Reiki 7Chakra

Terkini ! – Real Time Personal Coaching

by on Nov.24, 2011, under REAL TIME PERSONAL COACHING

Tiada di tempat lain

Tiada seumpamanya

PERTAMA di Malaysia

REAL TIME PERSONAL COACHING ada perkhidmatan terkini dari IQBC S/B. Perkhidmatan ini bertujuan untuk mendekatkan para pelanggan dengan Mentor Hijrah Diri – Dr. Mir Hazil Azran Ramli. Para pelanggan akan dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan beliau secara ‘direct’ tanpa sebarang tapisan.

Apa yang akan anda dapat?

Anda akan menerima HJIRAH SMS-ALERT yang akan membantu anda untuk menjadi INSAN SUPER-ULTRA di dalam proses melakukan pengHIJRAHan Diri. SMS tersebut terdiri daripada :

  1. Affirmasi Sukses
  2. Panduan-panduan Sukses
  3. Kata-kata Hikmah
  4. Hadis-hadis Terpilih
  5. Zikir-zikir Asma
  6. Doa-doa Terpilih
  7. Tarikh-tarikh Istimewa Hijrah
  8. Panduan ketika tarihkh istimewa

Untuk apa SMS ini semua?

SMS ini adalah sebagai alat bantuan tambahan yang MAMPU memperbetulkan ‘software’  (pemikiran / kecenderungan) anda dari biasa kepada luarbiasa, dari kaku / tepu kepada HIJRAH DIRI, dari tidak ingat tarikh HIJRAH sampai INGAT tarikh HIJRAH.

SMS ini juga bersifat sebagai MISI HARIAN anda dimana anda akan menerima SMS MISI dan anda perlu menyempurnakan misi yang diberikan. Misi yang diberikan semudah makan kacang, tetapi yang semudah makan kacang inilah yang kebanyakannya kantoi.

Lain-lain lagi?

Selainnya adalah anda akan diberikan PERSONAL COACHING selama 1 tahun!! Ianya satu tempoh yang amat panjang dan anda boleh manfaatkan dengan sebaik mungkin sebagai contohnya setiap sms yang anda terima, anda catitkan pada buku dan anda boleh jadikan buku tersebut sebagai BUKU PERSONAL COACHING milik anda. Menarik… kan?

Berapa harga perkhidmatan ini?

Bukan RM 660, bukan RM 560 tetapi hanya RM 360. Ianya adalah satu jumlah yang amat berpatutan untuk ‘personal coaching’ ini. Bukan 1 hari atau 1 bulan, tetapi selama 1 tahun!!

Bagaimana nak daftar diri?

Cukup Mudah..

hanyaSMS <NAMA PENUH> <NO K/P> <PERSONAL COACHING> ke hotline kami 017-333 2349 atau 017-300 2349 dan itu sahaja. Cukup mudah bukan??

So.. tunggu apa lagi? Daftarkan diri anda untuk mendapatkan 1 YEAR REAL TIME PERSONAL COACHING sekarang.

Leave a Comment :, more...

Info Kesihatan : Khasiat Warna Pada Makanan?

by on Nov.12, 2011, under Aura

Sememangnya setiap ciptaan Tuhan itu tidak sia-sia, kesemuanya mempunyai hikmah secara tersirat dan tersurat, kesemuanya mempunyai jawapan pada segala sudut, kesemuanya amat unik dan cantik. Warna juga adalah salah satu dari jutaan ‘ciptaan’ yang diciptakan oleh Tuhan.

Apakah yang dimaksudkan dengan WARNA?

Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum. Sains warna juga dipanggil sebagai kromatik; termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah sebagai cahaya).

(Apabila melibatkan warna, sudah tentulah ianya akan melibatkan perserpsi penglihatan dan artikel kali ini cuma akan berkongsi perihal warna sahaja)

Warna terdapat dimerata tempat di seluruh alam ini. Secara umumnya warna berfungsi untuk ‘memberitahu’ atau ‘menceritakan’ sesuatu seperti jika seseorang itu sedang marah maka wajahnya akan berubah menjadi merah (walaupun tidak seperti warna merah ini). Pendek kata, warna memainkan banyak peranan pada kehidupan manusia.

Begitu juga halnya dengan warna yang terdapat pada buah-buahan dan sayuran. Ianya bukan sekadar mencantikan buahan tersebut, malah ianya juga mempunyai cerita disebalik. Di dalam ilmu Bio-Energi Manusia, terdapat 7 chakra (pusat energi) yang diwakili oleh warna.

7 Chakra

Dasar : Merah
Sacral : Jingga
Solar Plexus : Kuning
Jantung : Hijau
Kerongkong : Biru
3rd Eye : Indigo
Mahkota : Ungu / Putih

Warna yang terdapat pada buah-buahan merupakan maklumat utama ibarat ‘nama folder’ yang didalamnya terdapat banyak ‘fail’ (khasiat) untuk chakra-chakra ini. ‘Fail atau maklumat’ ini merupakan energi yang diperlukan oleh pusat energi bagi memproses energi untuk kegunaan tubuh secara rohani dan jasmani.

Oleh itu, percayakah anda bahawa warna makanan yang anda pilih berperanan penting mengelak dari penyakit?

MERAH

Semua makanan berasaskan tomato – termasuk sos tomato dan salsa – memberikan banyak ‘lycopene’, sejenis anti-oksidan yang dapat mencegah kanser khususnya kanser prostat. Turut berada dalam kategori ini adalah jambu batu, ‘grapefruit’ merah jambu dan tembikai.

