Reiki 7Chakra

Solusi Kesihatan Melalui Terapi Reiki

by on May.29, 2011, under Promo Terkini

Terapi Reiki merupakan gabungan konsep rawatan sains energi dan spiritualiti. Sinergi ini membentuk suatu metodologi terapi yang unik dan utuh. Samada ia dilihat dari kacamata sains ataupun dari sudut kerohanian, ia boleh diperjelaskan secara ilmiah tanpa membelakangi landasan kerohanian. Memahami dan menerima hakikat yang tersirat disebalik modaliti rawatan ini dari kedua-dua aspek sains dan kerohanian; adalah kunci untuk keberhasilan rawatan Reiki. Namun, andainya tanpa kupasan dan fahaman ilmiah ini sekalipun; Reiki tetap bekerja dengan sendirinya. Ini adalah kerana ia adalah sebahagian kecil dari Rahsia Alam yang besar.

Melalui terapi REIKI yang berterusan, toksin pada semua peringkat dalam tubuh dapat dibersihkan dan tahap tenaga pada tubuh dapat diimbangi dan diharmonikan. Menurut konsep rawatan bio-energi, penyakit adalah disebabkan oleh gangguan aliran energi positif ke seluruh sistem tubuh. Sekiranya terdapat energi yang tersumbat atau ‘energy blockage’ pada aliran meridian; sejumlah getaran tenaga tidak dapat dihantar kepada organ untuk mengendalikan aktivitinya.

Getaran tenaga yang tersumbat ini lama kelamaan tanpa dirawat akan menyebabkan kerosakan pada sistem meridian dan akan membawa kepada kesan kepada tubuh fizik. Sebagai contoh termudah, apabila seseorang itu sedang berada dalam keadaan stres, tekanan darahnya akan meningkat dan kebiasaannya ia akan mudah mendapat sakit kepala. Apa yang berlaku merupakan satu tindakbalas kimia yang dirangsang oleh gelombang frekuensi otak kepada tubuh seseorang.

Umpama kebocoran kabel elektrik pada pendawaian rumah anda, fungsi pekakas elektrik atau elektronik akan terganggu. malah ini mungkin mengakibatkan kerosakkan pekakas tersebut juga boleh membahayakan jika kebocoran arus itu berlarutan. ia boleh mengakibatkan tempat kebocoran mengalami kesan radiasi atau lebihan tenaga (overload) yang membahayakan sistem yang berhampirannya.

Apabila kita merawat sesuatu penyakit, perhatian atau fokus hanya diberi terhadap simptom penyakit. Rawatan atau ubat diberi dengan hanya memfokuskan organ atau nama sakit yang dilabelkan. Ada kemungkinan kita tidak memberi perhatian terhadap sistem keseluruhan yang mungkin terlibat yang mengakibatkan penyakit tersebut berlaku. Lebih-lebih lagi untuk merawat sistem arus tenaga letrik tubuh yang kita sendiri tidak kenali atau ketahui bagaimana ia bekerja. Kesannya, perulangan penyakit akan berlaku kerana punca kerosakkan diabaikan atau tidak diperbetulkan.

Sebagai contoh, seseorang yang mengalami halusinasi atau tekanan mental biasanya akan diberi ubat penenang dimana ia akan merangsang sistem otak manusia dengan tindakbalas kimia yang berlaku kepada hormon tubuh. Keberkesanannya diperakui tetapi masalah yang sama akan terus berulang dan berulang. Sampai bilakah masalah ini harus dibiarkan?

Dalam rawatan Reiki, tenaga alam ini akan terus pergi kepada punca penyakit seseorang, seperti kes yang disebutkan disini, energi ini akan terus pergi kepada punca utamanya sebagai contoh trauma akibat penderaan yang ditanggung selama beberapa tahun. Bagaimanakah ia bekerja? Suatu soalan yang sukar dijawab tetapi inilah REALITI dalam rawatan reiki.

Kaedah Reiki akan merawat sistem bio-energi tubuh yang meliputi keharmonian pengaliran arus, daya keseimbangannya dan efisyensi aliran dan frekuensi daya arusnya. Walaupun tidak ada kepastian secara tepat tentang apa atau di mana kerosakkan energi ini berlaku, namun dengan pemahaman dan perhatian yang diberi terhadapnya serba sedikit telahpun melengkapkan kondisi rawatan yang diberi. Inilah yang dinamakan rawatan secara holistik (menyeluruh).

_________________________________________________________________

Kepada yang berminat untuk memperlajari kaedah terapi ini, anda dijemput hadir ke workshop kami yang akan diadakan pada 5 Jun 2011 (Ahad) di Seksyen 9 Shah Alam.

No comments for this entry yet...

Leave a Reply

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...

Archives

All entries, chronologically...