Archive for January, 2010
Mari belajar Reiki bersama Reiki Chapter Leader
by Admin on Jan.30, 2010, under Promo

Kursus Reiki Tahap 1 & 2
Tempat : Bilik Seminar 1, No 24b, Jln Tengku Ampuan Zabedah K, 40100 Seksyen 9 Shah Alam, Selangor (belakang Hotel Concorde)
Yuran : RM 1,500.00 (sila rujuk poster di atas)
Deposit : RM 500.00
Masa / tempoh : 10 pg – 5 ptg / 2 hari (sabtu & ahad)
Tarikh : 6 & 7 Februari 2010
Fasilitator : Dr Mir Hazil Azran Ramli (Reiki Chapter Leader)
Promosi / Tawaran Hebat :
# 1 – Kursus ulangan Reiki Tahap 1 & 2 sebanyak 3x secara PERCUMA
# 2 – Re-attunement Reiki Tahap 1 & 2 secara PERCUMA
# 3 – Laporan penuh 24 muka surat Foto Aura secara PERCUMA
# 4 – Poster Teknik Reiki secara PERCUMA
# 5 – Keahlian selama 1 tahun secara PERCUMA
Ayuh sertai kursus ini, tawaran SEHEBAT ini anda tidak akan dapat ditempat lain dan kami sememangnya akan memberikan YANG TERBAIK untuk para peserta.
Rasai sendiri ‘pengalaman sewaktu menerima Reiki Attunement‘.. Anda akan rasai kelainan dari attunement reiki yang lain..
Kursus akan dikendalikan secara penuh oleh Reiki Chapter Leader iaitu Reiki Master Teacher – Dr. Mir Hazil Azran Ramli.
Jadilah yang TERHEBAT dari YANG TERHEBAT!!
Kursus Reiki TERHEBAT hanya akan anda rasai di IQBC!!
Pembayaran deposit melalui pemindahan akaun – Bayar kepada : Innergy Quest Bio Concept – Akaun Maybank : 5121 0141 0391 atau terus sahaja ke tempat kami.
Bicara Reiki: 4 Perkara Yang Saling Memerlukan
by Admin on Jan.24, 2010, under Promo

Reiki secara umumnya adalah merupakan seni / teknik rawatan / penyembuhan yang cukup mudah untuk dilakukan. Ianya tidak memerlukan sebarang peralatan bantuan / sokongan. Pengamal hanya perlu meletakkan telapak tangan ke bahagian tubuh yang hendak dirawat. Apa yang perlu hanya melakukan rawatan dalam keadaan tenang walaupun dalam keadaan yang mencemaskan. Cukup mudah.
Walaubagaimanapun, tenaga alam yang hendak digunakan ini merupakan tenaga halus dan melalui latihan secara berterusan, pengamal dapat MERASAI / MENGENALPASTI aliran tenaga ini. Terdapat 4 perkara yang saling memerlukan dalam menjadi pengamal Reiki.
#1 – Ilmu
- Pertamanya adalah Ilmu Reiki itu sendiri. Pengamal perlu mendalami apa itu Reiki secara teori.
- Keduanya adalah perkara yang berkaitan dengan Reiki. Terdapat banyak perkara yang mempunyai kaitan dengan Reiki samada secara langsung ataupun tidak. Sebagai contohnya Ilmu Tenaga Hayat, ianya bukanlah Ilmu Reiki, akantetapi ianya mempunyai kaitan yang amat ketara dengan ilmu Reiki. Dari sudut kehidupan seharian juga terdapat beberapa kaitannya dengan ilmu Reiki.
- Ilmu juga boleh didapati melalui perkongsian maklumat pengalaman bersama rakan-rakan yang sealiran.
- Di Malaysia ini Reiki dapat dipelajari dengan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh IQBC. lmu merupakan perkara penting dalam semua perkara. Di dalam menjadi Pengamal Reiki, ilmu banyak memainkan peranannya.
#2 – Pengijazahan Reiki
- Pengijazahan (attunement) atau Penyelarasan Tenaga amat diperlukan dalam mempraktikkan ilmu Reiki. Di sini terletaknya KEUNIKAN ilmu Reiki itu.
- Tanpa pengijazahan, ilmu Reiki tidak dapat dipraktikkan. *
- Pengijazahan bukan bererti “membuka chakra” kerana chakra manusia sememangnya sejak dari lahir telah saling ‘buka dan tutup’ secara fitrahnya.
- Perlulah diketahui bahawa setelah mendapat pengijazahan, seseorang itu masih perlu belajar teori Reiki sehingga benar-benar faham agar tidak keliru.
#3 – Pengalaman
- Kebijaksanaan datang melalui pengalaman. Reiki juga tidak terlepas dari pengalaman pengamalnya.
- Dengan beramal, pengalaman akan terbina secara sendirinya.
- Pengalaman seseorang pengamal juga berbeza-beza.
- Pengalaman mengajar pengamal untuk menjadi lebih baik dari yang terbaik.
- Pengalaman merupakan GURU yang akan bersama anda sehingga ke akhir hayat.
# 4 – Menjiwai
- Ini merupakan aspek yang PALING penting didalam menjadi Pengamal Reiki malah didalam semua perkara / hal sekalipun. Melakukan sesuatu perkara dengan MENJIWAINYA adalah lebih bermakna. Perbuatan yang dihadirkan bersama jiwa akan menghasilkan sesuatu yg HIDUP.
Keempat perkara di atas adalah saling memerlukan. Terdapat juga perkara lain yang boleh digunakan bersama… Nantikan artikel selanjutnya dalam tajuk BICARA REIKI. Jumpa lagi..
Aura pelajar Reiki Jan 2010
by Admin on Jan.12, 2010, under Promo
Salam Aura,
Seperti yang kami janjikan para pelajar / peserta kursus Reiki anjuran IQBC akan mendapat laporan penuh 24 muka surat Foto Aura. Di bawah adalah wajah-wajah berAURA pelajar Reiki. Foto aura mereka diambil selepas mereka menerima Pengijazahan Reiki Tahap 1. Mari kita kenali aura mereka….

