Reiki 7Chakra

Promo Terkini

Kelas Praktikal Reiki

by on Aug.02, 2011, under Promo Terkini

Kelas Praktikal akan bermula pada Ramadhan ini. Kelas ini akan menumpukan pada pemantapan teknik-teknik yang ada di dalam ilmu Reiki. Kelas ini akan diadakan pada setiap minggu dan akan dibahagikan mengikut tahap. Ianya merupakan inisiatif dari IQBC di dalam usaha untuk memantapkan lagi pengamal-pengamal Reiki yang berada di bawah naungan ini.

Juga boleh membawa rakan2 atau saudara mara yang ingin mendapatkan rawatan.

Kelas ini juga dibuka kepada mereka yang ingin mempelajari Reiki.

Jumpa pada 7 Ogos ini (Ahad) jam 10 pg

Leave a Comment more...

Istimewa Ramadhan

by on Jul.19, 2011, under Promo Terkini

Tempoh yuran promosi akan berakhir!! Jangan tunggu lama-lama.. Jangan biasakan diri menjadi yang terakhir.. Rebut peluang ini.

Reiki untuk KEBAHAGIAAN

Reiki untuk KESELAMATAN

Reiki untuk KETENANGAN

Reiki untuk KESIHATAN

Reiki untuk KEKAYAAN

PENGUMUMAN : Mulai 1/11/2011 yuran bagi Workshop Reiki 360 Tahap 1 akan kembali ke yuran asal iaitu RM 760. Jadi rebutlah peluang terakhir yang akan diadakan pada 6 Ogos ini.

INFOLINE : 017-333 2349

Leave a Comment more...

Kembara Energi NRS THD + R&R Special, Langkawi 02 – 04 Feb 2012 – PENDAFTRAN DIBUKA!

by on Jul.06, 2011, under Info Kursus, Nur Reiki Salam, Promo Terkini

Kembara Energi Nur Reiki Salam THD + R&R Special, Langkawi 02 – 04 Februari 2012

Program Kembara ini merupakan sebuah ’powerpack’ yang dirangka dan dicipta KHAS untuk para peserta mengalami serta merasai sendiri keunikan ’Energi Reiki’, mengalami Transformasi Diri serta memperkuatkan lagi tahap kerohanian. Sebuah program yang padat dan sarat dengan aktiviti fizikal, ilmu ilmiah, kembara kerohanian dan tugasan-tugasan personal yang Eksklusif (bermula sebaik sahaja mendaftar).

Sesi demi sesi untuk PENJANAAN ENERGI melalui acara Tapping RESQ56, Nur Reiki Salam (NRS), Meditasi, Seksual Kungfu (SKF), pernafasan, tazkiroh, mandi bunga, mandi laut, aktivasi energi di lokasi-lokasi ISTIMEWA – gua, pulau, hutan, pantai, paya-bakau, makam, perigi, bukit dan sebagainya.

Antara aktiviti HEBAT yang perlu diketahui dan diberi perhatian :

  1. Sesi Siang & Malam
  2. Tugasan Nota Tangan
  3. SMS Alert dari mula mendaftar hingga 04022012
  4. Kembara Island Hopping
  5. Pengijazahan Jarak Jauh (Nur Lataif Al-Qalb) & Ijazah Fizikal NRS
  6. Workshop Nur Reiki Salam
  7. Pengijazahan Nur Reiki Salam dilokasi-lokasi RAHSIA lagi TERPILIH
  8. Latihan Fizikal (RESQ56 / NRS / SKF) & Jiwa (Tugasan Zikir umum & interpersonal)
  9. Sentuhan SUFISTIK (zikir / NRS / tazkiroh) & sentuhan BIO-ENERGI (SKF / RESQ56 dll)
  10. Retreat & Recharge Special Maulidur Rasul
  11. Acara di darat & acara di laut
  12. Acara kering & acara basah
  13. Acara ‘dalam’ & acara ‘luar’
  14. Acara ‘serius’ & acara santai
  15. Ada hilai tawa & ada ‘air-mata’
  16. Mandi air masin & mandi air tawar
  17. Acara terang & acara gelab (gua)
  18. Acara bersama & acara peribadi (zikir/mandibunga/tapping dll)
  19. Acara ziarah yang ‘hidup’ & acara ziarah yang mati (makam)

Program Kembara ini merupakan program kali ke-9 yang mana angka 9 merupakan simbolik kepada kemuncak, klimak, teristimewa..

