Reiki 7Chakra

Archive for December, 2009

Tawaran Hebat untuk Peserta Kursus Reiki pada 9 & 10 Jan 2010

by Admin on Dec.23, 2009, under Info IQBC, Promo

kursus rt1 & rt2

Iklan di atas adalah TAWARAN HEBAT kami pada tahun 2010. Peserta akan MENIKMATI NILAI TAMBAH yang mana ianya untuk MEMASTIKAN peserta akan benar-benar FAHAM akan teori dan pratikal ilmu Reiki dan perkara yang berkaitan dengan Reiki. Nilai tambah yang kami TAWARKAN adalah seperti :

Nilai Tambah #1

  • Kursus Ulangan Reiki Tahap 1 & 2 sebanyak 3x secara PERCUMA bernilai RM 600.00 (RM 200.00 x 3)

  • Tujuan UTAMA peluang ini diberikan kepada pelajar agar dapat memahami Reiki secara lebih mendalam. Walaupun hanya kursus ulangan Reiki Tahap 1 & 2, para PENCARI ILMU pasti akan mendapat ilmu / tip tambahan kerana salah satu keunikan Reiki adalah perkara yang BERKAITAN dengan ilmu Reiki.

  • Semoga dengan usaha ini dapat melahirkan pelajar / pengamal Reiki yang lebih BERKUALITI / BERILMU pada tahun 2010 (Tahun 2010 adalah tahun API = KEROHANIAN / KEJIWAAN)

Nilai Tambah #2

  • Re-attunement‘ untuk 1x dalam tempoh 3 bulan kursus ulangan secara PERCUMA bernilai RM 100.00

  • HADIAH dari Dr. Mir Hazil Azran Ramli selaku Reiki Master Teacher.

  • Untuk memastikan keadaan pusat tenaga yang telah diselaraskan sebelum ini berada pada tahap OPTIMUM.

Nilai Tambah #3

  • Laporan Penuh ANALISIS AURA DIRI 24 muka surat secara PERCUMA bernilai RM 150.00

  • Laporan ini disediakan untuk memudahkan pelajar untuk mengenal dan menganalisis aura diri sendiri.

  • Ditempat lain TIADA peluang sebegini!!

Nilai Tambah #4

  • Poster Teknik Reiki ‘Hands On’ Tahap 1 & 2 secara PERCUMA bernilai RM 38.00
  • Memudahkan pelajar untuk melatih diri

Nilai Tambah #5

  • Keahlian selama 1 tahun secara PERCUMA bernilai RM 30.00
  • Dapat diskaun untuk produk-produk kami

Fasilitator : Dr. Mir Hazil Azran Ramli – Phd Human Bio-Energy, Reiki Master Teacher, Presiden Reiki Malaysia, Penulis buku Aura Penyembuhan Reiki & Aura Personaliti Warna.

Tempat : Bilik Seminar 1, No 24b, Jln Tengku Ampuan Zabedah K/9 K, Seksyen 9 40100, Shah Alam

Tarikh : 9 & 10 Januari 2010

Yuran : RM 1,500.00

Deposit : RM 500.00

Tempoh : 2 hari

Masa : 10 pg – 5 ptg

Sijil, Nota Catitan, Manual Reiki akan diberikan kepada peserta

Kemudahan : Makan minum turut disediakan untuk pagi, tengah hari dan petang.

Dah habis?

Ada lagi!!!

Diskaun 20% untuk yuran akan diberikan kepada mereka yang membuat pembayaran penuh atau deposit sebelum 30 Disember 2009.

Yuran hanya RM 1,200.00 sebelum 30 Disember 2009

Untuk pembayaran penuh atau deposit ;

Kepada : Innergy Quest Bio Concept

No. akaun : 5121 0141 0391

Akaun : Maybank

Hubungi kami selepas membuat pembayaran untuk PENGESAHAN.

Leave a Comment more...

