Reiki 7Chakra

Tag: Info IQBC

Workshop Reiki Tahap 1 – Feb 2012

by on Jan.30, 2012, under Info Kursus, Promo Terkini, Reiki 360

Workshop hebat ini kembali lagi, pengambilan ‘bakal-bakal’ Reiki Master awal tahun 2012 telah pun bermula seawal bulan Januari ini. Perjalanan sebagai seorang Pengamal Reiki yang BERTAULIAH bermula di workshop ini.

Apakah kelebihan workshop ini?

Kelebihan workshop ini terletak pada teknik yang akan dipelajari kerana dari teknik yang akan dipelajari inilah nanti ia akan diperkembangkan menjadi beberapa lagi teknik-teknik yang lebih efisyen. Di dalam workshop ini juga akan dipelajari satu teknik yang akan digunakan juga oleh para Reiki Master secara harian iaitu Teknik Reiki Self Healing. Teknik ini merupakan satu teknik yang ‘owesome’ sebenarnya kerana ianya mempunyai kesan yang tidak terbatas. Selain dari pada itu, anda akan mempelajari teknik ini dari seorang Reiki Master yang juga merupakan seorang Malaysian Reiki Chapter Leader yang bernaung dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apakah ada teknik-teknik yang lain lagi?

Sudah tentu ada, sebelum mempelajari Teknik, anda harus mempelajari kaedah telebih dahulu. Kaedah ini terbahagi kepada 3 kaedah iaitu Hands On, Beaming, dan Scanning. Ketiga-tiga kaedah ini digabungkan untuk menjadi satu teknik yang ‘owesome’.

Ada berapa teknik ‘owesome’ yang diajar dalam workshop ini?

Oh, begitu banyak sekali seperti :

Teknik Energize Air
Teknik Energize Duit
Teknik Energize / Shield Makanan
Teknik Protection Diri / Premis / Aset
Teknik Meningkatkan Kuasa Aura
Teknik Money Magnet Energy

Ok2, selain itu dari segi ilmu bagaimana pula? Apakah ilmu yang akan saya pelajari di dalam workshop ini?

Dari segi ilmu pula anda harus rasa beruntung kerana akan didedahkan dengan ilmu yang sememangnya amat MAHAL dan bernilai ribuan ringgit. Antara ilmu yang akan dipelajari secara teori adalah Ilmu Human Bio-Energy, Ilmu Pernafasan, Ilmu Energy Aura dan sudah tentu Ilmu Reiki.

Apakah reiki ini saya sudah boleh gunakan selepas sahaja habis workshop?

Ya!! adalah digalakkan anda terus ‘mereikikan’ apa sahaja yang anda ingin cuba. Bermain-mainlah dengan energi ini kerana semakin kerap anda berlatih, semakin cepat hasil yang akan anda nikmati. Oh ya, antara TANDA bahawa energi sedang ‘flow’ dengan baik adalah TELAPAK TANGAN anda berasa PANAS. Jika ini yang berlaku, maka bergembiralah kerana anda telah pun menjadi ejen pengalir energi yang terbaik.

Ok, Reiki Tahap 1 ini dikatakan ‘Untuk Diri Sendiri’, jadi ianya hanya terhad untuk diri sendiri aje la?

Ohhh.. perlu juga diketahui bahawa anda juga mempunyai isteri dan anak (jika telah berkahwin) punya rumah, punya kenderaan, punya kerjaya, punya harta benda, punya ibu bapa, punya adik beradik dan kesemua itu adalah MILIK anda SENDIRI. Jadi, anda juga boleh melakukan rawatan untuk mereka, anda boleh juga mereikikan segala harta benda milik anda. Kata kuncinya adalah – MILIK SAYA SENDIRI. Tiada halangan dan had walaupun tahap 1.

Nah, inilah satu-satunya workshop Reiki yang TELUS & TRANSPARENT. Kami YAKIN, anda PASTI menjadi Pengamal Reiki Bertauliah dan Hebat lagi OWESOME!!

So… Tunggu apa lagi? Meh le daftar segera

Leave a Comment :, , , , , , , , , , , , , , , , , more...

Reiki 360 : Gunakan Tanpa Was-was

by on Oct.23, 2011, under Info Kursus, Reiki 360

MANIPULASI ENERGI

Manusia dilahirkan dengan dikurniakan energi. Setiap seorang memiliki energi yang mencukupi untuk digunakan pada setiap hari. Akan tetapi, hanya segelintir sahaja yang memanfaatkan energi dengan cara yang benar tanpa melakukan ‘Pembaziran Energi’.

Ramai yang beranggapan bahawa energi hanya digunakan oleh tubuh badan semata-mata untuk melakukan pergerakkan fizikal seperti berlari dan bergerak, ternyata anggapan ini adalah kurang tepat sama sekali kerana energi juga turut digunakan ketika proses berfikir dan proses menghadam perasaan.

Kini terdapat pelbagai modul yang menyediakan langkah-langkah dan tatacara bagaimana hendak memaksimumkan penggunaan energi secara mampan. Seperti teknik kawalan minda, teknik pernafasan, teknik tenaga dalam dan pelbagai lagi yang mana kebanyakkan teknik-teknik tersebut diceduk dari satu sumber yang memiliki kesemuanya. Sumber tersebut adalah dari Reiki.

