Reiki 7Chakra

Reiki 360

Jom Serta! Hari Kedua PERCUMA

by on Apr.29, 2012, under Info Kursus, Promo Terkini, Reiki 360

Terokai dan Jana TE-NAGA anda dengan sebijaknya. Reiki adalah Teknik Yang Hebat didalam mengalirkan TE-NAGA kepada objek dan subjek. Ianya bukanlah Teknik yang mistis, tetapi ianya adalah Sains Bio-Energi & ianya boleh dipelajari. Ianya MUDAH dan amat PRAKTIKAL. Bebas dari pantang larang yang bersifat khurafat. Boleh dipelajari oleh kesemua golongan.

2 hari anda akan dipadatkan dengan teori & amali lengkap. Pelaburan anda insyaallah akan memberikan hasil dengan pengamalan yang konsisten dan efisyen.

Untuk makluman, Workshop Reiki Tahap 1 pada bulan Mei ini sahaja yang akan diadakan selama 2 hari, pada bulan lain hanya 1 hari. Hari kedua adalah PERCUMA. 

Kepada yang berminat, ‘lock’ tempat anda dengan deposit RM 200 ke akaun Maybank : 5121 0141 0391, atas nama : Innergy Quest Bio Concept & sms NAMA PENUH serta NO K/P ke 017-333 2349.

Hebatan TE-NAGA anda adalah kebanggan kami.

Leave a Comment more...

APRIL – MEI : BULAN NAGA & BULAN REIKI

by on Apr.07, 2012, under Info Kursus, Promo Terkini, Quantum Sukses, Reiki 360, Reiki Mastery Course

Pemula kata,

” Semua tahu yang 2012 adalah tahun NAGA. Namun tak semua tahu yang APRIL hingga MEI adalah bulan NAGA. Jika ADA tahunnya, sudah tentu ada BULAN dan HARINYA. Malah ADA ‘JAM’ nya.

NAGA, satu-satunya haiwan MITOS yang diangkat sebagai zodiak dalam KALENDAR CINA. Ia merupakan zodiak ke 5 dari 12 zodiak. Ini menjadikan TAHUNNAGA hanya akan muncul setiap 12 tahun sekali.

Namun begitu, NAGA laksana SIMBOL ENERGI luarbiasa kerana pada apa juga tahun zodiak yang muncul – NAGA AKAN HADIR mengimarahkan TAHUN BARU CINA. Ini jelas TERBUKTI dengan menyaksikan TARIAN NAGA yang ditarikan pada setiap PERAYAAN BESAR CINA. Malah IMEJ NAGA muncul dalam berbagai wadah menghiasi KEMERIAHAN APA SAHAJA PERAYAAN kaum Cina.

NAGA bukan hanya untuk ORANG CINA.

Jika ada yang mula terdetik di jiwa dan rasa JELIK dengan penulisan ini kerana membiacarakan soal NAGA, tolong TAHU bahawa NAGA MUNCUL DALAM BERBAGAI VERSI & WARNA PELBAGAI BANGSA & BUDAYA.”

Kini, IQBC ingin mengambil peluang untuk memakmurkan lagi BULAN NAGA ini dengan mengadakan workshop-workshop yang amat jarang sekali diadakan. Bermula dari bulan April..

APRIL

APPLIED KINESIOLOGY
22 April 2012 (Ahad)
9 pagi – 5 petang
RM 560

Applied Kinesiology @ AK merupakan sebuah kaedah / teknik  untuk melakukan diagnosis kesihatan bagi mengesan penyakit,  menguji keserasian produk kesihatan / ubat, mengesan tahap  kejujuran (penguji bohong) dll. AK merupakan ‘tools’ pilihan ramai  para motivator & penjual produk kesihatan diluar sana. XKLUSIF kepada mereka yang ingin HEBAT!!

 

QUANTUM SUKSES
28 April 2012 (Sabtu)
9 pagi – 5 petang
RM 360

Quantum Sukses merupakan sebuah workshop yang akan membawa peserta ke satu dimensi baru mengenai proses TRANSFORMASI DIRI di mana peserta akan didedahkan dengan teori-teori sukses yang amatjarang sekali didapati di luar sana seperti Quantum Qalbu, Teknologi Insani, Positive Feeling, dll.  Malah, peserta juga akan dibekalkan dengan teknik POWER yang juga merupakan ‘tools’ yang efisyen untuk digunakan pada setiap hari. Teknik ini dikenali sebagai R’ESQ 56.