Kursus Analisis Kod Tarikh Kelahiran kembali lagi!

by Admin on Dec.12, 2009, under Promo

SolSysPhases

Alam ini tidak dijadikan dalam keadaan HAMPA, KOSONG atau TIADA ERTI. Alam ini dijadikan penuh dengan kepelbagaian WARNA, ATURCARA serta HUKUM-HAKAM. Semua ini mempunyai maksud  dan makna yang perlu diakses. Di dalam  dunia ini terdapat pelbagai PETUNJUK yang boleh dikenal pasti atau KOD yang boleh diakses oleh setiap individu. Untuk MERUNGKAI KOD atau MEMAHAMI PETUNJUK ini, seseorang itu perlulah memiliki ILMU yang TEPAT. Ilmu ini merupakan gabungan dari pelbagai cabang ilmu iaitu Ilmu Metamatika, Psikologi Tingkah Laku, Feng Shui, Ilmu Falak, Ilmu Hukum Keseimbangan atau Pasangan dll. Ianya diibaratkan sebagai KUNCI kepada SUKSES. Dengan Teknik ini, seseorang itu akan memiliki ANAK KUNCI KEJAYAAN.

Persoalan yang utama – Apa yang hendak dibuat dengan ANAK KUNCI KEJAYAAN itu?

Sebelum itu, mari kita fahami dahulu ‘perkara apa yang harus difahami’. Kunci itu harus digunakan dalam membuka akses kepada KOD-KOD RAHSIA yang tersembunyi di dalam tarikh lahir. Dengan merungkai KOD ini, seseorang itu mampu :

  • Melakukan LONJAKAN PARADIGMA diri
  • Memecah KEBUNTUAN PERMASALAHAN
  • Memahami PETUNJUK ALAM
  • Membaca ZON permasalahan pada tubuh fizik
  • Mencari KESERASIAN dalam membina hubungan sosial, keluarga dan kerjaya
  • Memahami KEKUATAN DIRI dari sudut mental, emosi dan rohani
  • Malah MAMPU untuk menjadi PENYELESAI MASALAH a.k.a ‘Problem Solver’ kepada setiap permasalahan yang datang

Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu : Ananlisis Tarikh Lahir – Numerologi. Selain dari teori dan falsafah, ilmu ini mengandungi ribuan teknik yang boleh dipelajari, diolah, diterokai dan dipraktikkan. Semuanya berdasarkan kreativiti. Mengapa kreativiti? Ini kerana dengan kreativiti seseorang itu menggunakan otak kanan untuk mendapatkan GAMBARAN dengan dibantu oleh otak kiri yang lebih kepada LOGIK.

Kod yang dimaksudkan adalah NOMBOR (fungsi otak kiri). Manakala nombor itu pula mempunyai makna SIMBOLIK dari segi UNSUR (fungsi otak kanan). Nombor-nombor ini datangnya dari tarikh lahir, tarikh bulan, tarikh tahun serta tarikh bagi hari. Otak kiri melihat nombor itu sebagai nilai manakala otak kanan melihat nombor itu sebagai gambaran tingkahlaku. Gabungan kedua-duanya akan menghasilkan CORAK (Pattern)

Ketika melakukan analisis, seseorang itu menggunakan kedua-dua belahan otaknya. Ini secara tidak langsung meningkatkan tahap penggunaan otak kanan dan otak kiri. Ini memberi faedah kepada penganalisis. Gabungan Minda Sedar + Minda Separa Sedar juga turut berlaku ketika sesi analisis. Bayangkan KEHEBATAN POTENSI MINDA anda ketika itu, ianya bekerja secara MAKSIMUM!!

Berdasarkan kesedaran ‘Serius Membantu Mereka Yang Ingin Berjaya‘, Pihak InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd akan mengadakan kursus

Numerologi : Menyelami Rahsia Tarikh Lahir, Membongkar Khazanah Dalaman

2 hari untuk MENDALAMI serta MENGUASAI

Teknik Asas, Lanjutan & Islamik

Tarikh : 19hb & 20hb Disember 2009

Masa : 10 pagi – 5:30 petang

Tempat : InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd. No 24B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Yuran : RM 880.00 (diskaun 20% – RM 1,100.00)

Fasilitator : Dr Mir Hazil Azran Ramli

TEMPAT TERHAD!! SESI SECARA ‘PERSONAL COACHING’!!

Ruang masa yang cukup untuk konsultasi & soal-jawab berkenaan tarikh lahir  ’setiap’ peserta.