Reiki merupakan sejenis kaedah penyembuhan diri yang merupakan pilihan alternatif masa kini yang mana ianya telah pesat berkembang di dunia sekitar tahun 50’an dan di Malaysia sekitar awal 90’an dan kini Reiki telahpun diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai satu kaedah rawatan komplimentari.

Reiki menawarkan cara pengolahan dan penggunaan energi secara mampan yang paling efektif tanpa anda merasa penat dengan menggunakan energi alam dan tanpa bergantung harap pada energi dalaman. Di dalam Reiki, Energi Alam merupakan sumber bekalan Energi Utama yang tidak akan kehabisan yang telah disediakan oleh Allah s.w.t untuk sekelian makhluknya. Jadi, mengapakah kita tidak menggunakan bekalan yang disediakan oleh Tuhan kepada kita?

Energi Alam ini yang digunakan oleh pengamal Reiki di dalam memanipulasikan energi untuk perkara yang memberi faedah.

“Apa yang anda fikirkan disitu akan dipusatkan seluruh energi” merupakan kata-kata yang cukup asas di dalam memahami gerak kerja Reiki. Ya, gerak kerja Reiki hanya memerlukan gabungan dan sinkronisasi antara Tubuh, Minda, Emosi dan Rohani lalu menghasilkan satu gelombang Energi yang memiliki daya kuasa yang hebat. Menggunakan energi secara bijaksana tanpa membazir adalah satu perkara yang cukup mudah sebenarnya.

Dengan meletakkan telapak tangan ke objek atau subjek, anda telah dapat mengalirkan & memindahkan Energi Alam dengan mudah. Proses ini tidak menggunakan energi dalam terdapat di dalam tubuh (yang telah diproses dari pengambilan makanan). Terus terang dikatakan bahawa perkara ini adalah amat mudah sekali.

Testimonial 1

”Suatu kepuasan apabila saya dapat membantu rakan-rakan saya yang sakit”

Syukur pada ilahi kerana dipertemukan dengan Reiki 360°. Terima kasih pada sahabat saya yang memperkenalkan reiki. Semoga Allah s.w.t merahmatinya sekeluarga.

Bagi saya reiki adalah suatu kaedah merawat masalah emosi atau jiwa yang paling berkesan. Masalah kehidupan yang pelbagai pastinya mengundang pelbagai penyakit ’zaman moden’ seperti depresi, diabetis, barah dll. Alhamdulillah, dengan keyakinan dan kepercayaan yang kuat kepada Allah yang Maha Pengasih, mengamalkan reiki secara istiqamah, terus mencuba, tak tahu bertanya, insya’allah, kita pasti dapat menyelesaikan masalah terkini, atau masalah yang sudah lama bersarang d hati.

Reiki amat membantu dikala kecemasan. Suatu kepuasan apabila saya dapat membantu rakan-rakan saya yang sakit seperti demam, menderita sakit gigi, sakit kaki dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita ada satu kaedah rawatan kecemasan sementara menanti kehadiran doktor belum tiba.

Belajarlah reiki, sekurang-kurangnya kita boleh merawat diri sendiri.

Zaini Zainal

Testimonial 2

”Kepentingan KESEIMBANGAN ENERGI dalam mengejar KEKAYAAN, KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN”

Alhamdulillah. Syukur kerana saya ‘terpilih’ untuk menyertai Workshop Reiki 360° pada tahun lepas. Saya berminat dengan workshop ini kerana tag nya yang menjemput sesiapa yang kecewa dalam KERJAYA, KEWANGAN, PERNIAGAAN, KESIHATAN mahupun PERHUBUNGAN. Workshop ini menawarkan penyelesaian pada masalah-masalah tersebut.

YA! saya memerlukan penyelesaiannya kerana saya salah seorang yang menghadapi beberapa masalah yang telah disebut di atas. Selepas mengamalkan reiki, perkara pertama yang saya dapat adalah petunjuk dalam isu perhubungan yang hampir 3 tahun yang saya cuba selesaikan. Satu persatu ‘jalan’ untuk saya di depan mata. Alhamdulillah.

Begitu juga dari segi kerjaya, kewangan dan perniagaan. Saya dapati banyak peluang yang datang kepada saya dan saya menerima peluang tersebut sebagai satu yang amat positif dalam hidup saya.

Secara tidak langsung, ilmu reiki yang telah saya belajar ini memberikan kesedaran kepada saya tentang kepentingan KESEIMBANGAN ENERGI dalam mengejar KEKAYAAN, KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN.

Siti Yuraida Binti Mohd Yusoff
Usahawan Unstoppable

yuraidayusoff@gmail.com

Testimonial diatas merujuk kepada apa yang dikatakan sebagai ‘Manipulasi Energi Secara Mampan’ justeru mengelak kepada Pembaziran Energi. Mereka telahpun merasai faedah mengamalkannya. Reiki sememangnya dapat digunakan secara total tanpa memerlukan banyak teknik-teknik atau gerak kerja yang sukar. Ianya sesuai dengan ‘trend’ zaman ini yang cepat dan pantas. Akan tetapi proses mempelajarinya perlu dilalui satu persatu agar faham segala isi yang terkandung didalam ilmu Reiki.

