Info Kursus
Kembara Energi Nur Reiki Salam 2012 : Masih Belum Terlambat
by Admin on Oct.04, 2011, under Info Kursus, Nur Reiki Salam, Promo Terkini
PENDAFTARAN TELAH DIBUKA!!
PROGRAM : KEMBARA ENERGI NUR REIKI SALAM THD & RnR SPECIAL
Berikut adalah harga yuran bagi peserta BARU
| Jenis Tawaran Yuran | Harga Yuran | Syarat Tawaran | Tarikh Mula | Tarikh Tutup |
| Early Bird | RM 1,560 | Bayaran Penuh | Sekarang | 31 Julai 2011 |
| Diskaun 30% | RM 1,750 | Deposit RM 500 | 1 Julai 2011 | 31 Oktober 2011 |
| Diskaun 20% | RM 2,000 | Deposit RM 500 | 1 November 2011 | 31 November 2011 |
| Diskaun 10% | RM 2,250 | Deposit RM 500 | 1 Disember 2011 | 31 Disember 2011 |
| Yuran Asal | RM 2,500 | Deposit RM 500 | 1 Januari 2012 | 31 Januari 2012 |
Berikut adalah harga yuran bagi peserta ULANGAN
| Jenis Tawaran Yuran | Harga Yuran | Syarat Tawaran | Tarikh Mula | Tarikh Tutup |
| Early Bird | RM 1,060 | Bayaran Penuh | Sekarang | 31 Julai 2011 |
| Diskaun 50% | RM 1,250 | Deposit RM 500 | 1 Julai 2011 | 31 Oktober 2011 |
| Yuran Asal | RM 1,500 | Deposit RM 500 | 1 November 2012 | 31 Januari 2012 |
Aktivasi akan bermula sebaik sahaja mendaftarkan diri!!
Lain dari yang lain.. setakat ini masih belum ada yang ‘tiru’ gaya ini.. pelajarilah ia dari yang TULEN!!
Sekitar Workshop Reiki Master Ramadhan 1432H – Part 1
by Admin on Aug.15, 2011, under Info Kursus, Reiki 360
Master Nurulhuda menemuramah salah seorang Reiki Master yang baru sahaja dilahirkan pada bulan Ramadhan 1432 H ini..
Dikongsi oleh – Master Luthfi
Kembara Energi NRS THD + R&R Special, Langkawi 02 – 04 Feb 2012 – PENDAFTRAN DIBUKA!
by Admin on Jul.06, 2011, under Info Kursus, Nur Reiki Salam, Promo Terkini
Kembara Energi Nur Reiki Salam THD + R&R Special, Langkawi 02 – 04 Februari 2012
Program Kembara ini merupakan sebuah ’powerpack’ yang dirangka dan dicipta KHAS untuk para peserta mengalami serta merasai sendiri keunikan ’Energi Reiki’, mengalami Transformasi Diri serta memperkuatkan lagi tahap kerohanian. Sebuah program yang padat dan sarat dengan aktiviti fizikal, ilmu ilmiah, kembara kerohanian dan tugasan-tugasan personal yang Eksklusif (bermula sebaik sahaja mendaftar).
Sesi demi sesi untuk PENJANAAN ENERGI melalui acara Tapping RESQ56, Nur Reiki Salam (NRS), Meditasi, Seksual Kungfu (SKF), pernafasan, tazkiroh, mandi bunga, mandi laut, aktivasi energi di lokasi-lokasi ISTIMEWA – gua, pulau, hutan, pantai, paya-bakau, makam, perigi, bukit dan sebagainya.
Antara aktiviti HEBAT yang perlu diketahui dan diberi perhatian :
- Sesi Siang & Malam
- Tugasan Nota Tangan
- SMS Alert dari mula mendaftar hingga 04022012
- Kembara Island Hopping
- Pengijazahan Jarak Jauh (Nur Lataif Al-Qalb) & Ijazah Fizikal NRS
- Workshop Nur Reiki Salam
- Pengijazahan Nur Reiki Salam dilokasi-lokasi RAHSIA lagi TERPILIH
- Latihan Fizikal (RESQ56 / NRS / SKF) & Jiwa (Tugasan Zikir umum & interpersonal)
- Sentuhan SUFISTIK (zikir / NRS / tazkiroh) & sentuhan BIO-ENERGI (SKF / RESQ56 dll)
- Retreat & Recharge Special Maulidur Rasul
- Acara di darat & acara di laut
- Acara kering & acara basah
- Acara ‘dalam’ & acara ‘luar’
- Acara ‘serius’ & acara santai
- Ada hilai tawa & ada ‘air-mata’
- Mandi air masin & mandi air tawar
- Acara terang & acara gelab (gua)
- Acara bersama & acara peribadi (zikir/mandibunga/tapping dll)
- Acara ziarah yang ‘hidup’ & acara ziarah yang mati (makam)
Program Kembara ini merupakan program kali ke-9 yang mana angka 9 merupakan simbolik kepada kemuncak, klimak, teristimewa..
