Reiki 7Chakra

Archive for April, 2010

Seputar Workshop Reiki 360 – Tahap 1 pada 24 April 2010

by on Apr.27, 2010, under Aura, Info Kursus, Promo Terkini

Salam Aura Kedamaian, Salam kesejahteraan

Alhamdulillah, workshop ini telah berjalan dan berakhir dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua para peserta yang datang demi untuk mempelajari ilmu ini. Semoga dengan kursus ini sedikit sebanyak dapat membuka jalan kepada setiap persoalan mengenai SUKSES, KESIHATAN, KESEJAHTERAAN.

Workshop ini dikendalikan sepenuhnya oleh  Dr. Mir Hazil (Reiki Chapter Leader – Malaysia) dan juga seorang pengamal Reiki yang amat berpengalaman.

Dengan ini kami paparkan beberapa gambar aktiviti sepanjang sesi workshop berjalan….

Praktikum Meditasi

reiki 360 1

reiki 360 2

reiki 360 3

reiki 360 4

Sesi Pengijazahan Reiki 360 Tahap 1

reiki 360 5

reiki 360 7

reiki 360 6

reiki 360 8

Praktikum Pengaktifan Energi Telapak Tangan

reiki 360 - palm activation

reiki 360 - palm activation 2

Sesi Mengukur Tahap Energi

reiki 360 - reiki air

reiki 360 - ujian air

Praktikum Self Healing

reiki 360 - self healing

reiki 360 - self healing 2

reiki 360 - self healing 3

reiki 360 - self healing 4

reiki 360 - self healing 5

Sesi Fotografi bersama Reiki Chapter Leader – Dr Mir Hazil Azran Ramli

reiki 360 - ramai

Berdiri dari kiri : Abd Hafiz Bin Abd Majid, Nor Zaihan Bin Bajuri, Zairul Bin Zan, Abd Majid Bin Hj Hassan, Kelly Chuah, Rohani Bte Shafie, Norarfah Binti Shamsuddin, Latifah Binti Sarbani, Siti Yuraida Binti Mohd Yusoff, Nor Muhd Afiq Bin Norzambri, Habibah Binti Abdul Wahab.

Duduk dari kiri : Fisal Bin Mahadzir, Dr. Mir Hazil Azran Ramli, Mohd Amir Za Bin Basar

Tarikh worshop seterusnya adalah pada :

reiki 360 22 may 2010

Ayuh semua!!

Mari sertai workshop yang amat menakjubkan ini.

Segala ikhtiar & usaha anda akan menjadi lebih HEBAT dengan Reiki 360

Setiap apa yang anda FIKIR  & RASA akan menjadi MAGNET dengan Reiki 360

Dengan MAGNET yang HEBAT, anda akan menarik lebih banyak KEKAYAAN

Baik kekayaan dalam bentuk WANG, ILMU, KASIH SAYANG dll… kesemuanya adalah  MILIK ANDA!!

Call 017-333 2349 / 017-300 2349 untuk tempahan kerusi.

p/s : Jangan lupa malam esok kelas Sexual Kungfu akan berjalan seperti biasa dari jam 8:30pm – 10:30 pm, kepada yang berminat.. sila hadir dengan pakaian senaman..

Leave a Comment more...

Seputar Kelas Sexual KungFu Minggu ke-2

by on Apr.20, 2010, under Promo Terkini

Semakin hebat, semakin menarik!! Teknik senaman yang semakin mencabar JING dan SHEN para peserta kelas ini. Fuh!! Respon yang diterima amat positif.

Warm – up

sexual kungfu 1

sexual kungfu 2

sexual kungfu 4

Fanning The Fire In The Stove

sexual kungfu 6

Shaking The Meridian – Hands

sexual kungfu 8


Olah Nafas Diafragma

sexual kungfu 9

Lung Sound

sexual kungfu 10

sexual kungfu 11

sexual kungfu 12

sexual kungfu 13

sexual kungfu 17

Baduanjin – PoppingUp The Sky

sexual kungfu 21

Baduanjin – Drawing The Bow

sexual kungfu 22

sexual kungfu 23

sexual kungfu 24

sexual kungfu 25

sexual kungfu 27

sexual kungfu 28

Tao Meditation – Sitting & Stilling The Mind

sexual kungfu 29

sexual kungfu 30

sexual kungfu 35

Semakin hari semakin best!! Minggu ini akan ada latihan buah yang baru!!