Reiki dapat digunakan untuk semua perkara seperti mendapatkan ketenangan, kebahagiaan, kesihatan yang stabil, keharmonian rumah tangga, malah juga untuk perniagaan.

Menggunakan Reiki untuk tujuan perniagaan juga merupakan antara punca yang menyebabkan ramai orang ingin memperlajari Reiki. Reiki memberikan satu Pakej Penyembuhan Lengkap kepada pengamalnya. Antara teknik-teknik yang menarik adalah seperti Teknik ‘Energy Transfer’ dan Teknik Reiki ‘Hands On’ yang mana ianya banyak membantu usahawan dalam menngembangkan perniagaan mereka. Perkara ini tidak dinafikan oleh testimonial dibawah ini :

Testimonial 3

“Reiki Untuk Perniagaan”

Saya, Puan Norashikin Mat Jana merupakan seorang usahawan MLM dan juga menjalankan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan. Sebelum ini saya sering mendengar beberapa sahabat saya yang bercerita tentang Reiki dan ini membuatkan saya berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang Reiki. Hasil pencarian di internet, saya medapat info tentang workshop Reiki yang diadakan oleh Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd.

Dalam workshop ini saya belajar dengan lebih jelas tentang apa itu Reiki. Apabila telah faham tentang ilmu ini, saya mengamalkan teknik-teknik Reiki dalam kehidupan seharian dan perniagaan saya. Ilmu ini sangat berguna untuk saya kerana ianya dapat meimbangkan tindakan dan perasaan saya dalam membuat semua pekerjaan dan sebarang keputusan.

Menjalankan perniagaan sepenuh masa adakalanya membuatkan saya menjadi terlalu letih dan tertekan namun dengan ilmu yang saya pelajari, saya mampu memulihkan diri sendiri dengan melakukan meditasi dan segala ilmu yang telah diperturunkan. Ilmu ini bukan setakat untuk diri sendiri, bahkan saya juga mampu membantu keluarga dan sahabat terdekat dengan memberikan ‘energy’ kepada mereka.

Ilmu Reiki yang saya pelajari membuatkan saya lebih harmoni dan memahami prinsip kehidupan yang harus kita bawa dalam kehidupan setiap hari. Alhamdulillah, kini perniagaan saya dilimpahi rezeki yang mencurah-curah dan perniagaan saya semakin berkembang.

Norashikin Mat Jana
Usahawan Internet
Ekin Wellness
www.kedai2ekin.com / www.ekin.wellness.com
syikin72@gmail.com

Reiki menggalakkan pengamalnya menjadi INSAN BAIK dengan menerapkan prinsip-prinsip yang penuh dengan nilai murni seperti mengawal kemarahan, mengawal kerisauan, sentiasa bersyukur, sentiasa jujur dan berbuat baik kepada setiap makhluk. Dengan menerapkan nilai murni yang ada pada prinsip ini maka seorang pengamal Reiki itu tidak akan mempunyai sebarang masalah didalam menghadapi dunia moden yang kian mencabar ini.

Tarikh : 19 November 2011
Tempat : Seksyen 9, Shah Alam
Masa : 9 pagi – 5 petang
Yuran : RM 560

HUBUNGI : 017-333 2349 / 017-300 2349

Leave a Comment :, , , , , , , , , more...

Kembara Energi : Diskaun 30% dan 50% sehingga 31/10/11

by on Oct.06, 2011, under Info Kursus, Nur Reiki Salam, Promo Terkini

Kembara Energi Nur Reiki Salam THD + R&R Special, Langkawi 02 – 04 Februari 2012

Program Kembara ini merupakan sebuah ’powerpack’ yang dirangka dan dicipta KHAS untuk para peserta mengalami serta merasai sendiri keunikan ’Energi Reiki’, mengalami Transformasi Diri serta memperkuatkan lagi tahap kerohanian. Sebuah program yang padat dan sarat dengan aktiviti fizikal, ilmu ilmiah, kembara kerohanian dan tugasan-tugasan personal yang Eksklusif (bermula sebaik sahaja mendaftar).

Sesi demi sesi untuk PENJANAAN ENERGI melalui acara Tapping RESQ56, Nur Reiki Salam (NRS), Meditasi, Seksual Kungfu (SKF), pernafasan, tazkiroh, mandi bunga, mandi laut, aktivasi energi di lokasi-lokasi ISTIMEWA – gua, pulau, hutan, pantai, paya-bakau, makam, perigi, bukit dan sebagainya.

Antara aktiviti HEBAT yang perlu diketahui dan diberi perhatian :

  1. Sesi Siang & Malam
  2. Tugasan Nota Tangan
  3. SMS Alert dari mula mendaftar hingga 04022012
  4. Kembara Island Hopping
  5. Pengijazahan Jarak Jauh (Nur Lataif Al-Qalb) & Ijazah Fizikal NRS
  6. Workshop Nur Reiki Salam
  7. Pengijazahan Nur Reiki Salam dilokasi-lokasi RAHSIA lagi TERPILIH
  8. Latihan Fizikal (RESQ56 / NRS / SKF) & Jiwa (Tugasan Zikir umum & interpersonal)
  9. Sentuhan SUFISTIK (zikir / NRS / tazkiroh) & sentuhan BIO-ENERGI (SKF / RESQ56 dll)
  10. Retreat & Recharge Special Maulidur Rasul
  11. Acara di darat & acara di laut
  12. Acara kering & acara basah
  13. Acara ‘dalam’ & acara ‘luar’
  14. Acara ‘serius’ & acara santai
  15. Ada hilai tawa & ada ‘air-mata’
  16. Mandi air masin & mandi air tawar
  17. Acara terang & acara gelab (gua)
  18. Acara bersama & acara peribadi (zikir/mandibunga/tapping dll)
  19. Acara ziarah yang ‘hidup’ & acara ziarah yang mati (makam)

Program Kembara ini merupakan program kali ke-9 yang mana angka 9 merupakan simbolik kepada kemuncak, klimak, teristimewa..