21 perkara yang akan anda nikmati dengan yuran yang tersangat berbaloi!!
- Workshop Nur Reiki Salam
- Pengijazahan Nur Reiki Salam
- Nota Nur Reiki Salam
- T-shirt Nur Reiki Salam
- Aktiviti Kembara – Island Hopping
- SMS Alert Aktivisi Energi Nur Reiki Salam (bermula sebaik sahaja mendaftar)
- Door Gift Xklusif
- Kristal Xklusif
- Sesi Retreat & Recharge Special Maulidur Rasul
- Nota R & R
- Sesi Senaman Sexual Kungfu (SKF)
- Penginapan 3 hari 2 malam di Adina Drive In Motel
- Tiket perjalanan pergi & balik (Bas atau Kapal Terbang)
- Bas Lawatan (di Langkawi)
- Feri pergi & balik (jika rombongan menaiki Bas)
- Tiket-tiket ke Tempat Lawatan (di Langkawi – Makam Mahsuri – Telaga Air Hangat – Cable Car – Durian Perangin)
- Minum pagi 2x
- Makan tgh hari 1x
- Minum petang 2x
- BBQ Dinner 1x
- Minum malam 2
PENDAFTARAN TELAH DIBUKA!!
PROGRAM : KEMBARA ENERGI NUR REIKI SALAM THD & RnR SPECIAL
Berikut adalah harga yuran bagi peserta BARU
| Jenis Tawaran Yuran | Harga Yuran | Syarat Tawaran | Tarikh Mula | Tarikh Tutup |
| Early Bird | RM 1,560 | Bayaran Penuh | Sekarang | 31 Julai 2011 |
| Diskaun 30% | RM 1,750 | Deposit RM 500 | 1 Julai 2011 | 31 Oktober 2011 |
| Diskaun 20% | RM 2,000 | Deposit RM 500 | 1 November 2011 | 31 November 2011 |
| Diskaun 10% | RM 2,250 | Deposit RM 500 | 1 Disember 2011 | 31 Disember 2011 |
| Yuran Asal | RM 2,500 | Deposit RM 500 | 1 Januari 2012 | 31 Januari 2012 |
Berikut adalah harga yuran bagi peserta ULANGAN
| Jenis Tawaran Yuran | Harga Yuran | Syarat Tawaran | Tarikh Mula | Tarikh Tutup |
| Early Bird | RM 1,060 | Bayaran Penuh | Sekarang | 31 Julai 2011 |
| Diskaun 50% | RM 1,250 | Deposit RM 500 | 1 Julai 2011 | 31 Oktober 2011 |
| Yuran Asal | RM 1,500 | Deposit RM 500 | 1 November 2012 | 31 Januari 2012 |
PROGRAM : RETREAT & RECHARGE (RnR) SPECIAL
Juga tidak ketinggalan bagi mereka yang ingin turut menyertai Retreat & Recharge Special Maulidur Rasul di Langkawi, dengan hanya yuran yang amat berbaloi untuk turut serta bersama mengikuti beberapa acara bersama-sama peserta Nur Reiki Salam.