Cili juga sumber terbaik ‘beta karotin’ dan vitamin C. Ia lebih berkhasiat daripada cili Benggala, dan cili merah ada lebih ‘lycopene’ daripada cili hijau. Sebanyak 20 gram cili segar (anggara 2 tangkai) mengandungi 40 mg vitamin C, 100% daripada peruntukan makanan yang diperlukan dalam sehari. Selain daripada mengandungi ‘bioflavonoids’, cili juga mengingkatkan kadar metabolik yang menambah penghasilan ‘endorphins’ daripada otak.

Kata kunci

Merah : Lycopene, Bioflavonoids

JINGGA

‘Beta karotin’ yang terkandung di dalam makanan berwarna jingga meningkatkan kesihatan mata dan kulit. Antaranya adalah labu kuning, aprikot, lobak merah dan keledek. Mangga adalah sumber ‘beta karotin’ dan vitamin A yang dapat mencegah penyakit berjangkit dengan cara meningkatkan daya imuniti tubuh.

Kata kunci

Jingga : Beta karotin

JINGGA / KUNING

Buah-buahan ini tergolong juga di dalam kumpulan jingga serta kaya dengan ‘beta crytoxanthin’, sejenis anti-oksidan yang melindungi sel daripada kerosakan. Antara makanan kategori ini adalah limau (oren), betik, pic dan nenas. Betik mengandungi dua kali ganda vitamin C berbanding buah limau (oren).

Kata Kunci

Jingga / Kuning : Beta crytoxanthin, Vitamin C

HIJAU

Bahan makanan berwarna hijau mempunyai bahan kimia semulajadi seperti ‘isothiocyanates’ yang dapat menghindari kanser – ianya terdapat pada bok choy, brokoli, kubis, bunga kubis dan sawi hijau, ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’ yang dapat menghalang daripada terjadinya katarak – ianya terdapat pada jagung, timun (dengan kulitnya) kacang hijau, kacang buncis, pis hijau, cili benggala hijau atau kuning dan bayam.

Manakala kiwi pula kaya dengan vitamin C, ‘potassium’, serat, ‘phytochemicals’ dan ‘pectin’ yang mampu mengawal tahap kolesterol. Sebiji kiwi seberat 90 gram memberi 85 gram vitamin C, dua kali ganda daripada yang disyorkan untuk pengambilan seharian.

Asparagus pula kaya dengan ‘folate’, ‘beta karotin’ dan ‘potassium’. ‘Folate’ amat penting untuk wanita hamil juga dapat mengawal ‘homocysteine’ yang dikaitkan dengan penyakit. Sayuran seperti salderi, daun kucai dan batang bawang besar pula kaya dengan ‘flavonoids’ yang dapat melindungi daripada terjadinya kerosakan sel.

Kata kunci : Isothiocyanates, Lutein, Zeaxanthin, Potassium, Phytochemicals, Pectin

UNGU / PUTIH


Makanan ini mengandungi ‘anthrocyanins’, sejenis anti-oksidan yang kuat dan dapat menurunkan risiko penyakit jantung serta angin ahmar dengan mencegah berlakunya penbekuan darah. Antara makanan dalam kumpulan ini adalah ceri, terung, plam, prun, anggur ungu atau merah raspeberi, epal merah, kubis ungu, pir merah dan strawberi.

Bawang Putih dan bawang besar mengandungi ‘allicin’ yang dapat mencegah pengumpulan plelet pada saluran darah di jantung yang boleh mengakibatkan serangan angin ahmar. Cendawan pula ada ‘selenium’ untuk menghentikan penghasilan ‘oestrogen’ dan mencegah kanser payudara di kalangan wanita yang sudah menopaus.

Kata kunci : Anthrocyanins, Allicin, Selenium

Hebat sekali ‘benda-benda’ yang diciptakan oleh Tuhan ini… KAGUM!!

Leave a Comment :, , , , more...

‘Api’ Nur Reiki Salam

by on Nov.08, 2011, under Nur Reiki Salam, Promo Terkini

Nur Reiki Salam adalah satu metodologi atau sistem yang hebat yang digarap dari beberapa sumber jasmaniah & rohaniah. Ianya adalah set gabungan teknik bayangan minda (visualisasi) dan meditasi yang berupaya mengharmonikan jasad, minda, emosi dan kerohanian seseorang. Dalam Nur Reiki Salam, pengamal akan lebih ‘terhubung’ dengan punca energi alam semesta.

Energi Nur Reiki Salam bertindakbalas pada semua peringkat; fizikal, minda, emosi dan kerohanian, lalu mengaktifkan tubuh untuk sembuh dengan sendirinya. Ia juga merawat hingga ke peringkat yang paling dalam dan memberi manfaat penyembuhan yang berpanjangan.

