Reiki 7Chakra

Tag: Gempaq

Workshop Reiki Tahap 2

by on Jan.17, 2012, under Info Kursus, Promo Terkini, Reiki 360

28 & 29 Jan 2012

Sek 9, Shah Alam

10 pg – 5 ptg

Kepada pengamal Reiki Tahap 1, anda semua telah bersedia untuk ke tahap seterusnya? Tahap yang mana anda akan mempelajari TEKNIK yang membolehkan anda menggunakan Reiki dengan lebih LUAS lagi tanpa sebarang sempadan.

2 hari anda akan diisi sepadat-padatnya dengan Ilmu Reiki. Disini disertakan perincian perjalanan workshop ini :

Hari Pertama

  1. Perkongsian Pengalaman ‘case study’ dari Tahap 1
  2. Otak dan Minda Manusia
  3. Simbol Cho Ku Rei, Sei Hi Kei & Hon Sha Ze Sho Nen
  4. Penggunaan Simbol Dalam Reiki
  5. Sistem Bio-Energi Manusia (part 2)
  6. Kundalini
  7. Jaluran Meridian
  8. Meditasi
  9. Pengijazahan Reiki Tahap 2

Hari Kedua

  1. Praktikal Merawat Pasangan / Rakan / Jiran
  2. Praktikal Rawatan Berkumpulan
  3. Praktikal Rawatan Secara Duduk
  4. Praktikal Scanning Jarak Jauh
  5. Praktikal Rawatan Jarak Jauh
  6. Praktikal Mengesan Objek

ISTIMEWA!!

* PERCUMA #1 : Laporan Penuh Anailisis Aura 24 muka surat bernilai RM 180

Dengan yuran yang amat berpatutan RM 1200, anda akan dapat menggunakan Reiki dengan lebih dari sebelum ini.

Oh ya, jika anda mahukan lebih diskaun lagi.. segeralah menjadi mendaftarkan diri anda sebagai AHLI IQ1 dan nikmati pelbagai faedah dan kemudahan yang IQBC sediakan.

Hubungi MASTER LUTHFI / 017-333 2349 untuk lock tempat anda dengan deposit RM 300.

Leave a Comment :, , , , , , , , , more...

Angker : Gangguan Entiti

by on May.12, 2011, under Uncategorized

Pembersihan energi kawasan juga termasuk didalam bidang yang disediakan oleh ilmu Reiki. Kali ini saya akan kongsikan pengalaman saya bersama Master Ismi sewaktu melakukan sesi pembersihan energi di rumah pelanggan kami pada 11 Mei 2011.

Angker : Gangguan Entiti

Gangguan telah bermula sejak dari tahun 2009

Rumah yang diganggu : 21, Kelana Jaya

Jenis rumah : Teres dua tingkat

Jumlah penghuni : 8 orang

Jenis gangguan (berdasarkan aduan):

  1. Auditori – Bunyi tapak kaki, bunyi suara bernafas yang berat (seperti orang mengah)
  2. Visual – Penampakan kelibat, penampakan entiti hitam, besar dan berbulu lebat
  3. Kinestetik – Cuit ibu jari sewaktu tidur, tarik selimut
  4. Lain-lain – Sekali sekala ada bau busuk seperti bangkai, beberapa penghuni rumah mengalami sakit kepala

Zon KERAS

Zon ‘KERAS’ aras 1 : Setor di bahagian belakang rumah

Zon ‘KERAS’ aras 2 : Bilik tidur di bahagian belakang rumah

Kedua-dua zon ini berada pada zon yang sama cuma berlainan aras.

Maklumat Scanning

Menurut hasil scanning dari Master Ismi ditempat kejadian, rumah mereka itu menjadi ‘laluan’ entiti tersebut. Saya juga turut berasa sedikit pening-pening sewaktu melakukan scanning pada bilik tidur aras 2. Sewaktu inilah ‘pesanan’ di transmit kepada entiti agar bersedia untuk dipindahkan

Tindakan Pembersihan

1) Pembersihan secara metafizik (Master Luthfi) : Sesi pembersihan dimulakan oleh saya secara metafizik melalui ‘floor map’ yang dilukis. Bertujuan agar kesemua entiti yang ‘singgah’ itu tidak terlepas. Proses mengumpul bermula

2) Pembersihan secara fizik (Master Ismi) : Menyembur air campuran Minyak s7 + Bacaan doa dari Master Ismi. ‘Spray’ pada setiap ruang di rumah tersebut. Bertujuan untuk membersihkan saki baki yang tertinggal

3) ‘Clon’ rumah baru beserta mencipta ‘laluan’ baru (Master Luthfi) : Proses pemindahan dilakukan

4) Memagar dan Mengunci 6 penjuru rumah asal (Master Ismi) : Proses pembersihan tamat

Sesi berakhir setelah hampir 1 jam proses pembersihan. Alhamdulillah, tiada berlaku kesurupan atau gangguan yang bercorak ganas sewaktu ‘kami membersihan’ kediaman tersebut. Rundingan kami berjalan dengan aman tanpa gangguan kasar.

