Reiki 7Chakra

Archive for November, 2009

Ceramah Sistem Bio-Energi Manusia di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

by on Nov.23, 2009, under Uncategorized

Salam Aura,

Tajuk : Sistem Bio-Energi Manusia

Tarikh : 19 Novenber 2009

Tempat : Bilik Mesyuarat Rafflesia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Masa : 2:30 ptg – 4:30 ptg

IQBC menerima jemputan susulan dari ceramah kami sebelum ini di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, ceramah ini lebih berkonsepkan  mengenal POTENSI DIRI & MEMBAKAR SEMANGAT kakitangan kementerian terbabit agar lebih BERDAYA SAING dan memiliki ciri-ciri seorang individu yang BERTANGGUNGJAWAB, BERDEDIKASI, PROAKTIF serta mampu menghasilkan NILAI TAMBAH dari segi personaliti dan mutu kerja.

jamm111 005

jamm111 007

jamm111 006

jamm111 008

Leave a Comment more...

Jom belajar Reiki pada 5 & 6 Disember ini!!

by on Nov.20, 2009, under Promo Terkini

Malaysian Institute for Reiki merupakan sebuah akademi latihan dan pembelajaran REIKI mengikut skima antarabangsa dan mengekalkan cara tradisional. MIR dibawah pengurusan IQBC dan telah didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. MIR menawarkan kursus serta kelas-kelas reiki sepanjang tahun di mana para pelajarnya terdiri dari semua peringkat dan golongan masyarakat, agama dan bangsa. Jumlah bilangan pelajar yang mengikuti kursus REIKI di sini semakin bertambah dari sehari ke sehari. Ini menunjukkan satu perkembangan yang positif bagi rawatan alternatif dalam bidang perubatan di Malaysia.

power reiki

Tarikh : 5 & 6 Disember 2009

Tempat : Bilik Latihan  1 IQBC, No 24b, Jln Tengku Ampuan Zabedah K9/K, Seksyen 9 40100, Shah Alam

Masa /  Tempoh : 10 pagi – 5 petang / 2 hari

Fasilitator : Master Dr. Mir Hazil Azran Ramli (Phd Human Bio-Energy)

Yuran Penyertaan : RM 1,500.00 RM 1,200.00 (diskaun 20% / jimat RM 300.00)

Deposit : RM 300.00

Tawaran Hebat : Kursus ULANGAN Reiki Tahap 1 & 2 pada 9 & 10 Januari 2010 secara PERCUMA

Sijil, Nota Catitan, Manual Reiki dalam Bahasa Melayu, Poster Teknik ‘Reiki Hands On’ akan diberikan kepada peserta

Kemudahan : Makan minum disediakan untuk pagi, tengah hari & petang

Pembayaran hendaklah dibuat kepada : Innergy Quest Bio Concept – 5121 0141 0391 / Maybank

Hubungi 03 5880 4349 / 017-333 2349 / 017-300 2349 untuk  maklumat lanjut.

Berikut adalah pelajaran / silibus yang akan diajar pada 5 & 6 Disember ini…

REIKI TAHAP 1
BAHAGIAN I

  • Pengenalan Kepada REIKI
  • Sejarah REIK
  • Penggunaan REIKI
  • Maksud Penyembuhan
  • Tiga Peringkat Pengijazahan REIKI

BAHAGIAN II

  • Elemen-Elemen
  • Chakra
  • Tujuh Chakra Utama
  • Carta Rujukan Warna Chakra

BAHAGIAN III

  • Keperluan Dan Persiapan
  • Tujuan Attunement – Penyelarasan Tenaga
  • Panduan Penyembuhan Diri – Self Healing
  • Dua Puluh Satu Hari Proses Pembersihan

REIKI TAHAP 2

BAHAGIAN I

  • Pusat Tenaga / Chakra
  • Aura / Medan Elektromagneti
  • Kundalini / Jaluran Tenaga Utama

BAHAGIAN II

  • SIMBOL REIKI

BAHAGIAN III

  • ATTUNEMENT & SELF CLEANSING
  • Keperluan Dan Persiapan
  • Tujuan Attunement
  • Persiapan Untuk Attunement
  • Semasa Proses Attunement
  • Selepas Proses Attunement
  • Pembersihan Fizikal
  • Latihan Pernafasan Harian
  • Panduan Penyembuhan Diri
  • Dua Puluh Satu Hari Proses Penyembuhan

