Aura
Info Kesihatan : Khasiat Warna Pada Makanan?
by Admin on Nov.12, 2011, under Aura
Sememangnya setiap ciptaan Tuhan itu tidak sia-sia, kesemuanya mempunyai hikmah secara tersirat dan tersurat, kesemuanya mempunyai jawapan pada segala sudut, kesemuanya amat unik dan cantik. Warna juga adalah salah satu dari jutaan ‘ciptaan’ yang diciptakan oleh Tuhan.
Apakah yang dimaksudkan dengan WARNA?
Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum. Sains warna juga dipanggil sebagai kromatik; termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah sebagai cahaya).
(Apabila melibatkan warna, sudah tentulah ianya akan melibatkan perserpsi penglihatan dan artikel kali ini cuma akan berkongsi perihal warna sahaja)
Warna terdapat dimerata tempat di seluruh alam ini. Secara umumnya warna berfungsi untuk ‘memberitahu’ atau ‘menceritakan’ sesuatu seperti jika seseorang itu sedang marah maka wajahnya akan berubah menjadi merah (walaupun tidak seperti warna merah ini). Pendek kata, warna memainkan banyak peranan pada kehidupan manusia.
Begitu juga halnya dengan warna yang terdapat pada buah-buahan dan sayuran. Ianya bukan sekadar mencantikan buahan tersebut, malah ianya juga mempunyai cerita disebalik. Di dalam ilmu Bio-Energi Manusia, terdapat 7 chakra (pusat energi) yang diwakili oleh warna.
7 Chakra
Dasar : Merah
Sacral : Jingga
Solar Plexus : Kuning
Jantung : Hijau
Kerongkong : Biru
3rd Eye : Indigo
Mahkota : Ungu / Putih
Warna yang terdapat pada buah-buahan merupakan maklumat utama ibarat ‘nama folder’ yang didalamnya terdapat banyak ‘fail’ (khasiat) untuk chakra-chakra ini. ‘Fail atau maklumat’ ini merupakan energi yang diperlukan oleh pusat energi bagi memproses energi untuk kegunaan tubuh secara rohani dan jasmani.
Oleh itu, percayakah anda bahawa warna makanan yang anda pilih berperanan penting mengelak dari penyakit?
MERAH
Semua makanan berasaskan tomato – termasuk sos tomato dan salsa – memberikan banyak ‘lycopene’, sejenis anti-oksidan yang dapat mencegah kanser khususnya kanser prostat. Turut berada dalam kategori ini adalah jambu batu, ‘grapefruit’ merah jambu dan tembikai.
Cili juga sumber terbaik ‘beta karotin’ dan vitamin C. Ia lebih berkhasiat daripada cili Benggala, dan cili merah ada lebih ‘lycopene’ daripada cili hijau. Sebanyak 20 gram cili segar (anggara 2 tangkai) mengandungi 40 mg vitamin C, 100% daripada peruntukan makanan yang diperlukan dalam sehari. Selain daripada mengandungi ‘bioflavonoids’, cili juga mengingkatkan kadar metabolik yang menambah penghasilan ‘endorphins’ daripada otak.
Kata kunci
Merah : Lycopene, Bioflavonoids
JINGGA
‘Beta karotin’ yang terkandung di dalam makanan berwarna jingga meningkatkan kesihatan mata dan kulit. Antaranya adalah labu kuning, aprikot, lobak merah dan keledek. Mangga adalah sumber ‘beta karotin’ dan vitamin A yang dapat mencegah penyakit berjangkit dengan cara meningkatkan daya imuniti tubuh.
Kata kunci
Jingga : Beta karotin
JINGGA / KUNING
Buah-buahan ini tergolong juga di dalam kumpulan jingga serta kaya dengan ‘beta crytoxanthin’, sejenis anti-oksidan yang melindungi sel daripada kerosakan. Antara makanan kategori ini adalah limau (oren), betik, pic dan nenas. Betik mengandungi dua kali ganda vitamin C berbanding buah limau (oren).
Kata Kunci
Jingga / Kuning : Beta crytoxanthin, Vitamin C
HIJAU
Bahan makanan berwarna hijau mempunyai bahan kimia semulajadi seperti ‘isothiocyanates’ yang dapat menghindari kanser – ianya terdapat pada bok choy, brokoli, kubis, bunga kubis dan sawi hijau, ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’ yang dapat menghalang daripada terjadinya katarak – ianya terdapat pada jagung, timun (dengan kulitnya) kacang hijau, kacang buncis, pis hijau, cili benggala hijau atau kuning dan bayam.
Manakala kiwi pula kaya dengan vitamin C, ‘potassium’, serat, ‘phytochemicals’ dan ‘pectin’ yang mampu mengawal tahap kolesterol. Sebiji kiwi seberat 90 gram memberi 85 gram vitamin C, dua kali ganda daripada yang disyorkan untuk pengambilan seharian.
Asparagus pula kaya dengan ‘folate’, ‘beta karotin’ dan ‘potassium’. ‘Folate’ amat penting untuk wanita hamil juga dapat mengawal ‘homocysteine’ yang dikaitkan dengan penyakit. Sayuran seperti salderi, daun kucai dan batang bawang besar pula kaya dengan ‘flavonoids’ yang dapat melindungi daripada terjadinya kerosakan sel.
Kata kunci : Isothiocyanates, Lutein, Zeaxanthin, Potassium, Phytochemicals, Pectin
UNGU / PUTIH

