Reiki 7Chakra

Tag: Info

Sembang Reiki

by on Sep.22, 2010, under Promo Terkini

Salam Aura Ceria,

Reiki sering dilihat sebagai ilmu yang mampu menjadikan seseorang itu memiliki ‘kehebatan-kehebatan’ unik seperti clairvoyance, clairsentience, clairaudience dan pelbagai clair lagi.. STOP!! reverse dulu anggapan anda itu kerana anggapan sebegitu hanya akan menjauhkan serta menyukarkan anda untuk memahami apa itu Reiki. Perlulah difahami bahawa ‘ability’ itu adalah kurniaan Tuhan. Seseorang itu mungkin memiliki salah satu ‘ability’ tersebut sejak dari lahir ataupun setelah ditimpa satu kemalangan yg dahsyat tetapi tidak meragut nyawanya ; dan soal ‘ability’ ini hanya terletak di tangan Allah S.W.T.. TITITK! :)

Reiki perlulah dilihat sebagai ILMU KEHIDUPAN yang mana ianya akan menjadi rutin harian si pengamalnya. Bermula dari JADUAL PRAKTIKAL REIKI secara berdisiplin sehinggalah ianya menjadi tabiat yang dirakam oleh minda bawah sedarnya. Lalu membentuk PERSONALITI BARU atau orang baru dan orang disekeliling akan menegurnya dengan nada sebegini ; ” Salam, saya lihat awak dah banyak berubah la…” Ini adalah perkara yang normal bagi mereka yang SERIUS melakukan TRANSFORMASI DIRI. Transformasi yang dimaksudkan ini bukanlah perubahan dari segi faktor fizikal semata-mata, malah ianya merangkumi aspek dalaman seperti kesedaran spiritual dan ini turut mempengaruhi sudut emosinya serta pola pemikirannya.

Persoalannya praktikal sebagai mana yang harus diamalkan?

Jawapan kepada persoalan ini adalah amat mudah kerana pada peringkat awal, ilmu Reiki akan membawa si pengamal kepada satu proses transformasi secara total dari luar dan dalam. Katakunci kepada perkara ini adalah

INI AMAT PENTING!!

Percaya Tuhan

Disiplin

Bersungguh-sungguh

Berterusan

Keempat-empat perkara diatas adalah katakunci kepada pengenalan dalam ‘merasai energi Reiki’ secara total. Empat perkara ini perlulah ditanam dalam-dalam pada diri agar ianya kukuh tidak mudah tumbang ditiup angin. Siri Praktikum didalam ilmu Reiki adalah teramat banyak, tidak mampu untuk kami ulas keseluruhannya disini. Ini tidak termasuk dengan data-data perkongsian para Reiki Master yang lain berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Kelak anda akan turut berkongsi KAEDAH PERLATIHAN 1 : 50 : a anda bersama kami. Saya doakan. Amin.

Kembali kepada topik, praktikum yang amat gemar dilakukan pada peringkat permulaan adalah MERASAI ALIRAN ENERGY PADA TELAPAK TANGAN. Saya juga amat meminati perlatihan ini pada peringkat awal pembelajaran Reiki dulu.. Nak rasa ‘power-nya’ macam mana.. :D

Soalan : Bagaimanakah caranya untuk merasai energi yang mengalir keluar dari telapak tangan?

Jawapan : Percaya bahawa apa jua yang berlaku adalah keizinan dari Allah S.W.T + berdisiplin + tidak main-main dan lakukan teknik secara betul seperti diajar + tidak cepat putus asa jika tidak merasai apa-apa pada percubaan yang ke – 11.

Kenapa pada percubaan ke – 11? Anda perlu percaya kepada Tuhan… ini perkara pokok dalam ilmu Reiki (dalam segala hal kita HARUS percaya bahawa semua yang berlaku adalah di atas keizinan-Nya) Action speak louder!! Percubaan ke – 11 itu pun mungkin hanya ‘sipi-sipi’ je sensasi yang sesetengah dari anda dapat rasai.. oleh itu jangan mudah putus asa.