Yuran yang dikenakan hanya RM 786 dan nikmati 15 perkara dibawah
- Door Gift Xklusif
- Kristal Xklusif
- Sesi Retreat & Recharge 2x
- Nota R & R
- Sesi Senaman Sexual Kungfu (SKF)
- Penginapan 3 hari 2 malam di Adina Drive In Motel
- Tiket perjalanan pergi & balik (Bas atau Kapal Terbang)
- Bas Lawatan (di Langkawi)
- Feri pergi & balik (jika rombongan menaiki Bas)
- Tiket-tiket ke Tempat Lawatan (di Langkawi- Makam Mahsuri – Telaga Air Hangat – Cable Car – Durian Perangin)
- Minum pagi 2x
- Makan tgh hari 1x
- Minum petang 2x
- BBQ Dinner 1x
- Minum malam 2x
INFOLINE : 017-333 2349
Reiki : ‘Tools’ dikala berduka dan dikala bersuka
by Admin on May.30, 2011, under Info Kursus, Reiki 360
”Reiki merupakan satu kaedah penyembuhan secara holistik yang menekankan aspek keseimbangan tahap kerohanian, emosi, minda dan tubuh fizikal ianya boleh digunapakai sebagai ikhtiar kepada semua permasalahan yang membelenggu seseorang. Datang dengan pelbagai teknik yang cukup hebat dan menarik, reiki sememangnya merupakan pilihan yang tepat. Ianya amat mudah dipraktikkan, tidak bercanggah dengan akidah Islam, malah ianya boleh dipelajari oleh setiap golongan serta lapisan masyarakat.”
Reiki dikatakan telah bertapak di Malaysia ini seawal tahun 90’an yang mana pada waktu itu ianya hanya diketahui oleh segelintir pengamal perubatan alternatif. Kini ia telah tumbuh seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Walaupun begitu, reiki di Malaysia ini masih lagi ’muda’ dan perlu diperkembangkan lagi.
Ilmu Energi
Reiki adalah ilmu yang membicarakan soal energi. Terdapat dua jenis energi yang ditekankan didalam Reiki iaitu Energi Alam dan Energi Dalaman. Pemahaman tentang kedua-dua jenis energi ini adalah amat penting dan saling memerlukan..
Energi Alam
Alam membekalkan kita dengan sumber energi yang tidak terhingga banyaknya. Ianya tersedia ada untuk dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukannya. Energi itu boleh didapati melalui udara, sinaran cahaya matahari, dan pemakanan. Energi alam ini tidak akan kehabisan. Energi alam inilah yang dimanfaatkan oleh pengamal Reiki sewaktu melakukan penyembuhan.
Cahaya matahari sebagai contohnya memberikan banyak manfaat ke atas tubuh badan manusia seperti menghasilkan vitamin D, mengurangi kolesterol dalam darah, penawar jangkitan dan pembunuh bakteria, menolong dalam membentuk dan memperbaiki tulang-tulang, juga meningkatkan antibodi.
Aura & Chakra
Bila membicarakan soal reiki, kita tidak lari dari membicarakan soal sistem tenaga hayat manusia yang melibatkan soal aura dan chakra. Untuk lebih memahaminya, aura dan chakra ini adalah sistem energi dalaman manusia, yang mana ianya merupakan titik tolak kepada segala hasil dari tindakan manusia. Seseorang itu akan menghadapi masalah samada isu fizikal atau psikologi jika terdapat kebocoran pada lapisan aura atau chakra mengalamai kerosakan dalam fungsinya selaku pusat energi manusia atau ’bateri manusia’. Dalam kes penyembuhan, pengamal reiki akan menggunakan energi alam untuk merawat kebocoran aura, chakra yang rosak dan menstabilkan kembali aliran energi didalam tubuh badan seseorang.
Kesan tempoh penyembuhan juga bergantung kepada tahap sesuatu masalah atau penyakit itu, jika ianya masih baru maka tempoh penyembuhan mungkin akan mengambil masa yang tidak terlalu lama untuk sembuh. Manakala jika masalah atau penyakit itu telah lama, maka tempoh penyembuhan akan mengambil masa yang lama.
Pemahaman tentang fungsi chakra ini juga merupakan kunci kepada sukses kerana setiap chakra ini mempunyai peranan yang tertentu dalam mempengaruhi aspek psikologikal seseorang. Seseorang yang bermasalah biasanya dikatakan memilikki chakra yang tidak bersih atau terdapat banyak hambatan energi (energy blockage) pada chakra itu.
Keunikan Reiki
Setiap ilmu mempunyai keunikkan yang tersendiri. Reiki tidak seperti ilmu ’minda super’, ’fikir positif’ dan lain-lain ilmu yang dilihat ’sepertinya’ kerana ilmu tersebut boleh dipelajari dari buku ataupun video cakera padat. Ianya adalah ilmu yang disampaikan. Ilmu tersebut mungkin bersifat fakta ataupun maklumat-maklumat sahaja. Ilmu seperti ini hanya memiliki satu elemen sahaja iaitu ILMU.
