Retreat & Recharge Special Nisfu Syaaban
by Admin on Jul.04, 2011, under Promo Terkini
Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa. (Al-hadis)
Setahun telah berlalu… SYAABAN berlabuh kembali. Ada TRADISI yang mahu diteruskan.. ia BUDAYA IQBC. Ia usaha kecil kami dalam MEMARTABATKAN DAULAH ISLAM DAN memakmurkan TAKWIM HIJRIAH.
SERUAN “TRANSFORMASI HIJRAH DIRI”.. kami teruskan. Ia BUKAN DAKYAH ‘HIT & RUN’.. ia SEBUAH PROGRAM KEMBARA HIJRAH DIRI yang disusun berurutan & berterrrrrusan buat MEREKA YANG BERANI & BENAR-BENAR MAHU BERUBAH!! Ia SEBUAH KULTIVASI ENERGI yang dijana dari masa ke semasa melalui PROGRAM-PROGRAM ISTIMEWA di TARIKH-TARIKH ISTIMEWA. Lalu.. SERUAN T-HD ini untuk mereka-mereka yang MAHU JADI ISTIMEWA!!! (bukan hanya JADI LUAR-BIASA..kerana yang sedemikian itu sudah biasa ba)
AYUH.. 09072011 @ 07 SYAABAN 1432H – 8:00malam >>> hingga 14hb SYAABAN 1432H – ACARA 7 HARI 7 MALAM !!!
Retreat & Recharge Special Nisfu Sya’ban
Lokasi : Dewan Kuliah 1 IQBC, sek 9 Shah Alam
Yuran kemasukan : RM 99
Masa : 8.30pm – 10.30pm
Kepada yang berminat untuk berada bersama Majlis Ilmu ini, diminta SMS nama penuh sebelum 7/7/2011.
p/s : Kepada peserta NRS & RnR Jun 2011 yg ingin menyertai Majlis Ilmu ini diminta bawa sekali Kristal yg diberikan semasa di Langkawi tempoh hari.