BAHAGIAN IV

  • MERAWAT AHLI KELUARGA, RAKAN DAN ORANG LAIN
  • Menggunakan REIKI
  • Reiki Tidak Mendatangkan Kerosakkan
  • Tenaga Tidak Berkurang
  • Sesiapa Sahaja Boleh Belajar Reiki
  • Panduan Dan Tertib Penyembuhan
  • Persekitaran
  • Persediaan Untuk Rawatan
  • Proses Rawatan
  • Scanning (imbasan)

Reiki.. ilmu ini memang banyak diajar diluar sana, akan tetapi adakah kualiti ilmu yang disampaikan itu terjamin?  Berdasarkan apa? Mengapakah masih ada yang masih tidak dapat membezakan antara yang PAKAR atau tidak pakar?  Mengapakah masih ramai yang belajar ditempat B tetapi bertanya ditempat A? Jangan salahkan tempat A jika mereka tidak melayan soalan-soalan yang anda masih tidak faham berkenaan Reiki kerana adat berguru menyatakan : “Tanyalah kepada Cikgu / Guru / Master ANDA”.

Reiki merupakan ilmu hikmah yang memerlukan perhatian / pengamatan / pengalaman praktikal / greakkerja berterusan yang tinggi lagi peka, apa guna Reiki jika hanya sekadar ‘attunement’ RIBUAN RINGGIT tetapi ISInya / ILMUnya tentang Reiki adalah KOSONG / HAMPAS?

Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd merupakan Pusat Rawatan Reiki yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia. Ianya dikawal selia oleh Master Dr. Mir Hazil selaku Presiden Reiki Malaysia. Beliau merupakan pengamal ILMU  TEORI / PRATIKAL Reiki yang berpengalaman lebih dari 11 tahun. Reiki bukanlah ilmu ditepi jalan, jangan jadikan ianya sebegitu.

IQBC

Leave a Comment more...

Teknologi Foto Aura & Tawaran Hebat!!

by on Nov.14, 2009, under Aura, Promo Terkini

dr-tg-asmadi

Melihat aura melalui foto aura, bukan sahaja suatu pengalaman yang menyeronokan tetapi ia juga dapat digunakan sebagai satu diagnosis kesihatan bagi mengukur tahap gelombang tujuh warna dalam tubuh yang berkait rapat dengan kegunaan fizikal dan psikologi manusia.

Umpama berkenalan dengan diri sendiri, mengkaji rahsia diri – satu kehebatan kejadian Tuhan. Daripada Teknologi ini, beberapa perkara dapat dikenalpasti seperti :

  • kecenderungan
  • kehebatan
  • kelebihan
  • kekurangan

Juga kecenderungan warna personaliti dapat dikenal pasti sama ada ianya :

  • merah
  • jingga
  • kuning
  • hijau
  • biru
  • indigo
  • violet

Kecenderungan inilah yang membezakan antara :

  • sikap
  • perwatakan
  • cara berfikir
  • permasalahan

Sebagai contoh, para pemikir memliki gelombang tenaga kuning yang berlebihan yang menjadikan mereka bijak, hebat, berjaya, kaya dan berkedudukan. Namun begitu, secara fitrahnya tenaga yang digunakan secara berlebihan mula tidak stabil ataupun harmoni.

Kesan daripada itu, pada kebiasaan, mereka ini cenderung mengalami masalah seperti :

  • penyakit ginjal
  • kencing manis
  • gastrik
  • masalah sistem hati
  • masalah limpa

Yang mana simptomnya adalah seperti :

  • keguguran rambut
  • kerabunan
  • sakit pinggang atau belikat
  • panas baran
  • ego

Setiap warna memiliki kelebihan tersendiri, dan di mana ada kelebihan sudah pastilah hadir bersama kelemahannya.

