Reiki 7Chakra

Tag: Rawatan

Program Rawatan Percuma

by Admin on Jul.08, 2009, under Info IQBC, Promo

cooltext4279596871

Pada 04hb Julai 2009 yang lalu, IQBC Sdn Bhd sebagai pemacu REIKI-i MEDIC (Pusat Rawatan Reiki) telah mengadakan Program Rawatan PERCUMA terbuka untuk umum. Alhamdulillah, majlis telah mendapat respon dengan kehadiran lebih 25 orang. Ada yang dikalangan mereka yang telah mendalami ilmu Reiki dan ada yang baru pertama kali nak berkenalan dengan terapi ini.

selfhealing-blog

Saya bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada yang memerlukan. Selain bertujuan untuk membantu sekadar yang termampu, program ini juga merupakan wadah ikhtiar untuk memperkenalkan terapi ulung ini kepada umum agar lebih makmur. Ramai yang belum mengenali Terapi Reiki, apatah lagi memahami bagaimana ia mampu menjadi suatu solusi untuk penyembuhan.

Ramai dikalangan kita yang memerlukan pelbagai bentuk penyembuhan untuk berbagai permasalahan samada bersifat fizikal mahupun psikologi. Ramai yang tercari-cari kaedah yang bersifat komplementari untuk menjadi solusi atau penawar bagi isu mereka. Dalam pencarian tersebut, ada ‘jalan’ yang sulit dan ada ‘jalan’ yang mudah. Segalanya menuntut kesungguhan dan kesabaran hinggakan kadang-kala isu mencari penawar yang sesuai menjadi satu lagi masalah atau penyakit. Akhirnya ada yang kecewa akibat tertipu dengan dakyah penipuan. Penawar yang dicari tak ketemu, masalah lain pula yang timbul.

MENYEDARI HAL SEBEGINI MENJADIKAN SAYA OPTIMIS UNTUK MERENCANAKAN PROGRAM “TERAPI PERCUMA” INI KEPADA UMUM. Ini memberi platfom untuk mereka yang memerlukan bertemu cabang solusi untuk dicuba. Ini juga membantu untuk mereka yang mahu tapi tak tahu (faham) untuk menilai. Tak kenal maka tak CINTA. Tak cuba maka tak FAHAM dan TAK DAPAT SOLUSINYA.

Mudah-mudahan ramai yang mendapat manfaatnya. Saya mendoakan PENYEMBUHAN buat mereka yang telah mendapatkan rawatan tempohari. Kepada yang BERMINAT untuk mendapatkan SESI RAWATAN PERCUMA INI, kunjungilah REIKI-i MEDIC di Shah Alam pada setiap SABTU (malam) MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN. Sila hubungi Master Lutfi 017-333 2349 atau Master Ismi 017-300 2349 untuk maklumat lengkap.

Master G

ps: untuk makluman, saya mengaplikasikan Reiki Sufistik @ Nur Reiki Salam serta berbagai kaedah lain dalam sesi rawatan saya.


Leave a Comment :, more...

Reiki : Teknik Khusus Dalam Menangani Tekanan (Stress)

by Admin on Jun.25, 2009, under Uncategorized

sakit-jiwa2Tekanan datang dalam pelbagai bentuk. Ianya merupakan sebahagian dari gaya kehidupan pada alaf ini. Gaya kehidupan yang kurang sihat, keadaan persekitaran yang tidak selesa, udara yang tidak bersih, faktor kewangan dan kurang kepuasan dalam kerjaya adalah antara faktor penyumbang kepada wujudnya masalah tekanan ini.

Laporan statistik dari Kementerian Kesihatan berkenaan sakit mental ringan kepada skizofrenia pada 20 Jun 2009 menunjukkan seramai 397,010 individu yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar psikiatri di hospital kerajaan, berbanding 324,344 pada 2007. Peningkatan ini amat membimbangkan dan ianya semakin meruncing.

Aspek emosi dan mental merupakan sebahagian dari diri manusia. Ianya tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa dan ianya ADA. Kurangnya kesedaran dalam cara menangani tekanan merupakan penyumbang utama dalam meningkatnya tahap tekanan dalam diri.