 

SEXUAL KUNG FU
29 April 2012 (Ahad)
9 pagi – 5 petang
RM 360

Sexual Kung Fu merupakan sebuah MODUL yang dicipta hasil gabungan beberapa kaedah senaman tuo, senaman kuno serta berdasarkan teori Fassafah Tenaga. Modul ini meliputi senaman chi ( nafas ), jing ( tubuh ) & shen ( minda ) dan turut memiliki penyelarasan tenaga ( attunement ) yang dikenali sebagai
Channeling. Terdapat 4 Channeling kesemuanya. Sasaran modul senaman ini adalah Kebahagiaan Rumahtangga, Kesihatan yang Stabil & Pengukuhan Keyakinan Diri. Buat PERTAMA kalinya diadakan Workshop 1 hari (sebelum ini kelas selama 12 bulan).

Video Sexual Kung Fu

Ahaaa.. di atas adalah cerita bulan April, sekarang ini cerita bulan Mei pula

BULAN REIKI

MEI

REIKI TAHAP 1
5 & 6 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
9 pagi – 5 petang

REIKI TAHAP 2
12 & 13 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
10 pagi – 6 petang

REIKI TAHAP 3a (Lanjutan)
19 & 20 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
10 pagi – 6 petang

REIKI TAHAP 3b (Master)
26 & 27 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
10 pagi – 6 petang

Buat pertama kalinya, buat sekian kalinya, HANYA setiap 12 tahun, Hanya pada bulan MEI ini, seseorang itu boleh menjadi Reiki Master dalam tempoh masa kurang dari 30 hari.  Workshop Reiki yang kami adakan pada bulan Mei ini nanti bukanlah seperti workshop ekpres di luar sana. Kami masih mengekalkan jarak tempoh cuma tempoh itu dimampatkan lagi agar ianya menjadi PADU.

PLUS!! TAMBAH NILAI ENERGI!!

Dragon Chi Attunement

Faedah & Keistimewaan :

  1. Melancarkan aliran Energi khususnya di kawasan Dantien (zon Sacral Chakra)
  2. Meningkatkan keintiman Sexual (lelaki & wanita)
  3. Channeling Meridian. Terdapat beberapa Meridian Utama yang akan diaktifkan. [Meridian juga dikenali sebagai 'titik akupuntur'. Ianya merupakan jaluran energi]
  4. Attunement ini hanya diadakan pada setiap 12 tahun sekali.

Bulan-bulan yang padat dengan Ilmu-ilmu yang mampu menjerumuskan anda kepada Sukses, yang mampu menterjebakkan anda dengan dunia Sukses. Ini bukan sebarang jebakan, ianya jebakan yang amat jarang sekali diadakan.

Sejak dari 2003, Kami masih lagi mengekalkan KEASLIAN dan KETULENAN Reiki. Kenali kami dari video Tv Al-Hijrah ini.

Hubungi :

017-333 2349 [Master Luthfi]
017-300 2349 [Master Ismi]

Leave a Comment :, more...

Workshop Reiki 360 Tahap 1, Mac

by on Feb.28, 2012, under Info Kursus, Reiki 360

Tarikh : 11 Mac 2012 (ahad)
Tempat : Sek 9, Shah Alam
Masa : 9 pg – 5 ptg
Yuran : RM 760

*Diskaun 10% buat pemegang KAD IQ1 SILVER / GOLD

Ayuh semua, jika anda perhatikan, Reiki kini telah pun menjadi PILIHAN ramai. Ini kerana ianya ternyata memberi 1001 MANFAAT kepada pengamalnya. Ianya boleh digunakan untuk semua perkara. Malah ianya menjadi tools yang sangat berkesan pada saat TERDESAK.

Tahap 1 bukan sebarang tahap, tahap 1 inilah nanti yang akan menjadikan anda seorang Reiki Master yang terulung, kesemuanya bermula dari tahap 1.

Extra!! Money Energy – Kalau nak tahu apa itu dan bagaimana nak buat, wajib hadir.

Leave a Comment :, , , , , , more...

Reiki Itu Semudah Makan Kacang

by on Feb.06, 2012, under Info Kursus, Promo Terkini, Reiki 360

Seperti mana tajuk di atas, Reiki dapat digunakan secara menyeluruh dan pelbagai. Ianya tidak terhad kepada satu atau dua teknik sahaja. Setiap hari kita menyentuh pelbagai objek dan juga subjek dengan menggunakan tangan kita. Untuk maklumat tambahan, tangan manusia mempunyai titik chakra atau pintu energi yang boleh mengalirkan energi keluar dari tubuh. Dalam konteks Reiki, energi yang dialirkan keluar adalah energi alam semesta.

Setiap dari kita menggunakan tangan kita sepanjang masa. Oleh itu, mengapa tidak dialirkan energi Reiki?