Akhir sekali kami berdua solat mahgrib di surau berdekatan dan berdoa kepada Allah s.w.t meminta agar seisi keluarga ini dilindungi oleh-Nya.

- Master Luthfi -

Leave a Comment :, , more...

Ujian Deria ke-6, Tahap Psychic & Pengijazahan Reiki : Master Level

by on Feb.28, 2011, under Info Kursus, Promo Terkini

Salam Aura Reiki..

Alhamdulillah, Workshop Reiki Tahap Master telah selamat dijalankan pada 25 & 26 Feb 2011 dengan dihadiri oleh 8 orang pengamal Reiki yang telah diijazahkan tahap Master. Mereka terdiri dari ‘pengamal’ yang menghayati dan mengaplikasikan Reiki dari segala sudut, pemahaman mereka bukan setakat ‘mencipta magnet kekayaan’ sahaja.. malah lebih dari itu.

Sebelum mereka bergelar REIKI MASTER, mereka terlebih dahulu menduduki dua jenis ujian iaitu bertulis dan praktikal.

Ujian bertulis

Ujian Deria ke-6 & Ujian Tahap ‘Psychic’ : Ujian ini diadakan untuk mengenal pasti KECENDERUNGAN POTENSI DALAMAN para Master Reiki. Dengan mengenal pasti perkara ini, mereka dapat ‘memandu perjalanan Reiki’ mereka dengan lebih baik. Ujian ini mula diperkenalkan pada tahun 2010.

Dalam ujian deria ke-6, potensi yang akan dikenal pasti adalah sama ada deria ke-6 mereka MAMPU atau AKTIF atau PEKA atau HEBAT.

Dalam ujian tahap ‘psychic’, potensi yang akan dikenal pasti adalah sama ada mereka cenderung ke arah :

  • EMPATI : Keupayaan istimewa dalam memahami keadaan orang lain namun terhad pada keadaan sekeliling.
  • MEDIUM : Memiliki kelebihan berhubung ke alam mistik serta berkebolehan melihat ke dimensi lain seperti alam astral atau ghaib.
  • SHAMAN : Mempunyai kelebihan unik yang dapat memahami bahasa-bahasa alam, tumbuhan dan haiwan. Biasanya dimiliki sejak dari lahir.
  • CHANNELER : Mampu berhubung dengan informasi atau tahap tenaga kerohanian yang tinggi.

Ujian Praktikal

Pengijazahan Reiki Tahap Master : Para Master akan melakukan PENGIJAZAHAN REIKI ke atas Master Teacher dan pengijazahan itu akan dinilai. Alhamdulillah kesesemuanya LULUS!!

Mari kita berkenalan dengan para-para Reiki Master ini

Master Abdul Haris Samsoodin

Ujian Deria ke-6 : PEKA
Ujian Tahap ‘Psychic’ : SHAMAN

Master Muhamad Alnazri B Mohamad Alwi

Ujian Deria ke-6 : PEKA
Ujian Tahap ‘Psychic’ : SHAMAN

Master Ustaz Ahmad Ridzuan Bin Zulkuply

Ujian Deria ke-6 : AKTIF
Ujian Tahap ‘Psychic’ : MEDIUM

Master Norman Bin Mohd. Noor

Ujian Deria KE-6 : PEKA
Ujian Tahap ‘Psychic’ : MEDIUM

Master Hj. Md. Israry Bin Hamid

Ujian Deria ke-6 : PEKA
Ujian Tahap ‘Psychic’ : MEDIUM

Master Mustafah Marof

Ujian Deria ke-6 : PEKA
Ujian Tahap ‘Psychic’ : EMPATI & SHAMAN

Master Maizun Bte Mohamad @ Md Amin

Ujian Deria ke-6 : PEKA
Ujian Tahap ‘Psychic’ : CHANNELER & SHAMAN

Master Zaini Bte Zainal

Ujian Deria ke-6 : HEBAT
Ujian Tahap ‘Psychic’ : CHANNELER

TAHNIAH!!