Nur Reiki Salam amat sesuai digunakan bagi menyembuhkan isu-isu seperti di bawah :

  • Membantu merehatkan apabila menghadapi tekanan
  • Membantu memulihkan tenaga apabila keletihan
  • Menenangkan di kala rasa ketakutan
  • Melegakan kesakitan dan ketidakselesaan
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka atau jangkitan
  • Membantu meningkatkan kesihatan
  • Mencegah penyakit dari merebak
  • Menyerlahkan keterbatasan kebolehan dan keyakinan
  • Memberi panduan dan kesedaran rohani

Tangan Berapi atau Api merupakan simbolik yang digunapakai di dalam mengaplikasikan Nur Reiki Salam. Api memberi banyak manfaat yang terlalu hebat dan mulia antaranya :

  • Keselamatan : Kita berasa selamat apabila berada di kawasan yang diterangi cahaya api.
  • Kesegaran : Api dapat membantu memberikan haba agar kita berada pada suhu yang selesa (terutamanya pada waktu malam / kesejukan).
  • Sinaran : Cahaya Api mengizinkan aktiviti kehidupan, menjana produktiviti dan membolehkan jentera berfungsi (spark – electrical current).
  • Kesihatan : Api membolehkan makanan dan minuman dimasak. Ini dapat membantu manusia mengelakkan keracunan atau penyakit dari makanan mentah.
  • Petunjuk : Api membantu manusia untuk menunjuk arah, sebagai lampu suluh, rumah api dan lain-lain.

Aktifkan RASA sambil menghayati, mengkagumi, mensyukuri akan kehebatan ‘NUR’ ini. Hidupkan sinar CAHAYA didalam diri anda.

<<Master Luthfi>>

Leave a Comment more...

Nur Reiki Salam : Q & A

by on Nov.07, 2011, under Info Kursus, Nur Reiki Salam

Nur Reiki Salam

Apa itu Nur Reiki Salam?

Nur Reiki Salam merupakan Reiki kelahiran MALAYSIA yang mana ianya merupakan ijtihad Master Mir Hazil Azran Ramli di dalam memakmurkan lagi DUNIA REIKI ini dengan Reiki yang lebih unik serta lebih bersifat ISLAMIK. Berbekalkan ilmu didalam Reiki Sufi, beliau mula mengolah energi reiki ini agar menjadi lebih unik lagi.

Apakah perbezaan Nur Reiki Salam dengan jenis Reiki yang lain?

Selebih tepatnya tiada perbezaan kecuali hanya  keUNIKan. Terdapat tiga perkara yang unik mengenai Nur Reiki Salam dimana

  1. Pertama : Tingkat Energi Nur Reiki Salam berada pada tingkat 6 iaitu lebih tinggi dari Usui Reiki, Karuna Ki, dan Imara Reiki
  2. Kedua : Seperti Imara Reiki, Nur Reiki Salam juga tidak menggunakan sebarang simbol.
  3. Ketiga : Pengijazahan Nur Reiki Salam akan dilakukan di lokasi-lokasi ‘outdoor’ yang ‘TERPILIH’.

Apakah syarat-syarat yang dikehendaki jika ingin mempelajari Nur Reiki Salam?

Tiada sebarang syarat yang ketat. Ianya tidak seperti Karuna Ki atau pun Imara Reiki (seseorang perlu menjadi Usui Reiki Master terlebih dahulu jika ingin mempelajari Karuna Ki atau Imara Reiki). Sesiapa sahaja boleh mempelajarinya. Nur Reiki Salam terbuka kepada

  1. Mereka yang baru pertama kali mempelajari Reiki
  2. Mereka yang sedang menghabiskan tahap-tahap yang ada di dalam Usui Reiki
  3. Mereka yang sudah pun menjadi Usui Reiki Master


Apakah keistimewaan Nur Reiki Salam?

Seperti jenis Reiki yang lainnya, Nur Reiki Salam menjanjikan KUASA PENYEMBUHAN yang cukup efektif. Ini kerana tingkat energi Nur Reiki Salam berada pada tahap yang tinggi dan lebih halus. Energi Nur Reiki Salam memberikan penumpuan terus kepada pusat-pusat energi dalaman manusia. Selain dari itu, Nur Reiki Salam mampu meningkatkan tahap kerohanian pengamalnya. Rahsia ini terletak pada Falsafah Nur Reiki Salam iaitu ‘Cahaya bulan yang menerangi kegelapan malam’ dan ‘Cahaya di dalam Cahaya’

Apakah Nur Reiki Salam ini mudah untuk diamalkan?

Ya, ianya adalah teramat mudah untuk diamalkan, malah ianya boleh digabungkan bersama jenis Reiki yang lain, lalu membentuk satu seni atau teknik penyembuhan yang tersendiri. Nur Reiki Salam boleh  digunakan untuk menyembuhkan masalah psikologikal, kesihatan tubuh badan dan isu-isu gangguan jin.

<<< Master Luthfi >>>

Leave a Comment :, , , , , , , , , , , more...

Reiki 360 : Gunakan Tanpa Was-was

by on Oct.23, 2011, under Info Kursus, Reiki 360

MANIPULASI ENERGI

Manusia dilahirkan dengan dikurniakan energi. Setiap seorang memiliki energi yang mencukupi untuk digunakan pada setiap hari. Akan tetapi, hanya segelintir sahaja yang memanfaatkan energi dengan cara yang benar tanpa melakukan ‘Pembaziran Energi’.

Ramai yang beranggapan bahawa energi hanya digunakan oleh tubuh badan semata-mata untuk melakukan pergerakkan fizikal seperti berlari dan bergerak, ternyata anggapan ini adalah kurang tepat sama sekali kerana energi juga turut digunakan ketika proses berfikir dan proses menghadam perasaan.

Kini terdapat pelbagai modul yang menyediakan langkah-langkah dan tatacara bagaimana hendak memaksimumkan penggunaan energi secara mampan. Seperti teknik kawalan minda, teknik pernafasan, teknik tenaga dalam dan pelbagai lagi yang mana kebanyakkan teknik-teknik tersebut diceduk dari satu sumber yang memiliki kesemuanya. Sumber tersebut adalah dari Reiki.

