Tag: Muhasabah
Berakhlak Mulia Dengan Reiki
by Admin on Dec.13, 2010, under Uncategorized
Ada yang bertanya pada saya bagaimana seseorang itu boleh menjadi baik melalui Reiki? Maksud soalan itu menjurus ke arah soal AKHLAK.
Jawapan saya : BOLEH dan ianya terletak pada 5 prinsip Reiki. 5 prinsip yang mudah tetapi membawa makna serta terkandung ENERGI PERUBAHAN yang besar didalamnya. Ianya hanya dapat di akses melalui pemahaman dan penghayatan.
Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut :
Hanya untuk hari ini, DemiMU Tuhan, Ku padamkan api kemarahanku.
Hanya untuk hari ini, DemiMU Tuhan, Ku padamkan gelisah kerisauanku.
Hanya untuk hari ini, DemiMU Tuhan, Ku mengucap syukur di atas segala nikmat dan rahmat yang telah ku perolehi.
Hanya untuk hari ini, DemiMU Tuhan, Ku akan berlaku jujur di atas segala yang telah diamanahkan kepadaku.
Hanya untuk hari ini, DemiMU Tuhan, Ku akan berlaku baik terhadap sekelian makhluk dan sesama insan.
Prinsip-prinsip ini jika dihayati mampu memberikan IMPAK positif kepada seseorang. Ini kerana ianya merupakan pedoman yang diguna pakai oleh semua pengamal Reiki dan ianya boleh dijadikan sebagai pegangan hidup. Terdapat 5 kata kunci yang perlu dikupas maknanya dan perlu dilihat secara luas pula akan maksud yang tersirat dan tersurat.
Kata kunci itu adalah :
- Kawal api kemarahan
- Kawal gelisah kerisauan
- Mengucap syukur
- Berlaku jujur
- Berlaku Baik
Kelima-lima perkara di atas merupakan hal yang ada pada setiap manusia… dan setiap manusia mempunyai salah satu dari kelima-lima isu ini atau mempunyai kesemuanya.
Manusia memiliki kemarahan dan kerisauan, keduanya merupakan mekanisma yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Kemarahan dan kerisauan yang melampau akan menyebabkan seseorang itu akan mendapat pelbagai masalah.
Menyatakan kesyukuran kita kepada Tuhan adalah amalan yang mulia. Ianya merupakan tindakan menyatakan terima kasih kita kepada Tuhan Sekelian Alam.
Berlaku jujur juga merupakan perkara yang amat mencabar pada alaf ini. Cabaran ini disahut oleh pengamal Reiki penuh Redha…
Berlaku baik kepada semua mahkluk, bukan hanya manusia.. begitu juga pada ciptaan Tuhan yang lain tanpa diskriminasi.. Meletakkan yang HAK kepada yang HAK.
Banyak manfaat yang akan didapati dari ilmu Reiki ini.. kesan tempoh bergantung kepada seberapa kerap ilmu itu dipraktikkan.. Tuhan tidak akan menolong orang yang MALAS!!
Soal 5 Prinsip ini merupakan kerja rumah pertama bagi mereka yang belajar Reiki.. ini merupakan perkara PENTING!
Hikayat Reiki Master yang tidak tahu buat ATTUNEMENT
by Admin on Nov.29, 2010, under Promo Terkini
Kami menerima banyak panggilan telefon bertanyakan tentang harga yuran dari Reiki Tahap 1 hingga Master. Tujuan pertanyaan ini adalah untuk membandingkan harga dengan harga lain yang ada dipasaran. Ok, apa yang saya hendak beritahu ini adalah sesuatu perkara yang GEMPAR.
AWAS!! – Jika anda belajar Reiki hingga ke tahap Master tapi anda masih tidak tahu melakukan ATTUNEMENT, maka anda telah DITIPU oleh orang yang mengajar anda. Ini kerana Reiki Master Teacher itu tidak mahu anda menjadi hebat daripada dia!!
Dunia Reiki juga tidak terlepas dari ‘Haru’ ini.. Sekian
Muhasabah Diri Menggunakan Analisis Numerologi
by Admin on May.21, 2009, under Promo Terkini
Salah satu amalan atau kaedah untuk membuat semakan diri adalah dengan bermuhasabah. Muhasabah diri biasanya dilakukan pada waktu malam dimana seseorang itu akan mengingati kembali perilaku, tindakan dan hasilnya sepanjang hari. Ianya biasanya dilakukan sebelum tidur.