BONUS KHAS!! – KURSUS “PENTARIKHAN & PENOMBORAN ISLAMIK”


PERTAMA SEUMPAMANYA DI MALAYSIA!!! BONGKAR RAHSIA NUMEROLOGI ISLAM ANDA!!


Bongkar “RAHSIA DALAM RAHSIA” ALAM DIRI.


KETAHUI “POTENSI TERPENDAM” yang memang sedia ada pada diri.


Bongkar “RAHSIA” NOMBOR DI SEBALIK KALIMAH


KETAHUI “RAHSIA PENYEMBUHAN” masalah & penyakit anda.


Numerologi Islamik

Kita sebahagian dari eko-sistem alam ini. Tahukah bahawa HARI KELAHIRAN ANDA telah menghasilkan IMPAK perubahan kepada ritma alam. KEWUJUDAN sesuatu MENGHASILKAN sesuatu. Kewujudan Matahari memberikan pelbagai HASIL yang dapat dimanfaatkan oleh manusia, salah satunya adalah dengan terhasilnya sistem kiraan hari , bulan dan tahun untuk kalendar. Soalan – Adakah ianya dijadikan semata-mata untuk mengetahui tarikh untuk hari esok dan semalam? Jawapan – Kira sendiri…

img_clhm

Kalendar yang kita ikuti kini adalah merupakan kalendar matahari @ solar a.k.a masihi. Melalui kalendar ini para numerologis dapat menafsir sebahagian rahsia yang tersembunyi disebalik tarikh.  Tujuannya hanyalah untuk MEMBONGKAR POTENSI diri yang terpendam pada hari itu. Ramai yang telah memanfaatkan kaedah ini dan hasilnya dapat dilihat dimerata-rata tempat. Numerologi adalah ilmu berkenaan nombor. Perlu ditekankan disini, numerologi bukannya ilmu tilikan atau ilmu untuk mendapatkan nombor ekor untuk tujuan berjudi.

Salah satu dogma negatif (software lama) bangsa melayu adalah berkenaan NOMBOR. Nombor tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang memberikan IMPAK kepada diri. Ianya boleh diibaratkan hanya sekadar penyeri kehidupan tanpa dapat dihayati MAKNA disebalik nombor. Nombor hanya sekadar nombor. Titik

Berbanding dengan bangsa lain didunia ini mereka tekah membangunkan pelbagai SET kiraan tarikh untuk membongkar dan menghuraikan kod yang terdapat pada nombor. Nombor dapat digunakan untuk merakam sesuatu kejadian.

Rahsia ini terletak di dalam NOMBOR. Nombor ini dibaca dari pelbagai arah. Nombor ini datangnya dari kalendar, jam, dan bermacam-macam lagi. Kebanyakkan kaedah yang digunakan oleh numerologis dalam merungkai kod-kod rahsia alam ini adalah berdasarkan kalendar masihi @ solar. Lalu pelbagai potensi dapat diterokai. Namun hasilnya hanya masih separuh (walaupun impaknya cukup besar). Ini kerana para numerologis perlu SEDAR bahawa bulan juga turut mempengaruhi pasang-surutnya laut dan ini juga menunjukkan bahawa kalendar lunar juga terdapat kod-kod rahsia.

Dengan nombor, banyak perkara dapat dirakam dan dijadikan rujukan untuk masa yang lain. Dalam pada itu, terdapat juga kiraan kalender yang mengikuti peredaran bulan @ lunar tarikh a.k.a hijiriah. Kalendar ini jarang sekali diberi perhatian pada alaf ini. Dipercayai didalam ilmu numerologi, aspek analisis menerusi kalendar hijiriah masih belum dibangunkan. Dipercayai lagi bahawa terdapat POTENSI TERSEMBUNYI disebalik haribulan hijiriah. Potensi tersembunyi ini hanya MENANTI WAKTU untuk DIDEDAHKAN.

Untuk pendaftaran & pertanyaan, sila hubungi 03-58804349 / 017-333 2349 (Lutfi) / 017-300 2349 (Ismi)

Leave a Comment more...