21 perkara yang akan anda nikmati dengan yuran yang tersangat berbaloi!!

  1. Workshop Nur Reiki Salam
  2. Pengijazahan Nur Reiki Salam
  3. Nota Nur Reiki Salam
  4. T-shirt Nur Reiki Salam
  5. Aktiviti Kembara – Island Hopping
  6. SMS Alert Aktivisi Energi Nur Reiki Salam (bermula sebaik sahaja mendaftar)
  7. Door Gift Xklusif
  8. Kristal Xklusif
  9. Sesi Retreat & Recharge Special Maulidur Rasul
  10. Nota R & R
  11. Sesi Senaman Sexual Kungfu (SKF)
  12. Penginapan 3 hari 2 malam di Adina Drive In Motel
  13. Tiket perjalanan pergi & balik (Bas atau Kapal Terbang)
  14. Bas Lawatan (di Langkawi)
  15. Feri pergi & balik (jika rombongan menaiki Bas)
  16. Tiket-tiket ke Tempat Lawatan (di Langkawi – Makam Mahsuri – Telaga Air Hangat – Cable Car – Durian Perangin)
  17. Minum pagi 2x
  18. Makan tgh hari 1x
  19. Minum petang 2x
  20. BBQ Dinner 1x
  21. Minum malam 2

PENDAFTARAN TELAH DIBUKA!!

PROGRAM : KEMBARA ENERGI NUR REIKI SALAM THD & RnR SPECIAL

Berikut adalah harga yuran bagi peserta BARU

Jenis Tawaran Yuran Harga Yuran Syarat Tawaran Tarikh Mula Tarikh Tutup
Early Bird RM 1,560 Bayaran Penuh Sekarang 31 Julai 2011
Diskaun 30% RM 1,750 Deposit RM 500 1 Julai 2011 31 Oktober 2011
Diskaun 20% RM 2,000 Deposit RM 500 1 November 2011 31 November 2011
Diskaun 10% RM 2,250 Deposit RM 500 1 Disember 2011 31 Disember 2011
Yuran Asal RM 2,500 Deposit RM 500 1 Januari 2012 31 Januari 2012

Berikut adalah harga yuran bagi peserta ULANGAN

Jenis Tawaran Yuran Harga Yuran Syarat Tawaran Tarikh Mula Tarikh Tutup
Early Bird RM 1,060 Bayaran Penuh Sekarang 31 Julai 2011
Diskaun 50% RM 1,250 Deposit RM 500 1 Julai 2011 31 Oktober 2011
Yuran Asal RM 1,500 Deposit RM 500 1 November  2012 31 Januari 2012

PROGRAM : RETREAT & RECHARGE (RnR) SPECIAL

Juga tidak ketinggalan bagi mereka yang ingin turut menyertai Retreat & Recharge Special Maulidur Rasul di Langkawi, dengan hanya yuran yang amat berbaloi untuk turut serta bersama mengikuti beberapa acara bersama-sama peserta Nur Reiki Salam.

Yuran yang dikenakan hanya RM 786 dan nikmati 15 perkara dibawah

  1. Door Gift Xklusif
  2. Kristal Xklusif
  3. Sesi Retreat & Recharge 2x
  4. Nota R & R
  5. Sesi Senaman Sexual Kungfu (SKF)
  6. Penginapan 3 hari 2 malam di Adina Drive In Motel
  7. Tiket perjalanan pergi & balik (Bas atau Kapal Terbang)
  8. Bas Lawatan (di Langkawi)
  9. Feri pergi & balik (jika rombongan menaiki Bas)
  10. Tiket-tiket ke Tempat Lawatan (di Langkawi- Makam Mahsuri – Telaga Air Hangat – Cable Car – Durian Perangin)
  11. Minum pagi 2x
  12. Makan tgh hari 1x
  13. Minum petang 2x
  14. BBQ Dinner 1x
  15. Minum malam 2x

INFOLINE : 017-333 2349

Leave a Comment :, , , , , more...

Sekitar Program Kembara Nur Reiki Salam – Langkawi

by on Jul.05, 2011, under Promo Terkini

Lokasi : Sekitar Langkawi
Tempoh : 24 – 26 Jun 2011
Acara : Kembara Energi Nur Reiki Salam

Next Kembara Energi Nur Reiki Salam????