Itu belum lagi diceritakan mengenai energi yang dialirkan atau dipancarkan melalui mata atau mana-mana bahagian lain dari anggota tubuh kita, hahaha.. perkara ini akan dikupaskan pada artikel yang akan datang.

Secara mudah kita boleh alirkan Reiki dengan menggunakan tapak tangan. Di bawah disertakan gambaran penggunaan reiki. Ianya cukup mudah!!

MEREIKIKAN AIR MINUMAN

Reikikan air minuman. Air amat penting bagi tubuh kita semua. Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk mereikikan air setiap kali hendak minum.

Caranya :

  1. Bismillahirrahmanirrahim
  2. Boleh ikut seperti didalam gambar (Menggunakan kaedah Beaming)
  3. Atau pegang sahaja gelas / bekas air yang berisi air yang hendak diminum
  4. Niatkan energi penyembuhan mengalir dari telapak tangan terus ke bekas air.
  5. Minumlah tanpa was-was

MEREIKIKAN HAIWAN PELIHARAAN

Selain itu, anda juga boleh mereikikan haiwan peliharaan seperti kucing, ikan dalam akuarium, arnab, dll. Dengan teknik ini juga anda boleh gunakan untuk mereikikan seluruh kandang lembu, kambing atau reban ayam (Teknik untuk skala yang besar ini memerlukan beberapa teknik tambahan)

Caranya :

  1. Bismillahirrahmanirrahim
  2. Pegang / usap sahaja haiwan kesayangan anda itu (boleh guna kaedah Beaming jika haiwan itu mengalami luka)
  3. Niatkan energi kesihatan mengalir dari telapak tangan terus ke haiwan tersebut.
  4. Sertakan sekali bacaan surah Al-fatihah jika haiwan itu sedang sakit

 

MEREIKIKAN TANAMAN / BUNGA

Juga tidak ketinggalan, tanaman dan tumbuhan bunga yang anda tanam pada sekeliling rumah. Ianya juga termasuk dalam ‘senarai’ objek yang boleh anda cuba reikikan.

Caranya :

  1. Bismillahirrahmanirrahim
  2. Sentuh atau beaming pada tumbuhan / bunga
  3. Niatkan energi kesihatan mengalir dari telapak tangan terus ke tumbuhan / bunga tersebut.
  4. Siram tumbuhan dengan air yang telah direikikan

Mudah bukan? Cara yang sama, hanya objek sahaja yang bertukar. Anda boleh mencuba beberapa kaedah yang lebih variasi dengan gabungan KUASA MINDA yang mana ianya boleh digunakan untuk memprojekkan gambaran yang anda ingin berlaku pada objek yang anda reikikan itu.

Apa sahaja, duit, aset, kenderaan, rumah, komputer, reikikan sahaja tanpa ragu-ragu.

Dengan hanya 4 atau 5 langkah sahaja anda telah boleh pun menjadi Pengamal Reiki Sepenuh Masa. Malah jika anda berlatih sehingga mahir, tahap kesempurnaan anda akan melebihi tahap seorang Reiki Master sebenarnya.

Mudah bukan? Berminat untuk belajar?

Hubungi saya 017-333 2349

Master Luthfi (Pengamal Reiki Sepenuh Masa)

Leave a Comment :, , , , more...

Workshop Reiki Tahap 1 – Feb 2012

by on Jan.30, 2012, under Info Kursus, Promo Terkini, Reiki 360

Workshop hebat ini kembali lagi, pengambilan ‘bakal-bakal’ Reiki Master awal tahun 2012 telah pun bermula seawal bulan Januari ini. Perjalanan sebagai seorang Pengamal Reiki yang BERTAULIAH bermula di workshop ini.

Apakah kelebihan workshop ini?

Kelebihan workshop ini terletak pada teknik yang akan dipelajari kerana dari teknik yang akan dipelajari inilah nanti ia akan diperkembangkan menjadi beberapa lagi teknik-teknik yang lebih efisyen. Di dalam workshop ini juga akan dipelajari satu teknik yang akan digunakan juga oleh para Reiki Master secara harian iaitu Teknik Reiki Self Healing. Teknik ini merupakan satu teknik yang ‘owesome’ sebenarnya kerana ianya mempunyai kesan yang tidak terbatas. Selain dari pada itu, anda akan mempelajari teknik ini dari seorang Reiki Master yang juga merupakan seorang Malaysian Reiki Chapter Leader yang bernaung dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apakah ada teknik-teknik yang lain lagi?

Sudah tentu ada, sebelum mempelajari Teknik, anda harus mempelajari kaedah telebih dahulu. Kaedah ini terbahagi kepada 3 kaedah iaitu Hands On, Beaming, dan Scanning. Ketiga-tiga kaedah ini digabungkan untuk menjadi satu teknik yang ‘owesome’.

