Reiki 7Chakra

Archive for June, 2009

Reiki : Tenaga Alam BUKAN Tenaga Dalam

by Admin on Jun.28, 2009, under Info IQBC

InnerGy Quest Bio Concept Sdn Bhd menawarkan siri kursus Reiki dan kami disini amat mementingkan kualiti dan amat menitik beratkan HASIL yang akan dirasai oleh peserta-peserta kursus. Terdapat penjelasan diantara kursus yang murah dengan kursus yang mahal. Seperti barangan, murah bererti barangan biasa, maka ISInya juga berkelaskan tahap BIASA. Berbanding dengan barangan yang mahal, SUDAH PASTI ISInya berkelaskan tahap LUARBIASA.

Ada beza antara nasi lemak yang berharga RM 1.00 dengan nasi lemak yang berharga RM 3.50. Apa bezanya? Sudah tentu nasi lemak yang berharga RM 3.50 ini penuh dengan lauk-pauknya seperti ayam, sotong & daging rendang.. berbanding dengan nasi lemak yang berharga RM 1.00 yang sudah tentu hanya ada telur rebus separuh. Akan tetapi, ramai yang ingin nasi lemak yang penuh dengan lauk pauk tetapi hanya dengan berharga RM 1.00. Perkara ini memang kelakar tetapi inilah mentaliti kebanyakkan rakyat Malaysia. Kebanyakkannya fikir MURAH, MURAH, MURAH, KECIL, KECIL, KECIL…

Begitu juga dengan ilmu Reiki ini, ilmu ini bukan  milik orang yang tidak serius dalam kehidupan, ilmu ini bukan milik mereka yang sering melihat sesuatu yang kecil-kecil & murah-murah, ilmu ini bukan untuk dipelajari untuk memesongkan akidah, ilmu ini tidak layak untuk mereka yang merasakan mereka sudah bagus.

Pemahaman sepenuhnya tentang pratis Reiki merupakan FOKUS UTAMA kami. Kami turut memberikan PERKHIDMATAN KHUSUS secara PERCUMA selama 6 bulan kepada peserta kursus Reiki semata-mata ingin menjaga tahap kualiti dan ingin memastikan peserta-peserta ini tidak tersalah faham dalam praktikum mereka. Mereka hanya perlu menghubungi IQBC dan menanyakan soalan kepada kemusykilan mereka secara terus. Hubungan antara mereka kami teruskan walaupun diluar sesi kursus. Saya pasti tempat lain tiada buat sebegini, jika ada masakan terdapat Master Reiki aliran lain yang mengatakan dengan penuh yakin bahawa Reiki ini tenaga dalam. Nak kata tak faham bahasa jepun mungkinlah, tetapi apa yang mereka belajar dengan guru mereka?

Rei = Alam

Ki = Tenaga

Ini adalah  fakta yang sering diTEKANkan oleh kami di IQBC dan mana-mana perguruan Reiki Usui. Ini merupakan asas, jika asas pun salah dah tentu praktis yang lebih “advace” juga salah kerana dia menggunakan tenaga dalaman. Kami di IQBC sebenarnya sudah jemu untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh perguruan Reiki yang lain.

Baru-baru ini kami ada menerima panggilan telefon dan individu ini mengatakan bahawa dia pernah belajar Reiki sehingga tahap Master cuma dalam masa 1 hari. Wow.. memang macam mee maggie.. sedap dimakan, cepat dimasak.. lepas tu nganga… Dia minta kami bantu dari segi nasihat yang pelbagai. Mana perginya guru dia? Gurunya sibuk jual produk dan kumpulkan kekayaan. Untuk orang ini, mindset “hendakkan yang murah tapi isi banyak” lah yang menjadikan anda terkapai-kapai tanpa memahami apa yang dipelajari. Nota tiada, manual pun tiada, tapi dah jadi Reiki Master. Memang kelakar, tapi inilah kebanyakkan mentaliti rakyat Malaysia. Saya hanya boleh gelak…

Kalau hendak dikumpulkan gelak saya ini bukan itu sahaja, ada BANYAK lagi.. cuma saya malas nak fokus kepada itu. Kepada rakyat malaysia, nantikan kursus kami yang murah,murah, murah pada masa akan datang.

