Reiki 7Chakra

Aura

Pengisian Tambahan – Kursus Reiki Tahap Master

by on Feb.18, 2010, under Aura, Info Kursus, Promo Terkini

Kursus Reiki Tahap Master kini kembali lagi.

Tarikh : 27 & 28 Feb 2010

Tempoh : 2 hari

Pada tahun 2010 kursus Reiki Tahap Master hanya akan diadakan dua bulan sekali. Kursus yang sebelum ini hanya diadakan 1 hari kini telah dijadikan 2 hari dan terdapat pengisian tambahan pada hari kedua, semua ini disediakan untuk memberikan yang TERBAIK. Yuran tidak dinaikkan dan kekal dengan harga lama iaitu RM 1,800.00.

Pengisian tambahan itu berupa sesi jawab soal berupa ujian bertulis dan praktikal secara perbincangan. Terdapat 2 ujian yang memang GEMPAQ dan ujian itu hanya TERDAPAT di IQBC, ujian itu adalah

  1. Ujian Deria ke 6
  2. Ujian Tahap Psychic

Ujian yang ke 3 dirahsiakan.

Kepada para Master Reiki kelahiran IQBC yang ingin mengetahui Tahap Deria ke 6 dan apakah tahap Psychic anda, IQBC menjemput para Master untuk menyertai kursus ulangan dan dapatkan ujian itu. Ujian ini hanya dikeluarkan pada tahap Master dengan beribu harapan agar para Master memahami POTENSI SEBENAR DIRI, kami hanya membantu untuk mengenalpasti tahap kemampuan, anda yang MENGOLAHNYA!

world healers

Yuran kursus ulangan hanya RM 300.00 dan dengan nilai ini anda layak untuk menduduki ujian serta layak mendapat re-attunement tahap  Master secara PERCUMA.

Rebut peluang ini!!

Walaupun hanya 2 bulan sekali, elakkan dari menjadikan ia sebagai alasan!!

Seperti biasa, makan dan minum turut disediakan.

Untuk maklumat lanjut hubungi 017-333 2349. Urusan secara online boleh dilakukan disini – 7chakra E-shop

HF_WeWantYou

Leave a Comment more...

Retreat & Recharge Special Tahun Baru 2010

by on Dec.02, 2009, under Aura, Promo Terkini

bluemoon RNR

Akhirnya telah tiba!!

Adakah anda telah bersedia? Bersediakah anda untuk melangkah ke tahun 2010? Apakah persiapan yang telah anda persiapkan? Jika belum, marilah bersama dengan Master Dr. Mir Hazil Azran Ramli  di malam Retreat & Recharge Special. Sesi ISTIMEWA ini hanya diadakan setahun sekali.

Retreat & Recharge ini merupakan majlis ilmu TRANSFORMASI HIRAH DIRI yang merangkumi aspek fizikal, minda, emosi dan rohani seperti

  • Reiki Chi Yoga
  • Sesi Tazkirah
  • Meditasi Reiki
  • Self Healing
  • Group Healing
  • Doa akhir tahun & awal tahun
  • Self Charging

Keistimewaan sesi ini adalah kesemua pelajar / pengamal Reiki akan menerima Pengijazahan Semula (Re-Attunement) untuk Reiki Tahap 1 secara PERCUMA & berkumpulan (ramai yang pernah tengok sesi attunement secara ‘grouping’..)

Yuran kemasukan adalah RM 99.00. Aturcara bermula seawal jam 8:30 malam dengan makan & minum.

Sila ambil perhatian – Majlis ini akan bermula jam 9:00 malam tanpa mengambil kira mereka yang datang lambat. Jika anda jauh, sila datang awal & solat di Masjid / Surau yang berhampiran dengan IQBC.

Retreat & Recharge Special ini diadakan pada malam tahun baru 2010 & pada tarikh ini juga akan berlaku 1 fenomena alam yang cukup unik, ianya dikenali sebagai fenomena ‘blue moon’. Terdapat beberapa fakta istimewa yang boleh diperhatikan…

Fakta Istimewa 1:

  • Tahun baru 2010 jatuh pada tarikh 14 Muharam 1431 iaitu malam bulan purnama PERTAMA untuk tahun 1431.