Leave a Comment more...

Retreat & Recharge Special Nisfu Syaaban

by on Jul.04, 2011, under Promo Terkini

Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa. (Al-hadis)

Setahun telah berlalu… SYAABAN berlabuh kembali. Ada TRADISI yang mahu diteruskan.. ia BUDAYA IQBC. Ia usaha kecil kami dalam MEMARTABATKAN DAULAH ISLAM DAN memakmurkan TAKWIM HIJRIAH.

SERUAN “TRANSFORMASI HIJRAH DIRI”.. kami teruskan. Ia BUKAN DAKYAH ‘HIT & RUN’.. ia SEBUAH PROGRAM KEMBARA HIJRAH DIRI yang disusun berurutan & berterrrrrusan buat MEREKA YANG BERANI & BENAR-BENAR MAHU BERUBAH!! Ia SEBUAH KULTIVASI ENERGI yang dijana dari masa ke semasa melalui PROGRAM-PROGRAM ISTIMEWA di TARIKH-TARIKH ISTIMEWA. Lalu.. SERUAN T-HD ini untuk mereka-mereka yang MAHU JADI ISTIMEWA!!! (bukan hanya JADI LUAR-BIASA..kerana yang sedemikian itu sudah biasa ba)

AYUH.. 09072011 @ 07 SYAABAN 1432H – 8:00malam >>> hingga 14hb SYAABAN 1432H – ACARA 7 HARI 7 MALAM !!!

Retreat & Recharge Special Nisfu Sya’ban

Lokasi : Dewan Kuliah 1 IQBC, sek 9 Shah Alam
Yuran kemasukan : RM 99
Masa : 8.30pm – 10.30pm

Kepada yang berminat untuk berada bersama Majlis Ilmu ini, diminta SMS nama penuh sebelum 7/7/2011.

p/s : Kepada peserta NRS & RnR Jun 2011 yg ingin menyertai Majlis Ilmu ini diminta bawa sekali Kristal yg diberikan semasa di Langkawi tempoh hari.

Leave a Comment more...

Workshop Reiki 360 Terakhir Sebelum Ramadhan?

by on Jul.02, 2011, under Promo Terkini

Salam Sejahtera, Salam Aura Kedamaian..

Alhamdulillah, Program KEMBARA ENERGI NUR REIKI SALAM – LANGKAWI pada 24-26 Jun baru-baru ini berakhir dengan jaya serta penuh GEMILANG!! Foto-foto serta klip video akan dipertontonkan sedikit masa lagi kerana masih di dalam proses suntingan.

Kini program dalam masa terdekat adalah tertumpu pada Workshop Reiki 360 Tahap 1 yang akan diadakan pada 10 Julai ini.  Antara silibus bagi workshop ini adalah seperti berikut :

Teori :

  1. Sejarah Reiki
  2. Peringkat Pengijazahan Reiki
  3. 5 Prinsip Reiki
  4. Penggunan Reiki
  5. Maksud Penyembuhan Reiki
  6. Kaitan Antara Energi Alam dan Energi Manusia
  7. Sistem Bio Energi Manusia (bahagian 1)
  8. Aura Manusia
  9. Tujuh Chakra

Amali :

  1. Praktikal Melihat Aura
  2. Pernafasan dan Meditasi
  3. Praktikal Scanning
  4. Praktikal Penyembuhan Diri
  5. Praktikal Mengalirkan Energi pada air
  6. Praktikal Mengalirkan Energi pada duit
  7. Praktikal Mengalirkan Energi pada makanan
  8. Praktikal Mengalirkan Energi pada kristal
  9. Praktikal Mengalirkan Energi pada resume / kertas kerja
  10. Praktikal Memagar rumah / premis

Workshop akan dimulakan pada jam 9 pagi hingga jam 6 petang dan dikendalikan secara penuh oleh Dr. Mir Hazil Azran selaku fasilitator bagi workshop ini.

Dimaklumkan bahawa harga yuran untuk workshop bulan Julai ini adalah yang terakhir dan harga yuran selepas Hari Raya Aidilfitri akan kembali yuran asal iaitu RM 760. Oleh itu, jangan lepaskan peluang sementara yuran masih lagi dalam ‘harga baek’ punya..