21 perkara yang akan anda nikmati dengan yuran yang tersangat berbaloi!!

  1. Workshop Nur Reiki Salam
  2. Pengijazahan Nur Reiki Salam
  3. Nota Nur Reiki Salam
  4. T-shirt Nur Reiki Salam
  5. Aktiviti Kembara – Island Hopping
  6. SMS Alert Aktivisi Energi Nur Reiki Salam (bermula sebaik sahaja mendaftar)
  7. Door Gift Xklusif
  8. Kristal Xklusif
  9. Sesi Retreat & Recharge Special Maulidur Rasul
  10. Nota R & R
  11. Sesi Senaman Sexual Kungfu (SKF)
  12. Penginapan 3 hari 2 malam di Adina Drive In Motel
  13. Tiket perjalanan pergi & balik (Bas)
  14. Bas Lawatan (di Langkawi)
  15. Feri pergi & balik
  16. Tiket-tiket ke Tempat Lawatan (di Langkawi – Makam Mahsuri – Telaga Air Hangat – Cable Car – Durian Perangin)
  17. Minum pagi 2x
  18. Makan tgh hari 1x
  19. Minum petang 2x
  20. BBQ Dinner 1x
  21. Minum malam 2

‘Flow’ Kembara ini dapat dipertontonkan melalui video dibawah.

KETIBAAN …

Para peserta tiba di jeti pada awal pagi setelah semalaman di dalam bas rombongan. Ada yang penat dan ada yang tidak, akan tetapi kesemuanya berasa gembira dan tidak sabar untuk merasai KEMBARA..

PENGEMBARAAN BERMULA …

Para peserta melawat beberapa Lokasi Istimewa yang mana terdapat ‘tugasa-tugasan’ yang perlu diselesaikan selain dari melakukan lawatan. Terdapat juga tugasan yang diberikan sebelum menjejakkan kaki ke pulau Langkawi. Begitulah UNIKnya Program KEMBARA ini..

Retreat & Recharge Special

Acara Retreat & Recharge sememangnya merupakan tradisi IQBC yang mana ianya diadakan pada setiap sebulan sekali. Cuma yang ‘SPECIAL’ jarang-jarang diadakan kerana ada sesuatu yang SPECIAL buat para peserta. Kami tidak meletakkan nama SPECIAL itu sebagai sesuatu yang kosong. Para peserta menerima sesuatu yang amat ‘berharga’ dari Dr. Mir Hazil. Bagaimana dengan tahun 2012? Sudah tentu akan ada ‘sesuatu’ juga. Juga pada sesi ini terdapat beberapa lagi tugasan yang perlu dibereskan oleh para peserta.

Senaman Kesihatan SEXUAL KUNG FU

Senaman pada awal pagi sememangnya amat menyegarkan, ditambah pula dengan corak senaman yang hebat lagi unik. Senaman ini akan dapat dipelajari hanya dengan mengikuti Program KEMBARA ini. Yosh!!!

KEMBARA ENERGI & Pengijazahan Nur Reiki Salam

Pengembaraan yang terrrrramat unik ini hanya dapat dirasai dengan menyertai program kami ini. Ini bukan cakap kosong dan bukan cakap gebang.. inilah realiti. Rasai pengalaman merasai dan mandapat Pengijazahan Nur Reiki Salam dengan cara yang lain dari yang lain (tidak seperti jenis Reiki yang lain). Hanya yang terbaik dari IQBC!!

Malam Dinner BBQ & Penyampaian Sijil Nur Reiki Salam

Malam pengakhiran yang mana para peserta hampir telah selesai melakukan kesemua tugasan yang diberi dan telah melakukan beberapa aktivisi energi. Kini telah tiba pula acara kemuncak yang juga hanya akan anda dapati didalam PROGRAM KEMBARA ENERGI NUR REIKI SALAM (acara kemuncak tersebut tidak disertakan kerana ianya terrrrramat istimewa!!)

PENDAFTARAN TELAH DIBUKA!!

KEMBARA ENERGI NUR REIKI SALAM LANGKAWI – 020212

Berikut adalah harga yuran untuk Peserta ULANGAN – Diskaun 50%

Jenis Tawaran Yuran Harga Yuran Syarat Tawaran Tarikh Mula Tarikh Tutup
Early Bird RM 1,060 Bayaran Penuh Sekarang 31 Julai 2011
Diskaun 50% RM 1,250 Deposit RM 500 1 Julai 2011 31 Oktober 2011
Yuran Asal RM 1,500 Deposit RM 500 1 November 2012 31 Januari 2012

Hubungi 017 – 333 2349

Leave a Comment :, , , , , , , , , , more...

