• facebook
  • youtube
  • mail

Buku Yang Paling UNIK!

aura_LRG

Sudah hampir setahun buku AURA PENYEMBUHAN REIKI berada di pasaran luar sana. Cetakan kedua sudah pun dilakukan oleh pihak PTS. Kenapa buku ini dikatakan sebagau UNIK? Apa yang UNIKnya? Buku ini ditulis berdasarkan kesedaran REIKI UNTUK SEMUA.. Juga untuk memakmurkan lagi gelanggang Reiki dengan buku / bahan ilmu / pemahaman yang tepat dan jika tiada halangan, ianya bakal menjadi silibus pengajian peringkat diploma.

Itu cerita akan datang.. apakah pula cerita yang sedang berlaku?

Buku APR (Aura Penyembuhan Reiki) ini menjadi UNIK kerana ramai pembaca yang boleh mempelajari / memahami / mendalami Reiki hanya dengan membaca buku tersebut, ini kerana ISI KANDUNGAN buku tersebut merupakan 80% dari ISI Kursus Reiki Tahap 1 & 2. Akan tetapi ianya masih tidak lengkap tanpa PENYELARASAN TENAGA a.k.a Attunement dan juga ilmu ini haruslah dipelajari dengan kehadiran GURU / MASTER TEACHER yang berkelayakan.

Contoh mudahnya begini :-

1) Baca buku Reiki -(tolak)  Belajar dari Guru / Master - Penyelarasan Energi (Attunement) = Faham 20%

  • Sekadar membaca sahaja. Dari sudut positif ianya merupakan saat perkenalan dengan dunia / ilmu Reiki. Berkat pembacaan yang terus ke hati akan menemukan para pembaca dengan jawapan yang dicari.

2) Baca buku Reiki + Penyelarasan Energi (Attunement) - Belajar dari Guru / Master = Faham 50%

  • Baca & dapat Penyelarasan Energi (Attunement) tanpa belajar dari Guru / Master juga masih tidak memenuhi piawai yang dikehendaki dalam mendalami ilmu Reiki. Kehadiran Guru / Master dapat membantu menyelesaikan soalan-soalan ‘cepu emas’ yang banyak bersimpul-simpul didalam fikiran.

3) Baca buku Reiki + Attunement + Belajar dari Guru / Master = Faham 80%

  • Kenapa hanya 80%? Bukankah sudah BERGURU? Benar sudah berguru dan baki 20% itu adalah PENGALAMAN PERIBADI dalam menjadi pelajar / pengamal Reiki.

Nampaknya peranan ‘Belajar dari Guru / Master’ merupakan KUNCI UTAMA untuk faham 80% mengenai Reiki. Pendek kata, belajar Reiki harus ada Guru / Master yang akan membimbing / tunjuk ajar.

Statistik diatas hanya untuk mereka yang masih kosong (zero) berkenaan ilmu berkaitan DAYA TENAGA. Ini kerana diluar sana masih terdapat banyak lagi FAKTA yang SILAP / SALAH berkenaan Reiki dan kami seperti biasa akan bertindak memperbetulkan kesilapan / kesalahan yang bukan / tidak dilakukan oleh kami.

Lain-lain keUNIKan adalah seperti

  • Pertama seumpamanya dalam Bahasa Melayu (Ada buku Reiki yang lain dalam B.M?)
  • Ditulis oleh warga Malaysia yang juga merupakan Presiden Reiki Malaysia

Dalam erti kata lain, buku ini memang lain daripada yang lain. Ianya bukan seperti buku2 yang ‘biasa-biasa’.. perkara ini dapat dilihat kerana buku ini bukanlah buku motivasi diri tetapi ianya merupakan buku belajar Reiki dari¬† A-Z dalam bentuk teknikal dan jika dilihat dari tajuk rak buku di kedai buku, anda akan mendapati buku ini berada bersama buku-buku motivasi yang lain. Ini kerana masih TIADA buku yang seumpamanya / sealiran / serupa dengannya dalam B.M di Malaysia ini. Buku ini mempunyai KEKUATAN yang TERSENDIRI!

