani.

Pendaftaran masuk hanya RM 10.00 SAHAJA. Sila bawa saudara mara atau rakan-rakan yang memerlukan rawatan. Kami akan berikhtiar untuk merawat segala permasalahan anda.

6 Comments : more...

Program Rawatan Percuma

by on Jul.08, 2009, under Promo Terkini

cooltext4279596871

Pada 04hb Julai 2009 yang lalu, IQBC Sdn Bhd sebagai pemacu REIKI-i MEDIC (Pusat Rawatan Reiki) telah mengadakan Program Rawatan PERCUMA terbuka untuk umum. Alhamdulillah, majlis telah mendapat respon dengan kehadiran lebih 25 orang. Ada yang dikalangan mereka yang telah mendalami ilmu Reiki dan ada yang baru pertama kali nak berkenalan dengan terapi ini.

selfhealing-blog

Saya bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada yang memerlukan. Selain bertujuan untuk membantu sekadar yang termampu, program ini juga merupakan wadah ikhtiar untuk memperkenalkan terapi ulung ini kepada umum agar lebih makmur. Ramai yang belum mengenali Terapi Reiki, apatah lagi memahami bagaimana ia mampu menjadi suatu solusi untuk penyembuhan.

Ramai dikalangan kita yang memerlukan pelbagai bentuk penyembuhan untuk berbagai permasalahan samada bersifat fizikal mahupun psikologi. Ramai yang tercari-cari kaedah yang bersifat komplementari untuk menjadi solusi atau penawar bagi isu mereka. Dalam pencarian tersebut, ada ‘jalan’ yang sulit dan ada ‘jalan’ yang mudah. Segalanya menuntut kesungguhan dan kesabaran hinggakan kadang-kala isu mencari penawar yang sesuai menjadi satu lagi masalah atau penyakit. Akhirnya ada yang kecewa akibat tertipu dengan dakyah penipuan. Penawar yang dicari tak ketemu, masalah lain pula yang timbul.

MENYEDARI HAL SEBEGINI MENJADIKAN SAYA OPTIMIS UNTUK MERENCANAKAN PROGRAM “TERAPI PERCUMA” INI KEPADA UMUM. Ini memberi platfom untuk mereka yang memerlukan bertemu cabang solusi untuk dicuba. Ini juga membantu untuk mereka yang mahu tapi tak tahu (faham) untuk menilai. Tak kenal maka tak CINTA. Tak cuba maka tak FAHAM dan TAK DAPAT SOLUSINYA.

Mudah-mudahan ramai yang mendapat manfaatnya. Saya mendoakan PENYEMBUHAN buat mereka yang telah mendapatkan rawatan tempohari. Kepada yang BERMINAT untuk mendapatkan SESI RAWATAN PERCUMA INI, kunjungilah REIKI-i MEDIC di Shah Alam pada setiap SABTU (malam) MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN. Sila hubungi Master Lutfi 017-333 2349 atau Master Ismi 017-300 2349 untuk maklumat lengkap.

Master G

ps: untuk makluman, saya mengaplikasikan Reiki Sufistik @ Nur Reiki Salam serta berbagai kaedah lain dalam sesi rawatan saya.


Leave a Comment : more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...

Archives

All entries, chronologically...