Fakta Istimewa 2 :

  • Bulan purnama yang kali ke-13 untuk tahun 2009. (Kebiasaannya secara astronomi, bulan purnama hanya 12 kali sepanjang tahun)

Fakta Istimewa 3 :

  • Merupakan bulan purnama yang ke-2 pada bulan Disember 2009 (yang  pertama pada malam 2/12/2009 iaitu malam ini!!)

Fakta Istimewa 4 :

  • Berakhirnya dekad 2000 dan bermulalah dekad 2010

Kepada yang berminat, sila hubungi 03-5880 4349 / 017-333 2349 / 017-300 2349 dan pendaftaran nama hanya akan terima selepas pihak kami menerima pembayaran yuran kemasukan.  Tuan / Puan bolehlah membuat pembayaran yuran kemasukan ke dalam akaun Maybank milik Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd : 5121 0141 0391

Leave a Comment more...

Teknologi Foto Aura & Tawaran Hebat!!

by on Nov.14, 2009, under Aura, Promo Terkini

dr-tg-asmadi

Melihat aura melalui foto aura, bukan sahaja suatu pengalaman yang menyeronokan tetapi ia juga dapat digunakan sebagai satu diagnosis kesihatan bagi mengukur tahap gelombang tujuh warna dalam tubuh yang berkait rapat dengan kegunaan fizikal dan psikologi manusia.

Umpama berkenalan dengan diri sendiri, mengkaji rahsia diri – satu kehebatan kejadian Tuhan. Daripada Teknologi ini, beberapa perkara dapat dikenalpasti seperti :

  • kecenderungan
  • kehebatan
  • kelebihan
  • kekurangan

Juga kecenderungan warna personaliti dapat dikenal pasti sama ada ianya :

  • merah
  • jingga
  • kuning
  • hijau
  • biru
  • indigo
  • violet

Kecenderungan inilah yang membezakan antara :

  • sikap
  • perwatakan
  • cara berfikir
  • permasalahan

Sebagai contoh, para pemikir memliki gelombang tenaga kuning yang berlebihan yang menjadikan mereka bijak, hebat, berjaya, kaya dan berkedudukan. Namun begitu, secara fitrahnya tenaga yang digunakan secara berlebihan mula tidak stabil ataupun harmoni.

Kesan daripada itu, pada kebiasaan, mereka ini cenderung mengalami masalah seperti :

  • penyakit ginjal
  • kencing manis
  • gastrik
  • masalah sistem hati
  • masalah limpa

Yang mana simptomnya adalah seperti :

  • keguguran rambut
  • kerabunan
  • sakit pinggang atau belikat
  • panas baran
  • ego

Setiap warna memiliki kelebihan tersendiri, dan di mana ada kelebihan sudah pastilah hadir bersama kelemahannya.

Di Malaysia, kaedah diagnosis dan ilmu aura ini masih baru tetapi kian bercambah pesat. Tidak seperti negara-negara maju di barat, penggunaan foto aura ini bukan sahaja digunakan oleh pengamal perubatan alternatif, ia juga diterima pakai sebagai salah satu alat diagnosis penting di :

  • hospital moden
  • pusat sains sukan
  • jabatan sumber manusia
  • jabatan psikologi manusia
  • & lain-lain..

Sebagai contoh, beberapa hospital swasta di barat menggunakan kaedah diagnosis aura sebagai permeriksaan awal sebelum diagnosis fizikal dijalankan. Ini kerana sebarang bentuk ketidakseimbangan tenaga pada fizikal, minda dan emosi perlu diukur bagi menentukan kesesuaian rawatan susulan yang diperlukan oleh pesakit. Contohnya bagi pesakit kanser yang mengalami gangguan emosi dan minda yang dikenal pasti dari diagnosis aura, ia akan dirujuk kepada ahli psikologi bagi sesi kaunseling sebelum rawatan fizikal kanser dimulakan.