Kepada yang masih teragak-agak nak sertai kami, buang rasa sangsi anda itu jauh-jauh… Lihat, inilah yang kami SEDIAkan untuk anda dalam KELAS SEXUAL KUNGFU…

p/s : Workshop Reiki 360 masih lagi terbuka untuk anda sertai pada 24/4/2010 ini, hanya RM 360.

3 Comments more...

Reiki 360 : Penyembuhan Holistik & Peningkatan Akselerator Magnet Diri

by on Apr.13, 2010, under Aura, Info Kursus, Promo Terkini

Penyembuhan bermaksud ‘pulih dari sakit’. Sakit yang sering dimaksudkan pula adalah sakit dari permasalahan seperti sakit pinggang, sakit perut, sakit lutut, sakit mental sakit  jiwa dll.  Bagaimana pula halnya dengan isu perhubungan, soal kerjaya, isu harta benda dll isu yang berkaitan dengan diri ANDA? Adakah masalah ini tidak layak dikategorikan sebagai SAKIT? Jika anda mempunyai masalah-masalah itu adakah anda masih belum mengangapnya sebagai satu penyakit yang HARUS diSEMBUHkan?

PENYEMBUHAN 360 DARJAH & HOLISTIK

Penyembuhan yang merangkumi keSEMUA perkara yang berkaitan dengan DIRI ANDA seperti :

  • soal kewangan
  • soal perhubungan
  • soal perasaan
  • soal ‘dunia anda’
  • soal kerjaya
  • soal keluarga
  • soal persekitaran
  • soal harta benda
  • soal kesihatan
  • soal keselamatan
  • soal kebahagian
  • soal kejayaan
  • soal kerohanian
  • soal kesedaran

Pernahkah anda terfikirkan ‘bagaimana hendak SEMBUHkan kesemua SOAL diatas’? Atau anda hanya membiarkan ‘masa tetap berlalu tanpa sebarang usaha dari anda? Hampa????? Ataupun masih terdapat kekurangan dari apa yang anda usahakan itu?

APA ITU REIKI 360?

Reiki 360 adalah PENYEMBUHAN secara MENYELURUH ataupun HOLISTIK. Ianya diilhamkan secara KHAS untuk mereka yang ingin SEMBUH dari sakit-sakit yang dihadapi samada dari aspek fizikal, mental, emosi dan rohani. Ianya berfungsi untuk MELANCARKAN aliran ENERGI (chi) yang tersumbat, menompok, blockage di dalam jaluran energi (meridian) ataupun pusat energi (chakra). Juga turut meneutralkan kembali energi negatif kepada positif.

Kesan PENYEMBUHAN akan bermula seawal peringkat energi seterusnya ke peringakat REALITI.  Reiki 360 turut berfungsi untuk menjadikan Medan Getaran Aura sebagai Magnet Accelerator yang berfungsi untuk menarik KUASA PENYEMBUHAN secara lebih TEPAT kepada ANDA!!

Dengan mendapatkan attunement Reiki 360 – Tahap 1, anda telah boleh mengaktifkan Magnet Accelerator anda, anda hanya perlu memberikan arahan minda kepada pusat energi dan fokuskan kepada APA yang ingin anda SEMBUHkan. (Maklumat terperinci akan diterangkan dalam sesi workshop)

4a4c59b9

magnet

FAEDAH & KESAN setelah MEMPELAJARI REIKI 360

Faedah yang akan dapat setelah mengikuti workshop Reiki 360 adalah seperti berikut :

  • Peningkatan tahap / daya kepekaan kerohanian
  • Peningkatan tahap / daya fokus
  • Mereda / Mengurang / Menghilangkan tekanan pada minda
  • Peningkatan tahap / daya Keyakinan Diri
  • Merawat / Menyembuh stres / tekanan
  • Mereda / Mengurang / Menghilangkan tekanan emosi
  • Memperbaiki tahap & kualiti kesihatan
  • Menghilangkan rasa gementar & gemuruh
  • Meningkatkan tenaga ketika lesu
  • Meningkatkan keupayaan Magnet Diri (Aura)
  • Meningkatkan keberkesanan ubat & terapi lain
  • Mengharmonikan tenaga perhubungan suami isteri & keluarga
  • Mengeluarkan dan meneutralkan gangguan frekuensi pada tubuh
  • Melancarkan aliran energi (setelah attunement)
  • Memperbesarkan saiz Aura untuk tujuan Perisai Diri
  • Memperbaiki kebocoran yang berlaku pada lapisan Aura
  • dll bergantung pada tahap kreativiti masing-masing…