Reiki merupakan sejenis kaedah penyembuhan diri yang merupakan pilihan alternatif masa kini yang mana ianya telah pesat berkembang di dunia sekitar tahun 50’an dan di Malaysia sekitar awal 90’an dan kini Reiki telahpun diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai satu kaedah rawatan komplimentari.

Reiki menawarkan cara pengolahan dan penggunaan energi secara mampan yang paling efektif tanpa anda merasa penat dengan menggunakan energi alam dan tanpa bergantung harap pada energi dalaman. Di dalam Reiki, Energi Alam merupakan sumber bekalan Energi Utama yang tidak akan kehabisan yang telah disediakan oleh Allah s.w.t untuk sekelian makhluknya. Jadi, mengapakah kita tidak menggunakan bekalan yang disediakan oleh Tuhan kepada kita?

Energi Alam ini yang digunakan oleh pengamal Reiki di dalam memanipulasikan energi untuk perkara yang memberi faedah.

“Apa yang anda fikirkan disitu akan dipusatkan seluruh energi” merupakan kata-kata yang cukup asas di dalam memahami gerak kerja Reiki. Ya, gerak kerja Reiki hanya memerlukan gabungan dan sinkronisasi antara Tubuh, Minda, Emosi dan Rohani lalu menghasilkan satu gelombang Energi yang memiliki daya kuasa yang hebat. Menggunakan energi secara bijaksana tanpa membazir adalah satu perkara yang cukup mudah sebenarnya.

Dengan meletakkan telapak tangan ke objek atau subjek, anda telah dapat mengalirkan & memindahkan Energi Alam dengan mudah. Proses ini tidak menggunakan energi dalam terdapat di dalam tubuh (yang telah diproses dari pengambilan makanan). Terus terang dikatakan bahawa perkara ini adalah amat mudah sekali.

Testimonial 1

”Suatu kepuasan apabila saya dapat membantu rakan-rakan saya yang sakit”

Syukur pada ilahi kerana dipertemukan dengan Reiki 360°. Terima kasih pada sahabat saya yang memperkenalkan reiki. Semoga Allah s.w.t merahmatinya sekeluarga.

Bagi saya reiki adalah suatu kaedah merawat masalah emosi atau jiwa yang paling berkesan. Masalah kehidupan yang pelbagai pastinya mengundang pelbagai penyakit ’zaman moden’ seperti depresi, diabetis, barah dll. Alhamdulillah, dengan keyakinan dan kepercayaan yang kuat kepada Allah yang Maha Pengasih, mengamalkan reiki secara istiqamah, terus mencuba, tak tahu bertanya, insya’allah, kita pasti dapat menyelesaikan masalah terkini, atau masalah yang sudah lama bersarang d hati.

Reiki amat membantu dikala kecemasan. Suatu kepuasan apabila saya dapat membantu rakan-rakan saya yang sakit seperti demam, menderita sakit gigi, sakit kaki dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita ada satu kaedah rawatan kecemasan sementara menanti kehadiran doktor belum tiba.

Belajarlah reiki, sekurang-kurangnya kita boleh merawat diri sendiri.

Zaini Zainal

Testimonial 2

”Kepentingan KESEIMBANGAN ENERGI dalam mengejar KEKAYAAN, KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN”

Alhamdulillah. Syukur kerana saya ‘terpilih’ untuk menyertai Workshop Reiki 360° pada tahun lepas. Saya berminat dengan workshop ini kerana tag nya yang menjemput sesiapa yang kecewa dalam KERJAYA, KEWANGAN, PERNIAGAAN, KESIHATAN mahupun PERHUBUNGAN. Workshop ini menawarkan penyelesaian pada masalah-masalah tersebut.

YA! saya memerlukan penyelesaiannya kerana saya salah seorang yang menghadapi beberapa masalah yang telah disebut di atas. Selepas mengamalkan reiki, perkara pertama yang saya dapat adalah petunjuk dalam isu perhubungan yang hampir 3 tahun yang saya cuba selesaikan. Satu persatu ‘jalan’ untuk saya di depan mata. Alhamdulillah.

Begitu juga dari segi kerjaya, kewangan dan perniagaan. Saya dapati banyak peluang yang datang kepada saya dan saya menerima peluang tersebut sebagai satu yang amat positif dalam hidup saya.

Secara tidak langsung, ilmu reiki yang telah saya belajar ini memberikan kesedaran kepada saya tentang kepentingan KESEIMBANGAN ENERGI dalam mengejar KEKAYAAN, KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN.

Siti Yuraida Binti Mohd Yusoff
Usahawan Unstoppable

yuraidayusoff@gmail.com

Testimonial diatas merujuk kepada apa yang dikatakan sebagai ‘Manipulasi Energi Secara Mampan’ justeru mengelak kepada Pembaziran Energi. Mereka telahpun merasai faedah mengamalkannya. Reiki sememangnya dapat digunakan secara total tanpa memerlukan banyak teknik-teknik atau gerak kerja yang sukar. Ianya sesuai dengan ‘trend’ zaman ini yang cepat dan pantas. Akan tetapi proses mempelajarinya perlu dilalui satu persatu agar faham segala isi yang terkandung didalam ilmu Reiki.

Reiki dapat digunakan untuk semua perkara seperti mendapatkan ketenangan, kebahagiaan, kesihatan yang stabil, keharmonian rumah tangga, malah juga untuk perniagaan.