Secara ringkas, foto aura adalah diagnosis mengenai aura yang dilakukan menggunakan kamera khas dan sensor berteknologi tinggi bagi mengenal pasti tahap tenaga atau gelombang elektromagnetik yang dimiliki seseorang.

  • Kamera menyumbang sekitar 20 % maklumat

IMG_0605

  • Bio-sensor menyumbang sekitar 80 % maklumat

mesin pengimbas

Maklumat tersebut adalah seperti

  • Suhu badan
  • Getaran gelombang minda (EEG)
  • Getaran gelombang pada otot (EMG)
  • Getaran nadi atau jantung (ECG)
  • Sistem neurotransmisi dalam sistem saraf badan

Disebabkan itu, diagnosis dapat dilakukan tanpa kehadiran kamera, dimana ia hanya membantu melengkapkan sesi foto dengan imej individu serta lapisan pertama wap-wap air yang ada paling hampir dengan kulit tubuh. Kombinasi maklumat dari kedua-dua alat dihantar ke perisian aura pada komputer lalu divisualkan pada skrin warna-warna aura yang mewakili getaran gelombang yang berbeza-beza. Terdapat beberapa graf  dan data-data tambahan yang membantu bagi memahami tahap ketepatan diagnosis yang dijalani.

Secara keseluruhan, ilmu dan kemahiran diperlukan dalam mengendalikan alatan ini bagi mentafsir suatu bacaan aura yang dilakukan dengan tepat dan berasas.

-Artikel diambil / diolah dari buku AURA PERSONALITI WARNA

______________________________________________________________________

Sila ‘copy & print out flyers’ dibawah & bawa ke pusat rawatan kami sebagai BUKTI untuk mendapatkan POTONGAN HARGA bagi sesi konsultasi / diagnosis ANDA bersama PAKAR AURA – Dr. Master Mir Hazil Azran Ramli.

flyers promo rm80 color

Tawaran ini hanya untuk mereka yang membawa ‘flyers’ ini sahaja.

Rebutlah peluang keemasan ini sekarang !

Leave a Comment more...

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang AURA

by on Nov.12, 2009, under Aura

Salam kepada semua yang ingin mengetahui perkara-perkara penting tentang aura, dibawah adalah maklumat berkenaan. Moga dengan sedikit maklumat ini dapat memberi jawapan kepada persoalan anda tentang aura.

141112

  • Aura adalah medan arus elektromagnet yang berbentuk di luar objek yang memiliki sejumlah getaran gelombang tenaga di dalamnya.
  • Getaran gelombang ini berkait rapat dengan tahap tenaga pada minda, emosi dan fizikal.
  • Aura juga bertindak sebagai dinding atau perisai halus yang melindungi subjek fizik yang berada di dalamnya. Ianya seperti fungsi lapisan ozon pada bumi.
  • Aura yang sihat dan bersaiz besar dapat mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya, manakala aura yang nipis dan pecah memudahkan getaran gelombang negatif masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku.
  • Faktor tekanan hidup atau stres adalah salah satu manifestasi ketidakseimbangan tenaga pada aura tubuh manusia.
  • Aura tidak berhasil dengan sendirinya, tetapi merupakan urutan atau biasan tahap tenaga dari sumber tubuh objek fizik yang mengalirkan tenaga itu
  • Aura juga wujud pada hampir kesemua objek yang mengalirkan tenaga seperti tumbuhan, haiwan, air dan batu-batuan kristal.
  • Terdapat 7 lapisan aura pada sekeliling tubuh fizik manusia. Sebahagian lapisan mengikuti bentuk tubuh manakala selebihnya berbentuk bujur telur.

p/s : Maklumat ini boleh di ambil / ‘copy & paste’. Apa yang diharapkan hanya jangan lupa meletakkan ‘LINK’ artikel ini ke laman blog anda. Ini adalah untuk menjaga etika blogger.

Terima kasih

Master Lutfi – b/p : Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd

Leave a Comment more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!