Okay, saya sebenarnya telah terlajak kerana sepatutnya saya kongsikan RAHSIA TRANSFORMASI yang terdapat didalam 5 Prinsip Reiki terlebih dahulu, tapi biasa la :P hehe.. sebab ramai yang hanya ingin tahu ‘hal-hal metafizik’ je kan?

Dengan ini saya mempersembahkan siri RAHSIA TRANSFORMASI HOLISTIK kepada para pembaca. Siri ini akan mengupaskan segala hal yang merangkumi ruang lingkup yang berkaitan dengan 5 Prinsip Reiki yang kebanyakannya dipandang mudah oleh sesetengah pengamal Reiki, malah ada juga Reiki Master yang sudah tidak ingat pasal 5 prinsip itu lagi. Aiseymen :(

Tidak rugi belajar Reiki

Rugi jika tidak belajar Reiki

RAHSIA TRANSFORMASI HOLISTIK

Marah

Risau

Syukur

Jujur

Buat Baik

______________________________________

:D Master Lutfi

Leave a Comment :, , , , , more...

Menyelami Rahsia Tarikh Lahir, Membongkar Khazanah Dalaman

by on Apr.28, 2009, under Promo Terkini

numerology-21Alam ini tidak dijadikan dalam keadaan HAMPA, KOSONG atau TIADA ERTI. Alam ini dijadikan penuh dengan kepelbagaian WARNA, ATURCARA serta HUKUM-HAKAM. Semua ini mempunyai maksud  dan makna yang perlu diakses. Di dalam  dunia ini terdapat pelbagai PETUNJUK yang boleh dikenal pasti atau KOD yang boleh diakses oleh setiap individu. Untuk MERUNGKAI KOD atau MEMAHAMI PETUNJUK ini, seseorang itu perlulah memiliki ILMU yang TEPAT. Ilmu ini merupakan gabungan dari pelbagai cabang ilmu iaitu Ilmu Metamatika, Psikologi Tingkah Laku, Feng Shui, Ilmu Falak, Ilmu Hukum Keseimbangan atau Pasangan dll. Ianya diibaratkan sebagai KUNCI kepada SUKSES. Dengan Teknik ini, seseorang itu akan memiliki ANAK KUNCI KEJAYAAN.

Persoalan yang utama – Apa yang hendak dibuat dengan ANAK KUNCI KEJAYAAN itu?

Sebelum itu, mari kita fahami dahulu ‘perkara apa yang harus difahami’. Kunci itu harus digunakan dalam membuka akses kepada KOD-KOD RAHSIA yang tersembunyi di dalam tarikh lahir. Dengan merungkai KOD ini, seseorang itu mampu :

  • Melakukan LONJAKAN PARADIGMA diri
  • Memecah KEBUNTUAN PERMASALAHAN
  • Memahami PETUNJUK ALAM
  • Membaca ZON permasalahan pada tubuh fizik
  • Mencari KESERASIAN dalam membina hubungan sosial, keluarga dan kerjaya
  • Memahami KEKUATAN DIRI dari sudut mental, emosi dan rohani
  • Malah MAMPU untuk menjadi PENYELESAI MASALAH a.k.a ‘Problem Solver’ kepada setiap permasalahan yang datang

Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu : Ananlisis Tarikh Lahir – Numerologi. Selain dari teori dan falsafah, ilmu ini mengandungi ribuan teknik yang boleh dipelajari, diolah, diterokai dan dipraktikkan. Semuanya berdasarkan kreativiti. Mengapa kreativiti? Ini kerana dengan kreativiti seseorang itu menggunakan otak kanan untuk mendapatkan GAMBARAN dengan dibantu oleh otak kiri yang lebih kepada LOGIK.

lucky_numbers_abstract_wall_art1

Kod yang dimaksudkan adalah NOMBOR (fungsi otak kiri). Manakala nombor itu pula mempunyai makna SIMBOLIK dari segi UNSUR (fungsi otak kanan). Nombor-nombor ini datangnya dari tarikh lahir, tarikh bulan, tarikh tahun serta tarikh bagi hari. Otak kiri melihat nombor manakala otak kanan melihat unsur.