Berbeza dengan reiki yang mempunyai elemen kedua iaitu PENGIJAZAHAN REIKI. Keunikkan reiki terletak pada Pengijazahan Reiki yang akan dilakukan secara bertahap oleh seorang Master Reiki yang bertauliah. Dengan mendapatkan pengijazahan, barulah dikatakan menjadi pengamal reiki secara lengkap. Pendek kata mempelajari Reiki melalui buku sahaja tanpa kehadiran guru adalah proses yang tidak lengkap.
Salah Faham Tentang Pengijazahan Reiki
Ramai yang beranggapan setelah mendapat pengijazahan reiki, mereka akan secara otomatiknya akan dapat memahami 100% apa itu reiki. Ini adalah salah sama sekali. Untuk memahami Reiki, seseorang itu haruslah berguru dan mendapatkan ilmu yang secukupnya dari guru tersebut. Pengijazahan ini hanya bertujuan untuk menyeleraskan semula chakra dan hanya akan membantu didalam ’mempercepatkan proses pemahaman’ tersebut. Malah pengijazahan reiki juga bukanlah satu proses memasukkan sesuatu kedalam tubuh seperti mana yang disalah tafsirkan oleh sesetengah pihak. Ianya merupakan proses PENYELARASAN CHAKRA.
Teknik Reiki
Reiki juga merupakan ilmu yang menyediakan teknik yang dapat digunakan untuk pelbagai tujuan penyembuhan. Teknik ini bertujuan untuk mengalirkan energi alam ke bahagian yang tepat. Terdapat 3 langkah yang mana 2 daripadanya adalah untuk mengalirkan energi manakala 1 untuk mengesan energi.
a) Mengalirkan Energi
- Teknik Hands On – Teknik ini digunakan bagi mengalirkan energi ke bahagian-bahagian tubuh (dalam terma penyembuhan) yang perlu di rawat. Teknik ini merupakan teknik sentuhan telapak tangan.
- Teknik Beaming – Teknik ini pula digunakan bagi mengalirkan secara pancaran ke bahagian tubuh badan yang tidak dapat disentuh, dan juga untuk penyembuhan jarak jauh.
b) Mengesan Energi
- Scannning – Teknik ini pula digunakan bagi mengesan punca permasalahan kepada sesuatu isu.
Ketiga-tiga teknik ini dapat diperkembangkan menjadi pelbagai teknik yang dapat digunakan untuk penyembuhan isu-isu tertentu seperti batu karang, sakit kepala, masalah tenaga batin, sembelit, masalah pernafasan, masalah buah pinggang, lemah sistem pertahanan badan, AIDS, kerasukan, gangguan makhluk halus, dan lain-lain.
Kegunaan Reiki Secara Menyeluruh
Kini reiki telahpun menjadi pilihan orang-orang yang sukses. Reiki dapat diaplikasikan untuk pelbagai perkara, bukan setakat penyembuhan tubuh sahaja, malah lebih dari itu. Reiki dapat digunakan secara menyeluruh. Ianya dapat digunakan ketika memasak, membersihkan makanan, membuat air penawar, membersihkan energi persekitaran rumah dan premis perniagaan, membantu melariskan perniagaan, membantu dalam merapatkan silaturahim yang terputus, membantu meningkatkan jatidiri serta keyakinan diri serta banyak lagi manfaatnya.
43 Kelebihan + 7 Keunikan = 50 Sebab Mengapa Perlu Sertai Nur Reiki Salam
by Admin on May.18, 2011, under Info Kursus, Nur Reiki Salam
Nur Reiki Salam merupakan Reiki Tingakatan ke-6 iaitu tingkatan yang agak tinggi didalam dunia energi. Ianya dicipta oleh Master Mir Hazil Azran Ramli selaku GrandMaster Nur Reiki Salam. Mempunyai konsep SUFISTIK dan falsafah ‘Cahaya Dalam Cahaya’.