Menggunakan Reiki untuk tujuan perniagaan juga merupakan antara punca yang menyebabkan ramai orang ingin memperlajari Reiki. Reiki memberikan satu Pakej Penyembuhan Lengkap kepada pengamalnya. Antara teknik-teknik yang menarik adalah seperti Teknik ‘Energy Transfer’ dan Teknik Reiki ‘Hands On’ yang mana ianya banyak membantu usahawan dalam menngembangkan perniagaan mereka. Perkara ini tidak dinafikan oleh testimonial dibawah ini :

Testimonial 3

“Reiki Untuk Perniagaan”

Saya, Puan Norashikin Mat Jana merupakan seorang usahawan MLM dan juga menjalankan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan. Sebelum ini saya sering mendengar beberapa sahabat saya yang bercerita tentang Reiki dan ini membuatkan saya berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang Reiki. Hasil pencarian di internet, saya medapat info tentang workshop Reiki yang diadakan oleh Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd.

Dalam workshop ini saya belajar dengan lebih jelas tentang apa itu Reiki. Apabila telah faham tentang ilmu ini, saya mengamalkan teknik-teknik Reiki dalam kehidupan seharian dan perniagaan saya. Ilmu ini sangat berguna untuk saya kerana ianya dapat meimbangkan tindakan dan perasaan saya dalam membuat semua pekerjaan dan sebarang keputusan.

Menjalankan perniagaan sepenuh masa adakalanya membuatkan saya menjadi terlalu letih dan tertekan namun dengan ilmu yang saya pelajari, saya mampu memulihkan diri sendiri dengan melakukan meditasi dan segala ilmu yang telah diperturunkan. Ilmu ini bukan setakat untuk diri sendiri, bahkan saya juga mampu membantu keluarga dan sahabat terdekat dengan memberikan ‘energy’ kepada mereka.

Ilmu Reiki yang saya pelajari membuatkan saya lebih harmoni dan memahami prinsip kehidupan yang harus kita bawa dalam kehidupan setiap hari. Alhamdulillah, kini perniagaan saya dilimpahi rezeki yang mencurah-curah dan perniagaan saya semakin berkembang.

Norashikin Mat Jana
Usahawan Internet
Ekin Wellness
www.kedai2ekin.com / www.ekin.wellness.com
syikin72@gmail.com

Reiki menggalakkan pengamalnya menjadi INSAN BAIK dengan menerapkan prinsip-prinsip yang penuh dengan nilai murni seperti mengawal kemarahan, mengawal kerisauan, sentiasa bersyukur, sentiasa jujur dan berbuat baik kepada setiap makhluk. Dengan menerapkan nilai murni yang ada pada prinsip ini maka seorang pengamal Reiki itu tidak akan mempunyai sebarang masalah didalam menghadapi dunia moden yang kian mencabar ini.

Tarikh : 19 November 2011
Tempat : Seksyen 9, Shah Alam
Masa : 9 pagi – 5 petang
Yuran : RM 560

HUBUNGI : 017-333 2349 / 017-300 2349

Leave a Comment :, , , , , , , , , more...

Mini Seminar T-HD 1433 H

by on Oct.19, 2011, under Promo Terkini

Awwal Muharam 1433 H bakal tiba..

Apakah azam anda?

Apakah impian anda untuk  tahun baru nanti?

Apakah anda telah mempunyai impian?

Apakah anda sudah bersedia?

Apakah anda ingin menjadi ‘A NEW ME’?

Sebuah program 5 jam yang PADAT dengan AKTIVITI + PENGISIAN ILMU yang TIADA terdapat di tempat lain, malah TIADA yang seumpamanya. Digarap dan dicipta KHAS oleh Dr. Mir Hazil Azran Ramli bagi membantu seseorang menggapai impian dan TRANSFORM menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Program ini TERBUKA kepada semua. Datanglah beramai-ramai dan alami sendiri KUASA HIJRAH..

DEMI FITRAH..

DEMI SUNNAH…

DEMI AMANAH….

- A NEW ME -

Maklumat lanjut : 017-333 2349 / 017-300 2349

Leave a Comment more...

Kristal : Clear Quartz

by on Oct.10, 2011, under Promo Terkini

Penggunaan Kristal sebagai alat bantu penyembuhan yang dikaitkan dengan masalah mental, fisik, kesihatan rohani, dan pusat energi telah lama digunakan untuk menghilangkan rasa sakit, stres , depresi, kecemasan dalam fikiran, tubuh dan jiwa. Pendekatan ini untuk CARA alternatif untuk memastikan KEHARMONIAN tahap kesihatan. Dipercayai bahwa kristal dapat menyelaraskan dan mengharmonikan energi dalaman tubuh manusia, malah kristal juga memiliki kemampuan untuk menerima dan mengirim energi.

Clear Quartz

Batu kuarza paling tulen adalah batu kuarza yang jernih, ‘transparent’ dan berwarna seperti putih susu. Berbeza dengan batu intan atau berlian, batu kuarza tidak memantulkan cahaya dan tidak seperti batu aquamarine.

Batu kuarza yang paling besar yang pernah tercatat adalah berberat 48 ton dan panjangnya sekitar 610 cm.

Keterangan:

Warna putih adalah warna asas dan merangkumi spektrum yang penuh untuk semua warna dan getarannya. Cahaya putih adalah cahaya dari matahari dan mempunyai tahap tenaga tertinggi. Dalam terapi getaran warna, warna putih digunakan dalam semua situasi untuk membantu proses penyembuhan penyakit.