Ketika melakukan analisis, seseorang itu menggunakan kedua-dua belahan otaknya. Ini secara tidak langsung meningkatkan tahap penggunaan otak kanan dan otak kiri. Ini memberi faedah kepada penganalisis. Gabungan Minda Sedar + Minda Separa Sedar juga turut berlaku ketika sesi analisis. Bayangkan KEHEBATAN POTENSI MINDA anda ketika itu, ianya bekerja secara MAKSIMUM!!

numerology

Minda separa sedar juga turut mempunyai ciri-cirinya yang TERSENDIRI dan ianya boleh dikenal pasti dengan teknik Numerologi. Ianya disimbolikkan berdasarkan UNSUR. Dengan mengetahui unsurnya, minda sedar mampu bergabung dengan minda separa sedar berdasarkan unsur.

Kegagalan minda sedar bekerjasama dengan minda separa sedar akan mewujudkan senario ‘pertembungan arahan’ di dalam peringkat alam minda. Senario ini amat merugikan. Jika dibiarkan akan memakan diri dan berakhir kepada keluhan seperti – “Beginilah nasib saya…”

Nasib pula yang dipersalahkan. Dengan numerologi, NASIB ini dapat dicorakkan dan digubah. Untuk itu, aspek KEROHANIAN atau penilaian dari sudut SQ diperlukan. Dengan memahami kelemahan, seseorang itu dapat melihat sesuatu yang BURUK akan berlaku pada masa akan datang, ini berdasarkan potensi nombor kelemahan. Akan tetapi, dengan memahami KEKUATAN, seseorang itu dapat melihat dan merangka strategi untuk BERJAYA !!, ini berdasarkan POTENSI NOMBOR KEKUATAN. Malah dengan penggunaan IESQ, kelemahan boleh ditukar kepada KEKUATAN !!!!

Perkara ini banyak disalah tafsirkan sebagai ilmu ramalan. Perlulah diketahui, Numerologi membantu berdasarkan kod yang mengandungi makna disebalik. Proses ini sama seperti meramal keadaan cuaca. Setiap perkara memerlukan  persediaan yang secukupnya.

Numerologi juga merupakan salah satu teknik yang AMPUH untuk melakukan TRANSFORMASI DIRI. Teknik ini amat sesuai untuk mereka yang bercita-cita untuk menjadi PAKAR KAUNSELING atau PAKAR MOTIVASI, malah ianya turut membantu mereka yang mementingkan

  • Perniagaan & Kewangan
  • Perhubungan sosial antara masyarakat
  • Perhubungan Kekeluargaan
  • Kerjaya

Berdasarkan kesedaran ‘Serius Membantu Mereka Yang Ingin Berjaya‘, Pihak InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd akan mengadakan kursus

Numerologi : Menyelami Rahsia Tarikh Lahir, Membongkar Khazanah Dalaman

2 hari untuk MENDALAMI serta MENGUASAI

Teknik Asas & Lanjutan

Tarikh : 30hb & 31hb Mei

Masa : 9:30 pagi – 5:30 petang

Tempat : InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd. No 24B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Yuran : RM 770.00*

Fasilitator : Dr Mir Hazil Azran Ramli

( penulis buku Aura Penyembuhan Reiki dan penulis buku Aura Personaliti Warna )

* Sempena ulang tahun ke – 6 InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd, potongan harga sebanyak 30% telah diberi kepada setiap peserta. Ayuh semu, rebutlah peluang keemasan ini. Yuran asal RM 1,100.00. Untuk yang hadir untuk kursus ulangan, cuma perlu bayar RM 200.00 untuk 2 hari.

Untuk pendaftaran & pertanyaan, sila hubungi 03-58804349 / 017-3002349 (Lutfi) / 017-3002349 (Ismi)

___________________________________________________________________________________________

Lutfi

Leave a Comment :, , , more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!