Ada berapa teknik ‘owesome’ yang diajar dalam workshop ini?

Oh, begitu banyak sekali seperti :

Teknik Energize Air
Teknik Energize Duit
Teknik Energize / Shield Makanan
Teknik Protection Diri / Premis / Aset
Teknik Meningkatkan Kuasa Aura
Teknik Money Magnet Energy

Ok2, selain itu dari segi ilmu bagaimana pula? Apakah ilmu yang akan saya pelajari di dalam workshop ini?

Dari segi ilmu pula anda harus rasa beruntung kerana akan didedahkan dengan ilmu yang sememangnya amat MAHAL dan bernilai ribuan ringgit. Antara ilmu yang akan dipelajari secara teori adalah Ilmu Human Bio-Energy, Ilmu Pernafasan, Ilmu Energy Aura dan sudah tentu Ilmu Reiki.

Apakah reiki ini saya sudah boleh gunakan selepas sahaja habis workshop?

Ya!! adalah digalakkan anda terus ‘mereikikan’ apa sahaja yang anda ingin cuba. Bermain-mainlah dengan energi ini kerana semakin kerap anda berlatih, semakin cepat hasil yang akan anda nikmati. Oh ya, antara TANDA bahawa energi sedang ‘flow’ dengan baik adalah TELAPAK TANGAN anda berasa PANAS. Jika ini yang berlaku, maka bergembiralah kerana anda telah pun menjadi ejen pengalir energi yang terbaik.

Ok, Reiki Tahap 1 ini dikatakan ‘Untuk Diri Sendiri’, jadi ianya hanya terhad untuk diri sendiri aje la?

Ohhh.. perlu juga diketahui bahawa anda juga mempunyai isteri dan anak (jika telah berkahwin) punya rumah, punya kenderaan, punya kerjaya, punya harta benda, punya ibu bapa, punya adik beradik dan kesemua itu adalah MILIK anda SENDIRI. Jadi, anda juga boleh melakukan rawatan untuk mereka, anda boleh juga mereikikan segala harta benda milik anda. Kata kuncinya adalah – MILIK SAYA SENDIRI. Tiada halangan dan had walaupun tahap 1.

Nah, inilah satu-satunya workshop Reiki yang TELUS & TRANSPARENT. Kami YAKIN, anda PASTI menjadi Pengamal Reiki Bertauliah dan Hebat lagi OWESOME!!

So… Tunggu apa lagi? Meh le daftar segera

Leave a Comment :, , , , , , , , , , , , , , , , , more...

Workshop Reiki Tahap 2

by on Jan.17, 2012, under Info Kursus, Promo Terkini, Reiki 360

28 & 29 Jan 2012

Sek 9, Shah Alam

10 pg – 5 ptg

Kepada pengamal Reiki Tahap 1, anda semua telah bersedia untuk ke tahap seterusnya? Tahap yang mana anda akan mempelajari TEKNIK yang membolehkan anda menggunakan Reiki dengan lebih LUAS lagi tanpa sebarang sempadan.

2 hari anda akan diisi sepadat-padatnya dengan Ilmu Reiki. Disini disertakan perincian perjalanan workshop ini :

Hari Pertama

  1. Perkongsian Pengalaman ‘case study’ dari Tahap 1
  2. Otak dan Minda Manusia
  3. Simbol Cho Ku Rei, Sei Hi Kei & Hon Sha Ze Sho Nen
  4. Penggunaan Simbol Dalam Reiki
  5. Sistem Bio-Energi Manusia (part 2)
  6. Kundalini
  7. Jaluran Meridian
  8. Meditasi
  9. Pengijazahan Reiki Tahap 2

Hari Kedua

  1. Praktikal Merawat Pasangan / Rakan / Jiran
  2. Praktikal Rawatan Berkumpulan
  3. Praktikal Rawatan Secara Duduk
  4. Praktikal Scanning Jarak Jauh
  5. Praktikal Rawatan Jarak Jauh
  6. Praktikal Mengesan Objek

ISTIMEWA!!

* PERCUMA #1 : Laporan Penuh Anailisis Aura 24 muka surat bernilai RM 180

Dengan yuran yang amat berpatutan RM 1200, anda akan dapat menggunakan Reiki dengan lebih dari sebelum ini.

Oh ya, jika anda mahukan lebih diskaun lagi.. segeralah menjadi mendaftarkan diri anda sebagai AHLI IQ1 dan nikmati pelbagai faedah dan kemudahan yang IQBC sediakan.

