Bicara Reiki: 4 Perkara Yang Saling Memerlukan
by Admin on Jan.24, 2010, under Promo Terkini

Reiki secara umumnya adalah merupakan seni / teknik rawatan / penyembuhan yang cukup mudah untuk dilakukan. Ianya tidak memerlukan sebarang peralatan bantuan / sokongan. Pengamal hanya perlu meletakkan telapak tangan ke bahagian tubuh yang hendak dirawat. Apa yang perlu hanya melakukan rawatan dalam keadaan tenang walaupun dalam keadaan yang mencemaskan. Cukup mudah.
Walaubagaimanapun, tenaga alam yang hendak digunakan ini merupakan tenaga halus dan melalui latihan secara berterusan, pengamal dapat MERASAI / MENGENALPASTI aliran tenaga ini. Terdapat 4 perkara yang saling memerlukan dalam menjadi pengamal Reiki.
#1 – Ilmu
- Pertamanya adalah Ilmu Reiki itu sendiri. Pengamal perlu mendalami apa itu Reiki secara teori.
- Keduanya adalah perkara yang berkaitan dengan Reiki. Terdapat banyak perkara yang mempunyai kaitan dengan Reiki samada secara langsung ataupun tidak. Sebagai contohnya Ilmu Tenaga Hayat, ianya bukanlah Ilmu Reiki, akantetapi ianya mempunyai kaitan yang amat ketara dengan ilmu Reiki. Dari sudut kehidupan seharian juga terdapat beberapa kaitannya dengan ilmu Reiki.
- Ilmu juga boleh didapati melalui perkongsian maklumat pengalaman bersama rakan-rakan yang sealiran.
- Di Malaysia ini Reiki dapat dipelajari dengan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh IQBC. lmu merupakan perkara penting dalam semua perkara. Di dalam menjadi Pengamal Reiki, ilmu banyak memainkan peranannya.
#2 – Pengijazahan Reiki
- Pengijazahan (attunement) atau Penyelarasan Tenaga amat diperlukan dalam mempraktikkan ilmu Reiki. Di sini terletaknya KEUNIKAN ilmu Reiki itu.
- Tanpa pengijazahan, ilmu Reiki tidak dapat dipraktikkan. *
- Pengijazahan bukan bererti “membuka chakra” kerana chakra manusia sememangnya sejak dari lahir telah saling ‘buka dan tutup’ secara fitrahnya.
- Perlulah diketahui bahawa setelah mendapat pengijazahan, seseorang itu masih perlu belajar teori Reiki sehingga benar-benar faham agar tidak keliru.
#3 – Pengalaman
- Kebijaksanaan datang melalui pengalaman. Reiki juga tidak terlepas dari pengalaman pengamalnya.
- Dengan beramal, pengalaman akan terbina secara sendirinya.
- Pengalaman seseorang pengamal juga berbeza-beza.
- Pengalaman mengajar pengamal untuk menjadi lebih baik dari yang terbaik.
- Pengalaman merupakan GURU yang akan bersama anda sehingga ke akhir hayat.
# 4 – Menjiwai
- Ini merupakan aspek yang PALING penting didalam menjadi Pengamal Reiki malah didalam semua perkara / hal sekalipun. Melakukan sesuatu perkara dengan MENJIWAINYA adalah lebih bermakna. Perbuatan yang dihadirkan bersama jiwa akan menghasilkan sesuatu yg HIDUP.
Keempat perkara di atas adalah saling memerlukan. Terdapat juga perkara lain yang boleh digunakan bersama… Nantikan artikel selanjutnya dalam tajuk BICARA REIKI. Jumpa lagi..