GETARAN ENERGI

mind1

Setiap apa yang diFIKIRkan menghasilkan getaran energi

one-consciousness-03

Setiap apa yang diRASAi juga menghasilkan getaran energi

Power of Action

Setiap apa yang diLAKUkan turut menghasilkan getaran energi

Pendek kata, dari dalam hingga luar, dari duduk diam hingga bergerak lari, kesemuanya menghasilkan getaran energi. Persoalannya getaran APAKAH yang anda hasilkan? Perbezaan diantara orang GAGAL dengan orang BERJAYA terletak pada ‘bagaimana cara memperGUNAkan energi secara TEPAT?‘.

TUJUAN WORKSHOP

Workshop ini bertujuan untuk membantu mereka yang benar-benar ingin KELUAR dari belenggu yang merantai kehidupan. Belenggu SAKIT wang, SAKIT tidak dapat peluang niaga, SAKIT perniagaan tidak berjaya, SAKIT perhubungan tidak kekal lama & pelbagai SAKIT-SAKIT yang lain. Kami akan memastikan anda menjadi ORANG BARU selepas keluar dari bilik kuliah kami!

Workshop ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang perihal aura dari sudut saintifik dan apakah kesannya ke atas diri ANDA pada setiap hari. Anda juga berpeluang untuk mengetahui sebahagian dari sistem bio-energi manusia.

Buat yang berhajat, mulakan langkah anda dengan menyertai kami di sesi Workshop Reiki 360 – Tahap 1 dengan TAWARAN HARGA PALING NGETOP di PASARAN!

Yuran NGETOP – RM 360

Maklumat Workshop

Tempat   : Bilik Kuliah 1 IQBC

Alamat   : No 24C, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K, Seksyen 9 40100 Shah Alam, Selangor (Belakang Hotel Concorde)

Masa        : 10 pagi – 5 petang

* Sijil, Manual B. Melayu, Buku Nota akan disediakan

PERCUMA POSTER TEKNIK REIKI

- Team Terjah  IQBC Sdn Bhd -

017-333 2349

017-300 2349

Hubungi Segera Untuk Mendapatkan Tempat!

flyers-reiki-360-mac2010x500


Leave a Comment more...


Ulangtahun Istimewa IQBC ke-7

by on Apr.07, 2010, under Uncategorized

Tahun 2010 merupakan tahun ULANGTAHUN KE 7 buat InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd (IQBC). TAHUN INI TAHUN ISTIMEWA!!!

Sebagai MERAIKAN TAHUN ISTIMEWA bagi kami ini, IQBC sdn bhd dengan PENUH RENDAH HATI (dan BANGGA) ingin MENJEMPUT ANDA SEMUA untuk meraikannya dengan PENUH KESYUKURAN dan KEGEMILANGAN melalui suatu MAJLIS ISTIMEWA:

MENAMBAHKAN KEISTIMEWAAN pada SAMBUTAN TAHUN KE 7 ini, pada MALAM MAJLIS TERSEBUT.. kami dengan BESAR HATINYA (serta BUAT PERTAMA KALINYA) akan MENGADAKAN SEBUAH SEMINAR “PENDEDAHAN EKSKLUSIF RAHSIA NUMEROLOGI ISLAMIK” yang akan disampaikan oleh Dr Mir Hazil Azran Ramli (PhD- Human Bio-Energy) sendiri. Di dalam seminar eksklusif ini Dr Mir Hazil BAKAL BERKONGSI RAHSIA TARIKH-TARIKH ISTIMEWA 2010 UNTUK MEMBUKA KUNCI SUKSES ALAM DIRI. Ia PERTAMA SEUMPAMANYA!!!

[INFO: Dr Mir Hazil telahpun mengendalikan workshop-workshop NUMEROLOGI secara INTERPERSONAL sejak 2007 lagi SEBELUM  MANA-MANA WORKSHOP SEUMPAMANYA MUNCUL DI PASARAN. Beliau juga telah mengetengahkan PELBAGAI KAJIAN dan INFO ILMU perihal NUMEROLOGI ISLAMIK melalui penulisan-penulisanya di buku beliau "AURA PERSONALITI WARNA" (PTS - 2008),  Majalah Al-Islam (2007), Blog peribadi dan majlis-majlis ceramah undangan yang diterima beliau]

Maklumat Seminar :

Pendedahan Esklusif Numerologi Islamik & Kunci Rahsia SUKSES 2010

Pendedahan berani yang pertama kali oleh Dr Hazil Azran Ramli (salah seorang pewaris dan pengamal ilmu numerologi Islam) perihal “Numerologi Islam Dan Kunci Rahsia Kejayaan 2010?.Inilah kali pertama seumpamanya di Malaysia mahupun didunia telah dipersembahkan bagi memperkenalkan kepada masyarakat umum mengenai Numerologi Islam.