Hubungi MASTER LUTHFI / 017-333 2349 untuk lock tempat anda dengan deposit RM 300.

Leave a Comment :, , , , , , , , , more...

Special Offer!!

by on Jan.03, 2012, under Info Kursus, Promo Terkini, Reiki 360

Workshop Reiki 360 kini kembali lagi untuk membuka tirai 2012 dengan yuran yang berpatutan dan juga ‘special offer’ yang menarik!!

Dengan menyertai Workshop Reiki 360 pada tahun ini, peserta akan diserapkan secara ‘automatik’ menjadi ahli IQ-1 secara PERCUMA!! Dengan menjadi ahli IQ-1, anda akan mendapat harga pembelian istimewa dari pihak IQBC.

Ayuh bersama kami pada :

8 Januari 2012

Sek 9 Shah Alam

9 pg – 5 ptg

Hanya RM 760

Hubungi : 017-333 2349

Leave a Comment more...

Reiki 360 : Gunakan Tanpa Was-was

by on Oct.23, 2011, under Info Kursus, Reiki 360

MANIPULASI ENERGI

Manusia dilahirkan dengan dikurniakan energi. Setiap seorang memiliki energi yang mencukupi untuk digunakan pada setiap hari. Akan tetapi, hanya segelintir sahaja yang memanfaatkan energi dengan cara yang benar tanpa melakukan ‘Pembaziran Energi’.

Ramai yang beranggapan bahawa energi hanya digunakan oleh tubuh badan semata-mata untuk melakukan pergerakkan fizikal seperti berlari dan bergerak, ternyata anggapan ini adalah kurang tepat sama sekali kerana energi juga turut digunakan ketika proses berfikir dan proses menghadam perasaan.

Kini terdapat pelbagai modul yang menyediakan langkah-langkah dan tatacara bagaimana hendak memaksimumkan penggunaan energi secara mampan. Seperti teknik kawalan minda, teknik pernafasan, teknik tenaga dalam dan pelbagai lagi yang mana kebanyakkan teknik-teknik tersebut diceduk dari satu sumber yang memiliki kesemuanya. Sumber tersebut adalah dari Reiki.

Reiki merupakan sejenis kaedah penyembuhan diri yang merupakan pilihan alternatif masa kini yang mana ianya telah pesat berkembang di dunia sekitar tahun 50’an dan di Malaysia sekitar awal 90’an dan kini Reiki telahpun diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai satu kaedah rawatan komplimentari.

Reiki menawarkan cara pengolahan dan penggunaan energi secara mampan yang paling efektif tanpa anda merasa penat dengan menggunakan energi alam dan tanpa bergantung harap pada energi dalaman. Di dalam Reiki, Energi Alam merupakan sumber bekalan Energi Utama yang tidak akan kehabisan yang telah disediakan oleh Allah s.w.t untuk sekelian makhluknya. Jadi, mengapakah kita tidak menggunakan bekalan yang disediakan oleh Tuhan kepada kita?

Energi Alam ini yang digunakan oleh pengamal Reiki di dalam memanipulasikan energi untuk perkara yang memberi faedah.

“Apa yang anda fikirkan disitu akan dipusatkan seluruh energi” merupakan kata-kata yang cukup asas di dalam memahami gerak kerja Reiki. Ya, gerak kerja Reiki hanya memerlukan gabungan dan sinkronisasi antara Tubuh, Minda, Emosi dan Rohani lalu menghasilkan satu gelombang Energi yang memiliki daya kuasa yang hebat. Menggunakan energi secara bijaksana tanpa membazir adalah satu perkara yang cukup mudah sebenarnya.

Dengan meletakkan telapak tangan ke objek atau subjek, anda telah dapat mengalirkan & memindahkan Energi Alam dengan mudah. Proses ini tidak menggunakan energi dalam terdapat di dalam tubuh (yang telah diproses dari pengambilan makanan). Terus terang dikatakan bahawa perkara ini adalah amat mudah sekali.

Testimonial 1

”Suatu kepuasan apabila saya dapat membantu rakan-rakan saya yang sakit”

Syukur pada ilahi kerana dipertemukan dengan Reiki 360°. Terima kasih pada sahabat saya yang memperkenalkan reiki. Semoga Allah s.w.t merahmatinya sekeluarga.

Bagi saya reiki adalah suatu kaedah merawat masalah emosi atau jiwa yang paling berkesan. Masalah kehidupan yang pelbagai pastinya mengundang pelbagai penyakit ’zaman moden’ seperti depresi, diabetis, barah dll. Alhamdulillah, dengan keyakinan dan kepercayaan yang kuat kepada Allah yang Maha Pengasih, mengamalkan reiki secara istiqamah, terus mencuba, tak tahu bertanya, insya’allah, kita pasti dapat menyelesaikan masalah terkini, atau masalah yang sudah lama bersarang d hati.

