Promo Terkini
Promosi GEMPAQ RAMADHAN
by Admin on Aug.06, 2011, under Promo Terkini
As salam, Selamat berpuasa semua.. puasa memang best.. bulan puasa juga memang best. Mengapa best? Kerana ada banyak diskaun-diskaun dan potongan-potongan harga yang ditawarkan oleh kebanyakan kedai-kedai. Jadi, dengan rasa ingin bersama ‘mereka’ yang lain, IQBC juga mengadakan Promosi GEMPAQ RAMADHAN yang telahpun bermula sehingga 1 Syawal 1432 Hijrah.
S7
Sihat dan Segar sepanjang Ramadhan dengan Set S7 yang LENGKAP. Set hebat ini boleh didapati dengan harga RM 133 sahaja, diskaun 20%!!!.. Jom beli 3 set!!
Quantum Science
Produk Quantum Science juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian didalam prosmosi kali ini, dengan memberikan potongan sebanyak 30%.. milikilah salah satu dari kesemua produk QS ini..
Produk Kristal
Jualan Penghabisan stok. Kristal-kristal hebat ini telah bersedia untuk anda pilih dan pakai. Dengan potongan 50% membolehkan anda membeli 3 atau 4 tanpa ragu-ragu.. Meriahkan Raya anda dengan Kristal Baru ditangan. Murah beb!!
Busana Muslim Wear
Segak & Bergaya dengan Busana Muslim pd Ramadhan ini. Dengan hanya diskaun 30% sudah pasti anda membeli 3
Produk Lampu Garam

Lampu Batu Garam mampu untuk menjadi penawar kepada ruang tamu anda, ruang kediaman, bilik tidur daln pelbagai lagi. Kini ianya boleh didapati dengan potongan harga sebanyak 30%!! Wow!! Kini Hanya RM 88???
Selamat membeli belah
Kelas Praktikal Teknik Reiki
by Admin on Aug.05, 2011, under Promo Terkini
Logo MASTERY REIKI 360.. untuk SIRI WORKSHOP ONE to ONE – DIY Reiki 360 yang bakal bermula pada RAMADHAN ini. Sesi bengkel MINGGUAN ini merupakan PENTAS ILMU REIKI secara INTERPERSONAL yang memberi FOKUS untuk sesi PRAKTIKAL.
Bengkel 2-3jam ini akan DIMERIAHKAN dengan kehadiran MASTER-MASTER kelahiran M.I.R @ IQBC Sdn Bhd yang akan berkongsi pengalaman & teknik-teknik yang telah mereka praktiskan. Sesi santai ini akan dipenuhi dengan ACARA HANDS-ON dan CASE STUDY… secara LIVE dan EKSLUSIF. Semua Master digalakkan HADIR dan SUDI berkongsi. Ini adalah PENTAS untuk MENGAMAL ILMU yang dikuasai.
Seumpama KELAS LATIHAN ‘KUNGFU’ mingguan, setiap pengamal yang DAHAGAKAN ilmu boleh datang SETIAP MINGGU (mengikut TAHAP yang ditetapkan). Secara kasar seperti berikut:
MINGGU PERTAMA – TAHAP 1
MINGGU KEDUA – TAHAP 2
MINGGU KETIGA – TAHAP ‘ART’
MINGGU KEEMPAT – TAHAP ‘RMT’
Lalu, setiap MASTER boleh hadir pada SETIAP SEMUA MINGGU
Bagi Tahap ‘ART’ boleh hadir pada setiap MINGGU 1,2 & 3
Bagi Tahap REIKI 2, boleh hadir pada setiap MINGGU 1 & 2
Bagi Tahap REIKI 1, boleh hadir pada setiap MINGGU PERTAMA
IA JUGA TERBUKA UNTUK PESERTA BARU YANG MAHU MEMPELAJARI REIKI (sila hadir pada setiap MINGGU PERTAMA) namun TIDAK DAPAT IKUT SERTA Workshop REIKI 360 SEHARI PENUH yang biasa (mungkin faktor kebatasan masa). Sesi 2-3 JAM ini haruslah diikuti BEBERAPA KALI (hingga CUKUP JAM BELAJAR) sebelum PENGIJAZAHAN REIKI 1 diberikan.