Bermula dari minda yang berserabut ianya akan menghasilkan perasaan yang tidak menentu. Keadaan ini turut mempengaruhi ritma tubuh dan jika dibiarkan terlalu lama maka akan timbul pelbagai gejala seperti tekanan darah tinggi, hilang selera makan atau makan berlebihan dan sebagainya. Simptom-simptom permasalahan yang berlaku merupakan tanda-tanda bahawa terdapat ketidak harmonian tenaga dalam tubuh.

Tekanan yang pada asalnya hanya berada ditahap mental kini telah pergi jauh ke tahap fizik. Pada tahap ini seseorang perlu mendapatkan pelbagai rawatan untuk merawat sisitem tubuh yang telah terganggu ritmanya. Darah tinggi merupakan salah satu dari penyakit yang berpunca dari kegagalan mengawalselia tekanan. Dalam ertikata lain, penyakit fizikal adalah manifestasi terakhir penyakit.

Solusi

Dikenali dengan nama ‘Terapi Tenaga Alam’; Reiki memberikan solusinya. Hadir bersamanya teknik yang mudah dipelajari serta boleh dipraktikkan dimana sahaja. Teknik yang mudah ini hanya memerlukan aliran tenaga alam dialirkan kepada mana-mana bahagian tubuh yang hendak dirawat atau pusat tenaga (chakra) demi mengharmonikan tenaga dalam tubuh. Ianya dapat dilakukan dalam tempoh 30 minit untuk merawat diri sendiri secara keseluruhan. Ianya boleh dilakukan sewaktu berada dipejabat, dihadapan televisyen, selepas solat atau pada masa dan tempat yang dirasakan sesuai.

Tumpuan utama rawatan adalah untuk mengharmonikan aliran tenaga dalam tubuh dan ianya merupakan kunci kepada kesihatan yang sejahtera. Teknik ini dibahagi kepada tiga peringkat iaitu

  1. Cleansing ( Pembersihan )
  1. Energize ( Menambah Tenaga )
  1. Protection ( Perlindungan )

Cleansing ( Pembersihan )

Peringkat ini merupakan proses pembersihan hambatan pada jaluran tenaga yang telah menyekat aliran tenaga dari pusat tenaga keseluruh tubuh. Hambatan ini merupakan tenaga kotor yang terkumpul lalu mengeras dan ianya harus dibersihkan untuk melancarkan kembali aliran tenaga kepada keseluruhan sistem tenaga hayat manusia.

Energize ( Menambah Tenaga )

Peringkat ini pula merupakan tahap dimana tenaga alam ( Reiki ) akan dialirkan terus ke semua pusat tenaga dan tenaga ini akan berasimilasi dengan dengan dalam tubuh serta akan mengembalikan keharmonian dalam tubuh.

Protection ( Perlindungan )

Memperkuatkan dinding lapisan Aura merupakan fokus utama peringkat ini. Kini kerana aura merupakan perisai yang melindungi manusia dan ianya seperti lapisan ozon yang melindungi bumi.

Terapi tenaga alam ini merupakan satu teknik TERKINI dalam merawat pelbagai permasalahan termasuk merawat tekanan (stress). Kaedah ini sangat popular di barat dan ianya telah berkembang di Malaysia. Di Malaysia Reiki berada dibawah selian Kementerian Kesihatan dan pengamal Reiki yang hendak memberikan khidmat mereka kepada masyarakat haruslah berdaftar dibawah Kementerian Kesihatan.

Dengan peningkatan masalah dalam menangani tekanan maka amat sesuai jika seseorang itu mempelajari Reiki. Ianya umpama pelaburan sepanjang hayat dan boleh diajarkan kepada anak, adik-beradik dan teman-teman.