Ceramah Bertajuk : Wanita & Kesihatan

by Admin on Dec.10, 2009, under Info IQBC

Tarikh : 8/12/2009

Tempat : Dewan Bunga Raya, Cangkat Jering Taiping

Masa : 11:30 pagi – 1:30 tengah hari

Tajuk : Wanita dan Kesihatan

Fasilitator : Dr. Mir Hazil Azran Ramli (Phd – Human Bio-Energy)

Salam,

Pihak kami menerima jemputan untuk mengadakan ceramah kesihatan dari sudut AURA dan rata-rata yang hadir menunjukkan minat yang positif kepada perkara yang berkaitan dengan Aura ini. Ini kerana ramai yang rupa-rupanya masih kabur / kurang ilmu tentang Aura. Komen-komen hadirin ramai menyatakan tempoh 2 jam ceramah masih tidak mencukupi kerana mereka mahukan sesuatu yang SEGAR / BARU / TERKINI / ASLI.

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Zana kerana sudi menjemput fasilitator kami iaitu Dr. Mir Hazil Azran Ramli untuk menyampaikan ceramah. Insyaallah, kami akan kesana semula pada masa akan datang dengan siri ceramah yang bertajukkan perkara yang SEGAR / BARU / TERKINI / ASLI. Amin..

MPWK 002

MPWK 037

MPWK 038

MPWK 013MPWK 015MPWK 018MPWK 020MPWK 021

MPWK 033MPWK 034

MPWK 043

MPWK 044

MPWK 047MPWK 049MPWK 010MPWK 011

Leave a Comment more...

Buku Yang Paling UNIK!

by Admin on Dec.09, 2009, under Info IQBC, Promo

aura_LRG

Sudah hampir setahun buku AURA PENYEMBUHAN REIKI berada di pasaran luar sana. Cetakan kedua sudah pun dilakukan oleh pihak PTS. Kenapa buku ini dikatakan sebagau UNIK? Apa yang UNIKnya? Buku ini ditulis berdasarkan kesedaran REIKI UNTUK SEMUA.. Juga untuk memakmurkan lagi gelanggang Reiki dengan buku / bahan ilmu / pemahaman yang tepat dan jika tiada halangan, ianya bakal menjadi silibus pengajian peringkat diploma.

Itu cerita akan datang.. apakah pula cerita yang sedang berlaku?

Buku APR (Aura Penyembuhan Reiki) ini menjadi UNIK kerana ramai pembaca yang boleh mempelajari / memahami / mendalami Reiki hanya dengan membaca buku tersebut, ini kerana ISI KANDUNGAN buku tersebut merupakan 80% dari ISI Kursus Reiki Tahap 1 & 2. Akan tetapi ianya masih tidak lengkap tanpa PENYELARASAN TENAGA a.k.a Attunement dan juga ilmu ini haruslah dipelajari dengan kehadiran GURU / MASTER TEACHER yang berkelayakan.

Contoh mudahnya begini :-

1) Baca buku Reiki -(tolak)  Belajar dari Guru / Master - Penyelarasan Energi (Attunement) = Faham 20%

  • Sekadar membaca sahaja. Dari sudut positif ianya merupakan saat perkenalan dengan dunia / ilmu Reiki. Berkat pembacaan yang terus ke hati akan menemukan para pembaca dengan jawapan yang dicari.

2) Baca buku Reiki + Penyelarasan Energi (Attunement) - Belajar dari Guru / Master = Faham 50%

  • Baca & dapat Penyelarasan Energi (Attunement) tanpa belajar dari Guru / Master juga masih tidak memenuhi piawai yang dikehendaki dalam mendalami ilmu Reiki. Kehadiran Guru / Master dapat membantu menyelesaikan soalan-soalan ‘cepu emas’ yang banyak bersimpul-simpul didalam fikiran.

3) Baca buku Reiki + Attunement + Belajar dari Guru / Master = Faham 80%

  • Kenapa hanya 80%? Bukankah sudah BERGURU? Benar sudah berguru dan baki 20% itu adalah PENGALAMAN PERIBADI dalam menjadi pelajar / pengamal Reiki.

Nampaknya peranan ‘Belajar dari Guru / Master’ merupakan KUNCI UTAMA untuk faham 80% mengenai Reiki. Pendek kata, belajar Reiki harus ada Guru / Master yang akan membimbing / tunjuk ajar.