-Master Lutfi-

0263722

4 Comments more...

Bazar Puteri Pos Malaysia KL

by Admin on Jun.28, 2009, under Info IQBC

Tarikh : 25hb & 26hb Jun 2009

Tempat : Ruang legar Pejabat Pos Malaysia Kuala Lumpur

Aktiviti : Bazar Puteri Pos

Saya, Master Ismi, Master Siti Fauziah dan Shuada telah membuka gerai kecil untuk produk 7chakra &  Busana Muslim. Saya datang lewat sedikit dalam jam 3 ptg kerana membantu Dr Mir Hazil memberi ceramah Aura Personaliti Warna di Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi di Putrajaya pada paginya.

Dibawah adalah gambar kami yang ceria dan “huru-hara happy go lucky”..  layannn..

img_0602img_06052img_06062

img_06071

img_06111

img_0610

img_0613img_06141img_0603

img_06181

Leave a Comment more...

Reiki : Teknik Khusus Dalam Menangani Tekanan (Stress)

by Admin on Jun.25, 2009, under Uncategorized

sakit-jiwa2Tekanan datang dalam pelbagai bentuk. Ianya merupakan sebahagian dari gaya kehidupan pada alaf ini. Gaya kehidupan yang kurang sihat, keadaan persekitaran yang tidak selesa, udara yang tidak bersih, faktor kewangan dan kurang kepuasan dalam kerjaya adalah antara faktor penyumbang kepada wujudnya masalah tekanan ini.

Laporan statistik dari Kementerian Kesihatan berkenaan sakit mental ringan kepada skizofrenia pada 20 Jun 2009 menunjukkan seramai 397,010 individu yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar psikiatri di hospital kerajaan, berbanding 324,344 pada 2007. Peningkatan ini amat membimbangkan dan ianya semakin meruncing.

Aspek emosi dan mental merupakan sebahagian dari diri manusia. Ianya tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa dan ianya ADA. Kurangnya kesedaran dalam cara menangani tekanan merupakan penyumbang utama dalam meningkatnya tahap tekanan dalam diri.

Bermula dari minda yang berserabut ianya akan menghasilkan perasaan yang tidak menentu. Keadaan ini turut mempengaruhi ritma tubuh dan jika dibiarkan terlalu lama maka akan timbul pelbagai gejala seperti tekanan darah tinggi, hilang selera makan atau makan berlebihan dan sebagainya. Simptom-simptom permasalahan yang berlaku merupakan tanda-tanda bahawa terdapat ketidak harmonian tenaga dalam tubuh.

Tekanan yang pada asalnya hanya berada ditahap mental kini telah pergi jauh ke tahap fizik. Pada tahap ini seseorang perlu mendapatkan pelbagai rawatan untuk merawat sisitem tubuh yang telah terganggu ritmanya. Darah tinggi merupakan salah satu dari penyakit yang berpunca dari kegagalan mengawalselia tekanan. Dalam ertikata lain, penyakit fizikal adalah manifestasi terakhir penyakit.

Solusi

Dikenali dengan nama ‘Terapi Tenaga Alam’; Reiki memberikan solusinya. Hadir bersamanya teknik yang mudah dipelajari serta boleh dipraktikkan dimana sahaja. Teknik yang mudah ini hanya memerlukan aliran tenaga alam dialirkan kepada mana-mana bahagian tubuh yang hendak dirawat atau pusat tenaga (chakra) demi mengharmonikan tenaga dalam tubuh. Ianya dapat dilakukan dalam tempoh 30 minit untuk merawat diri sendiri secara keseluruhan. Ianya boleh dilakukan sewaktu berada dipejabat, dihadapan televisyen, selepas solat atau pada masa dan tempat yang dirasakan sesuai.