Xklusif dari Reiki Chapter Leader Malaysia

by on May.11, 2011, under Promo Terkini

Reiki merupakan SKIL TERKINI dalam merawat, membantu, mengolah, memulih, menjana dan penyembuhan

Merawat masalah jiwa & raga

Menyembuh masalah stres pada diri

Memulih isu hubungan silaturahim

Menjana rezeki keliling pinggang

Mengolah keutuhan rohani

Membantu mengubati segala macam jenis penyakit kronik

Tiada kesan sampingan, tiada keburukan, tiada pendamping atau khadam… Yang ada hanyalah KEPASRAHAN, REDHA & KEYAKINAN pada Allah s.w.t

Reiki hanyalah skil merawat, Allah s.w.t yang MENYEMBUHKAN

Personal Coaching secara ‘one to one’ XKLUSIF dari Reiki Chapter Leader Malaysia – Dr. Mir Hazil Azran Ramli

INFO LINE : 017-333 2349

Leave a Comment :, , , , , , , , , more...

Caj & Perkhidmatan yang ada di IQBC S/B

by on Jan.02, 2011, under Uncategorized

Konsultasi

1. Konsultasi Aura

Sesi konsultaisi ini bertujuan untuk mengenal pasti & mengukur tahap tenaga (Aura). Pelanggan akan dapat melihat sendiri keadaan aura sendiri secara jelas. Penjelasan akan menjurus kepada sudut kesihatan dan sudut psikologi. Sesuai untuk mereka yang ingin mengenali diri dari sudut Aura.

Konsultasi ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan (fizikal atau psikologi) dan menyarankan jalan-jalan penyelesaian.

Bayaran Perkhidmatan :

  • RM 80 + Foto Aura + Laporan Ringkas Data Peribadi Aura 4 muka surat,  Sesi 1 jam
  • RM 180 + Foto Aura + Laporan Penuh Data Peribadi Aura 24 muka surat, Sesi 1 jam
  • (Konsultasi oleh Master Luthfi atau Master Ismi)

    2. Konsultasi Numerologi

    Numerologi adalah kaedah yang amat sesuai digunakan dalam menyelidiki dan membongkar permasalahan yang dihadapi oleh seseorang. Kaedah numerologi bukanlah berkonsepkan ramalan, ianya sebenarnya adalah kaedah membaca ‘corak tingkahlaku dan perangai’ seseorang. Sesi konsultasi ini bertujuan untuk mengenal pasti & membongkar potensi. Pelanggan akan menerima laporan analisis tarikh kelahiran selepas tamat sesi konsultasi. Penjelasan akan menjurus kepada sudut kesihatan dan sudut psikologi. Sesuai untuk mereka yang ingin mengenali diri, mencari kerjaya yang sesuai, mendapatkan tarikh yang sesuai untuk majlis perkahwinan, dan pelbagai lagi.

    Konsultasi ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan (fizikal atau psikologi) dan menyarankan tips-tips serta kaedah penyelesaian masalah.

    Bayaran Perkhidmatan : RM 80 + Laporan Analisis Tarikh Kelahiran, Sesi 1 jam

    (Konsultasi oleh Master Luthfi atau Master Ismi)

    _________________________________________________________________________________

    Diagnosis

    1. Diagnosis Aura

    Sesi ini hanya untuk pelanggan yang mempunyai rekod analisis aura sebelumnya sahaja. Diagnosis ini bertujuan untuk mengetahui perkembangan aura diri mereka.

    Bayaran Perkhidmatan : RM 40 + Foto Aura

    2. Digital Meridian System (DMS) : Penilaian Tahap Kesihatan

    Digital Meridian System (DMS) merupakan sesi Penilaian Tahap Kesihatan yang menggabungkan teori Perubatan Cina (Timur) dan Teknologi Moden (Barat). Pelanggan akan didiagnos dengan menggunakan peralatan khas yang akan diletakkan pada titik-titik meridian yang terdapat pada tangan dan kaki untuk mendapatkan bacaan ukuran tenaga. Sesi yang mengambil masa hanya 30 minit ini akan disertakan dengan laporan penilaian.

    Bayaran Perkhidmatan : RM 60 + Laporan Penilaian

    _________________________________________________________________________________

    Terapi & Rawatan

    1. Terapi Reiki

    Terapi Reiki adalah merupakan satu-satunya jenis terapi yang ditawarkan oleh pihak kami. Terapi ini memberi penumpuan pada menstabil, merawat serta mengimbangi tahap energi dalam tubuh. Untuk masalah / penyakit berat, kami sarankan untuk mengambil pakej terapi – Rujuk bahagian Pakej Konsultasi + Terapi

    Bayaran Perkhidmatan : RM 70

    2. Terapi Reiki Jarak Jauh (Individu)

    Terapi ini hanya akan dilakukan jika pelanggan tidak dapat menghadirkan diri ke pusat terapi kami samada terlalu jauh atau disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.

    Bayaran Perkhidmatan : RM 120 untuk 1x

    3. Pemuliharaan Energi Rumah & Premis Perniagaan

    Proses ini memerlukan kami hadir ke rumah atau premis perniagaan dan melakukan pembersihan / pemuliharaan energi di dalam dan sekitar rumah atau premis perniagaan. Dalam ilmu Reiki, alam ini dipenuhi oleh energi alam dan kadangkala energi-energi ini terkumpul / mengeras dan mengganggu aliran energi keseimbangan.

