Sekitar Kursus Reiki 9 & 10 Jan 2010
by Admin on Jan.11, 2010, under Promo Terkini
Salam Aura Kedamaian,
Alhamdulillah kami ucapkan kepada Allah s.w.t, di atas keizinan-Nya maka kursus pada awal tahun 2010 ini berjalan serta berakhir dengan lancar, baik dan cool. Peserta kursus kali ini datangnya dari pelbagai latarbelakang, mencari dan mencari dan akhirnya dikumpulkan dalam satu majlis ilmu anjuran kami.
Energi yang dimiiki oleh para peserta kali ini amat SOLID dan bersifat YANG. Reiki adalah satu seni ataupun teknik penyembuhan dan didalam mempelajari Reiki, peserta akan didedahkan mengenai beberapa subjek / tajuk utama iaitu
- SISTEM BIO-ENERGI MANUSIA yang merangkumi perihal AURA, CHAKRA, KUNDALINI & MERIDIAN
- Pernafasan dan Meditasi / Tafakur
- Perihal otak & MINDA
- Teknik-teknik Reiki Tahap 1 & 2
Seperti biasa, pada awal permulaan kursus Dr. Mir Hazil akan memberikan muqadimah berupa kupasan tarikh 09012010 & 10012010 berdasarkan ilmu numerologi. Kami di IQBC mendoakan KEJAYAAN untuk para pelajar tahun 2010.
“May the universal energy be with you”.. Kita layan gambar-gambar dibawah..
Sekitar majis ilmu….




Sekitar sesi tafakur dan pengijazahan Reiki…

Sekitar sesi praktikal…








Sekitar sesi bergambar…