Mereka yang berminat untuk TUJUAN INI, sila maklumkan kepada kami.
SESI WORKSHOP ONE to ONE – DIY ini juga mengalu-alukan MEREKA YANG MAHU MELAKUKAN RAWATAN SECARA GRATIS / KOS MINIMA untuk hadir sebagai ‘CASE STUDY’ para MASTER & pelajar. Mereka yang MEMERLUKAN RAWATAN MINGGUAN (seperti kes sakit fizikal) diutamakan. JUGA untuk ANAK-ANAK YANG BAKAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN HUJUNG TAHUN INI.. ini adalah PELUANG UNTUK RETREAT & RECHARGE ENERGI anak-anak anda…
Silalah.. AYUH KITA MAKMURKAN PEMTAS ILMU ini..
Kelas Praktikal Reiki
by Admin on Aug.02, 2011, under Promo Terkini
Kelas Praktikal akan bermula pada Ramadhan ini. Kelas ini akan menumpukan pada pemantapan teknik-teknik yang ada di dalam ilmu Reiki. Kelas ini akan diadakan pada setiap minggu dan akan dibahagikan mengikut tahap. Ianya merupakan inisiatif dari IQBC di dalam usaha untuk memantapkan lagi pengamal-pengamal Reiki yang berada di bawah naungan ini.
Juga boleh membawa rakan2 atau saudara mara yang ingin mendapatkan rawatan.
Kelas ini juga dibuka kepada mereka yang ingin mempelajari Reiki.
Jumpa pada 7 Ogos ini (Ahad) jam 10 pg
Istimewa Ramadhan
by Admin on Jul.19, 2011, under Promo Terkini
Tempoh yuran promosi akan berakhir!! Jangan tunggu lama-lama.. Jangan biasakan diri menjadi yang terakhir.. Rebut peluang ini.
Reiki untuk KEBAHAGIAAN
Reiki untuk KESELAMATAN
Reiki untuk KETENANGAN
Reiki untuk KESIHATAN
Reiki untuk KEKAYAAN
PENGUMUMAN : Mulai 1/11/2011 yuran bagi Workshop Reiki 360 Tahap 1 akan kembali ke yuran asal iaitu RM 760. Jadi rebutlah peluang terakhir yang akan diadakan pada 6 Ogos ini.
INFOLINE : 017-333 2349
Kembara Energi NRS THD + R&R Special, Langkawi 02 – 04 Feb 2012 – PENDAFTRAN DIBUKA!
by Admin on Jul.06, 2011, under Info Kursus, Nur Reiki Salam, Promo Terkini
Kembara Energi Nur Reiki Salam THD + R&R Special, Langkawi 02 – 04 Februari 2012
Program Kembara ini merupakan sebuah ’powerpack’ yang dirangka dan dicipta KHAS untuk para peserta mengalami serta merasai sendiri keunikan ’Energi Reiki’, mengalami Transformasi Diri serta memperkuatkan lagi tahap kerohanian. Sebuah program yang padat dan sarat dengan aktiviti fizikal, ilmu ilmiah, kembara kerohanian dan tugasan-tugasan personal yang Eksklusif (bermula sebaik sahaja mendaftar).
Sesi demi sesi untuk PENJANAAN ENERGI melalui acara Tapping RESQ56, Nur Reiki Salam (NRS), Meditasi, Seksual Kungfu (SKF), pernafasan, tazkiroh, mandi bunga, mandi laut, aktivasi energi di lokasi-lokasi ISTIMEWA – gua, pulau, hutan, pantai, paya-bakau, makam, perigi, bukit dan sebagainya.