pearls

Untuk makluman semua, kepada mereka yang akan menghadiri Majlis Ilmu Retreat & Recharge pada malam 31/12/2009 dan ingin turut serta dalam Pengijazahan Reiki secara berkumpulan (Reiki Group Attunement), adalah dinasihatkan agar membeli buku APR sebagai ‘pembuka laluan’ untuk mempraktikkan Reiki dirumah / pejabat / dalam kereta / atau dimana-mana sahaja.. Boleh dapatkan ia di pejabat kami..

aura_LRG

Isi Kandungan

  • Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
  • Kata Pengantar
  • Pendahuluan
  • Pengenalan

Bab 1

  • Apa Itu Reiki
  • Tenaga Kehidupan – Cahaya
  • Hubung Kait Cahaya – Tenaga – Warna
  • Warna Itu Tenaga

Bab 2

  • Sistem Bioenergy Manusia
  • Sistem Antena Tubuh
  • Sistem Aura Manusia
  • Teknologi Foto Aura
  • Teknik Penjagaan Aura
  • Pemakaian Sebagai Aksesori
  • Sistem Chakra Manusia
  • Kedudukan Tujuh Chakra Utama
  • Penjagaan Chakra
  • Aliran Tenaga Hayat – Kundalini
  • Jaluran Tenaga – Nadi Atau Meridian

Bab 3

  • Reiki dan Kupasan Ilmiah
  • Terapi Tenaga
  • Terapi Kerohanian
  • Reiki di Hospital
  • Terapi Tenaga + Terapi Keharmonian = Reiki
  • Ilmu Sains Reiki
  • Faedah Reiki
  • Mempelajari Reiki
  • Pengijazahan Reiki

Bab 4

  • Sejarah dan Prinsip Reiki
  • Penemuan
  • Keajaiban Bermula
  • Perkembangan Awal Reiki
  • Dr. Chujiro Hayashi
  • Hawayo Takata
  • Pengenalan kepada Reiki
  • Prinsip-prinsip Reiki
  • Rahsia disebalik Lima Prinsip Reiki
  • Salasilah Reiki
  • Kronologi

Bab 5

  • Pernafasan dan Meditasi
  • Teknik Pernafasan
  • Gambar Rajah Proses Pernafasan
  • Praktikal – 1
  • Meditasi
  • Sains dan Seni Meditasi
  • Sistem Autonomik Tubuh
  • Kaedah Melakukan Meditasi
  • Praktikal – 2
  • ‘Tenaga Suci’
  • Membangkitkan Tenaga Stamina ‘Tenaga Suci
  • Naluri, Rasa dan Tenaga
  • Praktikal – 3
  • Gerak Tubuh
  • Peningkatan Rasa dan Naluri

Bab 6

  • Seni Penyembuhan dan Keharmonian Aura Diri Sendiri
  • Isu yuran Reiki
  • Panduan Penggunaan Reiki 1
  • Rajah Anatomi Tubuh
  • 21 Hari Proses Pembersihan

Bab 7

  • Seni Penyembuhan dan Keharmonian Aura untuk Semua
  • Penggunaan Simbol Reiki
  • Otak Manusia
  • Otak Kiri dan Otak Kanan
  • Gelombang Otak
  • Minda Separa Sedar
  • Simbol sebagai Bahasa Minda
  • Simbol-silbol Reiki
  • Panduan Penggunaan Reiki 2
  • Menggunakan Reiki bagi Penyembuhan Jarak Jauh (Teknik Lanjutan)
  • Scanning (Menganalisis Secara Imbasan Tangan)

Bab 8

  • Penyembuhan Bersama Reiki
  • Serangan Asma
  • Kebocoran Tenaga Tubuh
  • Insomnia
  • Stres dan Depresi
  • Saya dan Seekor Anak Kucing
  • Kepelbagaian Penggunaan Reiki

Bab 9

  • Soal Jawab Reiki
  • Isu, Persoalan dan Jawapan

Bab 10

  • Reiki Malaysia
  • Hala Tuju Reiki di Malaysia
  • Reiki dan Salah Tanggapan Masyarakat

Ada 10 bab kesemuanya.. buku ini mampu membantu anda untuk mengenali Reiki dengan lebih dekat lagi….

ball_of_light

Lutfi