Reiki amat membantu dikala kecemasan. Suatu kepuasan apabila saya dapat membantu rakan-rakan saya yang sakit seperti demam, menderita sakit gigi, sakit kaki dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita ada satu kaedah rawatan kecemasan sementara menanti kehadiran doktor belum tiba.

Belajarlah reiki, sekurang-kurangnya kita boleh merawat diri sendiri.

Zaini Zainal

Testimonial 2

”Kepentingan KESEIMBANGAN ENERGI dalam mengejar KEKAYAAN, KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN”

Alhamdulillah. Syukur kerana saya ‘terpilih’ untuk menyertai Workshop Reiki 360° pada tahun lepas. Saya berminat dengan workshop ini kerana tag nya yang menjemput sesiapa yang kecewa dalam KERJAYA, KEWANGAN, PERNIAGAAN, KESIHATAN mahupun PERHUBUNGAN. Workshop ini menawarkan penyelesaian pada masalah-masalah tersebut.

YA! saya memerlukan penyelesaiannya kerana saya salah seorang yang menghadapi beberapa masalah yang telah disebut di atas. Selepas mengamalkan reiki, perkara pertama yang saya dapat adalah petunjuk dalam isu perhubungan yang hampir 3 tahun yang saya cuba selesaikan. Satu persatu ‘jalan’ untuk saya di depan mata. Alhamdulillah.

Begitu juga dari segi kerjaya, kewangan dan perniagaan. Saya dapati banyak peluang yang datang kepada saya dan saya menerima peluang tersebut sebagai satu yang amat positif dalam hidup saya.

Secara tidak langsung, ilmu reiki yang telah saya belajar ini memberikan kesedaran kepada saya tentang kepentingan KESEIMBANGAN ENERGI dalam mengejar KEKAYAAN, KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN.

Siti Yuraida Binti Mohd Yusoff
Usahawan Unstoppable

yuraidayusoff@gmail.com

Testimonial diatas merujuk kepada apa yang dikatakan sebagai ‘Manipulasi Energi Secara Mampan’ justeru mengelak kepada Pembaziran Energi. Mereka telahpun merasai faedah mengamalkannya. Reiki sememangnya dapat digunakan secara total tanpa memerlukan banyak teknik-teknik atau gerak kerja yang sukar. Ianya sesuai dengan ‘trend’ zaman ini yang cepat dan pantas. Akan tetapi proses mempelajarinya perlu dilalui satu persatu agar faham segala isi yang terkandung didalam ilmu Reiki.

Reiki dapat digunakan untuk semua perkara seperti mendapatkan ketenangan, kebahagiaan, kesihatan yang stabil, keharmonian rumah tangga, malah juga untuk perniagaan.

Menggunakan Reiki untuk tujuan perniagaan juga merupakan antara punca yang menyebabkan ramai orang ingin memperlajari Reiki. Reiki memberikan satu Pakej Penyembuhan Lengkap kepada pengamalnya. Antara teknik-teknik yang menarik adalah seperti Teknik ‘Energy Transfer’ dan Teknik Reiki ‘Hands On’ yang mana ianya banyak membantu usahawan dalam menngembangkan perniagaan mereka. Perkara ini tidak dinafikan oleh testimonial dibawah ini :

Testimonial 3

“Reiki Untuk Perniagaan”

Saya, Puan Norashikin Mat Jana merupakan seorang usahawan MLM dan juga menjalankan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan. Sebelum ini saya sering mendengar beberapa sahabat saya yang bercerita tentang Reiki dan ini membuatkan saya berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang Reiki. Hasil pencarian di internet, saya medapat info tentang workshop Reiki yang diadakan oleh Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd.

Dalam workshop ini saya belajar dengan lebih jelas tentang apa itu Reiki. Apabila telah faham tentang ilmu ini, saya mengamalkan teknik-teknik Reiki dalam kehidupan seharian dan perniagaan saya. Ilmu ini sangat berguna untuk saya kerana ianya dapat meimbangkan tindakan dan perasaan saya dalam membuat semua pekerjaan dan sebarang keputusan.

Menjalankan perniagaan sepenuh masa adakalanya membuatkan saya menjadi terlalu letih dan tertekan namun dengan ilmu yang saya pelajari, saya mampu memulihkan diri sendiri dengan melakukan meditasi dan segala ilmu yang telah diperturunkan. Ilmu ini bukan setakat untuk diri sendiri, bahkan saya juga mampu membantu keluarga dan sahabat terdekat dengan memberikan ‘energy’ kepada mereka.