    Bayaran Perkhidmatan : RM 360

    * Caj tambahan akan dikenakan bergantung pada jarak tempat

    4. Pemuliharaan Energi Rumah & Premis Perniagaan (Jarak Jauh)

    Proses ini tidak memerlukan kami hadir ke rumah atau premis perniagaan

    Bayaran Perkhidmatan : RM 120 untuk 1x

    ________________________________________________________________________________

    Pakej Konsultasi + Terapi

    1. Combo : Konsutasi + Terapi Reiki

    Bayaran Perkhidmatan : RM 120 (jimat RM 30)

    2. Deluxe : 5x sesi terapi Reiki + 30 minit konsultasi dari Dr. Mir Hazil 1x pada sesi terakhir

    Bayaran Perkhidmatan : RM 350

    3. Premium : 10x sesi terapi Reiki + 30 minit konsultasi dari Dr. Mir Hazil 1 pada sesi terakhir

    Bayaran Perkhidmatan : RM 500 (jimat RM 200)

    _________________________________________________________________________________

    Sesi bersama Dr. Mir Hazil Azran Ramli (Pakar Aura)

    * Maksima satu sesi konsultasi adalah 2 jam

    1. Konsultasi Aura

    • 1 jam PERTAMA = RM 150
    • 1 jam KEDUA = RM 80

    2. Konsultasi Numerologi

    • 1 jam PERTAMA = RM 150
    • 1 jam KEDUA = RM 80

    3. Konsultasi (Isu Umum) / Kaunseling

    • 1 jam PERTAMA = RM 150
    • 1 jam KEDUA = RM 80
    ______________________________________________________________________

    Lain-lain Perkhidmatan

    1. Program Air = PERCUMA
    2. Program Kristal = RM 10
    3. Program Resume = Dari RM 66 (++)
    4. Program Kertas Kerja / Profil Syarikat = Dari RM 66 (++)

    ______________________________________________________________________________

    Ujian Tahap Keberkesanan Produk dengan menggunakan AVS (Aura Video System) untuk Sebelum dan Selepas

    Perkhidmatan ini adalah KHUSUS untuk pengeluar produk kesihatan yang ingin mendapatkan BUKTI keberkesanan produk ke atas Aura Manusia dan kesihatan. Perkhidmatan ini merangkumi

    1. Aura Viewing
    2. Penerangan dari Dr. Mir Hazil

    Bayaran Perkhidmatan : RM 150 untuk 1 subjek

    ______________________________________________________________________________

    * Kanak-kanak berumur 7 – 12 tahun akan mendapat diskaun 50% untuk sesi konsultasi dan rawatan

    Posting ini akan berada di page ini – Perkhidmatan Kami

    Leave a Comment :, , more...

    Baru : Baju Reiki 360

    by on Oct.11, 2010, under Uncategorized

    (Klik gambar untuk besar)
    Baju Reiki 360 kini telah keluar!!
    Baju ini boleh didapati dengan harga RM 69.

    CEPAT!! STOK ADALAH TERHAD!!
    2 Comments :, , , , , , , , , more...

    IQBC Sdn Bhd & 7 Tahun

    by on Oct.05, 2010, under Promo Terkini

    Tanggal 02/10/2010 adalah tarikh dimana papan tanda premis Reiki dinaikkan setelah 7 tahun beroperasi. Warna merah dan putih dipilih sempena energi vital dan energi kerohanian. Kenapa tidak dinaikkan pada seawal tahun mula beroperasi? Dr. Mir Hazil mempunyai jawapannya…

    “Ada yang naik ‘signboard’ sebelum kedai dibuka, ada pula yang sesudah dibuka. Ada yang ‘signboard’ GAH naik tinggi awal-awal lagi, namun tak sampai setahun BISNIS-nya TURUN.. lalu ‘signboard’-nya itu tinggal sejarah. Adajuga yang sibuk nak ‘JUAL KULIT’ melalui ‘signboard’-nya tapi bila masuk ke premis; ISI-nya hampeh..DAN ADA PULA YANG TIADA ‘PAPAN NAMA’, namun ISI DALAMNYA – 5 BINTANG!!

    “Bagi saya, 7 tahun MEMARTABATKAN REIKI adalah agenda utama yang ditumpukan. 7 tahun bukanlah 7 hari atau 7 minggu atau 7 bulan… jika beranak setahun satu.. ianya dah 7 orang anak. Dan 7 TAHUN untuk praktis ILMU AURA & SENI REIKI yang namanya (dan segala perihalnya) MASIH HIJAU (belum orang kenal) di Malaysia SEHINGGA RAMAI YANG KENAL dan DAPAT MANFAAT DARINYA; adalah suatu PENCAPAIAN YANG BESAR (walaupun masih banyak ruang yang belum sempurna). Lalu, pentas saya beraksi ini SUDAH LAYAK untuk DIJULANG NAMANYA (melalui satu papan nama).”

    Dibawah ini kami ingin kongsikan sebahagian gambar pemasangan dan penaikkan papan tanda premis Reiki ini..


