Reiki : Bermula dari Rumah
by Admin on Sep.25, 2010, under Uncategorized
Salam Aura Reiki,
Artikel kali ini adalah berkenaan aplikasi reiki secara optimum yang bermula dari rumah. Rumah adalah tempat dimana segala-galanya bermula. Rumahku syurgaku… satu ungkapan yang menunjukkan betapa pentingnya RUMAH itu kerana dikiaskan dengan SYURGA. Ini kerana rumah itulah segala-galanya.. tempat untuk berehat, baring kat ruang tamu, bergurau dengan keluarga, makan bersama-sama dll..
PENTING! BERI PERHATIAN!
Energi rumah perlu sentiasa dijaga untuk memastikan penghuni rumah (anda & keluarga) dapat menikmati suasana ‘syurga’ itu dan yang lebih utama ialah untuk mewujudkan suasana harmoni yang lebih dalam, bukan setakat hubungan kekeluargaan sahaja malah lebih dalam…… iaitu energi yang akan turut dikongsikan bersama alam setelah isi rumah itu keluar ke tempat kerja, ke pasar, ke kedai makan, ke sekolah atau kemana-mana sahaja. Ingat, segalanya bermula dari rumah, saling berkait, interrelated.
Disini akan dinyatakan sedikit perkongsian yang boleh diaplikasikan bersama. Teknik yang amat mudah lagi berkesan. Teknik ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu selepas bangun tidur, semasa dirumah & sebelum keluar dari rumah. Fokus akan diberikan kepada persoalan ‘apa yang perlu dibuat?’. Langkah-langkah yang akan dikongsikan disini adalah untuk memastikan teknik reiki diaplikasikan secara 100% dirumah.
A) Apa perlu dibuat selepas bangun tidur?
Senario : MASIH BELUM MANDI
- Afirmasi 5 prinsip reiki. Ucap setiap pagi.. lama kelamaan ianya akan menjadi tabiat harian yang akan anda lakukan secara spontan. Untuk menjadi spontan, perlu berdisiplin. (Terdapat banyak RAHSIA yang dapat dikupas dengan penghayatan. Saya akan kupas dalam artikel lain)
- Buat self healing ataupun self charging. (Langkahnya self charging sama seperti self healing cuma tukar arahan / niat; dari healing kepada charging
- Sewaktu mandi pun boleh guna kaedah reiki. Alirkan energi pada air yang hendak digunakan seperti air dalam tab. Jika guna shower lagi senang… Beri arahan / niat : Penyembuhan / Healing
B) Apa perlu dibuat semasa dirumah?
Langkah yang akan saya kongsikan pada bahagian ini adalah aplikasi selepas mandi pagi.
Senario : HARI CUTI
Teknik yang akan kongsikan adalah: Sentuhan / Hands-on dan Beaming
- Perlu faham bahawa konsep reiki adalah berkaitan ‘keharmonian energi’ dan teknik yang diaplikasikan dengan cara ‘mengalirkan energi’, oleh itu set-kan diri kepada mod : ENERGI MENGALIR dan alirkan energi secara beaming ke seluruh ruang dalam rumah.. atau jika anda mahu buat kerja lebih, sentuhlah dinding yang ada didalam rumah anda itu secara satu persatu.
- Jangan lupa juga alirkan tenaga pada makanan yang terhidang dan kepada mereka yang pandai memasak, gabungkan teknik ‘aliran tenaga via sentuhan + selawat nabi’ ketika membersihkan ikan, sayur, membasuh beras atau apa sahaja.
- Ketika sedang melayan karenah anak-anak dirumah, sentiasalah menyentuh mereka serta mengusap kepala atau dada belakang sambil berkata “Anak, kamu ni pandai la….” (Ini ayat contoh). Di kepala terdapat Chakra Mahkota dan Chakra Mata Ketiga manakala di dada terdapat Chakra Jantung.
C) Apa yang perlu dibuat sebelum keluar dari rumah?
Anda akan keluar dengan tujuan, samada tujuan kecil atau besar.
Senario : JUMPA PELANGGAN
Teknik yang akan dikongsikan adalah : Visualisasi Minda, Beaming, Upload Chi-Ball
- Hari sebelum berjumpa pelanggan – Visualkan senario perjumpaan yang positif dan pelanggan menerima cadangan anda / Close sale. (INGAT! Perkara ini ada cuma bayangkan dan ianya hanya berlaku didalam minda. HARI ESOK MASIH LAGI MISTERI. Usaha yang anda lakukan ini adalah sebahagian dari jutaan langkah awal).
- Aktifkan Chi-Ball, visualkan senario perjumpaan itu dan masukkan ia ke dalam Chi-Ball tersebut dengan beaming dan upload ia seperti doa.(Boleh gabungkan kaedah analisis Numerologi sebagai langkah ketiga / Jika anda pernah belajar.
- Hari perjumpaan – Ulang langkah 1.
- Sebelum keluar rumah, kunci rumah dengan kunci metafizik (Teknik ini kalau nak tahu kena datang workshop! Haha.)
- Semasa perjumpaan manfaatkan segala skil yang anda dan gabungkan bersama Reiki. Contohnya perbanyakkan sentuhan seperti bersalam, tepuk bahu belakang sambil menyatakan sokongan (alirkan energi positif) – Jangan salah faham, energi Reiki bukanlah magik atau sihir yang boleh membuatkan seseorang itu melakukan sesuatu tanpa kerelaan.
- Itu sahaja.
Kesemua gerakkerja ini adalah semudah makan kacang, tetapi ianya menuntut sesuatu yang amat besar iaitu KEPERCAYAAN. Sebenarnya terdapat banyak lagi yang boleh dilakukan. Kalau nak tahu kenalah hadir ke workshop, barulah faham dengan terminologi yang digunakan.
Hmmmm.. Macam sudah tersasar sedikit dari apa yang ingin saya kongsikan.. Maaf, bukan sengaja tetapi kerana apa yang saya sampaikan diatas adalah saling berkait.
- Tujuan langkah A2 dan A3 adalah untuk sistem bio-energi anda sendiri agar sentiasa berada pada tahap yang sihat, kurang energi blockage.
- Tujuan langkah B1 dan B2 adalah untuk energi rumah dan energi didalam rumah anda.
- Tujuan langkah C4 adalah untuk mengunci energi harmoni dan juga untuk melindungi dari dimasuki oleh sebarang energi / entiti negatif (umum – pencuri pun boleh dikategorikan sebagai entiti negatif)
Insyaallah dengan mengikuti langkah-langkah ini maka rumah anda akan jadi rumah idaman – Dari segi energi ya.. dari segi perabot anda lebih pandai.
Oh ya, anda juga boleh susun atur perabot mengikut kaedah Ilmu Alam / Feng Shui.Selain dari segalanya bermula dari rumah, ada lagi satu iaitu segala yang bermula dari rumah adalah bermula dari anda, INGAT ITU!
_____________________________________
Master Lutfi