Keistimewaan / Khasiat / Faedah :

  • Warna putih adalah warna utama dalam getaran untuk badan dan minda
  • Digunakan untuk menyembuhkan penyakit, dan dapat juga membantu meningkatkan keseimbangan dan keharmonian rumah tangga.
  • Memberi kebahagiaan, keharmonian dan ketenangan
  • Batu kuarza juga digunakan untuk membantu menjalankan projek astral atau O.B.E
  • Menarik keluar rasa sakit dan memperkuat energi penyembuhan.
  • Meredakan tekanan emosi dan stres yang melampau
  • Berguna untuk menguatkan semua organ seperti:- Pundi, Buah Pinggang, Gastrousus, Tulang, Kelenjar, Sistem Otot, Saraf, Sistem Imuniti.

_____________________________________________

Ada 4 cara penggunaan kristal

Cara Pertama – Direndam

  • Batu kristal dimasukkan ke dalam segelas air. Setelah itu air yang digunakan untuk merendam dijemur di bawah sinar matahari selama kurang lebih 12 jam. Air tersebut diminum atau dicampurkan ke dalam tab mandian atau baldi berisi air, lalu digunakan untuk mandi.

Cara Kedua – Ditempelkan di daerah yang sakit

  • Caranya, letakkan batu kristal di daerah yang sakit selama 20-30 menit.

Cara Ketiga – Dipakaikan

  • Sebagai perhiasan, seperti rantai, cincin, & gelang.

Cara Keempat – Diletakkan

  • Pada mana-mana sudut atau ditengah rumah sebagai pusat energi bagi rumah.

*PENTING! – Langkah2 ini adalah ikhtiar, KUASA PENYEMBUHAN yang MUTLAK hanyalah milik Allah s.w.t

______________________________________________

HARGA

A : RM 530

B: RM 540

C : RM 560

CALL : 017 – 333 2349 / 017 – 300 2349

Leave a Comment :, , , , , more...

Kembara Energi : Diskaun 30% dan 50% sehingga 31/10/11

by on Oct.06, 2011, under Info Kursus, Nur Reiki Salam, Promo Terkini

Kembara Energi Nur Reiki Salam THD + R&R Special, Langkawi 02 – 04 Februari 2012

Program Kembara ini merupakan sebuah ’powerpack’ yang dirangka dan dicipta KHAS untuk para peserta mengalami serta merasai sendiri keunikan ’Energi Reiki’, mengalami Transformasi Diri serta memperkuatkan lagi tahap kerohanian. Sebuah program yang padat dan sarat dengan aktiviti fizikal, ilmu ilmiah, kembara kerohanian dan tugasan-tugasan personal yang Eksklusif (bermula sebaik sahaja mendaftar).

Sesi demi sesi untuk PENJANAAN ENERGI melalui acara Tapping RESQ56, Nur Reiki Salam (NRS), Meditasi, Seksual Kungfu (SKF), pernafasan, tazkiroh, mandi bunga, mandi laut, aktivasi energi di lokasi-lokasi ISTIMEWA – gua, pulau, hutan, pantai, paya-bakau, makam, perigi, bukit dan sebagainya.

Antara aktiviti HEBAT yang perlu diketahui dan diberi perhatian :

  1. Sesi Siang & Malam
  2. Tugasan Nota Tangan
  3. SMS Alert dari mula mendaftar hingga 04022012
  4. Kembara Island Hopping
  5. Pengijazahan Jarak Jauh (Nur Lataif Al-Qalb) & Ijazah Fizikal NRS
  6. Workshop Nur Reiki Salam
  7. Pengijazahan Nur Reiki Salam dilokasi-lokasi RAHSIA lagi TERPILIH
  8. Latihan Fizikal (RESQ56 / NRS / SKF) & Jiwa (Tugasan Zikir umum & interpersonal)
  9. Sentuhan SUFISTIK (zikir / NRS / tazkiroh) & sentuhan BIO-ENERGI (SKF / RESQ56 dll)
  10. Retreat & Recharge Special Maulidur Rasul
  11. Acara di darat & acara di laut
  12. Acara kering & acara basah
  13. Acara ‘dalam’ & acara ‘luar’
  14. Acara ‘serius’ & acara santai
  15. Ada hilai tawa & ada ‘air-mata’
  16. Mandi air masin & mandi air tawar
  17. Acara terang & acara gelab (gua)
  18. Acara bersama & acara peribadi (zikir/mandibunga/tapping dll)
  19. Acara ziarah yang ‘hidup’ & acara ziarah yang mati (makam)

Program Kembara ini merupakan program kali ke-9 yang mana angka 9 merupakan simbolik kepada kemuncak, klimak, teristimewa..

21 perkara yang akan anda nikmati dengan yuran yang tersangat berbaloi!!

  1. Workshop Nur Reiki Salam
  2. Pengijazahan Nur Reiki Salam
  3. Nota Nur Reiki Salam
  4. T-shirt Nur Reiki Salam
  5. Aktiviti Kembara – Island Hopping
  6. SMS Alert Aktivisi Energi Nur Reiki Salam (bermula sebaik sahaja mendaftar)
  7. Door Gift Xklusif
  8. Kristal Xklusif
  9. Sesi Retreat & Recharge Special Maulidur Rasul
  10. Nota R & R
  11. Sesi Senaman Sexual Kungfu (SKF)
  12. Penginapan 3 hari 2 malam di Adina Drive In Motel
  13. Tiket perjalanan pergi & balik (Bas)
  14. Bas Lawatan (di Langkawi)
  15. Feri pergi & balik
  16. Tiket-tiket ke Tempat Lawatan (di Langkawi – Makam Mahsuri – Telaga Air Hangat – Cable Car – Durian Perangin)
  17. Minum pagi 2x
  18. Makan tgh hari 1x
  19. Minum petang 2x
  20. BBQ Dinner 1x
  21. Minum malam 2

‘Flow’ Kembara ini dapat dipertontonkan melalui video dibawah.