Makanan ini mengandungi ‘anthrocyanins’, sejenis anti-oksidan yang kuat dan dapat menurunkan risiko penyakit jantung serta angin ahmar dengan mencegah berlakunya penbekuan darah. Antara makanan dalam kumpulan ini adalah ceri, terung, plam, prun, anggur ungu atau merah raspeberi, epal merah, kubis ungu, pir merah dan strawberi.
Bawang Putih dan bawang besar mengandungi ‘allicin’ yang dapat mencegah pengumpulan plelet pada saluran darah di jantung yang boleh mengakibatkan serangan angin ahmar. Cendawan pula ada ‘selenium’ untuk menghentikan penghasilan ‘oestrogen’ dan mencegah kanser payudara di kalangan wanita yang sudah menopaus.
Kata kunci : Anthrocyanins, Allicin, Selenium
Hebat sekali ‘benda-benda’ yang diciptakan oleh Tuhan ini… KAGUM!!
Aktifkan Money Magnet Anda
by Admin on Nov.24, 2010, under Aura, Info Kursus, Promo Terkini
Soalan : Apa itu aura?
Jawapan : Aura adalah medan elektromagnetik yang berada disekeliling tubuh manusia. Aura adalah manifestasi dari gerak kerja chakra.
Soalan: Apakah aura itu juga merupakan energi?
Jawapan : Ya, aura juga merupakan energi dan ianya boleh digunakan atau dimanipulasi untuk tujuan kebaikan kerana aura itu adalah MAGNET. Magnet ini sifatnya menarik dan menolak.
Soalan : Bagaimana hendak menggunakan magnet ini dengan BETUL dan TEPAT?
Jawapan : Minda dan Emosi (Rasa) perlu bersinergi + Aliran energi dalam 7 chakra perlu lancar = MAGNET DIRI yang KUAT. Jika 2 perkara ini dapat dilakukan maka anda hanya perlu tambah sedikit sahaja lagi iaitu PLAN SUKSES atau PLAN KAYA anda.
_____________________________________________________________________
Di atas adalah soalan biasa yang kerap ditanya oleh peserta yang menyertai Workshop Reiki 360 dan jawapan yang diberikan akan disertakan dengan TEKNIKNYA SEKALI, tidak hanya sekadar cakap-cakap kosong.
Soalan : Apa yang saya akan DAPAT dengan mengikuti workshop ini?
Jawapan : Anda akan dapat 4 perkara yang akan membuatkan anda menjadi lebih HEBAT!!
1. ILMU
- Ilmu yang akan pelajari adalah merupakan ilmu kepada sistem energi manusia.
- Anda juga akan menerima KUNCI untuk mengakses sistem energi diri sendiri.
- Ilmu inilah yang digunakan oleh ramai yang berjaya serta hebat.
- Ilmu ini jugalah yang dicari oleh orang-orang yang sedang giat membangunkan sasiah diri.
- Ilmu ini berusia lebih dari 5000 tahun.
- Ilmu yang merupakan IBU KUNCI kepada kuasa minda, kuasa emosi, Law Of Attraction, NLP dll.
- Ilmu yang merangkumi hal kesihatan.
2. KESIHATAN
- Pengijazahan Reiki (Reiki Attunement) merupakan makenisma rawatan pertama yang anda akan terima apabila mengikuti workshop ini. Pengijazahan ini akan menyelaraskan kembali chakra dan ini akan memberikan kesan kepada faktor kesihatan dan lain-lain termasuk soal kewangan anda.
- Tahap kesihatan akan mengalami perubahan ketara.
- Dengan ilmu yang dipelajari, anda akan dapat meningkatkan tahap kesihatan secara sendiri.
3. KEWANGAN
- Pengijazahan Reiki akan memberikan anda sedikit ekstra dari orang lain kerana anda telah diberikan kunci untuk menggunakan magnet diri untuk menarik wang & kekayaan datang kepada anda.
- Dengan ilmu yang dipelajari, anda akan dapat memahami bahawa kekayaan itu dalam sebenarnya didalam genggaman anda.
4. PERSONAL COACHING dari Dr. Mir Hazil Azran Ramli yang juga merupakan Reiki Chapter Leader Malaysia. Beliau telah lebih dari 13 tahun mengamalkan Reiki dan telah banyak mendapat manfaat dari ilmu ini.