Statistik diatas hanya untuk mereka yang masih kosong (zero) berkenaan ilmu berkaitan DAYA TENAGA. Ini kerana diluar sana masih terdapat banyak lagi FAKTA yang SILAP / SALAH berkenaan Reiki dan kami seperti biasa akan bertindak memperbetulkan kesilapan / kesalahan yang bukan / tidak dilakukan oleh kami.

Lain-lain keUNIKan adalah seperti

  • Pertama seumpamanya dalam Bahasa Melayu (Ada buku Reiki yang lain dalam B.M?)
  • Ditulis oleh warga Malaysia yang juga merupakan Presiden Reiki Malaysia

Dalam erti kata lain, buku ini memang lain daripada yang lain. Ianya bukan seperti buku2 yang ‘biasa-biasa’.. perkara ini dapat dilihat kerana buku ini bukanlah buku motivasi diri tetapi ianya merupakan buku belajar Reiki dari  A-Z dalam bentuk teknikal dan jika dilihat dari tajuk rak buku di kedai buku, anda akan mendapati buku ini berada bersama buku-buku motivasi yang lain. Ini kerana masih TIADA buku yang seumpamanya / sealiran / serupa dengannya dalam B.M di Malaysia ini. Buku ini mempunyai KEKUATAN yang TERSENDIRI!

pearls

Untuk makluman semua, kepada mereka yang akan menghadiri Majlis Ilmu Retreat & Recharge pada malam 31/12/2009 dan ingin turut serta dalam Pengijazahan Reiki secara berkumpulan (Reiki Group Attunement), adalah dinasihatkan agar membeli buku APR sebagai ‘pembuka laluan’ untuk mempraktikkan Reiki dirumah / pejabat / dalam kereta / atau dimana-mana sahaja.. Boleh dapatkan ia di pejabat kami..

aura_LRG

Isi Kandungan

  • Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
  • Kata Pengantar
  • Pendahuluan
  • Pengenalan

Bab 1

  • Apa Itu Reiki
  • Tenaga Kehidupan – Cahaya
  • Hubung Kait Cahaya – Tenaga – Warna
  • Warna Itu Tenaga

Bab 2

  • Sistem Bioenergy Manusia
  • Sistem Antena Tubuh
  • Sistem Aura Manusia
  • Teknologi Foto Aura
  • Teknik Penjagaan Aura
  • Pemakaian Sebagai Aksesori
  • Sistem Chakra Manusia
  • Kedudukan Tujuh Chakra Utama
  • Penjagaan Chakra
  • Aliran Tenaga Hayat – Kundalini
  • Jaluran Tenaga – Nadi Atau Meridian

Bab 3

  • Reiki dan Kupasan Ilmiah
  • Terapi Tenaga
  • Terapi Kerohanian
  • Reiki di Hospital
  • Terapi Tenaga + Terapi Keharmonian = Reiki
  • Ilmu Sains Reiki
  • Faedah Reiki
  • Mempelajari Reiki
  • Pengijazahan Reiki

Bab 4

  • Sejarah dan Prinsip Reiki
  • Penemuan
  • Keajaiban Bermula
  • Perkembangan Awal Reiki
  • Dr. Chujiro Hayashi
  • Hawayo Takata
  • Pengenalan kepada Reiki
  • Prinsip-prinsip Reiki
  • Rahsia disebalik Lima Prinsip Reiki
  • Salasilah Reiki
  • Kronologi

Bab 5

  • Pernafasan dan Meditasi
  • Teknik Pernafasan
  • Gambar Rajah Proses Pernafasan
  • Praktikal – 1
  • Meditasi
  • Sains dan Seni Meditasi
  • Sistem Autonomik Tubuh
  • Kaedah Melakukan Meditasi
  • Praktikal – 2
  • ‘Tenaga Suci’
  • Membangkitkan Tenaga Stamina ‘Tenaga Suci
  • Naluri, Rasa dan Tenaga
  • Praktikal – 3
  • Gerak Tubuh
  • Peningkatan Rasa dan Naluri

Bab 6

  • Seni Penyembuhan dan Keharmonian Aura Diri Sendiri
  • Isu yuran Reiki
  • Panduan Penggunaan Reiki 1
  • Rajah Anatomi Tubuh
  • 21 Hari Proses Pembersihan