Jangan marah, jangan risau, jangan bimbang, bersyukur, rendah hati, jujur dan berbuat baik.Fahami dulu, jangan terus menghukum, hilangkan was-was, terokai ilmu luhur untuk menfaat diri, keluarga dan semua.

NUMEROLOGI Islamik adalah ILMU MEMAHAMI SIFAT ANGKA atau NOMBOR menerusi KACAMATA ISLAM. Walaupun ia bukanlah ilmu KHUSUS, ia banyak dibicarakan oleh ahli-ahli FALAQ (ASTRONOMI ISLAM) terutamanya dalam menetukan PENTARIKHAN. Memahaminya umpama MEMBONGKAR RAHSIA HUBUNGAN INSAN DENGAN PENCIPTANYA.. Pasti ada RAHSIA dalam RAHSIA mengapa ianya diilhamkan kepada manusia.

Ilmu NUMEROLOGI ISLAMIK bakal membongkar RAHSIA ALAM DIRI yang TERSEMBUNYI. Kita telahpun ‘hidup’ di dalamnya TANPA kita FAHAMI dan SEDARI. Kini adalah masanya untuk kita ‘MELIHAT RAHSIA YANG TERPENDAM ITU’.

Apa yang bakal anda pelajari dan fahami ?

1. Apa itu Numerologi ? Pentarikhan ? Menetapkan sesuatu tarikh?
2. Apa itu Numerologi Islam ? Pentarikhan Dalam Islam ? Islam dan Nombor ?
3. Sejarah Numerologi Islam ? Ibnu Khaldun salah seorang pakar numerologi.
4. Numerologi Umum / Rahsia Tarikh Lahir yang boleh memesong Aqidah.
5. Rahsia Bulan Hijrah
6. Menukar “Software Diri” dari Masihi ke Hijrah
7. Tarikh Istimewa dalam Kalender Islam / Hijrah
8. Kekuatan Tahun Hijrah
9. Mengenal Potensi Diri dari kacamata tahun Hijrah

INGAT!! INI BUKAN HANYA MAJLIS ILMU (SEMINAR).. IA JUGA ADALAH MAJLIS MAKAN MALAM ISTIMEWA IQBC sdn bhd!!!


Apa yang anda bakal perolehi ?

  1. Pengisian dan penambahan ilmu – Pendedahan Esklusif Numerologi Islam Dan Kunci Rahsia Kejayaan 2010 oleh Dr Hazil Azran Ramli
  2. Hadiah Pintu atau Door Gift yang anda akan kenang dan ingat buat selamanya
  3. Makan malam esklusif secara buffet di hotel Grand BlueWave Shah Alam
  4. Malam persembahan oleh Kumpulan Picha-picha, Pentomin
  5. Pertandingan Baju Tema “Arabian Night”
  6. Cabutan bertuah dan cabutan bertuah utama
  7. Perjalanan “Kembara Hijrah 1001 Malam” – Tips kejayaan, kekayaan, kesejahteraan dan kesihatan.

Aturcara Majlis:

  1. Pendaftaran Peserta
  2. Sebaik Pintu Utama di buka mulalah perjalanan “Kembara Hijrah 1001 Malam diiringi audio video dan juga live band.
  3. Setiap peserta akan di bawa ke meja masing-masing.
  4. Kata-kata aluan dan penerangan
  5. Majlis Makan Malam di iringi irama lagu dan juga persembahan
  6. Acara Kemuncak Majlis – Pendedahan Esklusif Numerologi Islam Dan Kunci Rahsia Kejayaan 2010
  7. Sesi Tafakur dan muhasabah diri.
  8. Persembahan Dan Pentomin – Buffet di buka kembali.
  9. Cabutan Bertuah
  10. Majlis Graduasi Juruterapi Reiki Bio energi (batch 3) 2009-2010
  11. Majlis Bergambar
  12. Bersurai.

