• facebook
  • youtube
  • mail

Reiki : Tenaga Alam BUKAN Tenaga Dalam

InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd menawarkan siri kursus Reiki dan kami disini amat mementingkan kualiti dan amat menitik beratkan HASIL yang akan dirasai oleh peserta-peserta kursus. Terdapat penjelasan diantara kursus yang murah dengan kursus yang mahal. Seperti barangan, murah bererti barangan biasa, maka ISInya juga berkelaskan tahap BIASA. Berbanding dengan barangan yang mahal, SUDAH PASTI ISInya berkelaskan tahap LUARBIASA.

Ada beza antara nasi lemak yang berharga RM 1.00 dengan nasi lemak yang berharga RM 3.50. Apa bezanya? Sudah tentu nasi lemak yang berharga RM 3.50 ini penuh dengan lauk-pauknya seperti ayam, sotong & daging rendang.. berbanding dengan nasi lemak yang berharga RM 1.00 yang sudah tentu hanya ada telur rebus separuh. Akan tetapi, ramai yang ingin nasi lemak yang penuh dengan lauk pauk tetapi hanya dengan berharga RM 1.00. Perkara ini memang kelakar tetapi inilah mentaliti kebanyakkan rakyat Malaysia. Kebanyakkannya fikir MURAH, MURAH, MURAH, KECIL, KECIL, KECIL…

Begitu juga dengan ilmu Reiki ini, ilmu ini bukan  milik orang yang tidak serius dalam kehidupan, ilmu ini bukan milik mereka yang sering melihat sesuatu yang kecil-kecil & murah-murah, ilmu ini bukan untuk dipelajari untuk memesongkan akidah, ilmu ini tidak layak untuk mereka yang merasakan mereka sudah bagus.

Pemahaman sepenuhnya tentang pratis Reiki merupakan FOKUS UTAMA kami. Kami turut memberikan PERKHIDMATAN KHUSUS secara PERCUMA selama 6 bulan kepada peserta kursus Reiki semata-mata ingin menjaga tahap kualiti dan ingin memastikan peserta-peserta ini tidak tersalah faham dalam praktikum mereka. Mereka hanya perlu menghubungi IQBC dan menanyakan soalan kepada kemusykilan mereka secara terus. Hubungan antara mereka kami teruskan walaupun diluar sesi kursus. Saya pasti tempat lain tiada buat sebegini, jika ada masakan terdapat Master Reiki aliran lain yang mengatakan dengan penuh yakin bahawa Reiki ini tenaga dalam. Nak kata tak faham bahasa jepun mungkinlah, tetapi apa yang mereka belajar dengan guru mereka?

Rei = Alam

Ki = Tenaga

Ini adalah¬† fakta yang sering diTEKANkan oleh kami di IQBC dan mana-mana perguruan Reiki Usui. Ini merupakan asas, jika asas pun salah dah tentu praktis yang lebih “advace” juga salah kerana dia menggunakan tenaga dalaman. Kami di IQBC sebenarnya sudah jemu untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh perguruan Reiki yang lain.

Baru-baru ini kami ada menerima panggilan telefon dan individu ini mengatakan bahawa dia pernah belajar Reiki sehingga tahap Master cuma dalam masa 1 hari. Wow.. memang macam mee maggie.. sedap dimakan, cepat dimasak.. lepas tu nganga… Dia minta kami bantu dari segi nasihat yang pelbagai. Mana perginya guru dia? Gurunya sibuk jual produk dan kumpulkan kekayaan. Untuk orang ini, mindset “hendakkan yang murah tapi isi banyak” lah yang menjadikan anda terkapai-kapai tanpa memahami apa yang dipelajari. Nota tiada, manual pun tiada, tapi dah jadi Reiki Master. Memang kelakar, tapi inilah kebanyakkan mentaliti rakyat Malaysia. Saya hanya boleh gelak…

Kalau hendak dikumpulkan gelak saya ini bukan itu sahaja, ada BANYAK lagi.. cuma saya malas nak fokus kepada itu. Kepada rakyat malaysia, nantikan kursus kami yang murah,murah, murah pada masa akan datang.

-Master Lutfi-

0263722