Reiki 7Chakra

Archive for September, 2010

Penyembuhan Holistik VS Masalah Holistik

by on Sep.27, 2010, under Info Kursus, Promo Terkini

Kata ‘Penyembuhan’ sahaja telah mempunyai maksud yang luas, manakala kata ‘PENYEMBUHAN MENYELURUH’ telah memperluaskan lagi maksud atau erti PENYEMBUHAN tersebut. Kita sebagai manusia harus mencari ikhtiar dan berusaha untuk sembuh apabila sakit. Kita akan menghadapi sakit. Sakit itu adalah ujian.

Sepertimana kata Penyembuhan, kata ‘SAKIT’ juga mempunyai erti yang luas dan kata ‘KESAKITAN MENYELURUH’ telah memperluaskan maksudnya.Kebanyakkan dari kita akan pasti / sedang / pernah menghadapi masalah KESAKITAN MENYELURUH tanpa disedari, dan bila kita diberitahu, kebanyakan dari kita menafikan sebahagiannya. Dengan penafian ini SAKIT itu akan menjadi bertambah parah dan akhirnya ia akan dizahirkan (manifest) pada tubuh jasmani berupa penyakit fizikal. Pada waktu ini kita hanya memberikan penumpuan kepada sakit fizikal itu tanpa menyedari bahawa penyakit itu berpunca dari tahap-tahap yang berlainan.

Manusia terdiri dari 4 komposisi atau tahap iaitu

  1. Rohani
  2. Emosi
  3. Minda
  4. Fizikal

1) Kesakitan Peringkat Rohani

  • Apakah penyakit ini? Penyakit pada peringkat ini adalah penyakit yang paling dalam dan ianya amat sukar dikesan. Salah satu penyakit ini adalah gangguan mahkluk halus. Penyakit ini ada berkait rapat dengan permasalahan pada komposisi yang lain samada emosi atau minda. Kesakitan ini apabila ia keluar (manifest) adalah amat sukar dikawal, contohnya kerasukan. Diri tanpa kawalan empunya diri. Ini umpama dirinya telah di-hack oleh sesuatu entiti asing.

2) Kesakitan Peringkat Emosi

  • Apakah penyakit ini? Penyakit pada peringkat ini juga merupakan penyakit yang dalam tetapi mudah untuk dikesan dan ianya sering terkeluar tanpa disedari oleh empunya diri. Antara nama penyakit ini adalah sakit dendam, sakit hati, sakit jiwa, sakit amarah daln lain-lain. Kesakitan ini juga amat sukar dikawal dan ubati jika tidak mendapat ubat yang tepat! Empunya diri akan hilang kawalan.

3) Kesakitan Peringkat Minda

  • Apakah penyakit ini? Penyakit pada peringkat ini adalah kategori ‘hampir ke permukaan’, dalam 70%. Boleh dilihat dari segi perlakuan empunya diri. Antara nama penyakit ini adalah pelupa, lambat fikir, pemikiran kurang cerdas dan lain-lain. Kesakitan ini jika dibiarkan tanpa ubat yang tepat akan memberikan impak PALING TERUK pada empunya diri.

4) Kesakitan Peringkat Fizikal

  • Apakah penyakit ini? Penyakit pada peringkat ini adalah ; Manifestasi dari kesakitan-kesakitan dalaman yang dikumpul secara berperingkat selama bertahun. Manifestasinya pelbagai dan mengikut corak DNA seseorang. Antara nama penyakitnya adalah sakit jantung, sakit pada urat, sakit tulang, sakit pada organ-organ tertentu, mati pucuk dan lain-lain. Kesakitan ini pula hanya hilang jika dirawat secara fizikal sahaja kerana apa yang dirawat hanyalah ‘kulit penyakit’ tersebut walhal ‘ibu penyakit’ itu masih lagi berada pada peringkat paling dalam.