___________________________________________________________________
KLIK SINI untuk mendaftar atau hubungi Master Lutfi 017-333 2349 atau Master Ismi 017-300 2349
Sekitar Kursus Reiki Tahap Master
by Admin on Sep.03, 2010, under Aura
Salam Aura Reiki,
Selesai sudah kursus Reiki Tahap Master yang dijalankan baru-baru ini pada bulan Ramadhan bertanggal 28 & 29 Ogos 2010. Dihadiri oleh 8 orang pelajar Reiki yang ingin menamatkan pengajian dan meneruskan pengkajian dalam perjalanan hidup bersama Reiki.
Saksikanlah sebahagian dari mereka melakukan Pengijazahan Reiki (Reiki Attunement) kepada Dr. Mir Hazil Azran. Setiap Reiki Master harus TAHU bagaimana cara melakukan attunement, jika tidak.. masakan layak bergelar REIKI MASTER???
-Master Lutfi-
Open your eyes for the Next Reiki Workshop
by Admin on Jul.12, 2010, under Aura, Info Kursus, Promo Terkini
Workshop Reiki 360
Tarikh : 24 Julai 2010
Tempat : Dewan Kuliah 1 IQBC
Masa : 9 pg – 5 ptg
Fasilitator : Dr Mir Hazil Azran Ramli
Yuran : RM 360
ISTIMEWA! – Sesi ‘Personal Coaching’ secara
‘Interpersonal’ bersama Dr Mir Hazil Azran Ramli
Sesi workshop yang padat dengan ilmu berkenaan sistem aliran tenaga hayat manusia serta info-info tentang aura bertujuan untuk meningkatkan pemahaman para peserta untuk menggunakan REIKI sebagai ‘tools’ untuk MENARIK, MENARIK & MENARIK energi ‘prosperity & abundance’ agar sentiasa RAPAT / MELEKAT di dalam lingkungan AURA DIRI
Maklumat pembayaran
Akaun Maybank : 5121 0141 0391 Atas nama : Innergy Quest Bio Concept Deposit : RM 100 untuk ‘booking’ tempat anda - Hubungi Master Lutfi di talian 017-333 2349 setelah membuat pembayaran –
Tempat terhad!!
Ralat : Gambar tidak dapat di-upload pada masa ini kerana terdapat masalah teknikal pada blog ini. Harap Maaf
Energi Reiki 360
by Admin on May.31, 2010, under Aura, Promo Terkini
Pencarian anda akan berakhir disini dan permulaan hidup baru anda akan bermula disini.
Disini anda akan didedahkan bahawa betapa LUASnya ilmu REIKI ini.
Rebutlah KUNCI ini, gunakan KUNCI ini untuk anda mencapai segala impian yang anda inginkan.
Kepuasan anda adalah kepuasan kami.
Kepada mereka yang telah kecewa dengan workshop / kursus yang menjanjikan macam-macam tapi sampai sekarang tiada hasil.. Disini merupakan tempat yang sepatutnya anda tuju dahulu…
Kami tidak menjanjikan JUTAAN RINGGIT, dan kami tidak menjanjikan sesuatu yang LUARBIASA melampau..
Kami hanya menjanjikan ENERGI, KETENANGAN & KEBAHAGIAAN
ENERGI adalah keperluan dan ENERGI ini yang akan mengaktifkan keseluruhan daya penggerak untuk mengecapi segala yang anda inginkan dalam hidup.
ENERGI ini yang akan memberi KETENANGAN kepada anda untuk berfikiran kreatif & aktif.
ENERGI ini yang akan memberikan KEBAHAGIAAN kepada anda kerana akan membersihkan anda dari segala ‘blockage’
ENERGI ini yang akan melonjakkan anda
ENERGI ini yang akan membuatkan anda menjadi seorang yang PENYABAR
ENERGI ini yang akan membuatkan akan menjadi seorang yang PENYANYANG & PENGASIH
ENERGI ini yang akan membuatkan anda menjadi seorang yang sentiasa BERSYUKUR
ENERGI ini yang akan membuatkan anda menjadi seorang jang JUJUR
ENERGI ini yang akan memjadikan anda seorang sentiasa berlaku BAIK sesama insan
ENERGI ini adalah….

