Tag: Rahsia Asma’ Ul Husna
Potensi Tersembunyi : Dimanakah Ia?
by Admin on May.28, 2009, under Info Kursus, Promo Terkini
Malek kelihatan mundar mandir sambil mengerutkan dahinya. Lalu bertanya Kamil kepadanya “apa yang kamu cari?”. Malek hanya mendiamkan diri sambil memberikan tumpuan kepada memorinya tentang barang yang sedang dicarinya. Setelah puas dia menyelongkar atas almari dan celah laci, dia berhenti. Kelihatan Malek mengomel sendirian “mana kau sembunyi ni?”. Kamil hanya memerhatikannya sahaja. Kemudian Malek menyeluk poket jaketnya. “Hah !! dah jumpa..”. “Apa yang dah jumpa?” Tanya Kamil. “Kunci motorsikal daaa…”.. lalu mereka gelak bersama-sama.
Kisah pendek diatas adalah mengisahkan Malek yang mencari barangnya yang hilang. Kehilangan barang itu mungkin disebabkan kelalaiannya, cuma perkara yang ingin digazetkan disini adalah, apabila sesuatu barang itu hilang.. bererti ianya ada sebelum ini. Ia cuma hilang kemudian.
“Mana kau sembunyi ni?” – Pertanyaan Malek kepada ‘barang’ yang hilang itu merupakan tindakan secara spontan manusia apabila melakukan gerakkerja mencari sesuatu. Ini kerana berdasarkan rekod memorinya barang itu ADA pada sebelum ini.
Manusia dijadikan oleh Tuhan yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Manusia merupakan ciptaan dan pencipta yang Maha Agung. Tidak mungkin manusia dicipta secara sia-sia. Soalan – Adakah pencipta yang Maha Agung itu sengaja mencipta khalifah dengan sia-sia? Jawapan – TIDAK.
Manusia dilahirkan cukup sifatnya dan dilengkapi dengan pelbagai POTENSI. Akan tetapi cuma sedikit sahaja potensi yang dikeluarkan oleh manusia. Kenapa ini berlaku? Ini terjadi kerana kealpaan kita dalam kehidupan seharian. Sikap melihat sesuatu sebagai HAMPA hanya menambahburukkan lagi keadaan. Terdapat JUTAAN POTENSI yang ada dalam SEORANG manusia. POTENSI ini hanya menunggu waktu diAKTIFkan. Potensi ini boleh dikatakan sebahagian dari kebangkitan kundalini, bukaan chakra, kekuatan minda, cara kita menghasilkan sesuatu, cara kita berkomunikasi, dan pelbagai lagi contoh.
Pernahkah anda bertanya kepada diri soalan ini :
“Apa lagi POTENSI yang ada pada diri saya ini?”.
Kebiasaannya potensi ini dikenalpasti oleh orang lain seperti rakan, ibubapa, sahabat dan majikan. Tetapi cara ini lambat, boleh dicurigai ketepatannya (mungkin nak mengampu), ianya masih memerlukan bantuan luar untuk MENYELONGKAR potensi diri, dan tidak menunjukan corak kaedah terkini. Lalu apakah caranya yang dikatakan KAEDAH TERKINI dan TIDAK memerlukan bantuan luar?

Rahsia ini terletak di dalam NOMBOR. Nombor ini dibaca dari pelbagai arah. Nombor ini datangnya dari calendar, jam, dan bermacam-macam lagi. Kebanyakkan kaedah yang digunakan oleh numerologis dalam merungkai kod-kod rahsia alam ini adalah berdasarkan kalendar masihi @ solar. Lalu pelbagai potensi dapat diterokai. Namun hasilnya hanya masih separuh (walaupun impaknya cukup besar). Ini kerana para numerologis perlu SEDAR bahawa bulan juga turut mempengaruhi pasang-surutnya laut dan ini juga menunjukkan bahawa calendar lunar juga terdapat kod-kod rahsia.

Cuba bayangkan rupanya masih terdapat JUTAAN POTENSI yang tersembunyi dibalik nombor pada kalendar lunar? Bersediakah anda untuk menjadi diri anda yang sebenar-benarnya ANDA? Bersediakah anda untuk menemui jalan baru untuk merangkul kejayaan? Bersediakah?
Perlu diketahui bahawa tujuan membuat analisis tarikh lahir lunar adalah untuk menemukan POTENSI yang TERSEMBUNYI dalam diri. Tersembunyi bukan bererti tiada, tersembunyi bererti ADA dan ia hanya menanti untuk DIDEDAHKAN oleh empunya diri. Potensi ini dipercayai mampu untuk mengembalikan keseimbangan tenaga dalam tubuh kerana POTENSI SOLAR telah bergabung dengan POTENSI LUNAR lalu membentuk POTENSI SEBENAR DIRI. Anda akan menjadi semakin KENAL DIRI.
Berdasarkan semangat ingin membantu mereka yang serius ingin berubah, IQBC telah membangunkan kaedah numerologi yang TERKINI yang hanya KHAS untuk MEMBONGKAR KHAZANAH TERSEMBUNYI dalam diri anda.
SABTU & AHAD 30hb &31hb MEI 2009
Masa: 9.30 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi: BILIK SEMINAR 1 , IQBC Sdn Bhd, SHAH ALAM
TEMPAT TERHAD!! SESI SECARA ‘PERSONAL COACHING’!!Ruang masa yang cukup untuk konsultasi & soal-jawab berkenaan tarikh lahir ‘setiap’ peserta.
BONUS KHAS!! – KURSUS “PENTARIKHAN & PENOMBORAN ISLAMIK”
PERTAMA SEUMPAMANYA DI MALAYSIA!!! BONGKAR RAHSIA NUMEROLOGI ISLAM ANDA!!
Bongkar “RAHSIA DALAM RAHSIA” ALAM DIRI.
KETAHUI “POTENSI TERPENDAM” yang memang sedia ada pada diri.
Bongkar “RAHSIA” NOMBOR DI SEBALIK KALIMAH
KETAHUI “RAHSIA PENYEMBUHAN” masalah & penyakit anda.
-Master Lutfi-