Keempat-empat komposisi ini pula adalah saling berkait. Manusia adalah mahkluk yang berada diatas rantaian makanan (jasmaniah) + menjadi sasaran utama iblis untuk disesatkan (rohaniah). Fikir-fikirkanlah.Kebanyakkan dari kita hanya akan mencari ubat / ikhtiar hanya apabila sakit itu telah menzahir ke tahap fizikal.

Pada waktu ini usaha kita itu dinamakan sebagai ‘MENGUBATI’, ikhtiar ini walaupun sedikit terlambat tetapi masih ramai yang bertindak sebegini rupa.MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Langkah pencegahan adalah langkah TERBAIK. Kita seringkali leka dan terlepas pandang dengan apa yang kita FIKIRkan, tahap RASA emosi kita, tahap kesedaran ROHANI dan tahap penjagaan kesihatan fizikal kita.Pencegahan awal memerlukan daya KEPEKAAN yang tinggi. KEPEKAAN ini perlu dikembangkan. Ianya perlu dilatih. Ianya perlu dikembangkan dan di latih saat anda mula PEKA dengan diri anda.

Reiki 360 memiliki keupayaan untuk meningkatkan daya KEPEKAAN pengamalnya. Ini kerana Reiki 360 merupakan ‘tools’ yang akan melakukan PENYEMBUHAN MENYELURUH / HOLISTIK kepada mereka yang mengamalkannya. Semakin kerap pengamal melakukan penyembuhan diri, semakin berkembanglah tahap kepekaan mereka.

Inginkah anda MENJADI seseorang yang peka dengan setiap komposisi diri anda?

Inginkah anda TAHU bagaimana tahap minda anda?

Inginkah anda TAHU bagaimana tahap emosi anda?

Inginkah anda TAHU bagaimana tahap rohani anda?

PILIHAN DITANGAN ANDA

Alangkah berTUAHnya hidup jika kita boleh mengukur tahap energi minda, emosi, rohani, fizikal sendiri pada setiap hari… – Reiki 360 BOLEH mengukur itu semua!!

Menjadi resam setiap manusia untuk mempelajari sesuatu yang TERBAIK lagi BERKESAN untuk pekembangan diri.. – Pencarian itu ada pada Reiki 360!!

Menjadi sifat setiap manusia untuk mempelajari sesuatu yang unik lagi lain dari lain… – Reiki 360 adalah ilmu yang UNIK!!

Menjadi sifat setiap manusia untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik.. – Reiki 360 adalah YANG TERBAIK dari yang terbaik !!

Menjadi sifat setiap manusia untuk melakukan hal yang mudah lagi berkesan – Teknik Reiki 360 adalah semudah makan kacang !!

Anda akan dibekalkan dengan tools / teknik yang CUKUP HEBAT untuk mencegah kesemua KESAKITAN MENYELURUH yang saya kongsikan sedikit diatas.Hanya dengan Reiki 360 kesakitan dalaman anda akan dapat diselesaikan – Ia dinamakan sebagai Holistic Healing Counter Holistic Problem = Holistic Problem Kalah!!


__________________________________________________________

Master Lutfi


____________________________________________________

WORKSHOP REIKI 360

Hanya Reiki 360 yang merangkumi semua aspek, pendek kata pukul habis..

Anda akan didedahkan betapa uniknya & menariknya kerana anda akan menggunakan ia 24/7 tanpa henti.. hatta dalam tidur!!

Reiki akan bekerja untuk anda!!

(Klik untuk besarkan dan cetak)

Tarikh : 2 Oktober 2010, 9 Oktober 2010 dan 23 Oktober 2010 (Pilihlah tarikh anda!! Kuasa ditangan anda!)

Tempat : Dewan Kuliah 1 IQBC.

Alamat : No 24C, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor (Belakang Hotel Concorde)

Masa : 9 pagi – 5 petang

Fasilitator : Reiki Chapter Leader, Malaysia – Dr. Mir Hazil Azran Ramli

Yuran : RM 360

Deposit : RM 100

No. Akaun Maybank : 5121 0141 0391

Hubungi 017-333 2349 untuk tempah tempat ANDA!!