Aura : Teknologi Aura Bio-Sensor
by Admin on May.04, 2010, under Aura, Promo Terkini
Konsultasi Aura (Aura Video Session /AVS)
Merangkumi penilaian Tahap Kesihatan berdasarkan ukuran Tahap Tenaga Tubuh & analisa kecenderungan Psikologikal berdasarkan Warna Aura Diri.
Amat berkesan untuk menilai KEKUATAN dan KELEMAHAN diri untuk tujuan mengenalpasti POTENSI DIRI.


Hanya di IQBC…..
Seputar Workshop Reiki 360 – Tahap 1 pada 24 April 2010
by Admin on Apr.27, 2010, under Aura, Info Kursus, Promo Terkini
Salam Aura Kedamaian, Salam kesejahteraan
Alhamdulillah, workshop ini telah berjalan dan berakhir dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua para peserta yang datang demi untuk mempelajari ilmu ini. Semoga dengan kursus ini sedikit sebanyak dapat membuka jalan kepada setiap persoalan mengenai SUKSES, KESIHATAN, KESEJAHTERAAN.
Workshop ini dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Mir Hazil (Reiki Chapter Leader – Malaysia) dan juga seorang pengamal Reiki yang amat berpengalaman.
Dengan ini kami paparkan beberapa gambar aktiviti sepanjang sesi workshop berjalan….
Praktikum Meditasi




Sesi Pengijazahan Reiki 360 Tahap 1




Praktikum Pengaktifan Energi Telapak Tangan

Sesi Mengukur Tahap Energi


Praktikum Self Healing





Sesi Fotografi bersama Reiki Chapter Leader – Dr Mir Hazil Azran Ramli

Berdiri dari kiri : Abd Hafiz Bin Abd Majid, Nor Zaihan Bin Bajuri, Zairul Bin Zan, Abd Majid Bin Hj Hassan, Kelly Chuah, Rohani Bte Shafie, Norarfah Binti Shamsuddin, Latifah Binti Sarbani, Siti Yuraida Binti Mohd Yusoff, Nor Muhd Afiq Bin Norzambri, Habibah Binti Abdul Wahab.
Duduk dari kiri : Fisal Bin Mahadzir, Dr. Mir Hazil Azran Ramli, Mohd Amir Za Bin Basar
Tarikh worshop seterusnya adalah pada :