Di Malaysia, kaedah diagnosis dan ilmu aura ini masih baru tetapi kian bercambah pesat. Tidak seperti negara-negara maju di barat, penggunaan foto aura ini bukan sahaja digunakan oleh pengamal perubatan alternatif, ia juga diterima pakai sebagai salah satu alat diagnosis penting di :

  • hospital moden
  • pusat sains sukan
  • jabatan sumber manusia
  • jabatan psikologi manusia
  • & lain-lain..

Sebagai contoh, beberapa hospital swasta di barat menggunakan kaedah diagnosis aura sebagai permeriksaan awal sebelum diagnosis fizikal dijalankan. Ini kerana sebarang bentuk ketidakseimbangan tenaga pada fizikal, minda dan emosi perlu diukur bagi menentukan kesesuaian rawatan susulan yang diperlukan oleh pesakit. Contohnya bagi pesakit kanser yang mengalami gangguan emosi dan minda yang dikenal pasti dari diagnosis aura, ia akan dirujuk kepada ahli psikologi bagi sesi kaunseling sebelum rawatan fizikal kanser dimulakan.

Secara ringkas, foto aura adalah diagnosis mengenai aura yang dilakukan menggunakan kamera khas dan sensor berteknologi tinggi bagi mengenal pasti tahap tenaga atau gelombang elektromagnetik yang dimiliki seseorang.

  • Kamera menyumbang sekitar 20 % maklumat

IMG_0605

  • Bio-sensor menyumbang sekitar 80 % maklumat

mesin pengimbas

Maklumat tersebut adalah seperti

  • Suhu badan
  • Getaran gelombang minda (EEG)
  • Getaran gelombang pada otot (EMG)
  • Getaran nadi atau jantung (ECG)
  • Sistem neurotransmisi dalam sistem saraf badan

Disebabkan itu, diagnosis dapat dilakukan tanpa kehadiran kamera, dimana ia hanya membantu melengkapkan sesi foto dengan imej individu serta lapisan pertama wap-wap air yang ada paling hampir dengan kulit tubuh. Kombinasi maklumat dari kedua-dua alat dihantar ke perisian aura pada komputer lalu divisualkan pada skrin warna-warna aura yang mewakili getaran gelombang yang berbeza-beza. Terdapat beberapa graf  dan data-data tambahan yang membantu bagi memahami tahap ketepatan diagnosis yang dijalani.

Secara keseluruhan, ilmu dan kemahiran diperlukan dalam mengendalikan alatan ini bagi mentafsir suatu bacaan aura yang dilakukan dengan tepat dan berasas.

-Artikel diambil / diolah dari buku AURA PERSONALITI WARNA

______________________________________________________________________

Sila ‘copy & print out flyers’ dibawah & bawa ke pusat rawatan kami sebagai BUKTI untuk mendapatkan POTONGAN HARGA bagi sesi konsultasi / diagnosis ANDA bersama PAKAR AURA – Dr. Master Mir Hazil Azran Ramli.

flyers promo rm80 color

Tawaran ini hanya untuk mereka yang membawa ‘flyers’ ini sahaja.

Rebutlah peluang keemasan ini sekarang !

Leave a Comment more...

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang AURA

by on Nov.12, 2009, under Aura

Salam kepada semua yang ingin mengetahui perkara-perkara penting tentang aura, dibawah adalah maklumat berkenaan. Moga dengan sedikit maklumat ini dapat memberi jawapan kepada persoalan anda tentang aura.

141112

  • Aura adalah medan arus elektromagnet yang berbentuk di luar objek yang memiliki sejumlah getaran gelombang tenaga di dalamnya.
  • Getaran gelombang ini berkait rapat dengan tahap tenaga pada minda, emosi dan fizikal.
  • Aura juga bertindak sebagai dinding atau perisai halus yang melindungi subjek fizik yang berada di dalamnya. Ianya seperti fungsi lapisan ozon pada bumi.
  • Aura yang sihat dan bersaiz besar dapat mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya, manakala aura yang nipis dan pecah memudahkan getaran gelombang negatif masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku.
  • Faktor tekanan hidup atau stres adalah salah satu manifestasi ketidakseimbangan tenaga pada aura tubuh manusia.
  • Aura tidak berhasil dengan sendirinya, tetapi merupakan urutan atau biasan tahap tenaga dari sumber tubuh objek fizik yang mengalirkan tenaga itu
  • Aura juga wujud pada hampir kesemua objek yang mengalirkan tenaga seperti tumbuhan, haiwan, air dan batu-batuan kristal.
  • Terdapat 7 lapisan aura pada sekeliling tubuh fizik manusia. Sebahagian lapisan mengikuti bentuk tubuh manakala selebihnya berbentuk bujur telur.

