Reiki 7Chakra

Salam Eidulfitri 1431

by on Sep.06, 2010, under Uncategorized

Sedih & sayu hati ini mengenangkan Ramadhan 1431 akan pergi meninggalkan kita. Ramadhan yg kerangka nilai gt nya 9, Ramadhan yg kemuncak mengikut kaedah numerologinya, Ramadhan yg penuh barokah & rahmatNYA. Amat rugilah mereka yg mensia2kan peluang utk mencari ‘rasa’ didlm pengibadatan dlm bln Ramadhan ini. Peluang yg dtg dlm wadah kehidupan hanya dipandang dgn kacamata dunia. Terkongkong dgn sofware2 yg korup & berkarat. Semuanya dgn dunia…dunia…dunia. Tidak mengambil peluang dlm membersihkan diri meminta keampunan dari yg Esa. Agar roh, minda, emosi & fizikal kembali kepada FITRAH.

thanx

Lalu Lailatul Qadar 1431 hanya berlalu bersama2 Ramadhan. Samada kita dapat ataupun tidak, sedar mahupun tidak, ianya tetap berlalu pergi. Bagi yg menghayati, mencari, istiqomah, senantiasa taat & patuh akan segala suruhanNYA, pasti menyedari kehadirannya, dapat me’rasa’i akan getaran, tiupan, keenakan, kenikmatan, kesyahduan akan Lailatul Qadar itu.

Masih panjang lagikah umur kita bertemu dgn Syawal yg akan dtg? Adakah kita suci seperti fitrah seperti mula2 kita dilahirkan? Berpuas hatikah kita dgn segala amalan yg telah kita lakukan sepanjang Ramadhan 1431 yg lalu? Ingatlah.. bulan Ramadhan adalan bulan dimana kita perlu meletakkan kembali diri kita kpd yg HAQ. Puasa kita kan hanya DIA yg menilai. Moga kita keluar dari Ramadhan ini sbg tarbiyah & latihan kpd kita agar sentiasa istiqomah dgn amalan kebaikan yg kita lakukan dlm Ramadhan, tunduk & patuh & hadirnya TAQWA didlm hati.

Menjelang beberapa hari nanti Syawal akan menggantikan Ramadhan. Syawal juga adalah bulan yg istimewa krn ianya merupakan hari kemenangan & kegembiraan, hari kesyukuran kpd setiap muslim. Syawal juga bulan keampunan, bulan yg dikabulkan Allah doa serta dgn rahmatNYA & bulan peringatan kpd akhirat.

Dikesempatan ini kami wargakerja IQBC ingin memohon ampun & maaf, zahir & batin seandainya ada salah & silap kami, terlebih & terkurang dlm perkhidmatan & layanan yg telah kami berikan, segala kata2 yg membuatkan tersinggung hati & perasaan, dengan rendah hati kami menyusun 10 jari meminta keampunan kepada sesiapa yg mengenali kami.         Selamat-Hari-Raya

Moga anda semua sentiasa didlm redhoNYA, sihat sejahtera tubuh badan, aman bergembira dgn alam, murah rezeki, mendapat kekayaan dunia & akhirat. Sekiranya umur panjang kelak bersua kembali kita pada Ramadhan 1432.

“SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1431″.

No comments for this entry yet...

Leave a Reply

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!