Soalan ini lagi?
by Admin on Oct.06, 2009, under Uncategorized
Reiki… ilmu ini telah lama bertapak di Malaysia, ilmu ini telah melahirkan ribuan Master & juga Master Teacher (tenaga pengajar). Walaupun begitu, usianya masih lagi muda. Ianya masih perlu meneruskan perjalanannya. Di semenanjung, sabah dan sarawak terdapat banyak pusat latihan Reiki. Masing2 mengajar dengan silibus yang tersendiri.
Artikel kali ini adalah hendak menyatakan bahawa soalan sambil menghukum adalah isu lapok. Soalan seperti “Reiki ini sesat,kan?”, “Reiki ini guna jin?”, serta banyak lagi soalan yang sebegini nadanya adalah merupakan perkara yang tidak RELEVAN untuk penghujung tahun 2009 ini. Mengapa saya kata ianya tidak RELEVAN? Ini kerana kebanyakkan mereka yang bertanya dengan nada begini adalah mereka yang GEMAR melihat sebelah pihak ataupun mempunyai sifat terburu-buru lagi taksub membuta-tuli.
Buat pengetahuan mereka yang masih TAK TAHU, buku AURA PENYEMBUHAN REIKI telah LAMA berada dipasaran. Buku ini menceritakan keseluruhan perkara mengenai REIKI. Kata Pengantar buku ini ditulis oleh Yang Berbahagia Dr Ramli Abdul Ghani – Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila dapatkan buku ini di kedai buku. Buku ini keluaran PTS, jika buku aliran sesat mana mungkin PTS sanggup keluarkan buku ini?
Salah satu perkara yang akan MEMBUKA MATA anda adalah mengenai kedudukan Reiki di Malaysia, hah.. dah tentulah anda TAK TAHU jika anda bukan ahli / peminat / pengamal. Pernah dengar BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL dan KOMPLIMENTARI? Kata pensyarah..
Sila KLIK ini untuk BACA FREE!!
Kepada mereka-mereka yang bergelar Cikgu, Pensyarah, Canselor, Doktor.. boleh dapatkan buku ini dari saya. Hanya RM 25.00 sahaja. TIDAK RUGI malah anda akan dapat fahami perkara yang sebenar dan menilai dengan akal yang waras (kata pensyarah) setelah mendapatkan maklumat yang lengkap dari kedua-dua belah pihak (pihak yang kata Reiki sesat & pihak yang mengamalkan Reiki). Dah baca, dah faham, dah rasa barulah LAYAK untuk memberikan ulasan..
Apakah kualiti komen berkenaan cara pemasangan dawai elektrik jika ianya disampaikan oleh seorang tukang masak? Heh.. jawabnya anda akan ‘hangus’ dek di sambar eletriklah jika ikut kata-kata si tukang masak!!
Lutfi – Master Reiki, Perunding Aura & Numerologis