Tumpuan utama rawatan adalah untuk mengharmonikan aliran tenaga dalam tubuh dan ianya merupakan kunci kepada kesihatan yang sejahtera. Teknik ini dibahagi kepada tiga peringkat iaitu

  1. Cleansing ( Pembersihan )
  1. Energize ( Menambah Tenaga )
  1. Protection ( Perlindungan )

Cleansing ( Pembersihan )

Peringkat ini merupakan proses pembersihan hambatan pada jaluran tenaga yang telah menyekat aliran tenaga dari pusat tenaga keseluruh tubuh. Hambatan ini merupakan tenaga kotor yang terkumpul lalu mengeras dan ianya harus dibersihkan untuk melancarkan kembali aliran tenaga kepada keseluruhan sistem tenaga hayat manusia.

Energize ( Menambah Tenaga )

Peringkat ini pula merupakan tahap dimana tenaga alam ( Reiki ) akan dialirkan terus ke semua pusat tenaga dan tenaga ini akan berasimilasi dengan dengan dalam tubuh serta akan mengembalikan keharmonian dalam tubuh.

Protection ( Perlindungan )

Memperkuatkan dinding lapisan Aura merupakan fokus utama peringkat ini. Kini kerana aura merupakan perisai yang melindungi manusia dan ianya seperti lapisan ozon yang melindungi bumi.

Terapi tenaga alam ini merupakan satu teknik TERKINI dalam merawat pelbagai permasalahan termasuk merawat tekanan (stress). Kaedah ini sangat popular di barat dan ianya telah berkembang di Malaysia. Di Malaysia Reiki berada dibawah selian Kementerian Kesihatan dan pengamal Reiki yang hendak memberikan khidmat mereka kepada masyarakat haruslah berdaftar dibawah Kementerian Kesihatan.

Dengan peningkatan masalah dalam menangani tekanan maka amat sesuai jika seseorang itu mempelajari Reiki. Ianya umpama pelaburan sepanjang hayat dan boleh diajarkan kepada anak, adik-beradik dan teman-teman.

Dengan memahami kaedah rawatan, seseorang itu dapat megubah teknik itu mengikut kesesuaian diri berdasarkan kreativiti masing-masing.Keunikan terapi Reiki adalah ianya mampu merawat keseluruh aspek seperti kerohanian, emosi, minda dan fizikal; tidak pula hanya terbatas untuk merawat penyakit semata-mata malah ianya juga boleh digunakan untuk mengharmonikan semula tenaga pada persekitaran yang turut akan mempengaruhi tahap mental, emosi dan fizikal seseorang itu

- Master Lutfi -

026372

2 Comments :, more...

“New” Master dilahirkan di IQBC

by Admin on Jun.23, 2009, under Promo

Pada tanggal 21 Jun 2009, IQBC telah meng’rekrut’kan lagi master-master REIKI bagi terus memperjuangkan & memakmurkan ilmu Reiki ini di seantero pelusuk. Moga dgn segala ilmu yg telah dipelajari, diketahui, dikaji, direnungi, dikupasi oleh Dr.Hazil dapat diadaptasi, diamalkan dlm kehidupan seharian.

Rugilah kiranya segala ilmu yg dipelajari dibiarkan ianya terkubur dlm diri tanpa mempraktikkanya. Moga kita bersama dapat terus mengembangkan lagi ilmu Reiki dimata masyarakat.

Syabas bagi mereka yg telah berjaya bergelar Master. Bravo2!!!

img_0604

img_0607

img_0609

img_0614

Majlis pengijazahan master-master kpd Master G

img_0618Master Rizal yg ‘feel good’

img_0619Master Iza Rosman. Kontrol macho tue

img_0620Master Noriza yg ‘vogue’

img_0621Master Ramlah yg kiut

img_0622Master-master ‘James Bond’

Leave a Comment more...

