Reiki Master
by Admin on Mar.14, 2010, under Info Kursus, Promo Terkini
Tempat : Bilik Latihan 1 IQBC
Tarikh : 27 & 28 Feb 2010
Kursus : Reiki Tahap Master
Salam, bulan Feb 2010 merupakan bulan yang pertama untuk tahun ini bagi IQBC melahirkan lagi beberapa Reiki Master dan untuk pertama kalinya juga kursus Reiki Tahap Master diadakan selama 2 hari. Pengisian yang lebih padat serta mampat dengan ilmu yang dikongsikan oleh Dr Mir Hazil. Bukan setakat itu sahaja, peserta juga diberikan masa yang lama (dalam tempoh 2 hari) untuk melatih cara melakukan attunement dan juga kefahaman mereka tentang selok belok ilmu Reiki.
Seperti yang diuar-uarkan, pada kali ini para peserta akan dapat mengenali potensi / kualiti / kebolehan dari sudut psikik dan kepekaan deria ke-6 mereka.

Master Baizura | Juruterapi Reiki Bio Energi
Kebolehan Deria ke-6 : Tahap PEKA
Kebolehan Psikik : SHAMAN = Berkebolehan dalam memahami BAHASA alam, tumbuhan dan haiwan

Master Zuhaidi
Kebolehan Deria ke-6 : Tahap PEKA
Kebolehan Psikik : EMPATI = Berkebolehan dalam memahami AURA seseorang
CHANNELER = Berkebolehan dalam mendapat ilham / maklumat secara terus dari universal
MEDIUM = Berkebolehan dalam memahami BAHASA alam, tumbuhan dan haiwan

Master Masri
Kebolehan Deria ke-6 : Tahap PEKA
Kebolehan Psikik : MEDIUM = Berkebolehan MENYEDARI kehadiran tetamu yang tidak diundang dan berkebolehan melihat DUNIA luar

Master Ali Fauzi | Juruterapi Reiki Bio Energi
Kebolehan Deria Ke-6 : Tahap AKTIF
Kebolehan Psikik : MEDIUM = Berkebolehan mendapat ilham / maklumat secara terus dari universal
MEDIUM = Berkebolehan dalam menyedari kehadiran tetamu yang tidak diundang dan berkebolehan melihat DUNIA luar

Master Rasyidan | Juruterapi Reiki Bio Energi
Kebolehan Deria ke-6 : Tahap MAMPU
Kebolehan Psikik : MEDIUM = Berkebolehan menyedari kehadiran tetamu yang tidak diundang, melihat jin dan berkebolehan melihat DUNIA luar

Master Rosmaziha | Juruterapi Reiki Bio Energi
Kebolehan Deria ke-6 : Tahap PEKA
Kebolehan Psikik : EMPATI = Berkebolehan dalam memahami AURA & perasaan orang

Master Mahfuzah | Juruterapi Reiki Bio Energi
Kebolehan Deria ke-6 : Tahap AKTIF
Kebolehan Psikik : EMPATI = Berkebolehan dalam memahami AURA & perasaan orang
Kualiti ini dinilai adalah untuk memastikan ‘apakah potensi’ yang dimiliki oleh mereka. Kualiti ini akan dapat diperkembangkan agar selaras dengan gelaran Master yang disandang.