Leave a Comment :, , , , , , , , more...

Reiki : Bermula dari Rumah

by on Sep.25, 2010, under Uncategorized

Salam Aura Reiki,

Artikel kali ini adalah berkenaan aplikasi reiki secara optimum yang bermula dari rumah. Rumah adalah tempat dimana segala-galanya bermula. Rumahku syurgaku… satu ungkapan yang menunjukkan betapa pentingnya RUMAH itu kerana dikiaskan dengan SYURGA. Ini kerana rumah itulah segala-galanya.. tempat untuk berehat, baring kat ruang tamu, bergurau dengan keluarga, makan bersama-sama dll..

PENTING! BERI PERHATIAN!

Energi rumah perlu sentiasa dijaga untuk memastikan penghuni rumah (anda & keluarga) dapat menikmati suasana ‘syurga’ itu dan yang lebih utama ialah untuk mewujudkan suasana harmoni yang lebih dalam, bukan setakat hubungan kekeluargaan sahaja malah lebih dalam…… iaitu energi yang akan turut dikongsikan bersama alam setelah isi rumah itu keluar ke tempat kerja, ke pasar, ke kedai makan, ke sekolah atau kemana-mana sahaja. Ingat, segalanya bermula dari rumah, saling berkait, interrelated.

Disini akan dinyatakan sedikit perkongsian yang boleh diaplikasikan bersama. Teknik yang amat mudah lagi berkesan. Teknik ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu selepas bangun tidur, semasa dirumah & sebelum keluar dari rumah. Fokus akan diberikan kepada persoalan ‘apa yang perlu dibuat?’. Langkah-langkah yang akan dikongsikan disini adalah untuk memastikan teknik reiki diaplikasikan secara 100% dirumah.

APLIKASI REIKI 360 100% DI RUMAH

A) Apa perlu dibuat selepas bangun tidur?

Senario : MASIH BELUM MANDI

  1. Afirmasi 5 prinsip reiki. Ucap setiap pagi.. lama kelamaan ianya akan menjadi tabiat harian yang akan anda lakukan secara spontan. Untuk menjadi spontan, perlu berdisiplin. (Terdapat banyak RAHSIA yang dapat dikupas dengan penghayatan. Saya akan kupas dalam artikel lain)
  2. Buat self healing ataupun self charging. (Langkahnya self charging sama seperti self healing cuma tukar arahan / niat; dari healing kepada charging
  3. Sewaktu mandi pun boleh guna kaedah reiki. Alirkan energi pada air yang hendak digunakan seperti air dalam tab. Jika guna shower lagi senang… Beri arahan / niat : Penyembuhan / Healing

B) Apa perlu dibuat semasa dirumah?

Langkah yang akan saya kongsikan pada bahagian ini adalah aplikasi selepas mandi pagi.

Senario : HARI CUTI

Teknik yang akan kongsikan adalah: Sentuhan / Hands-on dan Beaming

  1. Perlu faham bahawa konsep reiki adalah berkaitan ‘keharmonian energi’ dan teknik yang diaplikasikan dengan cara ‘mengalirkan energi’, oleh itu set-kan diri kepada mod : ENERGI MENGALIR dan alirkan energi secara beaming ke seluruh ruang dalam rumah.. atau jika anda mahu buat kerja lebih, sentuhlah dinding yang ada didalam rumah anda itu secara satu persatu.
  2. Jangan lupa juga alirkan tenaga pada makanan yang terhidang dan kepada mereka yang pandai memasak, gabungkan teknik ‘aliran tenaga via sentuhan + selawat nabi’ ketika membersihkan ikan, sayur, membasuh beras atau apa sahaja.
  3. Ketika sedang melayan karenah anak-anak dirumah, sentiasalah menyentuh mereka serta mengusap kepala atau dada belakang sambil berkata “Anak, kamu ni pandai la….” (Ini ayat contoh). Di kepala terdapat Chakra Mahkota dan Chakra Mata Ketiga manakala di dada terdapat Chakra Jantung.