Kelebihan Nur Reiki Salam ialah :
- Mampu meningkatkan kecerdasan kerohanian (SQ) seseorang
- Melancarkan aliran energi dalaman
- Membersihkan chakra
- Mengharmonikan aura
- Melancarkan aliran kundalini
- Meningkatkan kualiti kesihatan minda, emosi dan tubuh badan
- Meningkatkan daya kepekaan
- Menambahkan kualiti tenaga
- Merawat masalah tekanan emosi
- Menenangkan minda
- Menstabilkan keseimbangan energi dalaman
- Menstabilkan ritma sirkadian tubuh
- Melegakan sakit bengkak
- Meningkatkan karisma diri
- Mencipta perisai diri dari gangguan makhluk halus
- Mencipta perisai diri dari gangguan gelombang radiasi perkakasan elektronik
- Meningkatkan daya kekebalan sistem pertahanan badan
- Meningkatkan daya konsentrasi
- Meningkatkan daya fokus
- Mengawal masalah penyakit-penyakit kronik seperti diabetis dan darah tinggi
- Membantu mereka yang memerlukan bantuan secara cemas
- Mampu untuk merawat segala jenis penyakit
- Menyuburkan tanaman / tumbuh-tumbuhan
- Merawat masalah insomnia
- Meningkatkan dan memperbesarkan aura
- Memecahkan segala hambatan energi yang ada dalam tubuh
- Menstabilkan aliran energi dalam rumah / premis perniagaan
- Mengawal dan mententeramkan kemarahan
- Mengawal dan mententeramkan kerisauan
- Menjadi orang yang jujur
- Menjadi orang yang sentiasa bersyukur
- Menjadi orang yang berbuat baik pada setiap makhluk
- Menjadi positif
- Mengembangkan bakat serta kebolehan terpendam
- Meningkatkan E.S.P
- Merawat haiwan-haiwan peliharaan
- Meningkatkan stamina daya seksual
- Mampu untuk membuat keputusan yang tepat
- Menghilangkan rasa was-was
- Menghilangkan sihir
- Membuang saka
- Mencipta peluang rezeki
- Merawat masalah perhubungan
Keunikan Nur Reiki Salam :
- Energinya panas suam
- Mudah dirasai pada telapak tangan selepas diaktifkan
- Boleh digunakan ketika melakukan rawatan untuk kes berat seperti gangguan makhluk halus
- Tidak mempunyai simbol
- Menggabungkan bacaan ayat Al-Quran
- Melakukan pembersihan sehingga keperingkat energi untuk sel dalam badan (zarah)
- Mudah untuk diamalkan
Masih terbuka kepada orang ramai..
Ayuh semua, bersama kami dalam menghayati energi alam.
Kali ini kami memilih lokasi pulau-pulau yang keadaan persekitarannya masih dalam keadaan baik dan terkawal..
Dan yang paling penting, tahap ENERGInya masih dalam keadaan solid tanpa campuran energi kotor..
Aura, Aura dan Aura
by Admin on May.15, 2011, under Info Kursus
Apa itu aura?
Aura adalah energi yang terpancar dan terhasil dari gerak kerja chakra yang ada di dalam tubuh. Chakra merupakan organ metafizik yang bekerjasama dengan sistem kelenjar endokrin yang mana sistem kelenjar ini menghasilkan hormon yang mempengaruhi manusia dari segi fizikal dan psikologikal.
Aura mempunyai tiga fungsi dan fungsinya adalah…….
Untuk mengetahui apakah fungsi-fungsi tersebut, silalah hadirkan diri ke sesi konsultasi aura yang diadakan di tempat kami di IQBC, Seksyen 9 Shah Alam. Akan saya dedahkan kepada anda semua tentang aura secara ‘one to one’ kerana ianya rahsia anda!!
Dapatkan temujanji dengan menghubungi 017-333 2349
Di bawah adalah beberapa gambar aura peserta Workshop Reiki Tahap Dua yang diadakan pada 7 & 8 Mei 2011. Terdapat pelbagai warna yang ada pada mereka. Laporan Analisis Aura setebal 24 muka surat secara PERCUMA ini bertujuan untuk peserta mengenali aura diri sendiri dan merawat diri berdasarkan maklumat analisis yang diberkan. Belajar Reiki sambil rawat aura diri, barulah ilmu itu seiring dengan amalannya..
