Petikan Dari Majalah Misteri
by Admin on Jun.01, 2011, under Promo Terkini
Dapatkan Kupon Diagnosis Aura & Terapi Reiki. Ada diskaun 20% KHAS untuk pembaca Majalah Misteri
Artikel Dalam Majalah Misteri
Reiki : Bukan Jampi Tapi Seni Penyembuhan
Menjadi satu perkara biasa kepada manusia untuk berasa ’khuatir’ atau ’takut’ dengan sesuatu yang tidak diketahui ataupun difahami. Ini adalah bentuk mekanisma pertahanan psikologi yang ada pada setiap manusia. Bermula dari titik tolak inilah pencarian kepada jawapan telah mula terbit, samada mencari kebenaran ataupun kebatilan.
Reiki dikatakan telah bertapak di Malaysia ini seawal tahun 90’an yang mana pada waktu itu ianya hanya diketahui oleh segelintir pengamal perubatan alternatif. Pada awal perkembangan reiki di Malaysia ini, ianya menerima pelbagai tohmahan negatif seperti ’reiki itu sesat’, ’reiki itu bela jin’, ’reiki itu meminta bantuan jin’ dan pelbagai lagi. Perkara ini dilihat sebagai satu cabaran kepada usaha untuk memperkenalkan reiki ke seluruh masyarakat.
Maka, pelbagai usaha dilakukan untuk memperbetulkan persepsi sesetengah masyarakat terhadap Seni Penyembuhan ini. Sebenarnya, reiki ini merupakan satu seni penyembuhan yang mempunyai teknik-teknik yang boleh dipelajari. Ianya sama seperti kaedah rawatan Islam, rawatan tradisional, teknik urutan, rawatan akupuntur dan lain-lain. Malah dengan menggunakan reiki untuk menyembuhkan sesuatu, seseorang itu akan menjadi lebih pasrah kepada Tuhan. Namun begitu, reiki kini telah mula mendapat tempat di hati masyarakat. Ini boleh dibuktikan dengan kewujudan tempat-tempat rawatan alternatif yang berasaskan Seni Penyembuhan Reiki.
Reiki adalah seni penyembuhan yang mengunakan energi alam dalam usaha merawat dan menstabilkan kembali aliran energi dalaman manusia. Energi alam adalah energi yang bersifat limpah ruah ini tidak akan hilang ataupun kehabisan sehingga akhir zaman dan energi inilah yang dipergunakan untuk merawat permasalahan-permasalahan yang timbul. Jika diperhalusi, reiki ini akan membawa pengamalnya lebih dekat dengan Maha Pencipta kerana tanpa keizinan dari-Nya, sesuatu penyakit atau permasalahan itu tidak akan pulih serta sembuh.
Kesenian reiki itu terletak pada penghayatan dan kepasrahan pengamal. Kepasrahan yang datang bersama-sama dengan doa, baik dari pengamal dan juga pesakit. Tidak ketinggalan juga kekuatan niat sebelum bermulanya sesi rawatan. Elemen-elemen tersebut amat penting. Begitu jugalah halnya sewaktu sesi penyembuhan diri sendiri, penghayatan dan kepasrahan mengambil tempat sebagai elemen terpenting. Merasai energi alam yang dialirkan kepada tubuh sendiri merupakan suatu pengalaman yang amat menarik untuk diperkatakan. Energi alam yang bersifat lembut dan rasa panas suam amat mudah untuk dirasai.
Tubuh badan manusia boleh diibaratkan sebagai peralatan elektronik juga yang mana jika ia menerima lebihan tenaga, maka ianya pasti akan terbakar dan mengalami kerosakan. Kerosakan ini jika tidak dirawat maka akan menyebabkan pelbagai gejala penyakit untuk kesan jangka pendek ataupun panjang. Perkara ini dipanggil sebagai ’kesan radiasi sinaran gelombang’, yang mana disini merujuk pada jenis energi yang memberi kesan negatif tubuh badan manusia.
Terdapat perbezaan diantara energi alam dan energi jin. Energi jin ini bersifat panas dan memiliki frekuensi yang hampir sama seperti infra-merah yang mana ianya mempunyai bacaan 700nm hingga 1400 nm. Frekuensi untuk energi dalaman manusia pula adalah dari 340 nm hingga 640 nm, dan cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika energi dalaman manusia menerima frekuensi energi yang amat tinggi seperti 1000 nm? Perkara sebeginilah yang mewujudkan senario seperti kerasukan, histeria, demam yang mengejut, hilang kesimbangan dan pelbagai lagi. Malah senario yang disebut ini juga boleh berlaku walaupun tanpa gangguan dari jin, dimana tubuh badan terdedah terlalu lama pada radiasi yang memiliki berfrekuensi hampir sama.
Disinilah reiki memainkan peranan dimana dengan mempraktikkan teknik-teknik yang tertentu maka aliran frekuensi yang tidak sesuai untuk tubuh manusia itu dapat dikeluarkan tanpa merosakkan sistem aliran energi dalaman seseorang. Malah teknik reiki ini juga boleh digabungkan dengan pelbagai teknik lain seperti mandian bunga dan urutan. Malah ianya boleh turut serta digunakan bersama dengan bacaan ayat-ayat ruqiyah bagi merawat isu-isu seperti gangguan makhluk halus dan yang sewaktu dengannya.
Inilah yang dikatakan dengan Seni Penyembuhan kerana Reiki itu mampu berdiri sendiri ataupun bergabung dengan kaedah dan teknik lain. Ianya bersifat mesra alam serta fleksibel, tiada pantang larang dan mudah untuk diamalkan.