p/s : Maklumat ini boleh di ambil / ‘copy & paste’. Apa yang diharapkan hanya jangan lupa meletakkan ‘LINK’ artikel ini ke laman blog anda. Ini adalah untuk menjaga etika blogger.

Terima kasih

Master Lutfi – b/p : Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd

Leave a Comment more...

Profil Dr. Master Mir Hazil Azran Ramli

by on Nov.10, 2009, under Uncategorized

mir hazil

Dr. Master Mir Hazil Azran Ramli dilahirkan di Taiping, Perak pada 25hb Jun, 1972 bersamaan 13hb Jamidul Awal, 1392 Hijrah. Merupakan anak ke tiga kepada pasangan Hj Ramli bin Zahid dan Hjh Aishah bt Harun. Semasa usianya 7 bulan, beliau kehilangan ayahanda tersayang yang kembali ke Rahmatullah. Beliau dibesarkan dan mendapat didikan serta kasih sayang dari bonda tercinta yang merupakan seorang Guru.

Dr. Master Mir Hazil mendapat pendidikan awal di Sek Keb Simpang, Taiping dan seterusnya melanjutkan pendidikan menengah beliau di Sek Men Keb Agama Sultan Azlan Shah di Sri Iskandar, Bota, Perak.  Tamat persekolahan, atas sebab-sebab tertentu beliau menangguhkan hasratnya untuk menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi buat sementara dan terus melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang perbankan. Semangat dan keinginan untuk belajar tidak pudar bagi dirinya, sambil bekerja beliau telah melanjutkan pendidikan melalui pengajian jarak jauh di Institut Teknologi MARA dalam jurusan Diploma Perniagaan. Beliau telah berada di dalam industri perbankan untuk kira-kira 12 tahun sebelum mengambil keputusan untuk menceburi bidang yang telah menarik minat dan perhatiannya iaitu Perawatan Alternatif .

Sejak tahun 1998, beliau mula berjinak-jinak dengan ilmu perubatan alternatif melalui beberapa siri kursus dan pembelajaran pada tahap sijil dan diploma. Antara bidang yang diterokai oleh beliau adalah Iridology, Applied Kinesiology, Akupuntur, Reiki, Herba, Phytobiophysics, Colour Therapy, Chromatology, Touch for Health dan Psycotherapy. Beliau juga mendalami ilmu-ilmu berkaitan Potensi Minda seperti Neuro Linguistic Programming (NLP), Emotional Freedom Technique (EFT), Emotional-Spiritual Quotients (ESQ), Numerology, Astrology dan sebagainya. Minat yang mendalam dalam ilmu-ilmu rawatan alternatif dan metafizika telah mendorong beliau melanjutkan pelajaran secara berperingkat-peringkat sehingga ke tahap Sarjanamuda dalam Sains Bio-Energi Manusia. Menerusi kajian dan tesis bertajuk ‘Aura Mastery’, pada Januari 2006 beliau menerima anugerah Doktor Falsafah dari Zoroastrian College, Mumbai & The Open International University for Complementary Medicine, Colombo, Sri Lanka.

Perjalanan Reiki oleh Master Mir Hazil bermula kira-kira 10 tahun yang lalu. Sejak diperkenalkan kepada Terapi Reiki, beliau banyak menjadikan kaedah terapi ini sebagai remedi penjagaan dan penjanaan energi untuk dirinya dan keluarga. Secara beransur-ansur beliau mula mendalami ilmu-ilmu Reiki menerusi beberapa orang Reiki Master di Malaysia dan antarabangsa. Selain merupakan Master Teacher untuk “Usui Reiki”, beliau juga merupakan Karuna Ki Master Teacher, Imara Reiki Master Teacher, Acsension Reiki Master, Sufi Reiki Master dan pengamal untuk beberapa aliran Reiki yang lain. Beliau mula menawarkan khidmat Terapi Reiki sebagai khidmat rawatan alternatif yang utama di samping beberapa teknik penyembuhan yang lain sejak tahun 2001. Atas permintaan dari kalangan kenalan dan pelanggan, beliau mula mengajar Seni Penyembuhan Reiki secara aktif sekitar tahun 2004.