Bab 7

  • Seni Penyembuhan dan Keharmonian Aura untuk Semua
  • Penggunaan Simbol Reiki
  • Otak Manusia
  • Otak Kiri dan Otak Kanan
  • Gelombang Otak
  • Minda Separa Sedar
  • Simbol sebagai Bahasa Minda
  • Simbol-silbol Reiki
  • Panduan Penggunaan Reiki 2
  • Menggunakan Reiki bagi Penyembuhan Jarak Jauh (Teknik Lanjutan)
  • Scanning (Menganalisis Secara Imbasan Tangan)

Bab 8

  • Penyembuhan Bersama Reiki
  • Serangan Asma
  • Kebocoran Tenaga Tubuh
  • Insomnia
  • Stres dan Depresi
  • Saya dan Seekor Anak Kucing
  • Kepelbagaian Penggunaan Reiki

Bab 9

  • Soal Jawab Reiki
  • Isu, Persoalan dan Jawapan

Bab 10

  • Reiki Malaysia
  • Hala Tuju Reiki di Malaysia
  • Reiki dan Salah Tanggapan Masyarakat

Ada 10 bab kesemuanya.. buku ini mampu membantu anda untuk mengenali Reiki dengan lebih dekat lagi….

ball_of_light

Lutfi

3 Comments more...

Retreat & Recharge Special Tahun Baru 2010

by Admin on Dec.02, 2009, under Aura, Bio-Energi, Info IQBC, Promo

bluemoon RNR

Akhirnya telah tiba!!

Adakah anda telah bersedia? Bersediakah anda untuk melangkah ke tahun 2010? Apakah persiapan yang telah anda persiapkan? Jika belum, marilah bersama dengan Master Dr. Mir Hazil Azran Ramli  di malam Retreat & Recharge Special. Sesi ISTIMEWA ini hanya diadakan setahun sekali.

Retreat & Recharge ini merupakan majlis ilmu TRANSFORMASI HIRAH DIRI yang merangkumi aspek fizikal, minda, emosi dan rohani seperti

  • Reiki Chi Yoga
  • Sesi Tazkirah
  • Meditasi Reiki
  • Self Healing
  • Group Healing
  • Doa akhir tahun & awal tahun
  • Self Charging

Keistimewaan sesi ini adalah kesemua pelajar / pengamal Reiki akan menerima Pengijazahan Semula (Re-Attunement) untuk Reiki Tahap 1 secara PERCUMA & berkumpulan (ramai yang pernah tengok sesi attunement secara ‘grouping’..)

Yuran kemasukan adalah RM 99.00. Aturcara bermula seawal jam 8:30 malam dengan makan & minum.

Sila ambil perhatian – Majlis ini akan bermula jam 9:00 malam tanpa mengambil kira mereka yang datang lambat. Jika anda jauh, sila datang awal & solat di Masjid / Surau yang berhampiran dengan IQBC.

Retreat & Recharge Special ini diadakan pada malam tahun baru 2010 & pada tarikh ini juga akan berlaku 1 fenomena alam yang cukup unik, ianya dikenali sebagai fenomena ‘blue moon’. Terdapat beberapa fakta istimewa yang boleh diperhatikan…

Fakta Istimewa 1:

  • Tahun baru 2010 jatuh pada tarikh 14 Muharam 1431 iaitu malam bulan purnama PERTAMA untuk tahun 1431.

Fakta Istimewa 2 :

  • Bulan purnama yang kali ke-13 untuk tahun 2009. (Kebiasaannya secara astronomi, bulan purnama hanya 12 kali sepanjang tahun)

Fakta Istimewa 3 :

  • Merupakan bulan purnama yang ke-2 pada bulan Disember 2009 (yang  pertama pada malam 2/12/2009 iaitu malam ini!!)

Fakta Istimewa 4 :

  • Berakhirnya dekad 2000 dan bermulalah dekad 2010

Kepada yang berminat, sila hubungi 03-5880 4349 / 017-333 2349 / 017-300 2349 dan pendaftaran nama hanya akan terima selepas pihak kami menerima pembayaran yuran kemasukan.  Tuan / Puan bolehlah membuat pembayaran yuran kemasukan ke dalam akaun Maybank milik Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd : 5121 0141 0391

Leave a Comment more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!