2 Comments :, , , , , , , more...

Blue Moon 2010

by on Dec.10, 2010, under Uncategorized

Berita baik untuk mereka yang terlepas Mini Seminar Transformasi Hijrah Diri 1432H pada 05122010…

Atas permintaan ramai..

Mini Seminar TRANSFORMASI HIJRAH DIRI (Tao HiD) QUANTUM $UK$E$ – Maal Hijrah 1432H Pusingan ke-2 akan diadakan pada 17122010 (Jumaat) di IQBC Sdn Bhd, Seksyen 9 Shah Alam. SESI MALAM PULA!! Sempena FENOMENA BULAN BIRU @ PURNAMA MUHARRAM @ GERHANA PENUH!!

Pengisian Mini Seminar :

  1. Sesi TAPPING 3S
  2. Warmin-Up & Pumpin-Up
  3. Fanning the STOVE
  4. Shaking d YIN&YANG
  5. “baduanjin” – MENUJU PUNCAK, MENEBAR PELUANG, MENAJAMKAN IMPIAN, YAKIN BOLEH .. dll
  6. Jejak HIJRAH
  7. KUASA HIJRAH
  8. Numerologi Islami – Barometer Personaliti DIRI
  9. Rubish list
  10. MEDITASI HIJRAH DIRI & RESQ 56
  11. Shuttle TaoHiD QS 111 – Lift-Off
  12. Wish-List & 1432 MONEY ENERGY
  13. A NEW ME
  14. I Feel GOOD
  15. Deklarasi Hijrah Diri
  16. Kuasa DOA
  17. Semangat Membara
  18. dll….

SESI 4 JAM YANG ‘PECAH KEPALA’!!! Padat.. Sendad..PENUH ENERGI!!

Rakan-rakan yang ‘ter-miss’ pusingan pertama.. Peluang kedua sentiasa ADA!!

Hubungi Luthfi (017-333 2349) atau Ismi (017-300 2349) untuk booking tempat.

Di bawah ini adalah gambar-gambar peserta pusingan pertama pada 05122010 tempoh hari..


Antara acara menarik :

1) Money Energy

2) Wish-List 1432

3) Rubbish-List

SESI 4 JAM YANG ‘PECAH KEPALA’!!!
Padat.. Sendad..PENUH ENERGI!!
Rakan-rakan yang ‘ter-miss’ pusingan pertama..
Peluang kedua sentiasa ADA!!

Hubungi Luthfi (017-333 2349) atau Ismi (017-300 2349) untuk booking tempat.

_________________________________________________________
Info Workshop Reiki
1) Reiki 360 pada 12/12/2010

Yuran RM 360
No. Akaun Maybank : 5121 0141 0391
Nama Penerima : Innergy Quest Bio Concept
KLIK SINI untuk pembayaran -
1 Comment :, , , , , , , , , , , , more...

IQBC Sdn Bhd & 7 Tahun

by on Oct.05, 2010, under Promo Terkini

Tanggal 02/10/2010 adalah tarikh dimana papan tanda premis Reiki dinaikkan setelah 7 tahun beroperasi. Warna merah dan putih dipilih sempena energi vital dan energi kerohanian. Kenapa tidak dinaikkan pada seawal tahun mula beroperasi? Dr. Mir Hazil mempunyai jawapannya…

“Ada yang naik ‘signboard’ sebelum kedai dibuka, ada pula yang sesudah dibuka. Ada yang ‘signboard’ GAH naik tinggi awal-awal lagi, namun tak sampai setahun BISNIS-nya TURUN.. lalu ‘signboard’-nya itu tinggal sejarah. Adajuga yang sibuk nak ‘JUAL KULIT’ melalui ‘signboard’-nya tapi bila masuk ke premis; ISI-nya hampeh..DAN ADA PULA YANG TIADA ‘PAPAN NAMA’, namun ISI DALAMNYA – 5 BINTANG!!