Aura Ungu
Aura Hijau
Aura Kuning
Aura Kuning
Aura Kuninig
Rosemawaty Binti Haron, Cikgu Pendidikan Jasmani
Aura Ungu
Aura Biru
Syed Sabaruddin Bin Syed Abd Rahim
Workshop akan datang pada : 18 & 19 Jun 2011
Kepada peserta Reiki 360 Tahap Satu yang ingin melanjutkan pembelajaran ke tahap seterusnya, boleh tempah tempat anda dengan menghubungi INFOLINE : 017-333 2349
Kembara Energi Nur Reiki Salam
by Admin on May.05, 2011, under Info Kursus, Promo Terkini
KEMBARA ENERGI NUR REIKI SALAM
Acara tahunan yang UNIK dan WAJIB untuk anda sertai. Alami serta rasai PERJALANAN / KEMBARA energi secara ‘LIVE’ selama 3 hari 2 malam dengan pengisian yang amat bermanfaat yang PASTI tidak akan anda lupakan! Pengijazahan Nur Reiki Salam & ‘Energy Tapping’ di lokasi terpilih adalah antara pengisian ISTIMEWA yang akan terdapat pada kembara ini. Ayuh semua, kita ‘Retreat, Recharge & Relief’ bersama Program Kembara Energi Nur Reiki Salam.
MENGAPA LANGKAWI?
Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia, kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah. Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira, burung raksasa, dan puteri jelita dari kayangan. Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara. Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 jutatahun dahulu, pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkan imaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya . Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian ‘stalaktit’ dan ‘stlagmit’ menjemput mereka yang berani untk menjelahi gua-gua tersebut. Pantai di Langkawi yang bersih ,cuaca yang terang dan ceria sesuai untuk pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan aktiviti sukan laut yang mengaksyikkan. Terdapat beberapa lokasi pulau di Langkawi yang dikatakan mempunyai ENERGI-ENERGI ISTIMEWA yang boleh ‘di-tap’, serta mampu untuk merangsang ENERGI seseorang.
XPDC JELAJAH PULAU
Anda akan dibawa ke 9 LOKASI RAHSIA yang mempunyai ENERGI yang amat HEBAT. Pengalaman istimewa ini pasti tidak akan anda lupakan! XPDC ini akan diisi dengan pengisian ‘ENERGY TAPPING’.
TAP energi SIHAT
TAP energi REZEKI
TAP energi KARISMA
FENOMENA ALAM dan TIGA KUNCI
Seperti program kembara nur reiki salam sebelum ini, fenomena alam merupakan KUNCI PERTAMA kepada perlaksaan program seumpamanya. Rahsia ini dipraktikkan demi untuk MEMASTIKAN kualiti energi semasa sesi Pengijazahan Reiki dan sesi ‘Energy Tapping’. Fenomena alam pada kali ini adalah pada GERHANA MATAHARI dan GERHANA BULAN.
Pemilihan tarikh adalah KUNCI KEDUA yang mana dipilih berdasarkan kiraan Numerologi + Falaq. “Terdapat keistimewaan pada tarikh 24-26 Jun 2011 kerana tarikh tersebut adalah dimana tarikh diapit oleh fenomena gerhana matahari dan bulan.”
Secara falaq, fenomena paralel antara bumi, matahari dan bulan akan menghasilkan energi luarbiasa bagi membuka chakra pada tahap maksimum dengan :
TEKNIK yang TEPAT
TEMPAT yang TEPAT
MASA yang TEPAT
SESI yang TEPAT
KETEPATAN adalah KUNCI KETIGA yang mana ianya adalah PELUANG yang hanya datang SEKALI sahaja.
TINGKAT ENERGI TAHAP 6
Reiki adalah ilmu mengenai ENERGI. Seperti perkara-perkara lain, energi juga turut dikategorikan secara berperingkat. Hal ini dikenali sebagai ‘Band of Energy’. Nur Reiki Salam turut mempunyai INTIPATI yang sama seperti SUFI REIKI dan ianya telahpun dipermudahkan untuk dipelajari oleh setiap lapisan umur tanpa sebarang pantang larang dan boleh dipelajari oleh seseorang yang tidak mendapatkan sebarang bentuk pengijazahan reiki sebelum ini. Kepada yang telah mempunyai asas dalam ilmu reiki pula, hal ini merupakan satu pengalaman yang istimewa kerana anda telah melalui tingat energi secara ‘dalaman’.