Antara aktiviti HEBAT yang perlu diketahui dan diberi perhatian :
- Sesi Siang & Malam
- Tugasan Nota Tangan
- SMS Alert dari mula mendaftar hingga 04022012
- Kembara Island Hopping
- Pengijazahan Jarak Jauh (Nur Lataif Al-Qalb) & Ijazah Fizikal NRS
- Workshop Nur Reiki Salam
- Pengijazahan Nur Reiki Salam dilokasi-lokasi RAHSIA lagi TERPILIH
- Latihan Fizikal (RESQ56 / NRS / SKF) & Jiwa (Tugasan Zikir umum & interpersonal)
- Sentuhan SUFISTIK (zikir / NRS / tazkiroh) & sentuhan BIO-ENERGI (SKF / RESQ56 dll)
- Retreat & Recharge Special Maulidur Rasul
- Acara di darat & acara di laut
- Acara kering & acara basah
- Acara ‘dalam’ & acara ‘luar’
- Acara ‘serius’ & acara santai
- Ada hilai tawa & ada ‘air-mata’
- Mandi air masin & mandi air tawar
- Acara terang & acara gelab (gua)
- Acara bersama & acara peribadi (zikir/mandibunga/tapping dll)
- Acara ziarah yang ‘hidup’ & acara ziarah yang mati (makam)
Program Kembara ini merupakan program kali ke-9 yang mana angka 9 merupakan simbolik kepada kemuncak, klimak, teristimewa..
21 perkara yang akan anda nikmati dengan yuran yang tersangat berbaloi!!
- Workshop Nur Reiki Salam
- Pengijazahan Nur Reiki Salam
- Nota Nur Reiki Salam
- T-shirt Nur Reiki Salam
- Aktiviti Kembara – Island Hopping
- SMS Alert Aktivisi Energi Nur Reiki Salam (bermula sebaik sahaja mendaftar)
- Door Gift Xklusif
- Kristal Xklusif
- Sesi Retreat & Recharge Special Maulidur Rasul
- Nota R & R
- Sesi Senaman Sexual Kungfu (SKF)
- Penginapan 3 hari 2 malam di Adina Drive In Motel
- Tiket perjalanan pergi & balik (Bas atau Kapal Terbang)
- Bas Lawatan (di Langkawi)
- Feri pergi & balik (jika rombongan menaiki Bas)
- Tiket-tiket ke Tempat Lawatan (di Langkawi – Makam Mahsuri – Telaga Air Hangat – Cable Car – Durian Perangin)
- Minum pagi 2x
- Makan tgh hari 1x
- Minum petang 2x
- BBQ Dinner 1x
- Minum malam 2
PENDAFTARAN TELAH DIBUKA!!
PROGRAM : KEMBARA ENERGI NUR REIKI SALAM THD & RnR SPECIAL
Berikut adalah harga yuran bagi peserta BARU
| Jenis Tawaran Yuran | Harga Yuran | Syarat Tawaran | Tarikh Mula | Tarikh Tutup |
| Early Bird | RM 1,560 | Bayaran Penuh | Sekarang | 31 Julai 2011 |
| Diskaun 30% | RM 1,750 | Deposit RM 500 | 1 Julai 2011 | 31 Oktober 2011 |
| Diskaun 20% | RM 2,000 | Deposit RM 500 | 1 November 2011 | 31 November 2011 |
| Diskaun 10% | RM 2,250 | Deposit RM 500 | 1 Disember 2011 | 31 Disember 2011 |
| Yuran Asal | RM 2,500 | Deposit RM 500 | 1 Januari 2012 | 31 Januari 2012 |
Berikut adalah harga yuran bagi peserta ULANGAN
| Jenis Tawaran Yuran | Harga Yuran | Syarat Tawaran | Tarikh Mula | Tarikh Tutup |
| Early Bird | RM 1,060 | Bayaran Penuh | Sekarang | 31 Julai 2011 |
| Diskaun 50% | RM 1,250 | Deposit RM 500 | 1 Julai 2011 | 31 Oktober 2011 |
| Yuran Asal | RM 1,500 | Deposit RM 500 | 1 November 2012 | 31 Januari 2012 |
PROGRAM : RETREAT & RECHARGE (RnR) SPECIAL
Juga tidak ketinggalan bagi mereka yang ingin turut menyertai Retreat & Recharge Special Maulidur Rasul di Langkawi, dengan hanya yuran yang amat berbaloi untuk turut serta bersama mengikuti beberapa acara bersama-sama peserta Nur Reiki Salam.