    Hari ini, biarlah PROFIL 7 tahun IQBC Sdn Bhd yang menceritakan segalanya. Bagi yang masih SANGSI.. biarkan mereka 7 tahun lagi. Bagi yang MALU, usahlah begitu.. kerana sesungguhnya kami juga pemalu sifatnya.. ayuh, buat-buat tak malu sahaja. Bagi yang masih MAHU, pintu IQBC Sdn Bhd terus di situ menanti kunjungan mesra anda… Bagi yang masih RASA BARANYA.. AYUH, ANGKAT ‘OBOR’ PERJUANGAN INI UNTUK GENERASI KITA!!

    3 Comments :, , , , , , more...

    Penyembuhan Holistik VS Masalah Holistik

    by on Sep.27, 2010, under Info Kursus, Promo Terkini

    Kata ‘Penyembuhan’ sahaja telah mempunyai maksud yang luas, manakala kata ‘PENYEMBUHAN MENYELURUH’ telah memperluaskan lagi maksud atau erti PENYEMBUHAN tersebut. Kita sebagai manusia harus mencari ikhtiar dan berusaha untuk sembuh apabila sakit. Kita akan menghadapi sakit. Sakit itu adalah ujian.

    Sepertimana kata Penyembuhan, kata ‘SAKIT’ juga mempunyai erti yang luas dan kata ‘KESAKITAN MENYELURUH’ telah memperluaskan maksudnya.Kebanyakkan dari kita akan pasti / sedang / pernah menghadapi masalah KESAKITAN MENYELURUH tanpa disedari, dan bila kita diberitahu, kebanyakan dari kita menafikan sebahagiannya. Dengan penafian ini SAKIT itu akan menjadi bertambah parah dan akhirnya ia akan dizahirkan (manifest) pada tubuh jasmani berupa penyakit fizikal. Pada waktu ini kita hanya memberikan penumpuan kepada sakit fizikal itu tanpa menyedari bahawa penyakit itu berpunca dari tahap-tahap yang berlainan.

    Manusia terdiri dari 4 komposisi atau tahap iaitu

    1. Rohani
    2. Emosi
    3. Minda
    4. Fizikal

    1) Kesakitan Peringkat Rohani

    • Apakah penyakit ini? Penyakit pada peringkat ini adalah penyakit yang paling dalam dan ianya amat sukar dikesan. Salah satu penyakit ini adalah gangguan mahkluk halus. Penyakit ini ada berkait rapat dengan permasalahan pada komposisi yang lain samada emosi atau minda. Kesakitan ini apabila ia keluar (manifest) adalah amat sukar dikawal, contohnya kerasukan. Diri tanpa kawalan empunya diri. Ini umpama dirinya telah di-hack oleh sesuatu entiti asing.

    2) Kesakitan Peringkat Emosi

    • Apakah penyakit ini? Penyakit pada peringkat ini juga merupakan penyakit yang dalam tetapi mudah untuk dikesan dan ianya sering terkeluar tanpa disedari oleh empunya diri. Antara nama penyakit ini adalah sakit dendam, sakit hati, sakit jiwa, sakit amarah daln lain-lain. Kesakitan ini juga amat sukar dikawal dan ubati jika tidak mendapat ubat yang tepat! Empunya diri akan hilang kawalan.

    3) Kesakitan Peringkat Minda

    • Apakah penyakit ini? Penyakit pada peringkat ini adalah kategori ‘hampir ke permukaan’, dalam 70%. Boleh dilihat dari segi perlakuan empunya diri. Antara nama penyakit ini adalah pelupa, lambat fikir, pemikiran kurang cerdas dan lain-lain. Kesakitan ini jika dibiarkan tanpa ubat yang tepat akan memberikan impak PALING TERUK pada empunya diri.

    4) Kesakitan Peringkat Fizikal

    • Apakah penyakit ini? Penyakit pada peringkat ini adalah ; Manifestasi dari kesakitan-kesakitan dalaman yang dikumpul secara berperingkat selama bertahun. Manifestasinya pelbagai dan mengikut corak DNA seseorang. Antara nama penyakitnya adalah sakit jantung, sakit pada urat, sakit tulang, sakit pada organ-organ tertentu, mati pucuk dan lain-lain. Kesakitan ini pula hanya hilang jika dirawat secara fizikal sahaja kerana apa yang dirawat hanyalah ‘kulit penyakit’ tersebut walhal ‘ibu penyakit’ itu masih lagi berada pada peringkat paling dalam.

    Keempat-empat komposisi ini pula adalah saling berkait. Manusia adalah mahkluk yang berada diatas rantaian makanan (jasmaniah) + menjadi sasaran utama iblis untuk disesatkan (rohaniah). Fikir-fikirkanlah.Kebanyakkan dari kita hanya akan mencari ubat / ikhtiar hanya apabila sakit itu telah menzahir ke tahap fizikal.

    Pada waktu ini usaha kita itu dinamakan sebagai ‘MENGUBATI’, ikhtiar ini walaupun sedikit terlambat tetapi masih ramai yang bertindak sebegini rupa.MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

    Langkah pencegahan adalah langkah TERBAIK. Kita seringkali leka dan terlepas pandang dengan apa yang kita FIKIRkan, tahap RASA emosi kita, tahap kesedaran ROHANI dan tahap penjagaan kesihatan fizikal kita.Pencegahan awal memerlukan daya KEPEKAAN yang tinggi. KEPEKAAN ini perlu dikembangkan. Ianya perlu dilatih. Ianya perlu dikembangkan dan di latih saat anda mula PEKA dengan diri anda.