‘Band of Energy’
Tingkat 1 hingga 3 : Reiki Usui
Tingkat 4 : Karuna Ki
Tingkat 5 : Reiki Imara
Tingkat 6 : Nur Reiki Salam / Sufi Reiki
MENGAPA NUR REIKI SALAM?
Nur Reiki Salam merupakan ijtihad Dr. Mir Hazil Azran Ramli di dalam memperkenalkan Reiki Sufistik kepada masyarakat malaysia khususnya. Secara falsafah, Nur Reiki Salam membawa konsep ‘CAHAYA DI DALAM CAHAYA’ yang mana cahaya atau nur ini mempunyai frekuensi yang lebih laju dan lebih tinggi dari bunyi serta objek material. Secara pratikal, Nur Reiki Salam tidak menggunakan sebarang simbol untuk aktivasi tetapi tetap mempunyai ‘aksi simbolik’ untuk aktivasi energi tersebut. Dengan memiliki Pengijazahan Nur Reiki Salam, chakra serta kesedaran rohani akan menjadi lebih aktif, chakra serta kesedaran dunia juga akan menjadi lebh aktif, lalu akan menyebabkan berlakunya keseimbangan pada energi dalaman ; proses ini berlaku pada tahap energi.
______________________________________________________________________
Siapa yang sesuai untuk sertai?
Program ini TERBUKA untuk semua.. baik yang mempunyai asas dalam Reiki mahupun yang tiada asas. Kami yakin bahawa semua orang BERHAK untuk mendapat yang terbaik. Tiada lagi gundah… semuanya INDAH!!
Ayuh semua, dapatkan KUASA dengan TEKNIK yang TEPAT, pada TEMPAT yang TEPAT, di MASA yang TEPAT dan didalam SESI yang TEPAT!
INFOLINE : 017-333 2349 / 017-300 2349
Tarikh tutup penyertaan : 31 Mei 2011
Workshop Seterusnya
by Admin on May.05, 2011, under Info Kursus, Promo Terkini
Leave a Comment :dr hazil reiki, Kehebatan diri, Kejayaan, Kekayaan, Kekuatan Diri, Kesenangan, money magnet, Penyembuhan Holistik, Reiki 360, reiki istimewa, Reiki Tahap 1, Teknik Reiki more...Program Kembara Energi Nur Reiki Salam, Langkawi 24-26 Jun 2011
by Admin on Apr.27, 2011, under Info Kursus, Promo Terkini
Program kembara ini telahpun diadakan pada tahun-tahun sebalum ini, bermula dari tahun 2005, sebelum kemunculan ‘group-group’ lain yang membuat program yang hampir sama. Tujuan diadakan adalah untuk memberikan pengalaman baru kepada peserta tentang perjalanan energi diri disamping melakukan tranformasi Hijrah Diri.
Program tahunan kini kembali lagi dan akan diadakan di Best Resort Langkawi, sebuah resort milik seorang Reiki Master yang teramat ‘humble’ orangnya. Program 3 hari 2 malam ini akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pengisian energi yang akan membuatkan anda pasti teruja!!
Antara aktiviti program kembara :
- Retreat, Recharge & Relief
- Senaman Sexual Kungfu
- Energy Tapping
- Workshop Nur Reiki Salam (beserta pengijazahan Nur Reiki Salam)
- Workshop Quantum Sukses
- Aktivasi Energi Magnet Rezeki
- dll (jalan-jalan, melawat ke kawasan-kawasan yang mempunyai energi ‘terpilih’)
Map Lokasi Best Star Resort
Cantik.. tepi pantai
Bilik yang selesa
Dr. Mir Hazil bersama Master Roslan (Pemilik Best Star Resort Langkawi)
Apa itu Nur Reiki Salam
Nur Reiki Salam adalah satu ijtihad dari Dr. Mir Hazil Azran Ramli didalam memperkenalkan Reiki ke seluruh masyarakat. Ianya masih lagi mengekalkan beberapa konsep asas reiki itu sendiri. Konsep falsafah Nur Reiki Salam adalah ‘Cahaya didalam cahaya’. Nur Reiki Salam adalah hasil dari cerapan pendekatan SUFISTIK, TASAWAUF dan ianya juga adalah Reiki kelahiran Malaysia.