Ilmu Reiki yang saya pelajari membuatkan saya lebih harmoni dan memahami prinsip kehidupan yang harus kita bawa dalam kehidupan setiap hari. Alhamdulillah, kini perniagaan saya dilimpahi rezeki yang mencurah-curah dan perniagaan saya semakin berkembang.

Norashikin Mat Jana
Usahawan Internet
Ekin Wellness
www.kedai2ekin.com / www.ekin.wellness.com
syikin72@gmail.com

Reiki menggalakkan pengamalnya menjadi INSAN BAIK dengan menerapkan prinsip-prinsip yang penuh dengan nilai murni seperti mengawal kemarahan, mengawal kerisauan, sentiasa bersyukur, sentiasa jujur dan berbuat baik kepada setiap makhluk. Dengan menerapkan nilai murni yang ada pada prinsip ini maka seorang pengamal Reiki itu tidak akan mempunyai sebarang masalah didalam menghadapi dunia moden yang kian mencabar ini.

Tarikh : 19 November 2011
Tempat : Seksyen 9, Shah Alam
Masa : 9 pagi – 5 petang
Yuran : RM 560

HUBUNGI : 017-333 2349 / 017-300 2349

Leave a Comment :, , , , , , , , , more...

Sekitar Workshop Reiki Master Ramadhan 1432H – Part 1

by on Aug.15, 2011, under Info Kursus, Reiki 360

Master Nurulhuda menemuramah salah seorang Reiki Master yang baru sahaja dilahirkan pada bulan Ramadhan 1432 H ini..

Dikongsi oleh – Master Luthfi

Leave a Comment :, , , more...

Reiki : ‘Tools’ dikala berduka dan dikala bersuka

by on May.30, 2011, under Info Kursus, Reiki 360

”Reiki merupakan satu kaedah penyembuhan secara holistik yang menekankan aspek keseimbangan tahap kerohanian, emosi, minda dan tubuh fizikal ianya boleh digunapakai sebagai ikhtiar kepada semua permasalahan yang membelenggu seseorang. Datang dengan pelbagai teknik yang cukup hebat dan menarik, reiki sememangnya merupakan pilihan yang tepat. Ianya amat mudah dipraktikkan, tidak bercanggah dengan akidah Islam, malah ianya boleh dipelajari oleh setiap golongan serta lapisan masyarakat.”

Reiki dikatakan telah bertapak di Malaysia ini seawal tahun 90’an yang mana pada waktu itu ianya hanya diketahui oleh segelintir pengamal perubatan alternatif. Kini ia telah tumbuh seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Walaupun begitu, reiki di Malaysia ini masih lagi ’muda’ dan perlu diperkembangkan lagi.


Ilmu Energi

Reiki adalah ilmu yang membicarakan soal energi. Terdapat dua jenis energi yang ditekankan didalam Reiki iaitu Energi Alam dan Energi Dalaman. Pemahaman tentang kedua-dua jenis energi ini adalah amat penting dan saling memerlukan..

Energi Alam

Alam membekalkan kita dengan sumber energi yang tidak terhingga banyaknya. Ianya tersedia ada untuk dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukannya. Energi itu boleh didapati melalui udara, sinaran cahaya matahari, dan pemakanan. Energi alam ini tidak akan kehabisan. Energi alam inilah yang dimanfaatkan oleh pengamal Reiki sewaktu melakukan penyembuhan.

Cahaya matahari sebagai contohnya memberikan banyak manfaat ke atas tubuh badan manusia seperti menghasilkan vitamin D, mengurangi kolesterol dalam darah, penawar jangkitan dan pembunuh bakteria, menolong dalam membentuk dan memperbaiki tulang-tulang, juga meningkatkan antibodi.

Aura & Chakra

Bila membicarakan soal reiki, kita tidak lari dari membicarakan soal sistem tenaga hayat manusia yang melibatkan soal aura dan chakra. Untuk lebih memahaminya, aura dan chakra ini adalah sistem energi dalaman manusia, yang mana ianya merupakan titik tolak kepada segala hasil dari tindakan manusia. Seseorang itu akan menghadapi masalah samada isu fizikal atau psikologi jika terdapat kebocoran pada lapisan aura atau chakra mengalamai kerosakan dalam fungsinya selaku pusat energi manusia atau ’bateri manusia’. Dalam kes penyembuhan, pengamal reiki akan menggunakan energi alam untuk merawat kebocoran aura, chakra yang rosak dan menstabilkan kembali aliran energi didalam tubuh badan seseorang.

