Reiki 7Chakra

Archive for February, 2010

Bicara Reiki : Attunement a.k.a Penyelarasan Energi

by on Feb.23, 2010, under Aura

reiki_Full

Reiki merupakan satu ilmu yang cukup unik. Keunikan ini telah meletakkan Reiki setaraf dengan ‘ilmu hikmah’ yang lain. Keunikan Reiki juga terletak pada attunement atau penyelarasan energi. Seseorang itu boleh mempelajari / mendapatkan maklumat berkenaan Reiki melalui pembacaan, google, sembang-sembang dengan pengamal.. tetapi masih tidak dapat mempraktikkan / melakukan Reiki kerana tidak mendapat attunement. Attunement boleh dilakukan dengan penuh langkah tertib sehingga ke paling ‘sempoi‘ seperti berjabat tangan.. Di MIR pelajar akan diberi attunement secara penuh tertib.

Attunement merupakan perkara yang harus dirasai oleh setiap pelajar Reiki, ianya adalah mekanisma PENTING dalam menjadi seorang pengamal Reiki. Attunement atau Penyelarasan Energi diperlukan kerana dengan attunement, pusat tenaga (chakra) akan diselaraskan dan  dibersihkan dari tumpukan energi yang kotor, merungkai hambatan fizikal, minda, emosi dan energi. Penyelarasan energi bukanlah gerakkerja membuka pusat tenaga, tetapi ianya lebih kepada gerak kerja ‘adjustment‘.

Dengan mendapat attunement,  hambatan tenaga yang ada pada seseorang itu juga secara tidak langsung akan dibersihkan dan attunement seperti ini dinamakan sebagai Healing Attunement. Teknik ini akan dipelajari pada tahap Reiki Master. Penyembuhan merupakan satu proses gerak kerja tenaga dan ianya turut terikat dengan faktor masa, tahap kestabilan energi, ritma tubuh dan tahap psikologi. Dengan mendapatkan attunement sekurang-kurangnya mampu untuk ‘melegakan’ sebahagian TEKANAN BERAT yang telah lama menumpuk pada jaluran dan pusat tenaga.

Haruslah diketahui bahawa selepas mendapatkan attunement seseorang itu tidak akan menjadi pandai, hebat, atau kuat secara serta-merta. Saya ulangi, attunement merupakan proses PENYELARASAN TENAGA. Ramai yang beranggapan dengan mendapat attunement (contohnya attunement Reiki tahap 1 hingga Master dalam 1 hari) maka akan menjadi  akan menjadi hebat. Manusia akan menjadi HEBAT dengan MENGHAYATI dan MEMAHAMI apa yang anda lakukan. Walaupun telah mendapat attunement, seseorang itu masih perlu belajar dari pejalanan pengalaman sendiri serta orang lain.

Attunement juga boleh dilakukan secara jarak jauh. Di MIR, attunement jarak jauh hanya akan diberikan hanya kepada mereka yang pernah mempelajari Reiki Tahap 1 & 2 sebagai syarat ini kerana mereka PERNAH mendapat attunement serta MERASAINYA secara hadir diri atau jarak dekat. Contoh untuk attunement jarak jauh adalah attunement Nur Reiki Salam Tahap Lanjutan.

Syarat untuk melakukan attunement adalah – attunement hanya boleh dilakukan oleh Master Reiki sahaja. Untuk menjadi Master Reiki seseorang itu perlu mandapat penyelarasan tenaga terlebih dahulu.

highres_7625818

Master Lutfi

1 Comment more...

Pengisian Tambahan – Kursus Reiki Tahap Master

by on Feb.18, 2010, under Aura, Info Kursus, Promo Terkini

Kursus Reiki Tahap Master kini kembali lagi.

Tarikh : 27 & 28 Feb 2010

Tempoh : 2 hari

Pada tahun 2010 kursus Reiki Tahap Master hanya akan diadakan dua bulan sekali. Kursus yang sebelum ini hanya diadakan 1 hari kini telah dijadikan 2 hari dan terdapat pengisian tambahan pada hari kedua, semua ini disediakan untuk memberikan yang TERBAIK. Yuran tidak dinaikkan dan kekal dengan harga lama iaitu RM 1,800.00.

