Reiki 7Chakra

Archive for July, 2009

Rawatan PERCUMA

by Admin on Jul.30, 2009, under Info IQBC

Pada tanggal 8/8/2009 ini akan diadakan Program Rawatan Reiki Sufistik secara PERCUMA bermula jam 8:30 mlm – 11:00 mlm. Rawatan akan dilakukan oleh Juruterapi IQBC dan akan diketuai oleh Master Dr Mir Hazil Azran selaku Pengetua / Pengasas Malaysian Institute for Reiki. Rawatan PERCUMA ini dibuka kepada semua, tidak kira latar belakang anda.

Program ini bertujuan untuk membantu masyarakat secara umumnya yang mana rata-rata kini ramai yang memerlukan bantuan baik sama ada dari segi fizikal dan rohani.

Pendaftaran masuk hanya RM 10.00 SAHAJA. Sila bawa saudara mara atau rakan-rakan yang memerlukan rawatan. Kami akan berikhtiar untuk merawat segala permasalahan anda.

Leave a Comment : more...

Workshop Quantum $UK$E$

by Admin on Jul.18, 2009, under Info IQBC, Info Kursus, Promo, Quantum Sukses (QS)

quantum-iklan-copy1

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi..

Tempat semakin penuh..

Kepada anda yang ingin melakukan TRANSFORMASI DIRI, kami menyediakan langkahnya..

Proses HIJRAH DIRI ini hanya berlaku kepada mereka yang SERIUS ingin berubah, oleh itu buangkan sikap berfikir 2x kerana ianya hanya akan membantutkan proses TRANSFORMASI anda..

Ayuh, daftarlah dengan penuh keberanian.. Saya CABAR anda yang ingin BERUBAH !!

Mari kita tinggalkan mereka yang masih mengamalkan sikap teragak-agak dalam membuat keputusan..

Ucapkan SELAMAT kepada diri anda yang BARU !!!

Untuk pendaftaran, sila klik disini


Leave a Comment more...

ADAKAH INI YANG ANDA CARI…

by Admin on Jul.10, 2009, under Quantum Sukses (QS)

qsTelah Muncul!!!

Workshop yang akan mengubah diri anda. Meng’transfom’kan hidup anda yang selama ini sering dilanda permasalahan.

Anda yang didalam kesamaran, mencari kesinambungan diri dalam hidup, menjana keKAYAan luaran & dalaman dan yang paling penting adalah untuk SUKSESS dalam hidup.

Serlahkan POTENSI dalam diri anda. Pecahkan segala permasalahan yang ada dalam jiwa, minda anda. Anda PASTI akan temui jawapannya dalam workshop ini. Disampaikan oleh Dr. Mir Hazil Azran Ramli (chapter leader of Complementary)

Hanya 30peserta sahaja. Ini adalah untuk mendapat secara ‘personal touching’ dari Dr. sendiri.

Daftar sekarang!!! Hubungi 017-3332349 (Luthfi) / 017-3002349 (Ismi) untuk pendaftaran.

qstransformasi



Leave a Comment more...

Sekitar Kursus Reiki Tahap 1 & 2 pada 4 & 5 Julai 2009

by Admin on Jul.08, 2009, under Info IQBC, Info Kursus

Salam,

Alhamdulillah, Kursus Reiki Tahap 1 & 2 telah selamat dijayakan dan kursus pada kali ini disertai oleh mereka yang BENAR-BENAR mahu mempelajari ilmu Reiki. Peserta kursus kali ini juga dikatakan paling CERDIK oleh Dr Mir Hazil Azran berdasarkan soalan-soalan yang ditanyakan.

Untuk hari pertama kursus ini tamat jam 6:30 ptg, yang mana sepatutnya tamat jam 5:30 ptg. Inilah yang peserta akan dapat jika mengikuti kursus Reiki anjuran IQBC – Personal Coaching dari Dr Mir Hazil Azran secara ‘one to one’. Kursus kali ini diisi oleh 3 orang Doktor dan 4 penjawat awam. Kemesraan para peserta dapat dirasai pada waktu makan tengah hari..

2 orang Doktor ini – Dr Wan Hassan & Dr Mohd Khalil juga merupakan Motivator dan selalu membuat ceramah berkenaan kecerdasan  IQ, EQ & SQ. Mempelajari Reiki merupakan trend kepada ramai motivator di luar sana.

img_0616

Dari kiri belakang -

  1. Dr Mohd Khalil – Seorang yang ceria dan banyak bertanyakan soalan cepu emas… pencetus gelak ketawa..
  2. Encik Zulkafli – Warga emas yang paling ‘cool’.  Walaupun telah mempelajari banyak ilmu tenaga dalam, dia tetap ‘cool’..
  3. Dr Wan Hassan – Sahabat kepada Dr Mohd Khalil, seorang yang TAHU kepada apa yang ditanya..
  4. Puan Rohaiza – Seorang ejen insuran, belajar Reiki untuk memantapkan sales !!!
  5. Cik Hilda – Gadis yang kecil molek ini mempelajari Reiki hanya kerana mendapat galakan dari ‘ustaz’..
  6. Puan Junaidah – Seorang wanita yang mempunyai banyak pengalaman METAFIZIK, menyertai kursus Reiki hanya untuk mendapatkan jawapan bagi merungkai segala pengalamannya. Mindanya sering ‘travel’ tanpa sedar.. Wow !!
  7. Dr Amimah – Perkara yang berkaitan METAFIZIK merupakan tajuk yang dikajinya sekarang ini. Memiliki aura indigo dan bersifat peramah.