Kesan tempoh penyembuhan juga bergantung kepada tahap sesuatu masalah atau penyakit itu, jika ianya masih baru maka tempoh penyembuhan mungkin akan mengambil masa yang tidak terlalu lama untuk sembuh. Manakala jika masalah atau penyakit itu telah lama, maka tempoh penyembuhan akan mengambil masa yang lama.

Pemahaman tentang fungsi chakra ini juga merupakan kunci kepada sukses kerana setiap chakra ini mempunyai peranan yang tertentu dalam mempengaruhi aspek psikologikal seseorang. Seseorang yang bermasalah biasanya dikatakan memilikki chakra yang tidak bersih atau terdapat banyak hambatan energi (energy blockage) pada chakra itu.

Keunikan Reiki

Setiap ilmu mempunyai keunikkan yang tersendiri. Reiki tidak seperti ilmu ’minda super’, ’fikir positif’ dan lain-lain ilmu yang dilihat ’sepertinya’ kerana ilmu tersebut boleh dipelajari dari buku ataupun video cakera padat. Ianya adalah ilmu yang disampaikan. Ilmu tersebut mungkin bersifat fakta ataupun maklumat-maklumat sahaja. Ilmu seperti ini hanya memiliki satu elemen sahaja iaitu ILMU.

Berbeza dengan reiki yang mempunyai elemen kedua iaitu PENGIJAZAHAN REIKI. Keunikkan reiki terletak pada Pengijazahan Reiki yang akan dilakukan secara bertahap oleh seorang Master Reiki yang bertauliah. Dengan mendapatkan pengijazahan, barulah dikatakan menjadi pengamal reiki secara lengkap. Pendek kata mempelajari Reiki melalui buku sahaja tanpa kehadiran guru adalah proses yang tidak lengkap.

Salah Faham Tentang Pengijazahan Reiki

Ramai yang beranggapan setelah mendapat pengijazahan reiki, mereka akan secara otomatiknya akan dapat memahami 100% apa itu reiki. Ini adalah salah sama sekali. Untuk memahami Reiki, seseorang itu haruslah berguru dan mendapatkan ilmu yang secukupnya dari guru tersebut. Pengijazahan ini hanya bertujuan untuk menyeleraskan semula chakra dan hanya akan membantu didalam ’mempercepatkan proses pemahaman’ tersebut. Malah pengijazahan reiki juga bukanlah satu proses memasukkan sesuatu kedalam tubuh seperti mana yang disalah tafsirkan oleh sesetengah pihak. Ianya merupakan proses PENYELARASAN CHAKRA.

Teknik Reiki

Reiki juga merupakan ilmu yang menyediakan teknik yang dapat digunakan untuk pelbagai tujuan penyembuhan. Teknik ini bertujuan untuk mengalirkan energi alam ke bahagian yang tepat. Terdapat 3 langkah yang mana 2 daripadanya adalah untuk mengalirkan energi manakala 1 untuk mengesan energi.

a) Mengalirkan Energi

  1. Teknik Hands On – Teknik ini digunakan bagi mengalirkan energi ke bahagian-bahagian tubuh (dalam terma penyembuhan) yang perlu di rawat. Teknik ini merupakan teknik sentuhan telapak tangan.
  2. Teknik Beaming – Teknik ini pula digunakan bagi mengalirkan secara pancaran ke bahagian tubuh badan yang tidak dapat disentuh, dan juga untuk penyembuhan jarak jauh.

b) Mengesan Energi

  1. Scannning – Teknik ini pula digunakan bagi mengesan punca permasalahan kepada sesuatu isu.

Ketiga-tiga teknik ini dapat diperkembangkan menjadi pelbagai teknik yang dapat digunakan untuk penyembuhan isu-isu tertentu seperti batu karang, sakit kepala, masalah tenaga batin, sembelit, masalah pernafasan, masalah buah pinggang, lemah sistem pertahanan badan, AIDS, kerasukan, gangguan makhluk halus, dan lain-lain.

Kegunaan Reiki Secara Menyeluruh

Kini reiki telahpun menjadi pilihan orang-orang yang sukses. Reiki dapat diaplikasikan untuk pelbagai perkara, bukan setakat penyembuhan tubuh sahaja, malah lebih dari itu. Reiki dapat digunakan secara menyeluruh. Ianya dapat digunakan ketika memasak, membersihkan makanan, membuat air penawar, membersihkan energi persekitaran rumah dan premis perniagaan, membantu melariskan perniagaan, membantu dalam merapatkan silaturahim yang terputus, membantu meningkatkan jatidiri serta keyakinan diri serta banyak lagi manfaatnya.

INFOLINE : 017-333 2349

Leave a Comment more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...

Archives

All entries, chronologically...