Ayuh semua!!
Mari sertai workshop yang amat menakjubkan ini.
Segala ikhtiar & usaha anda akan menjadi lebih HEBAT dengan Reiki 360
Setiap apa yang anda FIKIR & RASA akan menjadi MAGNET dengan Reiki 360
Dengan MAGNET yang HEBAT, anda akan menarik lebih banyak KEKAYAAN
Baik kekayaan dalam bentuk WANG, ILMU, KASIH SAYANG dll… kesemuanya adalah MILIK ANDA!!
Call 017-333 2349 / 017-300 2349 untuk tempahan kerusi.
p/s : Jangan lupa malam esok kelas Sexual Kungfu akan berjalan seperti biasa dari jam 8:30pm – 10:30 pm, kepada yang berminat.. sila hadir dengan pakaian senaman..
Reiki 360 : Penyembuhan Holistik & Peningkatan Akselerator Magnet Diri
by Admin on Apr.13, 2010, under Aura, Info Kursus, Promo Terkini
Penyembuhan bermaksud ‘pulih dari sakit’. Sakit yang sering dimaksudkan pula adalah sakit dari permasalahan seperti sakit pinggang, sakit perut, sakit lutut, sakit mental sakit jiwa dll. Bagaimana pula halnya dengan isu perhubungan, soal kerjaya, isu harta benda dll isu yang berkaitan dengan diri ANDA? Adakah masalah ini tidak layak dikategorikan sebagai SAKIT? Jika anda mempunyai masalah-masalah itu adakah anda masih belum mengangapnya sebagai satu penyakit yang HARUS diSEMBUHkan?
PENYEMBUHAN 360 DARJAH & HOLISTIK
Penyembuhan yang merangkumi keSEMUA perkara yang berkaitan dengan DIRI ANDA seperti :
- soal kewangan
- soal perhubungan
- soal perasaan
- soal ‘dunia anda’
- soal kerjaya
- soal keluarga
- soal persekitaran
- soal harta benda
- soal kesihatan
- soal keselamatan
- soal kebahagian
- soal kejayaan
- soal kerohanian
- soal kesedaran
Pernahkah anda terfikirkan ‘bagaimana hendak SEMBUHkan kesemua SOAL diatas’? Atau anda hanya membiarkan ‘masa tetap berlalu tanpa sebarang usaha dari anda? Hampa????? Ataupun masih terdapat kekurangan dari apa yang anda usahakan itu?
APA ITU REIKI 360?
Reiki 360 adalah PENYEMBUHAN secara MENYELURUH ataupun HOLISTIK. Ianya diilhamkan secara KHAS untuk mereka yang ingin SEMBUH dari sakit-sakit yang dihadapi samada dari aspek fizikal, mental, emosi dan rohani. Ianya berfungsi untuk MELANCARKAN aliran ENERGI (chi) yang tersumbat, menompok, blockage di dalam jaluran energi (meridian) ataupun pusat energi (chakra). Juga turut meneutralkan kembali energi negatif kepada positif.
Kesan PENYEMBUHAN akan bermula seawal peringkat energi seterusnya ke peringakat REALITI. Reiki 360 turut berfungsi untuk menjadikan Medan Getaran Aura sebagai Magnet Accelerator yang berfungsi untuk menarik KUASA PENYEMBUHAN secara lebih TEPAT kepada ANDA!!
Dengan mendapatkan attunement Reiki 360 – Tahap 1, anda telah boleh mengaktifkan Magnet Accelerator anda, anda hanya perlu memberikan arahan minda kepada pusat energi dan fokuskan kepada APA yang ingin anda SEMBUHkan. (Maklumat terperinci akan diterangkan dalam sesi workshop)


FAEDAH & KESAN setelah MEMPELAJARI REIKI 360
Faedah yang akan dapat setelah mengikuti workshop Reiki 360 adalah seperti berikut :
- Peningkatan tahap / daya kepekaan kerohanian
- Peningkatan tahap / daya fokus
- Mereda / Mengurang / Menghilangkan tekanan pada minda
- Peningkatan tahap / daya Keyakinan Diri
- Merawat / Menyembuh stres / tekanan
- Mereda / Mengurang / Menghilangkan tekanan emosi
- Memperbaiki tahap & kualiti kesihatan
- Menghilangkan rasa gementar & gemuruh
- Meningkatkan tenaga ketika lesu
- Meningkatkan keupayaan Magnet Diri (Aura)
- Meningkatkan keberkesanan ubat & terapi lain
- Mengharmonikan tenaga perhubungan suami isteri & keluarga
- Mengeluarkan dan meneutralkan gangguan frekuensi pada tubuh
- Melancarkan aliran energi (setelah attunement)
- Memperbesarkan saiz Aura untuk tujuan Perisai Diri
- Memperbaiki kebocoran yang berlaku pada lapisan Aura
- dll bergantung pada tahap kreativiti masing-masing…
GETARAN ENERGI