Sekian dari saya – Master Lutfi -

0263721

Leave a Comment more...

Program Rawatan Percuma

by Admin on Jul.08, 2009, under Info IQBC, Promo

cooltext4279596871

Pada 04hb Julai 2009 yang lalu, IQBC Sdn Bhd sebagai pemacu REIKI-i MEDIC (Pusat Rawatan Reiki) telah mengadakan Program Rawatan PERCUMA terbuka untuk umum. Alhamdulillah, majlis telah mendapat respon dengan kehadiran lebih 25 orang. Ada yang dikalangan mereka yang telah mendalami ilmu Reiki dan ada yang baru pertama kali nak berkenalan dengan terapi ini.

selfhealing-blog

Saya bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada yang memerlukan. Selain bertujuan untuk membantu sekadar yang termampu, program ini juga merupakan wadah ikhtiar untuk memperkenalkan terapi ulung ini kepada umum agar lebih makmur. Ramai yang belum mengenali Terapi Reiki, apatah lagi memahami bagaimana ia mampu menjadi suatu solusi untuk penyembuhan.

Ramai dikalangan kita yang memerlukan pelbagai bentuk penyembuhan untuk berbagai permasalahan samada bersifat fizikal mahupun psikologi. Ramai yang tercari-cari kaedah yang bersifat komplementari untuk menjadi solusi atau penawar bagi isu mereka. Dalam pencarian tersebut, ada ‘jalan’ yang sulit dan ada ‘jalan’ yang mudah. Segalanya menuntut kesungguhan dan kesabaran hinggakan kadang-kala isu mencari penawar yang sesuai menjadi satu lagi masalah atau penyakit. Akhirnya ada yang kecewa akibat tertipu dengan dakyah penipuan. Penawar yang dicari tak ketemu, masalah lain pula yang timbul.

MENYEDARI HAL SEBEGINI MENJADIKAN SAYA OPTIMIS UNTUK MERENCANAKAN PROGRAM “TERAPI PERCUMA” INI KEPADA UMUM. Ini memberi platfom untuk mereka yang memerlukan bertemu cabang solusi untuk dicuba. Ini juga membantu untuk mereka yang mahu tapi tak tahu (faham) untuk menilai. Tak kenal maka tak CINTA. Tak cuba maka tak FAHAM dan TAK DAPAT SOLUSINYA.

Mudah-mudahan ramai yang mendapat manfaatnya. Saya mendoakan PENYEMBUHAN buat mereka yang telah mendapatkan rawatan tempohari. Kepada yang BERMINAT untuk mendapatkan SESI RAWATAN PERCUMA INI, kunjungilah REIKI-i MEDIC di Shah Alam pada setiap SABTU (malam) MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN. Sila hubungi Master Lutfi 017-333 2349 atau Master Ismi 017-300 2349 untuk maklumat lengkap.

Master G

ps: untuk makluman, saya mengaplikasikan Reiki Sufistik @ Nur Reiki Salam serta berbagai kaedah lain dalam sesi rawatan saya.


Leave a Comment :, more...

Ceramah Aura di KPPK Putrajaya

by Admin on Jul.05, 2009, under Info IQBC

Salam,

Maaf di atas kelewatan mengemaskini artikel di dalam blog ini, maklumlah.. agak sibuk sejak kebelakangan ini. Alhamdullillah, Kursus Reiki Tahap 1 & 2 berjalan dengan lancar semenjak semalam. Peserta pada kali ini hebat-henat belaka dan 3 daripada mereka mendapat PhD dalam bidang masing-masing.

Ok, coretan kali ini adalah berkisar tentang ceramah kami di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Dr Mir Hazil dijemput oleh Bahagian Psikologi KPPK untuk menyampaikan ceramah ini demi meningkatkan lagi mutu kerja dalam menjaga kualiti serta meningkatkan lagi potensi dalaman warga kerja di kementerian yang terbabit.

img_0014

Walaupun ceramah hanya untuk 2 jam sahaja tetapi warga kerja KPPK sememangnya amat positif. Ini berdasarkan pada corak soalan yang ditanya. Syabas kepada anda semua. Anda bijak bertanya !!!

Akhir kata, kami warga kerja IQBC mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Norjumawaton kerana sudi untuk mengundang Dr Mir Hazil untuk menyampaikan ceramah dan juga terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Terima kasih !!

Di bawah ini saya sertakan beberapa gambar sewaktu sesi ceramah diadakan..

img_0001img_0003img_0004img_0007img_0019img_0025img_0024img_0028

img_0018

Leave a Comment :, more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!