- Master Luthfi -

Leave a Comment more...

Diskaun + Percuma

by on Jun.13, 2011, under Promo Terkini

Tuan-tuan, Abang-abang, adik-adik, kakak-kakak… ini tawaran memang baek punya, memang tak dapat kat tempat lain.

Dah la jimat RM 840, dapat lagi sesuatu yang bernilai RM 1,260.. Siapa nak bagi macam ni?!

+ Belajar Reiki dengan Reiki Chapter Leader – Malaysia lagi tu, bukan ‘pengamal Reiki cokia cap mee segera’

Kalau nak tahu maklumat lanjut, call nombor ini : 017 – 333 2349, segala persoalan anda akan terjawab dengan selambe je.

Leave a Comment more...

Petikan Dari Majalah Misteri

by on Jun.01, 2011, under Promo Terkini

Dapatkan Kupon Diagnosis Aura & Terapi Reiki. Ada diskaun 20% KHAS untuk pembaca Majalah Misteri

Artikel Dalam Majalah Misteri

Reiki : Bukan Jampi Tapi Seni Penyembuhan

Menjadi satu perkara biasa kepada manusia untuk berasa ’khuatir’ atau ’takut’ dengan sesuatu yang tidak diketahui ataupun difahami. Ini adalah bentuk mekanisma pertahanan psikologi yang ada pada setiap manusia. Bermula dari titik tolak inilah pencarian kepada jawapan telah mula terbit, samada mencari kebenaran ataupun kebatilan.

Reiki dikatakan telah bertapak di Malaysia ini seawal tahun 90’an yang mana pada waktu itu ianya hanya diketahui oleh segelintir pengamal perubatan alternatif. Pada awal perkembangan reiki di Malaysia ini, ianya menerima pelbagai tohmahan negatif seperti ’reiki itu sesat’, ’reiki itu bela jin’, ’reiki itu meminta bantuan jin’ dan pelbagai lagi. Perkara ini dilihat sebagai satu cabaran kepada usaha untuk memperkenalkan reiki ke seluruh masyarakat.

Maka, pelbagai usaha dilakukan untuk memperbetulkan persepsi sesetengah masyarakat terhadap Seni Penyembuhan ini. Sebenarnya, reiki ini merupakan satu seni penyembuhan yang mempunyai teknik-teknik yang boleh dipelajari. Ianya sama seperti kaedah rawatan Islam, rawatan tradisional, teknik urutan, rawatan akupuntur dan lain-lain. Malah dengan menggunakan reiki untuk menyembuhkan sesuatu, seseorang itu akan menjadi lebih pasrah kepada Tuhan. Namun begitu, reiki kini telah mula mendapat tempat di hati masyarakat. Ini boleh dibuktikan dengan kewujudan tempat-tempat rawatan alternatif yang berasaskan Seni Penyembuhan Reiki.

Reiki adalah seni penyembuhan yang mengunakan energi alam dalam usaha merawat dan menstabilkan kembali aliran energi dalaman manusia. Energi alam adalah energi yang bersifat limpah ruah ini tidak akan hilang ataupun kehabisan sehingga akhir zaman dan energi inilah yang dipergunakan untuk merawat permasalahan-permasalahan yang timbul. Jika diperhalusi, reiki ini akan membawa pengamalnya lebih dekat dengan Maha Pencipta kerana tanpa keizinan dari-Nya, sesuatu penyakit atau permasalahan itu tidak akan pulih serta sembuh.

Kesenian reiki itu terletak pada penghayatan dan kepasrahan pengamal. Kepasrahan yang datang bersama-sama dengan doa, baik dari pengamal dan juga pesakit. Tidak ketinggalan juga kekuatan niat sebelum bermulanya sesi rawatan. Elemen-elemen tersebut amat penting. Begitu jugalah halnya sewaktu sesi penyembuhan diri sendiri, penghayatan dan kepasrahan mengambil tempat sebagai elemen terpenting. Merasai energi alam yang dialirkan kepada tubuh sendiri merupakan suatu pengalaman yang amat menarik untuk diperkatakan. Energi alam yang bersifat lembut dan rasa panas suam amat mudah untuk dirasai.