Setiap apa yang diFIKIRkan menghasilkan getaran energi

Setiap apa yang diRASAi juga menghasilkan getaran energi

Setiap apa yang diLAKUkan turut menghasilkan getaran energi
Pendek kata, dari dalam hingga luar, dari duduk diam hingga bergerak lari, kesemuanya menghasilkan getaran energi. Persoalannya getaran APAKAH yang anda hasilkan? Perbezaan diantara orang GAGAL dengan orang BERJAYA terletak pada ‘bagaimana cara memperGUNAkan energi secara TEPAT?‘.
TUJUAN WORKSHOP
Workshop ini bertujuan untuk membantu mereka yang benar-benar ingin KELUAR dari belenggu yang merantai kehidupan. Belenggu SAKIT wang, SAKIT tidak dapat peluang niaga, SAKIT perniagaan tidak berjaya, SAKIT perhubungan tidak kekal lama & pelbagai SAKIT-SAKIT yang lain. Kami akan memastikan anda menjadi ORANG BARU selepas keluar dari bilik kuliah kami!
Workshop ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang perihal aura dari sudut saintifik dan apakah kesannya ke atas diri ANDA pada setiap hari. Anda juga berpeluang untuk mengetahui sebahagian dari sistem bio-energi manusia.
Buat yang berhajat, mulakan langkah anda dengan menyertai kami di sesi Workshop Reiki 360 – Tahap 1 dengan TAWARAN HARGA PALING NGETOP di PASARAN!
Yuran NGETOP – RM 360
Maklumat Workshop
Tempat : Bilik Kuliah 1 IQBC
Alamat : No 24C, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K, Seksyen 9 40100 Shah Alam, Selangor (Belakang Hotel Concorde)
Masa : 10 pagi – 5 petang
* Sijil, Manual B. Melayu, Buku Nota akan disediakan
PERCUMA POSTER TEKNIK REIKI
- Team Terjah IQBC Sdn Bhd -
017-333 2349
017-300 2349
Hubungi Segera Untuk Mendapatkan Tempat!

Seputar Sesi Konsultasi Aura
by Admin on Apr.05, 2010, under Aura, Info Kursus, Promo Terkini
Sesi konsultasi aura merupakan sesi yang tersangat peribadi. Segala kupasan maklumat peribadi pelanggan adalah perkara yang diklasifikasikan sebagai SULIT. Ini merupakan perkara yang harus diketahui dan difahami oleh pelanggan sebelum memasuki bilik konsultasi. Walaubagaimanapun, pelanggan BERHAK untuk membawa teman jika temannya itu merupakan seseorang yang rapat dengannya ataupun seseorang yang dipercayai.
Sesi konsultasi ataupun diagnosis secara keseluruahnnya merupakan sesi untuk mengukur tahap TENAGA yang terdapat pada manusia.
Imbasan akan mengambil masa sekitar anggaran kurang dari 5 minit sahaja dan keputusan warna aura akan terpapar di skrin monitor komputer. Imbasan ini akan dilakukan menggunakan peralatan Aura Bio-Sensor.
Apa itu Aura?
Sebelum memulakan kupasan, pelanggan akan diterangkan dengan sedikit fakta secara umum berkenaan aura dan sistem bio-energi manusia. Ini untuk memudahkan pelanggan untuk memahami kupasan yang akan diterangkan selanjutnya.
Perkara pertama yang akan dikupaskan adalah berkenaan aura personaliti pelanggan. Terdapat beberapa perkara yang akan diperiksa seperti warna aura, saiz aura dan masalah kebocoran aura.
Warna Aura
Warna aura yang terang dan bersinar menunjukkan keadaan yang bagus, manakala warna yang suram dan keruh menunjukkan terdapat permasalahan dan radiasi. Aura personaliti pelanggan juga telah dapat ditentukan sama ianya tergolong dalam warna sejuk atau panas. Penerangan tentang aura personaliti pelanggan telah memasuki fasa pertama.