    Reiki 360 memiliki keupayaan untuk meningkatkan daya KEPEKAAN pengamalnya. Ini kerana Reiki 360 merupakan ‘tools’ yang akan melakukan PENYEMBUHAN MENYELURUH / HOLISTIK kepada mereka yang mengamalkannya. Semakin kerap pengamal melakukan penyembuhan diri, semakin berkembanglah tahap kepekaan mereka.

    Inginkah anda MENJADI seseorang yang peka dengan setiap komposisi diri anda?

    Inginkah anda TAHU bagaimana tahap minda anda?

    Inginkah anda TAHU bagaimana tahap emosi anda?

    Inginkah anda TAHU bagaimana tahap rohani anda?

    PILIHAN DITANGAN ANDA

    Alangkah berTUAHnya hidup jika kita boleh mengukur tahap energi minda, emosi, rohani, fizikal sendiri pada setiap hari… – Reiki 360 BOLEH mengukur itu semua!!

    Menjadi resam setiap manusia untuk mempelajari sesuatu yang TERBAIK lagi BERKESAN untuk pekembangan diri.. – Pencarian itu ada pada Reiki 360!!

    Menjadi sifat setiap manusia untuk mempelajari sesuatu yang unik lagi lain dari lain… – Reiki 360 adalah ilmu yang UNIK!!

    Menjadi sifat setiap manusia untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik.. – Reiki 360 adalah YANG TERBAIK dari yang terbaik !!

    Menjadi sifat setiap manusia untuk melakukan hal yang mudah lagi berkesan – Teknik Reiki 360 adalah semudah makan kacang !!

    Anda akan dibekalkan dengan tools / teknik yang CUKUP HEBAT untuk mencegah kesemua KESAKITAN MENYELURUH yang saya kongsikan sedikit diatas.Hanya dengan Reiki 360 kesakitan dalaman anda akan dapat diselesaikan – Ia dinamakan sebagai Holistic Healing Counter Holistic Problem = Holistic Problem Kalah!!


    __________________________________________________________

    Master Lutfi


    ____________________________________________________

    WORKSHOP REIKI 360

    Hanya Reiki 360 yang merangkumi semua aspek, pendek kata pukul habis..

    Anda akan didedahkan betapa uniknya & menariknya kerana anda akan menggunakan ia 24/7 tanpa henti.. hatta dalam tidur!!

    Reiki akan bekerja untuk anda!!

    (Klik untuk besarkan dan cetak)

    Tarikh : 2 Oktober 2010, 9 Oktober 2010 dan 23 Oktober 2010 (Pilihlah tarikh anda!! Kuasa ditangan anda!)

    Tempat : Dewan Kuliah 1 IQBC.

    Alamat : No 24C, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor (Belakang Hotel Concorde)

    Masa : 9 pagi – 5 petang

    Fasilitator : Reiki Chapter Leader, Malaysia – Dr. Mir Hazil Azran Ramli

    Yuran : RM 360

    Deposit : RM 100

    No. Akaun Maybank : 5121 0141 0391

    Hubungi 017-333 2349 untuk tempah tempat ANDA!!

    Leave a Comment :, , , , , , , , more...

    Siri Aura Rasa diulang tayang kembali..

    by on Apr.23, 2009, under Uncategorized

    Salam,

    Siri Aura Rasa kini telah diulang tayang semula di saluran RTM 1, setiap Rabu dari jam 11:30am – 12:00pm. Kepada sesiapa yang terlepas siarannya sebelum ini.. ambillah peluang ini..

    Leave a Comment : more...

    Reiki Master kelahiran InnerGy Quest Bio Concept

    by on Apr.23, 2009, under Info Kursus

    Salam,

    Sabtu, 18 April 2009 – Kursus Reiki Tahap Master telah berjalan dengan jayanya. Kursus ini disertai oleh mereka yang benar-benar komited dalam memperjuangkan Reiki. Reiki adalah sebahagian dari kehidupan dan telah menjadi darah daging mereka. Dibawah adalah wajah-wajah mereka…

    img_83792

    Dr Mir Hazil bersama Master Nazree

    img_83802

    Master Irwan bersama Dr Mir Hazil

    img_83821

    Dr Mir Hazil bersama Master Roslan

    img_83841

    Dr Mir Hazil bersama Master Moidin

    img_83831

    Dr Mir Hazil bersama Master Kamarudin

    img_83855

    Dr Mir Hazil bersama Master Che Aniha

    img_83864

    Dr Mir Hazil bersama Master Junaidah

    img_83873

    Dr Mir Hazil bersama Master Siti Fauziah

    img_83892

    Dr Mir Hazil bersama Master B

    img_83903

    Dr Mir Hazil bersama Master Suzana

    Warga IQBC mendoakan agar ANDA bertambah berjaya dan memakmurkan Reiki di Malaysia….

    Redha, Ikhlas dan Pasrah..

    3 Comments : more...

    Looking for something?

    Use the form below to search the site:

    Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

    Visit our friends!

    A few highly recommended friends...

    Archives

    All entries, chronologically...