Yuran yang dikenakan hanya RM 786 dan nikmati 15 perkara dibawah
- Door Gift Xklusif
- Kristal Xklusif
- Sesi Retreat & Recharge 2x
- Nota R & R
- Sesi Senaman Sexual Kungfu (SKF)
- Penginapan 3 hari 2 malam di Adina Drive In Motel
- Tiket perjalanan pergi & balik (Bas atau Kapal Terbang)
- Bas Lawatan (di Langkawi)
- Feri pergi & balik (jika rombongan menaiki Bas)
- Tiket-tiket ke Tempat Lawatan (di Langkawi- Makam Mahsuri – Telaga Air Hangat – Cable Car – Durian Perangin)
- Minum pagi 2x
- Makan tgh hari 1x
- Minum petang 2x
- BBQ Dinner 1x
- Minum malam 2x
INFOLINE : 017-333 2349
Sekitar Program Kembara Nur Reiki Salam – Langkawi
by Admin on Jul.05, 2011, under Promo Terkini
Lokasi : Sekitar Langkawi
Tempoh : 24 – 26 Jun 2011
Acara : Kembara Energi Nur Reiki Salam
Next Kembara Energi Nur Reiki Salam????
Retreat & Recharge Special Nisfu Syaaban
by Admin on Jul.04, 2011, under Promo Terkini
Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa. (Al-hadis)
Setahun telah berlalu… SYAABAN berlabuh kembali. Ada TRADISI yang mahu diteruskan.. ia BUDAYA IQBC. Ia usaha kecil kami dalam MEMARTABATKAN DAULAH ISLAM DAN memakmurkan TAKWIM HIJRIAH.
SERUAN “TRANSFORMASI HIJRAH DIRI”.. kami teruskan. Ia BUKAN DAKYAH ‘HIT & RUN’.. ia SEBUAH PROGRAM KEMBARA HIJRAH DIRI yang disusun berurutan & berterrrrrusan buat MEREKA YANG BERANI & BENAR-BENAR MAHU BERUBAH!! Ia SEBUAH KULTIVASI ENERGI yang dijana dari masa ke semasa melalui PROGRAM-PROGRAM ISTIMEWA di TARIKH-TARIKH ISTIMEWA. Lalu.. SERUAN T-HD ini untuk mereka-mereka yang MAHU JADI ISTIMEWA!!! (bukan hanya JADI LUAR-BIASA..kerana yang sedemikian itu sudah biasa ba)
AYUH.. 09072011 @ 07 SYAABAN 1432H – 8:00malam >>> hingga 14hb SYAABAN 1432H – ACARA 7 HARI 7 MALAM !!!
Retreat & Recharge Special Nisfu Sya’ban
Lokasi : Dewan Kuliah 1 IQBC, sek 9 Shah Alam
Yuran kemasukan : RM 99
Masa : 8.30pm – 10.30pm
Kepada yang berminat untuk berada bersama Majlis Ilmu ini, diminta SMS nama penuh sebelum 7/7/2011.
p/s : Kepada peserta NRS & RnR Jun 2011 yg ingin menyertai Majlis Ilmu ini diminta bawa sekali Kristal yg diberikan semasa di Langkawi tempoh hari.
Workshop Reiki 360 Terakhir Sebelum Ramadhan?
by Admin on Jul.02, 2011, under Promo Terkini
Salam Sejahtera, Salam Aura Kedamaian..
Alhamdulillah, Program KEMBARA ENERGI NUR REIKI SALAM – LANGKAWI pada 24-26 Jun baru-baru ini berakhir dengan jaya serta penuh GEMILANG!! Foto-foto serta klip video akan dipertontonkan sedikit masa lagi kerana masih di dalam proses suntingan.