Contoh warna aura yang suram pada bahagian kiri tubuh
Saiz Aura
Faktor ini memainkan peranan penting. Saiz 50% ke atas menunjukkan saiz yang bagus dan 50% ke bawah menunjukkan terdapat permasalahan. Pelanggan akan diterangkan berkenaan FUNGSI AURA sebagai sebahagaian dari mekanisma pertahan atau perisai halus pada tubuh.

Masalah Kebocoran Aura
Kebocoran aura boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Contoh punca kobocoran aura dari faktor dalaman adalah disebabkan dari gelombang perasaan / pemikiran negatif seseorang itu sendiri. Dengan bahasa mudahnya ’seseorang itu dengan sendirinya ”membuka laluan” untuk energi negatif masuk ke dalam lingkaran medan tenaganya (aura)’. Ini kerana aura juga memainkan peranan sebagai magnet selain dari perisai halus. Contoh kebocoran aura dari faktor luaran pula adalah disebabkan oleh pendedahan terlalu lama dengan peralatan yang menghasilkan Electro Magnetic Field yang tinggi. Sebagai contohnya komputer, telefon bimbit, pencawang penjana elektrik dll.

Contoh lapisan aura yang mengalami kebocoran pada bahagian atas kepala.
Pusat Tenaga (Chakra)
Seterusnya kupasan berkenaan pusat tenaga akan dilakukan. Pelanggan sekali lagi akan diterangkan secara umum tentang segala fungsi chakra dan kaitannya aura, sistem kelenjar (kelenjar menghasilkan hormon dan hormon memberi kesan ke atas fizikal serta psikologi manusia) dan juga sistem bio-energi manusia. Antara perkara yang diberi perhatian adalah seperti tahap peratus tenaga pada chakra, saiz dan bentuk chakra, warna chakra serta peratus keseluruhan tahap aura dan chakra.
Tahap Peratus Tenaga Pada Chakra
Pelanggan akan dapat mengetahui secara jelas tentang tahap peratusan tenaga yang terdapat pada chakranya. Diagnosis hanya akan memberi penumpuan pada peratus tenaga yang rendah.
Tahap 30% ke bawah merupakan peratusan yang rendah dan sememangnya terdapat masalah baik secara fizikal mahupun psikologi. Perlulah diketahui bahawa diagnosis ini tidak bertujuan memberikan nama jenis penyakit tetapi ianya lebih menjurus ke arah mengenalpasti zon yang mempunyai masalah. Zon ini diwakili oleh satu chakra. Chakra ini mewakili sistem fizikal serta faktor psikologi. Kebiasaannya pada tahap 30% ke bawah ini seseorang itu mempunyai masalah-masalah pada tubuh fizikal dan psikologi.
Tahap 60%, 50% dan 40% merupakan peratusan tahap sederhana, namun ianya masih belum didalam kategori ’selamat’. Ini kerana manusia pada abad ini terdedah dengan begitu banyak radiasi buatan sendiri, corak pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat – kurang bersenam dll.
Tahap 70% hingga 100% merupakan tahap peratusan yang paling ideal. Untuk mendapatkan tahap peratusan yang tinggi seperti ini, seseorang itu harus mengekalkan corak pemakanan yang seimbang lagi menyihatkan, gaya hidup yang sihat dan mengamalkan senaman sebagai rutin harian.
Bentuk Chakra
Bentuk yang terdapat pada chakra juga turut dianalisa dan melalui teori menyatakan bahawa bentuk chakra yang sihat adalah bulat seperti roda. Jika terdapat chakra yang mempunyai bentuk yang selain dari bulat, kemungkinan besar chakra tersebut mengalami masalah atau stres dari konteks energi. Samada mengalami lebihan energi ataupun kekurangan energi. Perubahan bentuk adalah berkemungkinan dari hambatan tenaga yang berlaku.
Warna Chakra
Pada asasnya warna chakra ada seperti :
Chakra Dasar (Base) – Merah
Chakra Emosi (Sacral) – Jingga
Chakra Sukses (Solar Plexus) – Kuning
Chakra Jantung (Heart) – Hijau
Chakra Komunikasi (Throat) – Biru
Chakra Sensual (Third Eye) – Indigo
Chakra Spiritual (Crown) – Violet
Jika terdapat perubahan pada warna chakra contoh : chakra jantung (hijau) berubah kepada warna biru menunjukkan chakra tersebut mengalami stress dari konteks tenaga.
Seterusnya pelanggan akan diberikan nasihat serta tips penjanaan aura dan chakra yang mana ianya juga merupakan perkara yang pelanggan HARUS TAHU demi untuk mencapai tahap kesihatan yang seimbang baik dari segi fizikal mahupun psikologikal.
Artikel oleh Master Lutfi
Bicara Reiki : Attunement a.k.a Penyelarasan Energi
by Admin on Feb.23, 2010, under Aura