Tubuh badan manusia boleh diibaratkan sebagai peralatan elektronik juga yang mana jika ia menerima lebihan tenaga, maka ianya pasti akan terbakar dan mengalami kerosakan. Kerosakan ini jika tidak dirawat maka akan menyebabkan pelbagai gejala penyakit untuk kesan jangka pendek ataupun panjang. Perkara ini dipanggil sebagai ’kesan radiasi sinaran gelombang’, yang mana disini merujuk pada jenis energi yang memberi kesan negatif tubuh badan manusia.

Terdapat perbezaan diantara energi alam dan energi jin. Energi jin ini bersifat panas dan memiliki frekuensi yang hampir sama seperti infra-merah yang mana ianya mempunyai bacaan 700nm hingga 1400 nm. Frekuensi untuk energi dalaman manusia pula adalah dari 340 nm hingga 640 nm, dan cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika energi dalaman manusia menerima frekuensi energi yang amat tinggi seperti 1000 nm? Perkara sebeginilah yang mewujudkan senario seperti kerasukan, histeria, demam yang mengejut, hilang kesimbangan dan pelbagai lagi. Malah senario yang disebut ini juga boleh berlaku walaupun tanpa gangguan dari jin, dimana tubuh badan terdedah terlalu lama pada radiasi yang memiliki berfrekuensi hampir sama.

Disinilah reiki memainkan peranan dimana dengan mempraktikkan teknik-teknik yang tertentu maka aliran frekuensi yang tidak sesuai untuk tubuh manusia itu dapat dikeluarkan tanpa merosakkan sistem aliran energi dalaman seseorang. Malah teknik reiki ini juga boleh digabungkan dengan pelbagai teknik lain seperti mandian bunga dan urutan. Malah ianya boleh turut serta digunakan bersama dengan bacaan ayat-ayat ruqiyah bagi merawat isu-isu seperti gangguan makhluk halus dan yang sewaktu dengannya.

Inilah yang dikatakan dengan Seni Penyembuhan kerana Reiki itu mampu berdiri sendiri ataupun bergabung dengan kaedah dan teknik lain. Ianya bersifat mesra alam serta fleksibel, tiada pantang larang dan mudah untuk diamalkan.

Jom Belajar Reiki

Jadi yang TERHEBAT dari yang TERHEBAT dengan Reiki

Leave a Comment :, , , , , more...

Sempat lagi..

by on May.30, 2011, under Nur Reiki Salam, Promo Terkini

Masih belum terlambat untuk bersama kami di dalam aktiviti hebat 1 tahun 1 kali ini. Rebut peluang hebat ini. Bukan untuk kami tapi peluang ini adalah untuk anda.

JIKA ANDA ‘BERHAJAT’ UNTUK MERASA PENGALAMAN PENGIJAZAHAN NUR REIKI SALAM… hubungi IQBC segera!! Bertindak SEKARANG!!! ANDA AKAN MENDAPAT:

BONUS 1 : SESI RETREAT RECHARGE ‘Special’

BONUS 2 : Kuliah PERCUMA untuk TEKNIK Resq56 (SATU-SATUNYA teknik ‘SENTUHAN AJAIB’ di Malaysia)

BONUS 3 : ‘X-TRA BONUS’ – TEKNIK ISTIMEWA “Resq HU”

BONUS 4: SESI SENAMAN “Senaman Sexual Kungfu”

BONUS 5: TIPS & TAPS >> tip-tips istimewa di lokasi-lokasi istimewa untuk “TAPPING MONEY ENERGY” di Pulau Langkawi

BONUS 6: PAKEJ KELAS NRS INI MELIPUTI MAKAN-MINUM & TEMPAT TIDUR SERTA TAMBANG PERJALAN DARI SHAH ALAM KE LANGKAWI (TERMASUK FERI) BAGI 3 HARI 2 MALAM!!!

BONUS 7: Hadiah Misteri!!!

Nak lagi….??!!!

HUBUNGI Master Lutfi : 017-333 2349 ATAU Master Ismi: 017- 300 2349.

Leave a Comment :, , more...