“Bagi saya, 7 tahun MEMARTABATKAN REIKI adalah agenda utama yang ditumpukan. 7 tahun bukanlah 7 hari atau 7 minggu atau 7 bulan… jika beranak setahun satu.. ianya dah 7 orang anak. Dan 7 TAHUN untuk praktis ILMU AURA & SENI REIKI yang namanya (dan segala perihalnya) MASIH HIJAU (belum orang kenal) di Malaysia SEHINGGA RAMAI YANG KENAL dan DAPAT MANFAAT DARINYA; adalah suatu PENCAPAIAN YANG BESAR (walaupun masih banyak ruang yang belum sempurna). Lalu, pentas saya beraksi ini SUDAH LAYAK untuk DIJULANG NAMANYA (melalui satu papan nama).”

Dibawah ini kami ingin kongsikan sebahagian gambar pemasangan dan penaikkan papan tanda premis Reiki ini..


Hari ini, biarlah PROFIL 7 tahun IQBC Sdn Bhd yang menceritakan segalanya. Bagi yang masih SANGSI.. biarkan mereka 7 tahun lagi. Bagi yang MALU, usahlah begitu.. kerana sesungguhnya kami juga pemalu sifatnya.. ayuh, buat-buat tak malu sahaja. Bagi yang masih MAHU, pintu IQBC Sdn Bhd terus di situ menanti kunjungan mesra anda… Bagi yang masih RASA BARANYA.. AYUH, ANGKAT ‘OBOR’ PERJUANGAN INI UNTUK GENERASI KITA!!

3 Comments :, , , , , , more...

Sembang Reiki

by on Sep.22, 2010, under Promo Terkini

Salam Aura Ceria,

Reiki sering dilihat sebagai ilmu yang mampu menjadikan seseorang itu memiliki ‘kehebatan-kehebatan’ unik seperti clairvoyance, clairsentience, clairaudience dan pelbagai clair lagi.. STOP!! reverse dulu anggapan anda itu kerana anggapan sebegitu hanya akan menjauhkan serta menyukarkan anda untuk memahami apa itu Reiki. Perlulah difahami bahawa ‘ability’ itu adalah kurniaan Tuhan. Seseorang itu mungkin memiliki salah satu ‘ability’ tersebut sejak dari lahir ataupun setelah ditimpa satu kemalangan yg dahsyat tetapi tidak meragut nyawanya ; dan soal ‘ability’ ini hanya terletak di tangan Allah S.W.T.. TITITK! :)

Reiki perlulah dilihat sebagai ILMU KEHIDUPAN yang mana ianya akan menjadi rutin harian si pengamalnya. Bermula dari JADUAL PRAKTIKAL REIKI secara berdisiplin sehinggalah ianya menjadi tabiat yang dirakam oleh minda bawah sedarnya. Lalu membentuk PERSONALITI BARU atau orang baru dan orang disekeliling akan menegurnya dengan nada sebegini ; ” Salam, saya lihat awak dah banyak berubah la…” Ini adalah perkara yang normal bagi mereka yang SERIUS melakukan TRANSFORMASI DIRI. Transformasi yang dimaksudkan ini bukanlah perubahan dari segi faktor fizikal semata-mata, malah ianya merangkumi aspek dalaman seperti kesedaran spiritual dan ini turut mempengaruhi sudut emosinya serta pola pemikirannya.

Persoalannya praktikal sebagai mana yang harus diamalkan?

Jawapan kepada persoalan ini adalah amat mudah kerana pada peringkat awal, ilmu Reiki akan membawa si pengamal kepada satu proses transformasi secara total dari luar dan dalam. Katakunci kepada perkara ini adalah

INI AMAT PENTING!!

Percaya Tuhan

Disiplin

Bersungguh-sungguh

Berterusan

Keempat-empat perkara diatas adalah katakunci kepada pengenalan dalam ‘merasai energi Reiki’ secara total. Empat perkara ini perlulah ditanam dalam-dalam pada diri agar ianya kukuh tidak mudah tumbang ditiup angin. Siri Praktikum didalam ilmu Reiki adalah teramat banyak, tidak mampu untuk kami ulas keseluruhannya disini. Ini tidak termasuk dengan data-data perkongsian para Reiki Master yang lain berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Kelak anda akan turut berkongsi KAEDAH PERLATIHAN 1 : 50 : a anda bersama kami. Saya doakan. Amin.

Kembali kepada topik, praktikum yang amat gemar dilakukan pada peringkat permulaan adalah MERASAI ALIRAN ENERGY PADA TELAPAK TANGAN. Saya juga amat meminati perlatihan ini pada peringkat awal pembelajaran Reiki dulu.. Nak rasa ‘power-nya’ macam mana.. :D

Soalan : Bagaimanakah caranya untuk merasai energi yang mengalir keluar dari telapak tangan?