Pengisian tambahan itu berupa sesi jawab soal berupa ujian bertulis dan praktikal secara perbincangan. Terdapat 2 ujian yang memang GEMPAQ dan ujian itu hanya TERDAPAT di IQBC, ujian itu adalah

  1. Ujian Deria ke 6
  2. Ujian Tahap Psychic

Ujian yang ke 3 dirahsiakan.

Kepada para Master Reiki kelahiran IQBC yang ingin mengetahui Tahap Deria ke 6 dan apakah tahap Psychic anda, IQBC menjemput para Master untuk menyertai kursus ulangan dan dapatkan ujian itu. Ujian ini hanya dikeluarkan pada tahap Master dengan beribu harapan agar para Master memahami POTENSI SEBENAR DIRI, kami hanya membantu untuk mengenalpasti tahap kemampuan, anda yang MENGOLAHNYA!

world healers

Yuran kursus ulangan hanya RM 300.00 dan dengan nilai ini anda layak untuk menduduki ujian serta layak mendapat re-attunement tahap  Master secara PERCUMA.

Rebut peluang ini!!

Walaupun hanya 2 bulan sekali, elakkan dari menjadikan ia sebagai alasan!!

Seperti biasa, makan dan minum turut disediakan.

Untuk maklumat lanjut hubungi 017-333 2349. Urusan secara online boleh dilakukan disini – 7chakra E-shop

HF_WeWantYou

Leave a Comment more...

Kursus Numerologi Energi Masihi (YANG) & Hijrah (YIN)

by on Feb.06, 2010, under Info Kursus, Promo Terkini

Salam,

Pengumuman, pengumuman…

Berita gempar!!

Kursus Numerologi Islamik akan diadakan pada bulan Mac akan datang. Kepada mereka yang sebelum ini terlepas / tak cukup duit / tak punya masa sila beri perhatian!!

Remark tarikh ini – 27 & 28 Mac 2010 / Yuran RM 900.00Potongan Harga sebanyak RM 200.00

Kursus Numerologi Islamik ini  akan anda pelajari hanya di IQBC, jika anda “pernah” belajar Numerologi Islamik diluar sana, kami teramat meragui kenyataan itu kerana ‘ILMU’ ini hanya ada di IQBC. Pendek kata, Numerologi Islamik memang tiada di tempat lain.. Kalau hendak tahu bagaimana cara kira? Bagaimana kaitannya? Apakah kesannya? dan pelbagai lagi soalan, anda digalakkan untuk menduduki kursus ini. Segala-galanya adalah P & C.. Kalau nak tahu, sila sertai kursus ini, baru anda layak TANYA 1000x SOALAN! Haha..

Ini kerana segala-galanya akan diberikan kepada anda tanpa sebarang kompromi dan juga secara X-KLUSIF dari kami untuk anda!! Apa guna belajar sekadar asas tetapi kemudiannya tidak faham? Mari belajar terus ke tahap lanjutan dan belajar lagi apakah rahsia (punca kuasa) yang ada disebalik tarikh-tarikh hijrah. Tuhan tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia MELAINKAN anda sendiri yang menjadikan ia sia-sia.

SunFlower.sized

Apakah rahsia yang ada pada hari ini? Maksud saya dari kiraan bulan hijrah.. Pasti ramai yang tergagap kerana ‘software’ masing-masing menggunakan ‘software’ masihi. Sayang kerana ramai numerologis diluar sana hanya cekap mengupas potensi dari sudut energi matahari (masihi / yang)… Oooops jangan terguris, ini adalah kenyataan. Pilihan / peluang untuk mendapatkan cara BARU / SEGAR telah datang dan bersedia untuk anda REBUT. Hanya mereka yang HEBAT akan mencari YANG TERHEBAT.

Pedulikan apa orang nak kata, ilmu numerologi ini adalah ilmu ramalan la, ilmu tilik la, mereka itu umpama itik yang marahkan ayam…

Jika anda ingin mengubah kehidupan anda, Numerologi ada menyediakan kaedah yang cukup tersendiri lagi unik. Unik bermaksud lain dari yang lain, juga bermaksud sesuatu yang beza.. Nah, jalan penyelesaian yang akan anda dapati adalah merupakan sesuatu kaedah yang UNIK. Hanya orang biasa yang gemarkan ilmu biasa.. Adakah anda orang yang biasa-biasa? Hah..