JANGAN BERLENGAH LAGI!!! TEMPAT TERHAD!!! TEMPAH KERUSI ANDA HARI INI..

BONGKAR RAHSIA SUKSES DIRI SAMBIL BERHIBUR…

Perkara : Seminar Pendedahan Esklusif Numerologi Islam Dan Kunci Rahsia Kejayaan 2010 & Termasuk Sekali “Jamuan Makan Malam Bertema “Kembara 1001 Malam”
Tarikh: Sabtu 15hb Mei 2010
Waktu: 7:00 malam hingga 12:00 malam
Tempat: Hotel
Grand BlueWave Shah Alam
Tema Pakaian : Pakaian ‘Padang Pasir
‘ (ARABIAN NIGHT)

Harga Tiket Perseorangan: RM150 seorang – termasuk seminar/pengisian ilmu, makan malam buffet, persembahan, door gift istimewa, cabutan bertuah dan lain-lain.

HARGA INI SAH untuk tempahan dan bayaran sebelum 15hb April 2010.Dan untuk pasangan/isteri/suami boleh dapatkan harga RM120 seorang. Harga selepas 15hb April 2010 adalah RM180 seorang dan pasangan pula RM150.

Harga Tiket Tempahan Meja: RM1200 satu meja untuk 10 orang – termasuk seminar/pengisian ilmu, makan malam buffet, persembahan, door gift istimewa, cabutan bertuah dan yang lain. Harga ini sah untuk tempahan dan bayaran sebelum 15hb April 2010.Harga selepas 15hb April 2010 adalah RM1500 satu meja.

Tempah tempat anda sekarang! Ajak sahabat handai dan kawan-kawan tempah satu meja! Belajar Ilmu Numerologi Islam, Jangan terpengaruh dengan dakyah numerologi yang memesongkan. Belajar ilmu, bergembira dan nikmati santapan rohani dan jasmani serta alunan muzik yang menyegarkan jiwa.

Manfaatkan hidup anda dengan Ilmu… Rugi jika anda lepaskan peluang keemasan ini.

Hadirkan diri anda di sana!!! …..

Team TERJAH -  IQBC Sdn Bhd

1 Comment more...

Seputar Sesi Konsultasi Aura

by on Apr.05, 2010, under Aura, Info Kursus, Promo Terkini

Sesi konsultasi aura merupakan sesi yang tersangat peribadi. Segala kupasan maklumat peribadi pelanggan adalah perkara yang diklasifikasikan sebagai SULIT. Ini merupakan perkara yang harus diketahui dan difahami oleh pelanggan sebelum memasuki bilik konsultasi. Walaubagaimanapun, pelanggan BERHAK untuk membawa teman jika temannya itu merupakan seseorang yang rapat dengannya ataupun seseorang yang dipercayai.

Sesi konsultasi ataupun diagnosis secara keseluruahnnya merupakan sesi untuk mengukur tahap TENAGA yang terdapat pada manusia.

Imbasan akan mengambil masa sekitar anggaran kurang dari 5 minit sahaja dan keputusan warna aura akan terpapar di skrin monitor komputer. Imbasan ini akan dilakukan menggunakan peralatan Aura Bio-Sensor.

Apa itu Aura?

Sebelum memulakan kupasan, pelanggan akan diterangkan dengan sedikit fakta secara umum berkenaan aura dan sistem bio-energi manusia. Ini untuk memudahkan pelanggan untuk memahami kupasan yang akan diterangkan selanjutnya.

Perkara pertama yang akan dikupaskan adalah berkenaan aura personaliti pelanggan. Terdapat beberapa perkara yang akan diperiksa seperti warna aura, saiz aura dan masalah kebocoran aura.

Warna Aura

Warna aura yang terang dan bersinar menunjukkan keadaan yang bagus, manakala warna yang suram dan keruh menunjukkan terdapat permasalahan dan radiasi. Aura personaliti pelanggan juga telah dapat ditentukan sama ianya tergolong dalam warna sejuk atau panas. Penerangan tentang aura personaliti pelanggan telah memasuki fasa pertama.

suram

Contoh warna aura yang suram pada bahagian kiri tubuh

Saiz Aura

Faktor ini memainkan peranan penting. Saiz 50% ke atas menunjukkan saiz yang bagus dan 50% ke bawah menunjukkan terdapat permasalahan. Pelanggan akan diterangkan berkenaan FUNGSI AURA sebagai sebahagaian dari mekanisma pertahan atau perisai halus pada tubuh.