Jawapan : Percaya bahawa apa jua yang berlaku adalah keizinan dari Allah S.W.T + berdisiplin + tidak main-main dan lakukan teknik secara betul seperti diajar + tidak cepat putus asa jika tidak merasai apa-apa pada percubaan yang ke – 11.

Kenapa pada percubaan ke – 11? Anda perlu percaya kepada Tuhan… ini perkara pokok dalam ilmu Reiki (dalam segala hal kita HARUS percaya bahawa semua yang berlaku adalah di atas keizinan-Nya) Action speak louder!! Percubaan ke – 11 itu pun mungkin hanya ‘sipi-sipi’ je sensasi yang sesetengah dari anda dapat rasai.. oleh itu jangan mudah putus asa.

Okay, saya sebenarnya telah terlajak kerana sepatutnya saya kongsikan RAHSIA TRANSFORMASI yang terdapat didalam 5 Prinsip Reiki terlebih dahulu, tapi biasa la :P hehe.. sebab ramai yang hanya ingin tahu ‘hal-hal metafizik’ je kan?

Dengan ini saya mempersembahkan siri RAHSIA TRANSFORMASI HOLISTIK kepada para pembaca. Siri ini akan mengupaskan segala hal yang merangkumi ruang lingkup yang berkaitan dengan 5 Prinsip Reiki yang kebanyakannya dipandang mudah oleh sesetengah pengamal Reiki, malah ada juga Reiki Master yang sudah tidak ingat pasal 5 prinsip itu lagi. Aiseymen :(

Tidak rugi belajar Reiki

Rugi jika tidak belajar Reiki

RAHSIA TRANSFORMASI HOLISTIK

Marah

Risau

Syukur

Jujur

Buat Baik

______________________________________

:D Master Lutfi

Leave a Comment :, , , , , more...

Menyelami Rahsia Tarikh Lahir, Membongkar Khazanah Dalaman

by on Apr.28, 2009, under Promo Terkini

numerology-21Alam ini tidak dijadikan dalam keadaan HAMPA, KOSONG atau TIADA ERTI. Alam ini dijadikan penuh dengan kepelbagaian WARNA, ATURCARA serta HUKUM-HAKAM. Semua ini mempunyai maksud  dan makna yang perlu diakses. Di dalam  dunia ini terdapat pelbagai PETUNJUK yang boleh dikenal pasti atau KOD yang boleh diakses oleh setiap individu. Untuk MERUNGKAI KOD atau MEMAHAMI PETUNJUK ini, seseorang itu perlulah memiliki ILMU yang TEPAT. Ilmu ini merupakan gabungan dari pelbagai cabang ilmu iaitu Ilmu Metamatika, Psikologi Tingkah Laku, Feng Shui, Ilmu Falak, Ilmu Hukum Keseimbangan atau Pasangan dll. Ianya diibaratkan sebagai KUNCI kepada SUKSES. Dengan Teknik ini, seseorang itu akan memiliki ANAK KUNCI KEJAYAAN.

Persoalan yang utama – Apa yang hendak dibuat dengan ANAK KUNCI KEJAYAAN itu?

Sebelum itu, mari kita fahami dahulu ‘perkara apa yang harus difahami’. Kunci itu harus digunakan dalam membuka akses kepada KOD-KOD RAHSIA yang tersembunyi di dalam tarikh lahir. Dengan merungkai KOD ini, seseorang itu mampu :

  • Melakukan LONJAKAN PARADIGMA diri
  • Memecah KEBUNTUAN PERMASALAHAN
  • Memahami PETUNJUK ALAM
  • Membaca ZON permasalahan pada tubuh fizik
  • Mencari KESERASIAN dalam membina hubungan sosial, keluarga dan kerjaya
  • Memahami KEKUATAN DIRI dari sudut mental, emosi dan rohani
  • Malah MAMPU untuk menjadi PENYELESAI MASALAH a.k.a ‘Problem Solver’ kepada setiap permasalahan yang datang

Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu : Ananlisis Tarikh Lahir – Numerologi. Selain dari teori dan falsafah, ilmu ini mengandungi ribuan teknik yang boleh dipelajari, diolah, diterokai dan dipraktikkan. Semuanya berdasarkan kreativiti. Mengapa kreativiti? Ini kerana dengan kreativiti seseorang itu menggunakan otak kanan untuk mendapatkan GAMBARAN dengan dibantu oleh otak kiri yang lebih kepada LOGIK.

lucky_numbers_abstract_wall_art1

Kod yang dimaksudkan adalah NOMBOR (fungsi otak kiri). Manakala nombor itu pula mempunyai makna SIMBOLIK dari segi UNSUR (fungsi otak kanan). Nombor-nombor ini datangnya dari tarikh lahir, tarikh bulan, tarikh tahun serta tarikh bagi hari. Otak kiri melihat nombor manakala otak kanan melihat unsur.