Nama : Ali Fauzi Bin Kasbullah
Jawatan / Kerjaya : Ahli perniagaan
Aura : Hijau

Nama : Zainal Isham Bin Yusof
Jawatan / Kerjaya : Ahli perniagaan Internet
Aura : Hijau

Nama : Norashikin Mat Jana
Jawatan / Kerjaya : Ahli perniagaan Internet
Aura : Hijau

Nama : Noraini Sengit
Jawatan / Kerjaya : Pengurus Pemasaran
Aura : Putih

Nama : Anis Haziqah Binti Ahmad Halil
Status : Pelajar
Aura : Jingga
Laporan aura diberikan agar para pelajar / peserta dapat mengkaji diri sendiri dengan lebih dalam dan ini memberikan mereka input tambahan selain dari ilmu sewaktu sesi kursus berjalan.. Bagaimanapula aura untuk pelajar bulan Februari? Kita tungguuuuuuu… yosh!!
Sekitar Kursus Reiki 9 & 10 Jan 2010
by Admin on Jan.11, 2010, under Promo
Salam Aura Kedamaian,
Alhamdulillah kami ucapkan kepada Allah s.w.t, di atas keizinan-Nya maka kursus pada awal tahun 2010 ini berjalan serta berakhir dengan lancar, baik dan cool. Peserta kursus kali ini datangnya dari pelbagai latarbelakang, mencari dan mencari dan akhirnya dikumpulkan dalam satu majlis ilmu anjuran kami.
Energi yang dimiiki oleh para peserta kali ini amat SOLID dan bersifat YANG. Reiki adalah satu seni ataupun teknik penyembuhan dan didalam mempelajari Reiki, peserta akan didedahkan mengenai beberapa subjek / tajuk utama iaitu
- SISTEM BIO-ENERGI MANUSIA yang merangkumi perihal AURA, CHAKRA, KUNDALINI & MERIDIAN
- Pernafasan dan Meditasi / Tafakur
- Perihal otak & MINDA
- Teknik-teknik Reiki Tahap 1 & 2
Seperti biasa, pada awal permulaan kursus Dr. Mir Hazil akan memberikan muqadimah berupa kupasan tarikh 09012010 & 10012010 berdasarkan ilmu numerologi. Kami di IQBC mendoakan KEJAYAAN untuk para pelajar tahun 2010.
“May the universal energy be with you”.. Kita layan gambar-gambar dibawah..
Sekitar majis ilmu….




Sekitar sesi tafakur dan pengijazahan Reiki…

Sekitar sesi praktikal…








Sekitar sesi bergambar…