C) Apa yang perlu dibuat sebelum keluar dari rumah?

Anda akan keluar dengan tujuan, samada tujuan kecil atau besar.

Senario : JUMPA PELANGGAN

Teknik yang akan dikongsikan adalah : Visualisasi Minda, Beaming, Upload Chi-Ball

  1. Hari sebelum berjumpa pelanggan – Visualkan senario perjumpaan yang positif dan pelanggan menerima cadangan anda / Close sale. (INGAT! Perkara ini ada cuma bayangkan dan ianya hanya berlaku didalam minda. HARI ESOK MASIH LAGI MISTERI. Usaha yang anda lakukan ini adalah sebahagian dari jutaan langkah awal).
  2. Aktifkan Chi-Ball, visualkan senario perjumpaan itu dan masukkan ia ke dalam Chi-Ball tersebut dengan beaming dan upload ia seperti doa.(Boleh gabungkan kaedah analisis Numerologi sebagai langkah ketiga / Jika anda pernah belajar.
  3. Hari perjumpaan – Ulang langkah 1.
  4. Sebelum keluar rumah, kunci rumah dengan kunci metafizik (Teknik ini kalau nak tahu kena datang workshop! Haha.)
  5. Semasa perjumpaan manfaatkan segala skil yang anda dan gabungkan bersama Reiki. Contohnya perbanyakkan sentuhan seperti bersalam, tepuk bahu belakang sambil menyatakan sokongan (alirkan energi positif) – Jangan salah faham, energi Reiki bukanlah magik atau sihir yang boleh membuatkan seseorang itu melakukan sesuatu tanpa kerelaan.
  6. Itu sahaja.

Kesemua gerakkerja ini adalah semudah makan kacang, tetapi ianya menuntut sesuatu yang amat besar iaitu KEPERCAYAAN. Sebenarnya terdapat banyak lagi yang boleh dilakukan. Kalau nak tahu kenalah hadir ke workshop, barulah faham dengan terminologi yang digunakan.

Hmmmm.. Macam sudah tersasar sedikit dari apa yang ingin saya kongsikan.. Maaf, bukan sengaja tetapi kerana apa yang saya sampaikan diatas adalah saling berkait.

  • Tujuan langkah A2 dan A3 adalah untuk sistem bio-energi anda sendiri agar sentiasa berada pada tahap yang sihat, kurang energi blockage.
  • Tujuan langkah B1 dan B2 adalah untuk energi rumah dan energi didalam rumah anda.
  • Tujuan langkah C4 adalah untuk mengunci energi harmoni dan juga untuk melindungi dari dimasuki oleh sebarang energi / entiti negatif (umum – pencuri pun boleh dikategorikan sebagai entiti negatif)

Insyaallah dengan mengikuti langkah-langkah ini maka rumah anda akan jadi rumah idaman – Dari segi energi ya.. dari segi perabot anda lebih pandai.

Oh ya, anda juga boleh susun atur perabot mengikut kaedah Ilmu Alam / Feng Shui.Selain dari segalanya bermula dari rumah, ada lagi satu iaitu segala yang bermula dari rumah adalah bermula dari anda, INGAT ITU!

_____________________________________

Master Lutfi


Leave a Comment :, , , more...

Sembang Reiki

by on Sep.22, 2010, under Promo Terkini

Salam Aura Ceria,

Reiki sering dilihat sebagai ilmu yang mampu menjadikan seseorang itu memiliki ‘kehebatan-kehebatan’ unik seperti clairvoyance, clairsentience, clairaudience dan pelbagai clair lagi.. STOP!! reverse dulu anggapan anda itu kerana anggapan sebegitu hanya akan menjauhkan serta menyukarkan anda untuk memahami apa itu Reiki. Perlulah difahami bahawa ‘ability’ itu adalah kurniaan Tuhan. Seseorang itu mungkin memiliki salah satu ‘ability’ tersebut sejak dari lahir ataupun setelah ditimpa satu kemalangan yg dahsyat tetapi tidak meragut nyawanya ; dan soal ‘ability’ ini hanya terletak di tangan Allah S.W.T.. TITITK! :)