Kini program dalam masa terdekat adalah tertumpu pada Workshop Reiki 360 Tahap 1 yang akan diadakan pada 10 Julai ini. Antara silibus bagi workshop ini adalah seperti berikut :
Teori :
- Sejarah Reiki
- Peringkat Pengijazahan Reiki
- 5 Prinsip Reiki
- Penggunan Reiki
- Maksud Penyembuhan Reiki
- Kaitan Antara Energi Alam dan Energi Manusia
- Sistem Bio Energi Manusia (bahagian 1)
- Aura Manusia
- Tujuh Chakra
Amali :
- Praktikal Melihat Aura
- Pernafasan dan Meditasi
- Praktikal Scanning
- Praktikal Penyembuhan Diri
- Praktikal Mengalirkan Energi pada air
- Praktikal Mengalirkan Energi pada duit
- Praktikal Mengalirkan Energi pada makanan
- Praktikal Mengalirkan Energi pada kristal
- Praktikal Mengalirkan Energi pada resume / kertas kerja
- Praktikal Memagar rumah / premis
Workshop akan dimulakan pada jam 9 pagi hingga jam 6 petang dan dikendalikan secara penuh oleh Dr. Mir Hazil Azran selaku fasilitator bagi workshop ini.
Dimaklumkan bahawa harga yuran untuk workshop bulan Julai ini adalah yang terakhir dan harga yuran selepas Hari Raya Aidilfitri akan kembali yuran asal iaitu RM 760. Oleh itu, jangan lepaskan peluang sementara yuran masih lagi dalam ‘harga baek’ punya..
- Master Luthfi -
Diskaun + Percuma
by Admin on Jun.13, 2011, under Promo Terkini
Tuan-tuan, Abang-abang, adik-adik, kakak-kakak… ini tawaran memang baek punya, memang tak dapat kat tempat lain.
Dah la jimat RM 840, dapat lagi sesuatu yang bernilai RM 1,260.. Siapa nak bagi macam ni?!
+ Belajar Reiki dengan Reiki Chapter Leader – Malaysia lagi tu, bukan ‘pengamal Reiki cokia cap mee segera’
Kalau nak tahu maklumat lanjut, call nombor ini : 017 – 333 2349, segala persoalan anda akan terjawab dengan selambe je.
Petikan Dari Majalah Misteri
by Admin on Jun.01, 2011, under Promo Terkini
Dapatkan Kupon Diagnosis Aura & Terapi Reiki. Ada diskaun 20% KHAS untuk pembaca Majalah Misteri
Artikel Dalam Majalah Misteri
Reiki : Bukan Jampi Tapi Seni Penyembuhan
Menjadi satu perkara biasa kepada manusia untuk berasa ’khuatir’ atau ’takut’ dengan sesuatu yang tidak diketahui ataupun difahami. Ini adalah bentuk mekanisma pertahanan psikologi yang ada pada setiap manusia. Bermula dari titik tolak inilah pencarian kepada jawapan telah mula terbit, samada mencari kebenaran ataupun kebatilan.
Reiki dikatakan telah bertapak di Malaysia ini seawal tahun 90’an yang mana pada waktu itu ianya hanya diketahui oleh segelintir pengamal perubatan alternatif. Pada awal perkembangan reiki di Malaysia ini, ianya menerima pelbagai tohmahan negatif seperti ’reiki itu sesat’, ’reiki itu bela jin’, ’reiki itu meminta bantuan jin’ dan pelbagai lagi. Perkara ini dilihat sebagai satu cabaran kepada usaha untuk memperkenalkan reiki ke seluruh masyarakat.
