Archive for September, 2009
Penerbangan pada 17 Oktober 2009
by Admin on Sep.27, 2009, under Info IQBC, Info Kursus, Promo, Quantum Sukses (QS)

Penerbangan seterusnya akan berlepas pada 17 Okt 2009. Tambangnya masih lagi MURAH. Hanya RM 280 sahaja sebelum 30 Okt 2009. Tambang akan meningkat dari masa kesemasa. Jadi….
Jangan lepaskan peluang!! Terokailah rahsia Quantum diri anda untuk menjadikan anda SukSeS..
Pelaburan anda pasti berbaloi. Daftar sekarang sementara stok masih ada.
SALAM AIDILFITRI
by Admin on Sep.17, 2009, under Info IQBC
Hadis Nabi yang bermaksud hari raya ialah untuk kamu bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Jadi, daripada hadis tersebut meletakkan keutamaan hari raya ialah hari mengingati Allah.
Dan apabila kita menyebut Aidilfitri, maknanya kita kembali kepada fitrah. Fitrah ialah yang suci bersih, jauh daripada perkara-perkara yang kotor dan sifat-sifat mazmumah.
Dengan amal ibadat yang kita telah lakukan di bulan Ramadan, kita ingin membina balik fitrah kita jika ada kemungkinan kekotoran, keburukan serta kesilapan diganti dengan sifat-sifat mahmudah serta keinsafan.
Kami wargakerja IQBC menyusun jari memohon ampun & maaf kpd semua andainya terdapat salah & silap dlm perkhidmatan yang kami berikan.
Salam Syawal 1430 buat semua. Moga Aidilfitri 1430 ini mengembalikan kita kpd ‘FITRAH’ yang sebenar