NUR REIKI SALAM – REIKI SUFISTIK (TASAWUF)
Falsafah REIKI SUFISTIK bukanlah wadah baru.. bukanlah ber’embrio’kan sesuatu yang asing.. Ia telah lama terpraktis tanpa sedar oleh ramai penshuhada Reiki yang berasaskan konsep ’shiki’ (baca: kerohanian). Kendati ramai yang tahu Reiki Sufistik, ia masih ‘dara’… dek (kerana) tak ramai pengshuhada Reiki yang berusaha keras membawa Reiki ke arah sufistik ini. Untuk saya, Reiki Sufistik ini saya namakan NUR REIKI SALAM.
NUR REIKI SALAM adalah wadah TEKNIK ber’embrio’kan REIKI SUFISTIK. Ia ‘ijtihad’ saya… ia cetusan saya sebagai pengamal Reiki yang memacunya secara spiritualiti. PESENYAWAANnya dengan konsep islamik adalah TERAS kekuatan ENERGI yang terhasil melalui pratisnya. Ia adalah SINTESIS SPIRITUALITI AGAMA dengan PRAKTIS REIKI. Ia terhasil dari pengalaman dan sejarah pengumulan intelektual dan spiritual yang panjang yang saya lalui. Ia lahir dari perkahwinan nalar dan intuisi.
TASAWUF dan REIKI merupakan dua TRADISI SPIRITUAL yang saling melengkapkan. Keduanya amat bermanfaat untuk MENINGKATKAN KUALITI KESIHATAN JASMANI & RUHANI. Ia pesenyawaan yang unik umpama FENOMENA SAINTIFIK MAGIK (METAFIZIK) kerana keupayaannya bergabungkan spiritualiti agama dengan teknologi spiritual. NUR REIKI SALAM adalah idea dan gerakan menghasilkan REIKI DENGAN MUATAN SUFISTIK demi mendapatkan manfaat KESIHATAN dan PENINGKATAN SPIRITUALITI yang religius (Islamic). Muatan-muatan yang bersifat SUFI ini akan memantapkan kualiti energi sang pengamal Reiki. Sikap ‘no-mind’, yakni TAHAP PASRAH dan TAWAKKAL akan meningkat, lalu menyajikan suatu model penyembuhan yang penuh sifat PENGHAMBAAN kepada ALLAH (ta’abbud ilallah).
Selebihnya boleh baca disini - Nur Reiki Salam
Nur Reiki Salam 2006
Nur Reiki Salam 2007
Nur Reiki Salam 2009
Nur Reiki Salam 2010
_________________________________________________
Maklumat Program Kembara Energi Nur Reiki Salam – Langkawi 24-26 Jun 2011
Yuran : rm 1800 (untuk kos penginapan, yuran Nur Nur Reiki Salam, makan minum 3 hari 2 malam, kos aktiviti di Langkawi)
Pengangkutan sendiri. Kita berjumpa di Best Star Resort.
Yuran ISTIMEWA : RM 1650 – Kepada yang mendepositkan RM 900 sebelum 7 Mei 2011.
Acara & Aktiviti 3 hari 2 malam :
24 Jun 2011
3 : 00 petang – 6 : 00 petang = Workshop Nur Reiki Salam
6 : 00 petang – 8 : 00 malam = Rehat, makan malam, solat asar & maghrib
8 : 00 malam – 10 : 00 malam = Workshop Nur Reiki Salam, Sesi Pengijazahan
25 Jun 2011
7 : 00 pagi – 9 : 00 pagi = Senaman Sexual Kungfu
9 : 00 pagi – 5 : 00 petang = Aktiviti Aktivasi Energi Nur Reiki Salam di kawasan-kawasan ISTIMEWA
8 : 00 malam – 10 : 00 malam = Majlis Makan Malam / BBQ
10 : 00 malam – 12 : 00 malam = Majlis Penyampaian Sijil
26 Jun 2011
9 : 00 pagi – 12 : 00 tengah hari = Aktiviti bebas
* Acara diatas adalah cadangan, pihak pengurusan berhak untuk melakukan sebarang perubahan
INFOLINE : 017-333 2349 / 017-300 2349
Reiki : Bukan Jampi Tapi Teknik
by Admin on Apr.25, 2011, under Info Kursus