Reiki 7Chakra

Bicara Reiki : Attunement a.k.a Penyelarasan Energi

by on Feb.23, 2010, under Aura

reiki_Full

Reiki merupakan satu ilmu yang cukup unik. Keunikan ini telah meletakkan Reiki setaraf dengan ‘ilmu hikmah’ yang lain. Keunikan Reiki juga terletak pada attunement atau penyelarasan energi. Seseorang itu boleh mempelajari / mendapatkan maklumat berkenaan Reiki melalui pembacaan, google, sembang-sembang dengan pengamal.. tetapi masih tidak dapat mempraktikkan / melakukan Reiki kerana tidak mendapat attunement. Attunement boleh dilakukan dengan penuh langkah tertib sehingga ke paling ‘sempoi‘ seperti berjabat tangan.. Di MIR pelajar akan diberi attunement secara penuh tertib.

Attunement merupakan perkara yang harus dirasai oleh setiap pelajar Reiki, ianya adalah mekanisma PENTING dalam menjadi seorang pengamal Reiki. Attunement atau Penyelarasan Energi diperlukan kerana dengan attunement, pusat tenaga (chakra) akan diselaraskan dan  dibersihkan dari tumpukan energi yang kotor, merungkai hambatan fizikal, minda, emosi dan energi. Penyelarasan energi bukanlah gerakkerja membuka pusat tenaga, tetapi ianya lebih kepada gerak kerja ‘adjustment‘.

Dengan mendapat attunement,  hambatan tenaga yang ada pada seseorang itu juga secara tidak langsung akan dibersihkan dan attunement seperti ini dinamakan sebagai Healing Attunement. Teknik ini akan dipelajari pada tahap Reiki Master. Penyembuhan merupakan satu proses gerak kerja tenaga dan ianya turut terikat dengan faktor masa, tahap kestabilan energi, ritma tubuh dan tahap psikologi. Dengan mendapatkan attunement sekurang-kurangnya mampu untuk ‘melegakan’ sebahagian TEKANAN BERAT yang telah lama menumpuk pada jaluran dan pusat tenaga.

Haruslah diketahui bahawa selepas mendapatkan attunement seseorang itu tidak akan menjadi pandai, hebat, atau kuat secara serta-merta. Saya ulangi, attunement merupakan proses PENYELARASAN TENAGA. Ramai yang beranggapan dengan mendapat attunement (contohnya attunement Reiki tahap 1 hingga Master dalam 1 hari) maka akan menjadi  akan menjadi hebat. Manusia akan menjadi HEBAT dengan MENGHAYATI dan MEMAHAMI apa yang anda lakukan. Walaupun telah mendapat attunement, seseorang itu masih perlu belajar dari pejalanan pengalaman sendiri serta orang lain.

Attunement juga boleh dilakukan secara jarak jauh. Di MIR, attunement jarak jauh hanya akan diberikan hanya kepada mereka yang pernah mempelajari Reiki Tahap 1 & 2 sebagai syarat ini kerana mereka PERNAH mendapat attunement serta MERASAINYA secara hadir diri atau jarak dekat. Contoh untuk attunement jarak jauh adalah attunement Nur Reiki Salam Tahap Lanjutan.

Syarat untuk melakukan attunement adalah – attunement hanya boleh dilakukan oleh Master Reiki sahaja. Untuk menjadi Master Reiki seseorang itu perlu mandapat penyelarasan tenaga terlebih dahulu.

highres_7625818

Master Lutfi

1 comment for this entry:

Leave a Reply

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!