Angker : Gangguan Entiti
by Admin on May.12, 2011, under Uncategorized
Pembersihan energi kawasan juga termasuk didalam bidang yang disediakan oleh ilmu Reiki. Kali ini saya akan kongsikan pengalaman saya bersama Master Ismi sewaktu melakukan sesi pembersihan energi di rumah pelanggan kami pada 11 Mei 2011.
Angker : Gangguan Entiti
Gangguan telah bermula sejak dari tahun 2009
Rumah yang diganggu : 21, Kelana Jaya
Jenis rumah : Teres dua tingkat
Jumlah penghuni : 8 orang
Jenis gangguan (berdasarkan aduan):
- Auditori – Bunyi tapak kaki, bunyi suara bernafas yang berat (seperti orang mengah)
- Visual – Penampakan kelibat, penampakan entiti hitam, besar dan berbulu lebat
- Kinestetik – Cuit ibu jari sewaktu tidur, tarik selimut
- Lain-lain – Sekali sekala ada bau busuk seperti bangkai, beberapa penghuni rumah mengalami sakit kepala
Zon KERAS
Zon ‘KERAS’ aras 1 : Setor di bahagian belakang rumah
Zon ‘KERAS’ aras 2 : Bilik tidur di bahagian belakang rumah
Kedua-dua zon ini berada pada zon yang sama cuma berlainan aras.
Maklumat Scanning
Menurut hasil scanning dari Master Ismi ditempat kejadian, rumah mereka itu menjadi ‘laluan’ entiti tersebut. Saya juga turut berasa sedikit pening-pening sewaktu melakukan scanning pada bilik tidur aras 2. Sewaktu inilah ‘pesanan’ di transmit kepada entiti agar bersedia untuk dipindahkan
Tindakan Pembersihan
1) Pembersihan secara metafizik (Master Luthfi) : Sesi pembersihan dimulakan oleh saya secara metafizik melalui ‘floor map’ yang dilukis. Bertujuan agar kesemua entiti yang ‘singgah’ itu tidak terlepas. Proses mengumpul bermula
2) Pembersihan secara fizik (Master Ismi) : Menyembur air campuran Minyak s7 + Bacaan doa dari Master Ismi. ‘Spray’ pada setiap ruang di rumah tersebut. Bertujuan untuk membersihkan saki baki yang tertinggal
3) ‘Clon’ rumah baru beserta mencipta ‘laluan’ baru (Master Luthfi) : Proses pemindahan dilakukan
4) Memagar dan Mengunci 6 penjuru rumah asal (Master Ismi) : Proses pembersihan tamat
Sesi berakhir setelah hampir 1 jam proses pembersihan. Alhamdulillah, tiada berlaku kesurupan atau gangguan yang bercorak ganas sewaktu ‘kami membersihan’ kediaman tersebut. Rundingan kami berjalan dengan aman tanpa gangguan kasar.
Akhir sekali kami berdua solat mahgrib di surau berdekatan dan berdoa kepada Allah s.w.t meminta agar seisi keluarga ini dilindungi oleh-Nya.
- Master Luthfi -