Talk di SM Subang

by Admin on Jun.23, 2009, under Info IQBC

img_87971Para cikgu di SM Subang

img_87981Dr.Hazil aka Master G menyampaikan talk Aura & Chakra

img_87992Penuh perhatian walaupun masih tercari-cari

img_88011Berdirinya saya disini adalah utk ….hehehehe

img_8802Terpegun melihat luasnya ilmu tuhan

img_88061Pendidik anak bangsa

img_88071Pn Shuha turut hadir. Kusyuk betul Master Lutfi

img_8808Pengetua SM Subang aka Master B. Bertudung peach berjubah hitam

img_88091Kacak & Bergaya. Master Lutfi

img_88101Apa yg direnungnya tu Master Ismi?

Alhamdulillah. Pada 20hb Jun yg lepas, jemputan dari Pengetua SM Subang, Pn Bahariah Adnan @ Master B kerana sudi menjemput Dr.Hazil memberikan ceramah mengenai Aura & Chakra. Terima kasih kpd beliau, moga ada lagi jemputan beliau ke sana.

Terima  kasih juga buat guru-guru yang sudi meluangkan masa mendengar ceramah berkenaan. Tidak lupa juga bagi yg membantu menyediakan peralatan seperti LCD, microphone, walaupun bertukar-tukar microphone nya. Moga ada ilmu yg bertambah pada kalian. Ilmu tuhan sgt luas, selagi kita mencari, mengkaji, menghayati, pasti kita bertemu dgn ilmuNYA. InsyaAllah

Leave a Comment more...

Kursus Sukses Reiki Tahap 1 & 2 – 4hb & 5hb Julai 2009

by Admin on Jun.16, 2009, under Promo

reiki-1-n-2-a

Kursus Sukses Reiki Tahap 1 & 2 akan diadakan pada 4hb & 5hb Julai. Kursus selama 2 hari ini akan sepenuhnya dikordinasikan oleh Dr Master Mir Hazil Azran. Peserta akan mendapat bimbingan secara terus dan latihan + nasihat selama 6 bulan selepas menyertai kursus ini. Perkara ini hanya terdapat di IQBC.

Daftarlah dengan segera sebelum 30hb Jun sementara tawaran diskaun 30% masih ada. Buang sikap berfikir 2 kali kerana ia akan menyebabkan anda berfikir sebanyak 20 kali sebelum bertindak. Ianya akan melambatkan anda.

Tidak perlu was-was kerana kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator yang berpengalaman dan ilmu ini disampaikan oleh PRESIDEN REIKI MALAYSIA. Orang yang sukses hanya belajar dan tiru cara orang yang sukses.

Ayuh, sertai kursus ini dan ajaklah rakan-rakan atau saudara-mara yang berminat. Komisyen RM 100.00 akan diberikan kepada anda apabila anda membawa SEORANG rakan untuk menyertai kursus ini.

Peserta kursus akan turut mendapat

  • Sijil
  • Nota & Manual Reiki
  • Poster Teknik ‘Reiki Hands On’

Sebarang pertanyaan sila hubungi IQBC 03-58804349 / saya 017-3332349 / Master Ismi 017-3002349.

1 Comment more...

Fesstis

by Admin on Jun.10, 2009, under Info IQBC, Promo

top01welcome

Salam,

Sedikit makluman untuk pelanggan kami yang berada di sekitar Shah Alam, IQBC akan berada di Kompleks PKNS pada 12, 13 & 14 Jun ini dari jam 10 pg – 10 mlm sempena Festival Sains Teknologi & Inovasi. Datanglah ke gerai  A9 kami  beramai-ramai seramai yang mungkin untuk menikmati potongan harga sebanyak 30% dan produk PERCUMA !!!

Leave a Comment : more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!