Solusi Kesihatan Melalui Terapi Reiki

by on May.29, 2011, under Promo Terkini

Terapi Reiki merupakan gabungan konsep rawatan sains energi dan spiritualiti. Sinergi ini membentuk suatu metodologi terapi yang unik dan utuh. Samada ia dilihat dari kacamata sains ataupun dari sudut kerohanian, ia boleh diperjelaskan secara ilmiah tanpa membelakangi landasan kerohanian. Memahami dan menerima hakikat yang tersirat disebalik modaliti rawatan ini dari kedua-dua aspek sains dan kerohanian; adalah kunci untuk keberhasilan rawatan Reiki. Namun, andainya tanpa kupasan dan fahaman ilmiah ini sekalipun; Reiki tetap bekerja dengan sendirinya. Ini adalah kerana ia adalah sebahagian kecil dari Rahsia Alam yang besar.

Melalui terapi REIKI yang berterusan, toksin pada semua peringkat dalam tubuh dapat dibersihkan dan tahap tenaga pada tubuh dapat diimbangi dan diharmonikan. Menurut konsep rawatan bio-energi, penyakit adalah disebabkan oleh gangguan aliran energi positif ke seluruh sistem tubuh. Sekiranya terdapat energi yang tersumbat atau ‘energy blockage’ pada aliran meridian; sejumlah getaran tenaga tidak dapat dihantar kepada organ untuk mengendalikan aktivitinya.

Getaran tenaga yang tersumbat ini lama kelamaan tanpa dirawat akan menyebabkan kerosakan pada sistem meridian dan akan membawa kepada kesan kepada tubuh fizik. Sebagai contoh termudah, apabila seseorang itu sedang berada dalam keadaan stres, tekanan darahnya akan meningkat dan kebiasaannya ia akan mudah mendapat sakit kepala. Apa yang berlaku merupakan satu tindakbalas kimia yang dirangsang oleh gelombang frekuensi otak kepada tubuh seseorang.

Umpama kebocoran kabel elektrik pada pendawaian rumah anda, fungsi pekakas elektrik atau elektronik akan terganggu. malah ini mungkin mengakibatkan kerosakkan pekakas tersebut juga boleh membahayakan jika kebocoran arus itu berlarutan. ia boleh mengakibatkan tempat kebocoran mengalami kesan radiasi atau lebihan tenaga (overload) yang membahayakan sistem yang berhampirannya.

Apabila kita merawat sesuatu penyakit, perhatian atau fokus hanya diberi terhadap simptom penyakit. Rawatan atau ubat diberi dengan hanya memfokuskan organ atau nama sakit yang dilabelkan. Ada kemungkinan kita tidak memberi perhatian terhadap sistem keseluruhan yang mungkin terlibat yang mengakibatkan penyakit tersebut berlaku. Lebih-lebih lagi untuk merawat sistem arus tenaga letrik tubuh yang kita sendiri tidak kenali atau ketahui bagaimana ia bekerja. Kesannya, perulangan penyakit akan berlaku kerana punca kerosakkan diabaikan atau tidak diperbetulkan.

Sebagai contoh, seseorang yang mengalami halusinasi atau tekanan mental biasanya akan diberi ubat penenang dimana ia akan merangsang sistem otak manusia dengan tindakbalas kimia yang berlaku kepada hormon tubuh. Keberkesanannya diperakui tetapi masalah yang sama akan terus berulang dan berulang. Sampai bilakah masalah ini harus dibiarkan?

Dalam rawatan Reiki, tenaga alam ini akan terus pergi kepada punca penyakit seseorang, seperti kes yang disebutkan disini, energi ini akan terus pergi kepada punca utamanya sebagai contoh trauma akibat penderaan yang ditanggung selama beberapa tahun. Bagaimanakah ia bekerja? Suatu soalan yang sukar dijawab tetapi inilah REALITI dalam rawatan reiki.

Kaedah Reiki akan merawat sistem bio-energi tubuh yang meliputi keharmonian pengaliran arus, daya keseimbangannya dan efisyensi aliran dan frekuensi daya arusnya. Walaupun tidak ada kepastian secara tepat tentang apa atau di mana kerosakkan energi ini berlaku, namun dengan pemahaman dan perhatian yang diberi terhadapnya serba sedikit telahpun melengkapkan kondisi rawatan yang diberi. Inilah yang dinamakan rawatan secara holistik (menyeluruh).

_________________________________________________________________

Kepada yang berminat untuk memperlajari kaedah terapi ini, anda dijemput hadir ke workshop kami yang akan diadakan pada 5 Jun 2011 (Ahad) di Seksyen 9 Shah Alam.

Leave a Comment more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!