Dengan memahami kaedah rawatan, seseorang itu dapat megubah teknik itu mengikut kesesuaian diri berdasarkan kreativiti masing-masing.Keunikan terapi Reiki adalah ianya mampu merawat keseluruh aspek seperti kerohanian, emosi, minda dan fizikal; tidak pula hanya terbatas untuk merawat penyakit semata-mata malah ianya juga boleh digunakan untuk mengharmonikan semula tenaga pada persekitaran yang turut akan mempengaruhi tahap mental, emosi dan fizikal seseorang itu

- Master Lutfi -

026372

2 Comments :, more...

Potensi Tersembunyi : Numerologi Hijiriah

by Admin on May.26, 2009, under Info IQBC, Info Kursus, Promo

Apa yang ada pada ALAM ini? Adakah alam ini dijadikan secara KOSONG tanpa ERTI? Apakah kita manusia merupakan hidupan yang TERPISAH dari ALAM ini? atau adakah kita sebahagian dari alam? Jika kita merupakan sebahagian dari alam,  maka segala perubahan yang berlaku kepada alam ini sudah tentu akan turut dirasai oleh kita. Itu adalah sebahagian dari set persoalan dan jawapan yang sering menghinggapi minda orang yang mencari MAKNA ataupun PETUNJUK dalam mengharungi kehidupan seharian.

Petunjuk itu datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Soalan – Adakah terdapat ilmu yang dapat membongkar tanda dan nilai sesuatu perkara itu? Jawapan – Ya, ada. Ilmu itu ialah Teknik Analisis Tarikh Kelahiran.

Kita sebahagian dari eko-sistem alam ini. Tahukah bahawa HARI KELAHIRAN ANDA telah menghasilkan IMPAK perubahan kepada ritma alam. KEWUJUDAN sesuatu MENGHASILKAN sesuatu. Kewujudan Matahari memberikan pelbagai HASIL yang dapat dimanfaatkan oleh manusia, salah satunya adalah dengan terhasilnya sistem kiraan hari , bulan dan tahun untuk kalendar. Soalan – Adakah ianya dijadikan semata-mata untuk mengetahui tarikh untuk hari esok dan semalam? Jawapan – Kira sendiri…

Kalendar yang kita ikuti kini adalah merupakan kalendar matahari @ solar a.k.a masihi. Melalui kalendar ini para numerologis dapat menafsir sebahagian rahsia yang tersembunyi disebalik tarikh.  Tujuannya hanyalah untuk MEMBONGKAR POTENSI diri yang terpendam pada hari itu. Ramai yang telah memanfaatkan kaedah ini dan hasilnya dapat dilihat dimerata-rata tempat. Numerologi adalah ilmu berkenaan nombor. Perlu ditekankan disini, numerologi bukannya ilmu tilikan atau ilmu untuk mendapatkan nombor ekor untuk tujuan berjudi.

Salah satu dogma negatif (software lama) bangsa melayu adalah berkenaan NOMBOR. Nombor tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang memberikan IMPAK kepada diri. Ianya boleh diibaratkan hanya sekadar penyeri kehidupan tanpa dapat dihayati MAKNA disebalik nombor. Nombor hanya sekadar nombor. Titik

Berbanding dengan bangsa lain didunia ini mereka tekah membangunkan pelbagai SET kiraan tarikh untuk membongkar dan menghuraikan kod yang terdapat pada nombor. Nombor dapat digunakan untuk merakam sesuatu kejadian seperti contohnya :

Dapat memiliki kereta idaman (Alfa Romeo)

Nombor plat kereta : BHP 7863

Umur : 35 tahun

Tarikh : 19hb 1 2015

Jam : 11:11 pagi

Dengan nombor, banyak perkara dapat dirakam dan dijadikan rujukan untuk masa yang lain. Dalam pada itu, terdapat juga kiraan kalender yang mengikuti peredaran bulan @ lunar tarikh a.k.a hijiriah. Kalendar ini jarang sekali diberi perhatian pada alaf ini. Dipercayai didalam ilmu numerologi, aspek analisis menerusi kalendar hijiriah masih belum dibangunkan. Dipercayai lagi bahawa terdapat POTENSI TERSEMBUNYI disebalik haribulan hijiriah. Potensi tersembunyi ini hanya MENANTI WAKTU untuk DIDEDAHKAN.