Reiki perlulah dilihat sebagai ILMU KEHIDUPAN yang mana ianya akan menjadi rutin harian si pengamalnya. Bermula dari JADUAL PRAKTIKAL REIKI secara berdisiplin sehinggalah ianya menjadi tabiat yang dirakam oleh minda bawah sedarnya. Lalu membentuk PERSONALITI BARU atau orang baru dan orang disekeliling akan menegurnya dengan nada sebegini ; ” Salam, saya lihat awak dah banyak berubah la…” Ini adalah perkara yang normal bagi mereka yang SERIUS melakukan TRANSFORMASI DIRI. Transformasi yang dimaksudkan ini bukanlah perubahan dari segi faktor fizikal semata-mata, malah ianya merangkumi aspek dalaman seperti kesedaran spiritual dan ini turut mempengaruhi sudut emosinya serta pola pemikirannya.

Persoalannya praktikal sebagai mana yang harus diamalkan?

Jawapan kepada persoalan ini adalah amat mudah kerana pada peringkat awal, ilmu Reiki akan membawa si pengamal kepada satu proses transformasi secara total dari luar dan dalam. Katakunci kepada perkara ini adalah

INI AMAT PENTING!!

Percaya Tuhan

Disiplin

Bersungguh-sungguh

Berterusan

Keempat-empat perkara diatas adalah katakunci kepada pengenalan dalam ‘merasai energi Reiki’ secara total. Empat perkara ini perlulah ditanam dalam-dalam pada diri agar ianya kukuh tidak mudah tumbang ditiup angin. Siri Praktikum didalam ilmu Reiki adalah teramat banyak, tidak mampu untuk kami ulas keseluruhannya disini. Ini tidak termasuk dengan data-data perkongsian para Reiki Master yang lain berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Kelak anda akan turut berkongsi KAEDAH PERLATIHAN 1 : 50 : a anda bersama kami. Saya doakan. Amin.

Kembali kepada topik, praktikum yang amat gemar dilakukan pada peringkat permulaan adalah MERASAI ALIRAN ENERGY PADA TELAPAK TANGAN. Saya juga amat meminati perlatihan ini pada peringkat awal pembelajaran Reiki dulu.. Nak rasa ‘power-nya’ macam mana.. :D

Soalan : Bagaimanakah caranya untuk merasai energi yang mengalir keluar dari telapak tangan?

Jawapan : Percaya bahawa apa jua yang berlaku adalah keizinan dari Allah S.W.T + berdisiplin + tidak main-main dan lakukan teknik secara betul seperti diajar + tidak cepat putus asa jika tidak merasai apa-apa pada percubaan yang ke – 11.

Kenapa pada percubaan ke – 11? Anda perlu percaya kepada Tuhan… ini perkara pokok dalam ilmu Reiki (dalam segala hal kita HARUS percaya bahawa semua yang berlaku adalah di atas keizinan-Nya) Action speak louder!! Percubaan ke – 11 itu pun mungkin hanya ‘sipi-sipi’ je sensasi yang sesetengah dari anda dapat rasai.. oleh itu jangan mudah putus asa.

Okay, saya sebenarnya telah terlajak kerana sepatutnya saya kongsikan RAHSIA TRANSFORMASI yang terdapat didalam 5 Prinsip Reiki terlebih dahulu, tapi biasa la :P hehe.. sebab ramai yang hanya ingin tahu ‘hal-hal metafizik’ je kan?