saiz

Masalah Kebocoran Aura

Kebocoran aura boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Contoh punca kobocoran aura dari faktor dalaman adalah disebabkan dari gelombang perasaan / pemikiran negatif seseorang itu sendiri. Dengan bahasa mudahnya ’seseorang itu dengan sendirinya ”membuka laluan” untuk energi negatif masuk ke dalam lingkaran medan tenaganya (aura)’. Ini kerana aura juga memainkan peranan sebagai magnet selain dari perisai halus. Contoh kebocoran aura dari faktor luaran pula adalah disebabkan oleh pendedahan terlalu lama dengan peralatan yang menghasilkan Electro Magnetic Field yang tinggi. Sebagai contohnya komputer, telefon bimbit, pencawang penjana elektrik dll.

bocor

Contoh lapisan aura yang mengalami kebocoran pada bahagian atas kepala.

Pusat Tenaga (Chakra)

Seterusnya kupasan berkenaan pusat tenaga akan dilakukan. Pelanggan sekali lagi akan diterangkan secara umum tentang segala fungsi chakra dan kaitannya aura, sistem kelenjar (kelenjar menghasilkan hormon dan hormon memberi kesan ke atas fizikal serta psikologi manusia) dan juga sistem bio-energi manusia. Antara perkara yang diberi perhatian adalah seperti tahap peratus tenaga pada chakra, saiz dan bentuk chakra, warna chakra serta peratus keseluruhan tahap aura dan chakra.

Tahap Peratus Tenaga Pada Chakra

peratusPelanggan akan dapat mengetahui secara jelas tentang tahap peratusan tenaga yang terdapat pada chakranya. Diagnosis hanya akan memberi penumpuan pada peratus tenaga yang rendah.

Tahap 30% ke bawah merupakan peratusan yang rendah dan sememangnya terdapat masalah baik secara fizikal mahupun psikologi. Perlulah diketahui bahawa diagnosis ini tidak bertujuan memberikan nama jenis penyakit tetapi ianya lebih menjurus ke arah mengenalpasti zon yang mempunyai masalah. Zon ini diwakili oleh satu chakra. Chakra ini mewakili sistem fizikal serta faktor psikologi. Kebiasaannya pada tahap 30% ke bawah ini seseorang itu mempunyai masalah-masalah pada tubuh fizikal dan psikologi.

Tahap 60%, 50% dan 40% merupakan peratusan tahap sederhana, namun ianya masih belum didalam kategori ’selamat’. Ini kerana manusia pada abad ini terdedah dengan begitu banyak radiasi buatan sendiri, corak pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat – kurang bersenam dll.

Tahap 70% hingga 100% merupakan tahap peratusan yang paling ideal. Untuk mendapatkan tahap peratusan yang tinggi seperti ini, seseorang itu harus mengekalkan corak pemakanan yang seimbang lagi menyihatkan, gaya hidup yang sihat dan mengamalkan senaman sebagai rutin harian.

Bentuk Chakra

Bentuk yang terdapat pada chakra juga turut dianalisa dan melalui teori menyatakan bahawa bentuk chakra yang sihat adalah bulat seperti roda. Jika terdapat chakra yang mempunyai bentuk yang selain dari bulat, kemungkinan besar chakra tersebut mengalami masalah atau stres dari konteks energi. Samada mengalami lebihan energi ataupun kekurangan energi. Perubahan bentuk adalah berkemungkinan dari hambatan tenaga yang berlaku.

bentuk

Warna Chakra

Pada asasnya warna chakra ada seperti :

Chakra Dasar (Base) – Merah
Chakra Emosi (Sacral) – Jingga
Chakra Sukses (Solar Plexus) – Kuning
Chakra Jantung (Heart) – Hijau
Chakra Komunikasi (Throat) – Biru
Chakra Sensual (Third Eye) – Indigo
Chakra Spiritual (Crown) – Violet

Jika terdapat perubahan pada warna chakra contoh : chakra jantung (hijau) berubah kepada warna biru menunjukkan chakra tersebut mengalami stress dari konteks tenaga.

Seterusnya pelanggan akan diberikan nasihat serta tips penjanaan aura dan chakra yang mana ianya juga merupakan perkara yang pelanggan HARUS TAHU demi untuk mencapai tahap kesihatan yang seimbang baik dari segi fizikal mahupun psikologikal.

Artikel oleh Master Lutfi

1 Comment more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!