KETIBAAN …

Para peserta tiba di jeti pada awal pagi setelah semalaman di dalam bas rombongan. Ada yang penat dan ada yang tidak, akan tetapi kesemuanya berasa gembira dan tidak sabar untuk merasai KEMBARA..

PENGEMBARAAN BERMULA …

Para peserta melawat beberapa Lokasi Istimewa yang mana terdapat ‘tugasa-tugasan’ yang perlu diselesaikan selain dari melakukan lawatan. Terdapat juga tugasan yang diberikan sebelum menjejakkan kaki ke pulau Langkawi. Begitulah UNIKnya Program KEMBARA ini..

Retreat & Recharge Special

Acara Retreat & Recharge sememangnya merupakan tradisi IQBC yang mana ianya diadakan pada setiap sebulan sekali. Cuma yang ‘SPECIAL’ jarang-jarang diadakan kerana ada sesuatu yang SPECIAL buat para peserta. Kami tidak meletakkan nama SPECIAL itu sebagai sesuatu yang kosong. Para peserta menerima sesuatu yang amat ‘berharga’ dari Dr. Mir Hazil. Bagaimana dengan tahun 2012? Sudah tentu akan ada ‘sesuatu’ juga. Juga pada sesi ini terdapat beberapa lagi tugasan yang perlu dibereskan oleh para peserta.

Senaman Kesihatan SEXUAL KUNG FU

Senaman pada awal pagi sememangnya amat menyegarkan, ditambah pula dengan corak senaman yang hebat lagi unik. Senaman ini akan dapat dipelajari hanya dengan mengikuti Program KEMBARA ini. Yosh!!!

KEMBARA ENERGI & Pengijazahan Nur Reiki Salam

Pengembaraan yang terrrrramat unik ini hanya dapat dirasai dengan menyertai program kami ini. Ini bukan cakap kosong dan bukan cakap gebang.. inilah realiti. Rasai pengalaman merasai dan mandapat Pengijazahan Nur Reiki Salam dengan cara yang lain dari yang lain (tidak seperti jenis Reiki yang lain). Hanya yang terbaik dari IQBC!!

Malam Dinner BBQ & Penyampaian Sijil Nur Reiki Salam

Malam pengakhiran yang mana para peserta hampir telah selesai melakukan kesemua tugasan yang diberi dan telah melakukan beberapa aktivisi energi. Kini telah tiba pula acara kemuncak yang juga hanya akan anda dapati didalam PROGRAM KEMBARA ENERGI NUR REIKI SALAM (acara kemuncak tersebut tidak disertakan kerana ianya terrrrramat istimewa!!)

PENDAFTARAN TELAH DIBUKA!!

KEMBARA ENERGI NUR REIKI SALAM LANGKAWI – 020212

Berikut adalah harga yuran untuk Peserta ULANGAN – Diskaun 50%

Jenis Tawaran Yuran Harga Yuran Syarat Tawaran Tarikh Mula Tarikh Tutup
Early Bird RM 1,060 Bayaran Penuh Sekarang 31 Julai 2011
Diskaun 50% RM 1,250 Deposit RM 500 1 Julai 2011 31 Oktober 2011
Yuran Asal RM 1,500 Deposit RM 500 1 November 2012 31 Januari 2012

Hubungi 017 – 333 2349

Leave a Comment :, , , , , , , , , , more...

Sexual Kung Fu (SKF)

by on Oct.04, 2011, under Promo Terkini

Senaman Kesihatan Sexual Kung Fu

Seni senaman yang merangkumi 3 aspek utama kesihatan jiwa raga manusia yang terdiri dari :

  1. Chi – Nafas
  2. Jing – Tubuh
  3. Shen – Minda

Ketiga-tiga aspek ini mempunyai senaman-senaman yang khas dan terbahagi pula kepada beberapa bahagian seperti :

1) Chi – Nafas

  • LATIHAN 1 – 1 : OLAH NAFAS (CHI) – PERNAFASAN ASAS
  • LATIHAN 1 -2 : OLAH NAFAS (CHI) – PERNAFASAN DIAFRAGMA
  • LATIHAN 2 : OLAH NAFAS (CHI) – PERNAFASAN ABDOMEN
  • LATIHAN 3 : OLAH NAFAS (CHI) – PERNAFASAN ABDOMEN + PERINEUM POWER