Pendedahan ini akan memberi IMPAK baru pada arena Numerologi kerana SET ANALISIS POTENSI TERSEMBUNYI Kalender Hijiriah telahpun dibangunkan dan ini secara tidak langsung telah memberi NAFAS BARU dalam dunia ilmu Numerologi. Dunia baru akan dapat dilihat setelah POTENSI DIRI itu didedahkan. Anda akan lebih mengetahui dan menyakininya. Gabungan hasil analisis antara SOLAR + LUNAR akan membawa anda ke dimensi HIJRAH DIRI yang segar dan bugar. Anda akan melengkapkan kitaran Yin Yang yang ada dalam diri.  Umpama gabungan siang dan malam yang akan menghasilkan masa. Masa itu adalah ANDA.

9077yin-yang-harmony-posters

Oleh itu, untuk mengetahui teknik Analisis Potensi Tersembunyi ini, silalah hadirkan diri anda di kursus anjuran pihak InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd yang bertajuk – Analisis Tarikh Kelahiran : Menyelami Rahsia Diri, Membongkar Potensi Tersembunyi pada 30hb & 31hb ini. Kursus ini merupakan pembukaan untuk PENDEDAHAN seterusnya tentang Numerologi Hijiriah. Kursus ini merupakan kursus yang LAIN dari yang lain.

Ayuh.. rebutlah PELUANG ini !!!

- Master Lutfi-

Leave a Comment :, more...

Berita Gempaq! – Kes Orang Hilang

by Admin on Apr.11, 2009, under Uncategorized

Tarikh: 10/4/2009

Jam: 2:30pm

Saya menerima panggilan dari puchong, insan yang menelefon ini bernama Jega. Dari nada suaranya terkandung perasaan resah & jiwa kacau yang teramat sangat. Katanya dia dalam perjalanan menuju ke IQBC. Energinya sangat menggangu. Dia ingin meminta tolong cari saudaranya yang HILANG. Ini merupakan kes yang berat, mencari dan mengenalpasti kedudukan seseorang itu dalam Reiki, memang ada caranya. Dengan reiki, pengamal cuma berusaha, Allah swt jua yang memakbulkan, itu yang saya beritahu kepadanya.

Jam: 4:30pm

Jega tiba bersama 3 orang saudaranya yang lain. 2 lelaki 2 perempuan. Saudara perempuannya kelihatan sugul, monyok & murung. Sekali lagi saya menerangkan kepada mereka bahawa kami sekadar membantu, Allah swt jua yang memakbulkan. Dia seperti faham tak faham, tak mengapa.. yang penting kepada mereka ialah, kami sanggup membantu. Menurut Jega, laporan polis telah dibuat dan saudaranya itu menghilangkan diri pada tarikh 8hb April jam 4pm. Terdapat sedikit perselisihan faham diantara si hilang dengan ayah, menurut kata kakak si hilang. Si hilang adalah perempuan berumur 17 tahun.

Jega turut membawa sekeping gambar dan surat beranak si hilang. “Panas” kata Master Rohaiza ketika melakukan scanning ke atas gambar si hilang. Tugas ini disandangkan di atas bahu Master Rohaiza, & Master Ismi. Tugas ini merupakan tugasan yang berat. Master Rohaiza memberitahu, dia tidak mengesan kedudukan dimana si hilang berada tetapi dia MEMUJUK si hilang agar berlembut hati dan pulang ke rumah. Selebihnya kami hanya redha, pasrah & berserah kepada Allah swt.

Tarikh : 11/4/2009

Jam : 12:30pm

Sekali lagi saya menerima panggilan dari Jega. Kali ini nada suaranya berbeza, eneginya tidak mengganggu, terlalu gembira, dia memberitahu saudara perempuannya itu telah pulang ke rumah. Tanpa sedar, saya tersenyum syukur… Begitu juga Master Rohaiza dan Master Ismi, masing-masing memanjat rasa syukur. Saya tak tahu apa yang Jega hendak buat dalam merayakan kepulangan si hilang itu, apa yang pasti… mereka amat berterima kasih kepada IQBC & kami bersyukur kepada Allah swt.

IQBC menyediakan perkhidmatan yang pelbagai… dari fizik hingga metafizik…

Leave a Comment : more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!