Diantara 4 Formula Kejayaan Aura Rohaniah adalah dengan muhasabah diri. Terdapat pelbagai kaedah yang telah dibangunkan dewasa ini yang hanya bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran yang pelbagai tingkatan ini. Tahukah anda bahawa kita boleh mewarnai sesi muhasabah diri itu agar menjadi lebih segar dan memberi kesan yang lama pada diri?
Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah Numerologi. Pendekatan numerik ini akan membantu meningkatkan kesedaran dari satu sudut pandangan dimensi baru. Kaedah dapat meluaskan lagi skop jangkauan analisis tingkahlaku ketika melakukan muhasabah. Dengan meneliti makna simbolik disebalik nombor dapat membantu menemukan titik pemisah di antara perilaku dalam kawalan dan perilaku luar kawalan. Ianya seperti menghurai satu-persatu kod misteri ilmu nombor.
Merenung jauh (kekuatan minda bawah sedar ~ kekuatan memori) serta manghayati (kekuatan perasaan atau emosi) makna simbolik nombor dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesedaran dan memicu KECERDASAN ROHANI.
“Nombor adalah KUNCI.”
“Ia mampu membuka pintu segala punca permasalahan. Ianya akan menemukan jawapan yang dicari.”
Teknik analisis numerologi ini merupakan teknik yang menekan aspek teknikal yang sangat tinggi. Gerak kerja analisis juga akan berlaku dalam keadaan yang cukup terperinci. Dengan itu, sesi muhasabah akan menjadi lebih menarik dan segar.
Melihat diri dari sudut yang berbeza mampu untuk menjadikan seseorang itu MENEMUI kekuatan ~ KHAZANAH yang tersembunyi, malah akan terlihat juga kelemahan dan keburukan diri. Hal ini akan ditemui secara serentak. Sikap Muthmainah atau tenang diperlukan dalam mengimbangi gerakan tenaga atau Chi dalam tubuh.
Tujuan muhasabah ialah untuk memperbaiki diri dan gabungan teknik numerologi ini hanya untuk membantu anda melihat sesuatu perkara dari sudut yang berlainan dan secara keseluruhan Ianya seperti 4 arah mata angin, 4 tingkat ilmu, ialah melambangkan sesuatu yang lengkap. Banyak perkara yang boleh ‘dibaca’ hanya berdasarkan nombor semata-mata. Keunikan kaedah ini ialah terletak pada hasil analisis yang pasti berbeza untuk setiap hari.
“Ini membawa maksud bahawa setiap hari itu mempunyai petunjuk yang TERANG. Ianya seperti ‘signboard’ dijalanraya. Ianya MAMPU diakses oleh mereka yang memahaminya.”
Dibawah adalah perkongsian cara saya melaku muhasabah diri pada setiap malam dengan menggunakan analisis numerologi.
Mula-mula…
- Kira numerologi diri. Contohnya 19/1/1982
1 + 9 + 1 + 1 + 9 + 8 + 2 = 31
3 + 1 = 4
- Kira numerologi hari. Contohnya 19/5/2009
1 + 9 + 5 + 2 + 9 = 26
2 + 6 = 8
- Dapatkan kesesuaian Nombor Dir dengan Nombor Utama hari itu. Buat kiraan piramik. Mulakan analisis, renung dan muhasabah…
- Lihat unsur & nombor kekuatan diri diri dan lihat unsur & nombor kekuatan, kawalan dan sokongan untuk hari itu. Buat kiraan piramik. Mulakan analisis, renung dah muhasabah….
- Lihat unsur & nombor kelemahan diri dan lihat unsur & nombor kelemahan, halangan dan tekanan untuk hari itu. Buat kiraan piramik. Mulakan analisis, renung dan muhasabah…
- Lakukan kiraan yang sama untuk hari esok dan ulang gerak kerja analisis seperti di atas.
Dengan melakukan analisis yang sederhana sudah cukup untuk anda mendapatkan GAMBARAN dalam minda dan ianya seperti DIULANG TAYANGKAN kepada anda. Tujuan muhasabah diri anda akan melonjak ke tingkat yang seterusnya. Kesedaran dan kecerdasan rohani anda akan mengalami pencerahan. Anda akan mengalami TRANSFORMASI HIJRAH DIRI. Anda akan bertambah BERSYUKUR kerana Tuhan masih lagi memberi petunjuk agar anda mampu mengharungi kehidupan. Anda akan dapati bahawa hari-hari esoknya telah disediakan untuk DICORAK serta DIWARNAI oleh Anda.