2) Jing – Tubuh

  • LATIHAN 1 – 1: THE LUNG SOUND
  • LATIHAN 1 – 2 : SENAMAN AWET MUDA (LUNG)
  • LATIHAN 2 – 1 : THE KIDNEY SOUND
  • LATIHAN 2 – 2 : SENAMAN AWET MUDA (KIDNEY)
  • LATIHAN 3 – 1 : THE LIVER SOUND
  • LATIHAN 3 – 2 : SENAMAN AWET MUDA (LIVER)
  • LATIHAN 4 – 1 : THE HEART SOUND
  • LATIHAN 4 – 2 : SENAMAN AWET MUDA (HEART)
  • LATIHAN 1 – 3.1 : SENAMAN BADUANJIN – 1st PIECE : PROPPING UP THE SKY
  • LATIHAN 1 – 3.2 : SENAMAN BADUANJIN – 2nd PIECE : DRAWING THE BOW
  • LATIHAN 2 – 3.1 : SENAMAN BADUANJIN – 3rd PIECE : REGULATE THE SPLEEN
  • LATIHAN 2 – 3.2 : SENAMAN BADUANJIN – 4th PIECE : REGULATE THE STOMACH
  • LATIHAN 3 – 3.1 : SENAMAN BADUANJIN – 5th PIECE : FIRE IN THE HEART
  • LATIHAN 3 – 3.2 : SENAMAN BADUANJIN – 6th PIECE : REINFORCE THE KIDNEY
  • LATIHAN 4 – 3.1 : SENAMAN BADUANJIN – 7th PIECE : FISTS & GLARE
  • LATIHAN 4 – 3.2 : SENAMAN BADUANJIN – 7th PIECE : CURE ALL ILLNESS

3) Shen – Minda

  • LATIHAN 1 : SITTING & STILLING THE MIND part 1
    LATIHAN 2 : SITTING & STILLING THE MIND part 2
    LATIHAN 3 : SMILING INTO THE EYES
    LATIHAN 4 : WARMING THE STOVE

Setiap teknik senaman diatas mempunyai keistimewaannya yang tersediri. Senaman ‘bunyi’ juga merupakan keunikan yang lain dari yang lain yang mana hanya terdapat didalam Sexual Kung Fu (atau senaman Tao) sahaja.

Kini anda dapat mempelajari kesemua langkah diatas bersama kami di Langkawi kerana Senaman Sexual Kung Fu ini turut disertakan sekali bersama Program Kembara Energi Nur Reiki Salam. Faedah yang akan anda perolehi dengan mengamalkan senaman ini bukan sahaja merangkumi daya kekuatan ketahan seksual semata-mata, malah ianya turut meliputi tahap kesihatan secara keseluruhan.

Isteri sayang suami… suami sayang isteri

Ikuti video peserta Kembara Energi Nur Reiki Salam pada Jun sebelum ini..

PENDAFTARAN TELAH DIBUKA!!

PROGRAM : KEMBARA ENERGI NUR REIKI SALAM THD & RnR SPECIAL

Berikut adalah harga yuran bagi peserta BARU

Jenis Tawaran Yuran Harga Yuran Syarat Tawaran Tarikh Mula Tarikh Tutup
Early Bird RM 1,560 Bayaran Penuh Sekarang 31 Julai 2011
Diskaun 30% RM 1,750 Deposit RM 500 1 Julai 2011 31 Oktober 2011
Diskaun 20% RM 2,000 Deposit RM 500 1 November 2011 31 November 2011
Diskaun 10% RM 2,250 Deposit RM 500 1 Disember 2011 31 Disember 2011
Yuran Asal RM 2,500 Deposit RM 500 1 Januari 2012 31 Januari 2012

Berikut adalah harga yuran bagi peserta ULANGAN

Jenis Tawaran Yuran Harga Yuran Syarat Tawaran Tarikh Mula Tarikh Tutup
Early Bird RM 1,060 Bayaran Penuh Sekarang 31 Julai 2011
Diskaun 50% RM 1,250 Deposit RM 500 1 Julai 2011 31 Oktober 2011
Yuran Asal RM 1,500 Deposit RM 500 1 November 2012 31 Januari 2012

Aktivasi akan bermula sebaik sahaja mendaftarkan diri!!

Lain dari yang lain.. setakat ini masih belum ada yang ‘tiru’ gaya ini.. pelajarilah ia dari yang TULEN!!

Leave a Comment :, , , more...

Kembara Energi Nur Reiki Salam 2012 : Masih Belum Terlambat

by on Oct.04, 2011, under Info Kursus, Nur Reiki Salam, Promo Terkini

PENDAFTARAN TELAH DIBUKA!!

PROGRAM : KEMBARA ENERGI NUR REIKI SALAM THD & RnR SPECIAL

Berikut adalah harga yuran bagi peserta BARU

Jenis Tawaran Yuran Harga Yuran Syarat Tawaran Tarikh Mula Tarikh Tutup
Early Bird RM 1,560 Bayaran Penuh Sekarang 31 Julai 2011
Diskaun 30% RM 1,750 Deposit RM 500 1 Julai 2011 31 Oktober 2011
Diskaun 20% RM 2,000 Deposit RM 500 1 November 2011 31 November 2011
Diskaun 10% RM 2,250 Deposit RM 500 1 Disember 2011 31 Disember 2011
Yuran Asal RM 2,500 Deposit RM 500 1 Januari 2012 31 Januari 2012

Berikut adalah harga yuran bagi peserta ULANGAN

Jenis Tawaran Yuran Harga Yuran Syarat Tawaran Tarikh Mula Tarikh Tutup
Early Bird RM 1,060 Bayaran Penuh Sekarang 31 Julai 2011
Diskaun 50% RM 1,250 Deposit RM 500 1 Julai 2011 31 Oktober 2011
Yuran Asal RM 1,500 Deposit RM 500 1 November 2012 31 Januari 2012

Aktivasi akan bermula sebaik sahaja mendaftarkan diri!!

Lain dari yang lain.. setakat ini masih belum ada yang ‘tiru’ gaya ini.. pelajarilah ia dari yang TULEN!!

Leave a Comment :, , , , , , , , , , more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...

Archives

All entries, chronologically...