19 Jun : Workshop Reiki 360
by Admin on May.31, 2010, under Promo Terkini
Salam Aura Kedamaian,
Workshop Reiki 360-Tahap 1 diadakan demi untuk memperkenalkan Reiki di kalangan warga Malaysia. Reiki 360 merupakan jenama untuk siri kursus Reiki. Reiki membawa maksud Tenaga Alam manakala 360 membawa maksud Keseluruhan, Holistik atau 360 darjah. Kewujudannya adalah untuk melengkapkan apa yang kurang dalam kehidupan seharian kita. Reiki 360 menawarkan beberapa kaedah serta teknik yang boleh diaplikasikan oleh setiap orang tanpa mengira latarbelakang keturunan mahupun bangsa.
Workshop ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Mir Hazil Azran Ramli selaki Reiki Chapter Leader Malaysia. Beliau memiliki pengalaman 13 tahun dalam bidang perubatan alternatif ini.
‘Personal Coaching’
Peserta akan mendapat tunjuk ajar terus dari Dr Mir Hazil tanpa sebarang tapisan dan ianya bersifat telus berdasarkan tujuan asal peserta mengikuti workshop Reiki 360.
Maklumat, Pengisian & Objektif Workshop
Reiki 360 – Tahap 1
Workshop Reiki 360 – Tahap 1 ini akan diadakan satu hari bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada 22 Mei 2010.
Anda akan didedahkan dengan pengisian seperti berikut ;
Pengenalan Ilmu Reiki
- Apa itu Reiki
- Prinsip Reiki
- Pendedahan sejarah awal Reiki meliputi pencarian & penemuan Dr. Mikao Usui
- Sejarah kedatangan Reiki ke barat seterusnya ke Malaysia.
- Kaitan antara manusia dan tenaga dari alam semesta.
Sistem Bio-Energi
Merangkumi segalanya berkenaan Sistem Bio Energi Manusia seperti kesan dan keperluan yang dipelukan untuk menjaga serta menjana (menghasilkan) tenaga yang memberi kesan positif pada diri.
- Aura – Perihal Medan Elektro Magnetik – Kaitannya dengan diri
- Chakra – Perihal Pusat Tenaga manusia – Kaitannya dengan diri
- Kundalini – Perihal Jaluran Tenaga Utama – Kaitannya dengan diri
- Meridian – Perihal Jaluran Tenaga Halus – Kaitannya dengan diri
Kuasa Minda
- Meliputi perihal kebolehan, potensi serta kualiti yang ada pada otak dan keupayaan minda manusia.
- Kekuatan corak pemikiran.
- Kuasa Minda bawah sedar dan keupayaannya mampu memberikan kesan besar pada diri.
Teknik Pernafasan
- Penerangan dan Praktikal jenis-jenis corak Teknik Pernafasan Khas
Meditasi
- Penerangan kesan Meditasi dari sudut Saintifik serta kesannya pada Sistem Aliran Tenaga Tubuh seterusnya kesan pada tubuh.
- Praktikal Meditasi
Pengijazahan Reiki
Pengijazahan Reiki merupakan perkara yang paling PENTING didalam mempelajari Reiki. Pengijazahan ini berupa Penyelarasan Tenaga dan pengijazahan ini akan dilakukan sendiri oleh Dr. Mir Hazil Azran Ramli dengan penuh tertib.
Kaedah & Teknik
1) Teknik Menjana Energi
- Teknik ini digunakan untuk menjana energi pada tubuh.
2) Teknik Memecah ‘Blockage’
- Teknik ini digunakan untuk memecahkan Hambatan Tenaga (Energy Blockage) yang terdapat pada Sistem Aliran Tenaga Manusia.
3)Teknik Imbasan Telapak Tangan (Palm Scanning)
- Teknik ini digunakan untuk mengesan permasalahan atau punca permasalahan.
4) Teknik Kirim Tenaga (Energy Transfer)
- Teknik ini digunakan untuk menghantar tenaga secara jarak jauh. Teknik ini boleh digunakan pada apa-apa jua yang berkaitan dengan sendiri. Pada tahap 1 peserta akan didedahkan dengan teknik yang amat menkjubkan ini.
5) Teknik Penyembuhan Diri (Reiki Self Healing)
- Teknik ini bertujuan dan digunakan untuk melakukan penyembuhan pada diri samada permasalahan fizikal ataupun psikologikal.
- Perisai Diri
- Aura Penampilan & Keyakinan
6) ‘Cleansing & Energizing’
- Teknik ini merangkumi kesemua gerak kerja teknik di atas.
7) Program Air & Kristal
- Kaedah untuk memprogram air, batuan kristal.
Tujuan & Objektif
- Ilmu AURA & BIO-ENERGI untuk membuka KUNCI KEHEBATAN DIRI. MENGENALI KEHEBATAN ’ALAM PENYEMBUHAN DIRI’
- Pengenalan ilmu Reiki secara ilmiah & Praktikal. Tujuan & Panduan Penyembuhan Diri untuk apa jua permasalahan Fizikal & Psikologikal.
- Membantu MENJANA ENERGI dalam MEMECAH BLOCKAGE pada Sistem Aliran Energi Tubuh yang menjadi HALANGAN untuk MENCIPTA KEKAYAAN & KEMAKMURAN dalam hidup.
- Sebagai ’tools’ berupa IKHTIAR yang bermula seawal peringkat metafizik : Minda & Energi, Kuasa Kepasrahan & Redha (Kerohanian)



Pencarian anda akan berakhir disini dan permulaan hidup baru anda akan bermula disini.
Disini anda akan didedahkan bahawa betapa LUASnya ilmu REIKI ini.
Rebutlah KUNCI ini, gunakan KUNCI ini untuk anda mencapai segala impian yang anda inginkan.
Kepuasan anda adalah kepuasan kami.
Kepada mereka yang telah kecewa dengan workshop / kursus yang menjanjikan macam-macam tapi sampai sekarang tiada hasil.. Disini merupakan tempat yang sepatutnya anda tuju dahulu…
Kami tidak menjanjikan JUTAAN RINGGIT, dan kami tidak menjanjikan sesuatu yang LUARBIASA melampau..
Kami hanya menjanjikan ENERGI, KETENANGAN & KEBAHAGIAAN
ENERGI adalah keperluan dan ENERGI ini yang akan mengaktifkan keseluruhan daya penggerak untuk mengecapi segala yang anda inginkan dalam hidup.
ENERGI ini yang akan memberi KETENANGAN kepada anda untuk berfikiran kreatif & aktif
ENERGI ini yang akan memberikan KEBAHAGIAAN kepada anda kerana akan membersihkan anda dari segala ‘blockage’






