Sekitar Kursus Reiki Tahap 1 & 2 pada 4 & 5 Julai 2009
by Admin on Jul.08, 2009, under Info Kursus
Salam,
Alhamdulillah, Kursus Reiki Tahap 1 & 2 telah selamat dijayakan dan kursus pada kali ini disertai oleh mereka yang BENAR-BENAR mahu mempelajari ilmu Reiki. Peserta kursus kali ini juga dikatakan paling CERDIK oleh Dr Mir Hazil Azran berdasarkan soalan-soalan yang ditanyakan.
Untuk hari pertama kursus ini tamat jam 6:30 ptg, yang mana sepatutnya tamat jam 5:30 ptg. Inilah yang peserta akan dapat jika mengikuti kursus Reiki anjuran IQBC – Personal Coaching dari Dr Mir Hazil Azran secara ‘one to one’. Kursus kali ini diisi oleh 3 orang Doktor dan 4 penjawat awam. Kemesraan para peserta dapat dirasai pada waktu makan tengah hari..
2 orang Doktor ini – Dr Wan Hassan & Dr Mohd Khalil juga merupakan Motivator dan selalu membuat ceramah berkenaan kecerdasan IQ, EQ & SQ. Mempelajari Reiki merupakan trend kepada ramai motivator di luar sana.

Dari kiri belakang -
- Dr Mohd Khalil – Seorang yang ceria dan banyak bertanyakan soalan cepu emas… pencetus gelak ketawa..
- Encik Zulkafli – Warga emas yang paling ‘cool’. Walaupun telah mempelajari banyak ilmu tenaga dalam, dia tetap ‘cool’..
- Dr Wan Hassan – Sahabat kepada Dr Mohd Khalil, seorang yang TAHU kepada apa yang ditanya..
- Puan Rohaiza – Seorang ejen insuran, belajar Reiki untuk memantapkan sales !!!
- Cik Hilda – Gadis yang kecil molek ini mempelajari Reiki hanya kerana mendapat galakan dari ‘ustaz’..
- Puan Junaidah – Seorang wanita yang mempunyai banyak pengalaman METAFIZIK, menyertai kursus Reiki hanya untuk mendapatkan jawapan bagi merungkai segala pengalamannya. Mindanya sering ‘travel’ tanpa sedar.. Wow !!
- Dr Amimah – Perkara yang berkaitan METAFIZIK merupakan tajuk yang dikajinya sekarang ini. Memiliki aura indigo dan bersifat peramah.
Sekian dari saya – Master Lutfi -