Dr. Master Mir Hazil merupakan Konsultan dan Pengamal di Pusat Rawatan Reiki, InnerGy Quest Bio-Concept di Seksyen 9, Shah Alam. Pusat ini menyediakan pelbagai terapi alternatif, khidmat kaunseling, terapi rohaniah, kursus Reiki, kursus Kuasa Minda, Numerology, Motivasi, khidmat dianogsis Bio-Energi melalui Kamera Aura-chakra, Khidmat ‘Feng Shui’, Kristal dan lain-lain perkhidmatan yang menjurus kepada keharmonian Jasmani & Rohani. Master Mir Hazil merupakan pengasas untuk Siri Produk Kesihatan Bio-Energi “7Chakra” dan “7Chakra Busana Muslim”. Beliau juga merupakan Pengamal Alternatif yang pertama di Malaysia yang menawarkan khidmat dianogsis kesihatan Aura melalui Kamera “Aura Video Station” (AVS). Dengan latar belakang pendidikan di dalam ilmu Sains Bio-Energi Manusia, sesi foto aura yang dikendalikan oleh Master Mir Hazil merupakan sebuah sesi dianogsis yang ilmiah.

Dr. Master Mir Hazil secara aktif melibatkan dirinya untuk mendedahkan ilmu Aura dan Reiki kepada umum. Beliau menerima banyak undangan untuk membicarakan dan memperjelaskan perihal Aura secara ilmiah dalam banyak majlis-majlis ilmu. Antara yang pernah mengundang beliau adalah; Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Pertubuhan Umno, Puspanita, Usahanita, Felda, Insken, Jabatan-jabatan swasta dan syarikat-syarikat persendirian. Beliau juga turut mendapat undangan untuk bersiaran di rancangan Wanita Hari Ini & Malaysia Hari Ini di TV3, rancangan Busana Muslim di TV9 serta telah memperkenalkan konsep ‘Aura & Makanan’ melalui 13 episod rancangan masakan di RTM1 yang bertajuk ‘Aura Rasa’. Beliau juga pernah diwawancara di media-media cetak seperti di akhbar Berita Harian, Utusan, Metro, Sinar Harian, Majalah Mingguan Wanita, Harmoni, Al-Islam, Mastika, Misteri dan lain-lain. Tajuk Aura & Reiki dengan nama Master Mir Hazil begitu sinonim, malah ramai yang mendapat penerangan ilmu aura, chakra dan Reiki secara jelas dan tepat dari beliau.

Mendirikan mahligai rumah-tangga bersama isteri Puan Shuhaila bt Kamis dan telah dianugerahkan 3 cahayamata iaitu Allahyarham Muhammad Afdlin Damia (kembali ke Rahmatullah pada 1999 ketika berusia 2 tahun akibat kemalangan jalanraya), Muhammad Affiq Darimy dan Mir Amelyn Saffiya. Master Mir Hazil atau lebih senang dikenali sebagai ‘Master Hazil’ di kalangan teman-teman, pelajar-pelajar Reiki dan pengamal Reiki; merupakan seorang yang sederhana, pendiam dan suka berkongsi ilmu. Dikalangan pelajar dan pengikut setianya, beliau adalah seorang ‘guru’, konsultan, mentor, jurulatih dan yang utamanya adalah seorang ‘teman’ yang akrabnya umpama ahli keluarga. Hanya mereka yang rapat dengan beliau akan mengenalinya secara dekat. Bukan nama, latarbelakang atau gelaran kedudukan beliau yang menjadi ukuran; namun  misi, visi, pengalaman dan falsafah tentang kejiwaan dan kehidupan beliau yang tarikannya umpama magnet dan menjadikan siri kuliahnya sentiasa mendapat perhatian di kalangan yang mengenalinya.

Leave a Comment more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!