Ilmu Numerologi Islamik tidak diijtihadkan untuk menandingi numerologi masihi, tetapi adalah untuk melengkapkan teknik kiraan dan sudut kupasan. 2 bacaan (masihi + hijrah) dicampur menjadi 1 kupasan (solusi). Ini yang akan anda pelajari. Ini adalah sesuatu yang amat hebat!

HF_WeWantYou

Jumpa anda pada 27 & 28 Mac 2010!!

p /s : Kami menerima bayaran deposit RM 400.00 untuk anda mendapatkan tempat, booking sekadar meletakkan nama tidak akan dilayan oleh pihak IQBC, harap maklum

Lutfi.

4 Comments more...

HU knows HU cares – Seputar kursus Reiki Tahap Lanjutan

by on Feb.02, 2010, under Promo Terkini

Tarikh : 30 & 31 Jan 2010

Tempat : Bilik Seminar 1 IQBC

Kursus pada kali ini dihadiri oleh peserta yang hebat, ada Master Chi Qung, ada pengamal Silat, ada Datin & ada ahli perniagaan yang tidak kurang hebatnya. Masing-masing mempunyai latar belakang yang amat berlainan lagi unik. Kesemuanya dikumpulkan / ditemukan dalam majlis ilmu ini.

Ilmu /tips baru yang dapat peserta kali ini pelajari / ketahui adalah berkenaan ‘Qarin’.. Topik yang sangat menarik!! Kalau nak tahu apa yang dipelajari.. silalah masuk kursus ini kerana segala yang dipelajari adalah ‘p & c’..

SAM_1353

SAM_1354

Dengan jumlah peserta yang minima, kualiti ilmu yang disampaikan akan menjadi lebih EKSKLUSIF & BERNILAI TINGGI..

SAM_1356

SAM_1359

Para peserta sedang memberikan penumpuan 100%!!

Masih sempat lagi para peserta menanyakan soalan-soalan 'cepu emas'.. Amat beruntung mereka.. bijak menggunakan peluang!

Masih sempat lagi para peserta menanyakan soalan-soalan 'cepu emas'.. Amat beruntung mereka.. bijak menggunakan peluang!

Datin Hasnah & Mahfuzah - seronok dapat nota lengkap!!

Datin Hasnah & Mahfuzah - seronok dapat nota lengkap!!

Kembar Dr. Azizan yang terlepas ke IQBC.. Haha.. Jangan marah ya En. Fauzi, ingat prinsip pertama Reiki..

Kembar Dr. Azizan yang terlepas ke IQBC.. Haha.. Jangan marah ya En. Fauzi, ingat prinsip pertama Reiki..

"Layan tido jap ok ni..."

"Layan tido jap ok ni... perut dah penuh.."

Ini dia Qi Gong Master yang banyak ilmu didadanya.. En Zul : "Harap-harap Reiki adalah ilmu terakhir yang saya belajar..". IQBC : "Appiled Kinesiology ada lagi... haha"

Ini dia Qi Gong Master yang banyak ilmu didadanya.. En Zul : "Harap-harap Reiki adalah ilmu terakhir yang saya belajar..". IQBC : "Appiled Kinesiology tak belajar lagi... haha"

En. Rasy : "Hmmmm.. apa lagi nak ditanya ni???" - Pakar soalan cepu emas

En. Rasy : "Hmmmm.. apa lagi nak ditanya ni???" - Pakar soalan cepu emas

Sesi 'tips tambahan' - cara alin telur

Sesi 'tips tambahan' - cara alin telur

Hah.. tonyoh kuat-kuat

Hah.. tonyoh kuat-kuat

Dari kiri : En. Rasy, En. Zulhaidi, En. Fauzi, Dr. Mir Hazil, Cik Mahfuzah, Datin Hasnah & Master Nazree

Dari kiri : En. Rasy, En. Zulhaidi, En. Fauzi, Dr. Mir Hazil, Cik Mahfuzah, Datin Hasnah & Master Nazree

1 Comment more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!