Maka, pelbagai usaha dilakukan untuk memperbetulkan persepsi sesetengah masyarakat terhadap Seni Penyembuhan ini. Sebenarnya, reiki ini merupakan satu seni penyembuhan yang mempunyai teknik-teknik yang boleh dipelajari. Ianya sama seperti kaedah rawatan Islam, rawatan tradisional, teknik urutan, rawatan akupuntur dan lain-lain. Malah dengan menggunakan reiki untuk menyembuhkan sesuatu, seseorang itu akan menjadi lebih pasrah kepada Tuhan. Namun begitu, reiki kini telah mula mendapat tempat di hati masyarakat. Ini boleh dibuktikan dengan kewujudan tempat-tempat rawatan alternatif yang berasaskan Seni Penyembuhan Reiki.
Reiki adalah seni penyembuhan yang mengunakan energi alam dalam usaha merawat dan menstabilkan kembali aliran energi dalaman manusia. Energi alam adalah energi yang bersifat limpah ruah ini tidak akan hilang ataupun kehabisan sehingga akhir zaman dan energi inilah yang dipergunakan untuk merawat permasalahan-permasalahan yang timbul. Jika diperhalusi, reiki ini akan membawa pengamalnya lebih dekat dengan Maha Pencipta kerana tanpa keizinan dari-Nya, sesuatu penyakit atau permasalahan itu tidak akan pulih serta sembuh.
Kesenian reiki itu terletak pada penghayatan dan kepasrahan pengamal. Kepasrahan yang datang bersama-sama dengan doa, baik dari pengamal dan juga pesakit. Tidak ketinggalan juga kekuatan niat sebelum bermulanya sesi rawatan. Elemen-elemen tersebut amat penting. Begitu jugalah halnya sewaktu sesi penyembuhan diri sendiri, penghayatan dan kepasrahan mengambil tempat sebagai elemen terpenting. Merasai energi alam yang dialirkan kepada tubuh sendiri merupakan suatu pengalaman yang amat menarik untuk diperkatakan. Energi alam yang bersifat lembut dan rasa panas suam amat mudah untuk dirasai.
Tubuh badan manusia boleh diibaratkan sebagai peralatan elektronik juga yang mana jika ia menerima lebihan tenaga, maka ianya pasti akan terbakar dan mengalami kerosakan. Kerosakan ini jika tidak dirawat maka akan menyebabkan pelbagai gejala penyakit untuk kesan jangka pendek ataupun panjang. Perkara ini dipanggil sebagai ’kesan radiasi sinaran gelombang’, yang mana disini merujuk pada jenis energi yang memberi kesan negatif tubuh badan manusia.
Terdapat perbezaan diantara energi alam dan energi jin. Energi jin ini bersifat panas dan memiliki frekuensi yang hampir sama seperti infra-merah yang mana ianya mempunyai bacaan 700nm hingga 1400 nm. Frekuensi untuk energi dalaman manusia pula adalah dari 340 nm hingga 640 nm, dan cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika energi dalaman manusia menerima frekuensi energi yang amat tinggi seperti 1000 nm? Perkara sebeginilah yang mewujudkan senario seperti kerasukan, histeria, demam yang mengejut, hilang kesimbangan dan pelbagai lagi. Malah senario yang disebut ini juga boleh berlaku walaupun tanpa gangguan dari jin, dimana tubuh badan terdedah terlalu lama pada radiasi yang memiliki berfrekuensi hampir sama.
Disinilah reiki memainkan peranan dimana dengan mempraktikkan teknik-teknik yang tertentu maka aliran frekuensi yang tidak sesuai untuk tubuh manusia itu dapat dikeluarkan tanpa merosakkan sistem aliran energi dalaman seseorang. Malah teknik reiki ini juga boleh digabungkan dengan pelbagai teknik lain seperti mandian bunga dan urutan. Malah ianya boleh turut serta digunakan bersama dengan bacaan ayat-ayat ruqiyah bagi merawat isu-isu seperti gangguan makhluk halus dan yang sewaktu dengannya.
Inilah yang dikatakan dengan Seni Penyembuhan kerana Reiki itu mampu berdiri sendiri ataupun bergabung dengan kaedah dan teknik lain. Ianya bersifat mesra alam serta fleksibel, tiada pantang larang dan mudah untuk diamalkan.