Dengan ini saya mempersembahkan siri RAHSIA TRANSFORMASI HOLISTIK kepada para pembaca. Siri ini akan mengupaskan segala hal yang merangkumi ruang lingkup yang berkaitan dengan 5 Prinsip Reiki yang kebanyakannya dipandang mudah oleh sesetengah pengamal Reiki, malah ada juga Reiki Master yang sudah tidak ingat pasal 5 prinsip itu lagi. Aiseymen :(

Tidak rugi belajar Reiki

Rugi jika tidak belajar Reiki

RAHSIA TRANSFORMASI HOLISTIK

Marah

Risau

Syukur

Jujur

Buat Baik

______________________________________

:D Master Lutfi

Leave a Comment :, , , , , more...

Ralat!

by on Sep.18, 2010, under Promo Terkini

Sebarang kesilapan amat dikesali. Maaf zahir batin

Ralat 1

Terdapat sedikit pertukaran waktu Majlis Alumni Reiki 360 pada 10/10/10. Majlis akan dimulakan pada jam 11 pagi – 3 petang.

Ralat 2

Bahagian Akaun IQBC ingin memaklumkan bahawa terdapat transaksi ‘misteri’ bernilai RM 50 pada tarikh 8/9/2010. Transaksi ini diyakini adalah untuk yuran kemasukan Majlis Alumni. Sila maklumkan kepada pihak IQBC selepas melakukan sebarang transaksi untuk memudahkan urusan tuan / puan & pihak IQBC.

Leave a Comment more...

Hebahan bermula..

by on Sep.18, 2010, under Promo Terkini

Salam Aura Kedamaian… Salam Aura Reiki.. Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Alhamdulillah, warga IQBC telah kembali beroperasi setelah bercuti panjang sempena menyambut lebaran. Seluruh umat Islam telahpun merayakan saat kembali kepada fitrah. Macam biasa tiap2 tahun, kes kemalangan jalan raya tetap macam tu juga.. Kami di IQBC mendoakan agar roh mereka ditempatkan disisi Tuhan. Hanya untuk memaklumkan beberapa EVENT yang akan diadakan pada bulan Oktober akan datang. Kepada yang berminat, anda dijemput hadir.

Workshop Reiki 360 – Tahap 1

Tarikh : 2 Oktober 2010

Masa : 9 pagi – 5 petang

Yuran : RM 360

Deposit : RM 100

Majlis Alumni Reiki 360 (2004 – 2010)

Tarikh : 10 Oktober 2010

Masa : 11 pagi – 3 petang

Yuran Kemasukan : RM 50 seorang

Workshop Reiki 360 – Tahap 1

Tarikh : 23 Oktober 2010

Masa : 9 pagi – 5 petang

Yuran : RM 360

Deposit : RM 100

Workshop Numerologi 360

Tarikh : 30 Oktober 2010

Masa : 9 pagi – 6 petang

Yuran : RM 560

Deposit : RM 200

Nombor akaun segala transaksi – Maybank : 5121 0141 0391

Atas nama : Innergy Quest Bio Concept

Untuk INFO LANJUT, hubungi Master Lutfi / Master Ismi

017-333 2349 / 017-300 2349

Leave a Comment more...

Balik Kampung!!

by on Sep.07, 2010, under Promo Terkini

Salam lebaran, Selamat Hari Raya, Salam Aidilfitri

Lagi 2 hari kita akan menyambut hari kemenangan. Hari yang disambut setahun sekali..

Ramai yang sedang/ sudah menyediakan persiapan raya seperti baju raya, kuih raya, duit raya. Lain orang lain ragamnya.. Ada yang ‘over budget’ ada yang ‘ala kadar ikut kemampuan‘.. Walau bagaimanapun ragamnya, masing-masing merayakan Hari Raya mengikut acuan keluarga masing-masing.

Zaman kanak-kanak dahulu saya sempatlah merasa menolong arwah nenek saya buat kuih bahulu, seronok. Kini zaman sudah berubah, tidak ramai yang memiliki kemahiran untuk membuat kuih tradisi ini.

Untuk makluman semua pelanggan, IQBC akan tutup selama 9 hari bermula dari 9hb – 17hb. Terapi yang ‘available’ hanyalah rawatan jarak jauh.

Balik kampung!!

Leave a Comment more...