Ketika melakukan analisis, seseorang itu menggunakan kedua-dua belahan otaknya. Ini secara tidak langsung meningkatkan tahap penggunaan otak kanan dan otak kiri. Ini memberi faedah kepada penganalisis. Gabungan Minda Sedar + Minda Separa Sedar juga turut berlaku ketika sesi analisis. Bayangkan KEHEBATAN POTENSI MINDA anda ketika itu, ianya bekerja secara MAKSIMUM!!

numerology

Minda separa sedar juga turut mempunyai ciri-cirinya yang TERSENDIRI dan ianya boleh dikenal pasti dengan teknik Numerologi. Ianya disimbolikkan berdasarkan UNSUR. Dengan mengetahui unsurnya, minda sedar mampu bergabung dengan minda separa sedar berdasarkan unsur.

Kegagalan minda sedar bekerjasama dengan minda separa sedar akan mewujudkan senario ‘pertembungan arahan’ di dalam peringkat alam minda. Senario ini amat merugikan. Jika dibiarkan akan memakan diri dan berakhir kepada keluhan seperti – “Beginilah nasib saya…”

Nasib pula yang dipersalahkan. Dengan numerologi, NASIB ini dapat dicorakkan dan digubah. Untuk itu, aspek KEROHANIAN atau penilaian dari sudut SQ diperlukan. Dengan memahami kelemahan, seseorang itu dapat melihat sesuatu yang BURUK akan berlaku pada masa akan datang, ini berdasarkan potensi nombor kelemahan. Akan tetapi, dengan memahami KEKUATAN, seseorang itu dapat melihat dan merangka strategi untuk BERJAYA !!, ini berdasarkan POTENSI NOMBOR KEKUATAN. Malah dengan penggunaan IESQ, kelemahan boleh ditukar kepada KEKUATAN !!!!

Perkara ini banyak disalah tafsirkan sebagai ilmu ramalan. Perlulah diketahui, Numerologi membantu berdasarkan kod yang mengandungi makna disebalik. Proses ini sama seperti meramal keadaan cuaca. Setiap perkara memerlukan  persediaan yang secukupnya.

Numerologi juga merupakan salah satu teknik yang AMPUH untuk melakukan TRANSFORMASI DIRI. Teknik ini amat sesuai untuk mereka yang bercita-cita untuk menjadi PAKAR KAUNSELING atau PAKAR MOTIVASI, malah ianya turut membantu mereka yang mementingkan

  • Perniagaan & Kewangan
  • Perhubungan sosial antara masyarakat
  • Perhubungan Kekeluargaan
  • Kerjaya

Berdasarkan kesedaran ‘Serius Membantu Mereka Yang Ingin Berjaya‘, Pihak InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd akan mengadakan kursus

Numerologi : Menyelami Rahsia Tarikh Lahir, Membongkar Khazanah Dalaman

2 hari untuk MENDALAMI serta MENGUASAI

Teknik Asas & Lanjutan

Tarikh : 30hb & 31hb Mei

Masa : 9:30 pagi – 5:30 petang

Tempat : InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd. No 24B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Yuran : RM 770.00*

Fasilitator : Dr Mir Hazil Azran Ramli

( penulis buku Aura Penyembuhan Reiki dan penulis buku Aura Personaliti Warna )

* Sempena ulang tahun ke – 6 InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd, potongan harga sebanyak 30% telah diberi kepada setiap peserta. Ayuh semu, rebutlah peluang keemasan ini. Yuran asal RM 1,100.00. Untuk yang hadir untuk kursus ulangan, cuma perlu bayar RM 200.00 untuk 2 hari.

Untuk pendaftaran & pertanyaan, sila hubungi 03-58804349 / 017-3002349 (Lutfi) / 017-3002349 (Ismi)

___________________________________________________________________________________________

Lutfi

Leave a Comment :, , , more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...

Archives

All entries, chronologically...