Reiki merupakan satu ilmu yang cukup unik. Keunikan ini telah meletakkan Reiki setaraf dengan ‘ilmu hikmah’ yang lain. Keunikan Reiki juga terletak pada attunement atau penyelarasan energi. Seseorang itu boleh mempelajari / mendapatkan maklumat berkenaan Reiki melalui pembacaan, google, sembang-sembang dengan pengamal.. tetapi masih tidak dapat mempraktikkan / melakukan Reiki kerana tidak mendapat attunement. Attunement boleh dilakukan dengan penuh langkah tertib sehingga ke paling ‘sempoi‘ seperti berjabat tangan.. Di MIR pelajar akan diberi attunement secara penuh tertib.
Attunement merupakan perkara yang harus dirasai oleh setiap pelajar Reiki, ianya adalah mekanisma PENTING dalam menjadi seorang pengamal Reiki. Attunement atau Penyelarasan Energi diperlukan kerana dengan attunement, pusat tenaga (chakra) akan diselaraskan dan dibersihkan dari tumpukan energi yang kotor, merungkai hambatan fizikal, minda, emosi dan energi. Penyelarasan energi bukanlah gerakkerja membuka pusat tenaga, tetapi ianya lebih kepada gerak kerja ‘adjustment‘.
Dengan mendapat attunement, hambatan tenaga yang ada pada seseorang itu juga secara tidak langsung akan dibersihkan dan attunement seperti ini dinamakan sebagai Healing Attunement. Teknik ini akan dipelajari pada tahap Reiki Master. Penyembuhan merupakan satu proses gerak kerja tenaga dan ianya turut terikat dengan faktor masa, tahap kestabilan energi, ritma tubuh dan tahap psikologi. Dengan mendapatkan attunement sekurang-kurangnya mampu untuk ‘melegakan’ sebahagian TEKANAN BERAT yang telah lama menumpuk pada jaluran dan pusat tenaga.
Haruslah diketahui bahawa selepas mendapatkan attunement seseorang itu tidak akan menjadi pandai, hebat, atau kuat secara serta-merta. Saya ulangi, attunement merupakan proses PENYELARASAN TENAGA. Ramai yang beranggapan dengan mendapat attunement (contohnya attunement Reiki tahap 1 hingga Master dalam 1 hari) maka akan menjadi akan menjadi hebat. Manusia akan menjadi HEBAT dengan MENGHAYATI dan MEMAHAMI apa yang anda lakukan. Walaupun telah mendapat attunement, seseorang itu masih perlu belajar dari pejalanan pengalaman sendiri serta orang lain.
Attunement juga boleh dilakukan secara jarak jauh. Di MIR, attunement jarak jauh hanya akan diberikan hanya kepada mereka yang pernah mempelajari Reiki Tahap 1 & 2 sebagai syarat ini kerana mereka PERNAH mendapat attunement serta MERASAINYA secara hadir diri atau jarak dekat. Contoh untuk attunement jarak jauh adalah attunement Nur Reiki Salam Tahap Lanjutan.
Syarat untuk melakukan attunement adalah – attunement hanya boleh dilakukan oleh Master Reiki sahaja. Untuk menjadi Master Reiki seseorang itu perlu mandapat penyelarasan tenaga terlebih dahulu.

Master Lutfi