Salam Eidulfitri 1431

by on Sep.06, 2010, under Uncategorized

Sedih & sayu hati ini mengenangkan Ramadhan 1431 akan pergi meninggalkan kita. Ramadhan yg kerangka nilai gt nya 9, Ramadhan yg kemuncak mengikut kaedah numerologinya, Ramadhan yg penuh barokah & rahmatNYA. Amat rugilah mereka yg mensia2kan peluang utk mencari ‘rasa’ didlm pengibadatan dlm bln Ramadhan ini. Peluang yg dtg dlm wadah kehidupan hanya dipandang dgn kacamata dunia. Terkongkong dgn sofware2 yg korup & berkarat. Semuanya dgn dunia…dunia…dunia. Tidak mengambil peluang dlm membersihkan diri meminta keampunan dari yg Esa. Agar roh, minda, emosi & fizikal kembali kepada FITRAH.

thanx

Lalu Lailatul Qadar 1431 hanya berlalu bersama2 Ramadhan. Samada kita dapat ataupun tidak, sedar mahupun tidak, ianya tetap berlalu pergi. Bagi yg menghayati, mencari, istiqomah, senantiasa taat & patuh akan segala suruhanNYA, pasti menyedari kehadirannya, dapat me’rasa’i akan getaran, tiupan, keenakan, kenikmatan, kesyahduan akan Lailatul Qadar itu.

Masih panjang lagikah umur kita bertemu dgn Syawal yg akan dtg? Adakah kita suci seperti fitrah seperti mula2 kita dilahirkan? Berpuas hatikah kita dgn segala amalan yg telah kita lakukan sepanjang Ramadhan 1431 yg lalu? Ingatlah.. bulan Ramadhan adalan bulan dimana kita perlu meletakkan kembali diri kita kpd yg HAQ. Puasa kita kan hanya DIA yg menilai. Moga kita keluar dari Ramadhan ini sbg tarbiyah & latihan kpd kita agar sentiasa istiqomah dgn amalan kebaikan yg kita lakukan dlm Ramadhan, tunduk & patuh & hadirnya TAQWA didlm hati.

Menjelang beberapa hari nanti Syawal akan menggantikan Ramadhan. Syawal juga adalah bulan yg istimewa krn ianya merupakan hari kemenangan & kegembiraan, hari kesyukuran kpd setiap muslim. Syawal juga bulan keampunan, bulan yg dikabulkan Allah doa serta dgn rahmatNYA & bulan peringatan kpd akhirat.

Dikesempatan ini kami wargakerja IQBC ingin memohon ampun & maaf, zahir & batin seandainya ada salah & silap kami, terlebih & terkurang dlm perkhidmatan & layanan yg telah kami berikan, segala kata2 yg membuatkan tersinggung hati & perasaan, dengan rendah hati kami menyusun 10 jari meminta keampunan kepada sesiapa yg mengenali kami.         Selamat-Hari-Raya

Moga anda semua sentiasa didlm redhoNYA, sihat sejahtera tubuh badan, aman bergembira dgn alam, murah rezeki, mendapat kekayaan dunia & akhirat. Sekiranya umur panjang kelak bersua kembali kita pada Ramadhan 1432.

“SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1431″.

Leave a Comment more...

Sekitar Kursus Reiki Tahap Master

by on Sep.03, 2010, under Aura

Salam Aura Reiki,

Selesai sudah kursus Reiki Tahap Master yang dijalankan baru-baru ini pada bulan Ramadhan bertanggal 28 & 29 Ogos 2010. Dihadiri oleh 8 orang pelajar Reiki yang ingin menamatkan pengajian dan meneruskan pengkajian dalam perjalanan hidup bersama Reiki.

Saksikanlah sebahagian dari mereka melakukan Pengijazahan Reiki (Reiki Attunement) kepada Dr. Mir Hazil Azran. Setiap Reiki Master harus TAHU bagaimana cara melakukan attunement, jika tidak.. masakan layak bergelar REIKI MASTER???

-Master Lutfi-

1 Comment more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!