Reiki 7Chakra

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Perihal Reiki

by on May.15, 2011, under Uncategorized

1) Apakah maksud Reiki?

Reiki …merupakan gabungan dari dua perkataan Rei dan Ki yang membawa maksud tenaga alam atau “Universal Life Force Energy”.

2) Apakah sebenarnya ‘teknik’ Reiki?

Reiki merupakan salah sebuah teknik terapi komplementari yang menggunakan tapak tangan untuk mengalirkan energi kepada tubuh pesakit.

3) Apakah maksud Usui Reiki?

Usui Reiki merujuk kepada REIKI YANG ASAL daripada Dr. Mikao Usui sendiri yang telah dikemaskini oleh Dr. Chujiro Hayashi di mana ia mendedahkan pelajar kepada TEKNIK PENYEMBUHAN TAPAK TANGAN. Usui Reiki mendedahkan pelajar kepada prinsip-prinsip Reiki, tahap-tahap Reiki dan bagaimana melakukan terapi.

4) Bagaimana pula reiki yang diperkenalkan Dr Mir Hazil iaitu REIKI BIO-ENERGI?

REIKI BIO-ENERGI merupakan KESINAMBUNGAN dari Usui Reiki, SEGALANYA TIDAK BERUBAH, hanya yang membezakannya adalah dengan PENAMBAHAN SILIBUS kepada pendedahan konsep energi dari sudut saintifik. Sebagai contoh adalah kupasan terperinci mengeni frekuensi warna, fungsi otak, minda dan sebagainya yang tidak dimasukkan di dalam Usui Reiki.

5) Bagaimanakah seseorang itu boleh mengalirkan energi ini?

Seseorang itu boleh mengalirkan tenaga ini hanya dengan ‘intention’ atau niat untuk mengalirkannya.

6) Sesiapa sahaja pun boleh mengalirkannya?

YA, sesiapa sahaja boleh mengalirkan energi ini tetapi dengan melalui proses pembelajaran dan pelarasan atau pengijazahan, tenaga ini dapat dialirkan dengan lebih lancar dan berkesan.

7) Adakah energi Reiki boleh dialirkan kepada objek lain?

BOLEH, energi ini boleh dialirkan kepada haiwan, tumbuhan, makanan, air mandian, batu kristal dan sebagainya termasuklah rumah dan premis perniagaan.

8) Ibu saya sedang sakit di kampung, bolehkan energi Reiki dihantar melalui jarak jauh?

BOLEH. Anda boleh menghantar energi penyembuhan Reiki kepada siapa jua walaupun berada jauh, atau di luar negara dan di mana sahaja anda berada malah teknik penyembuhan Reiki ada garis panduan dan teknik dalam rawatan jarak jauh.

9) Saya adalah seorang perokok tegar, adakah Reiki boleh membantu untuk mengurangkan ketagihan seterusnya menghentikan ketagihan merokok saya?

SAMA SEKALI BOLEH. Teknik penyembuhan reiki juga boleh digunakan dalam merawat dan membuang tabiat serta ketagihan yang dialami termasuklah ketagihan minuman beralkohol dan dadah.

10) Apakah itu proses pelarasan atau pengijazahan (attunement)?

Proses pelarasan merupakan proses di mana sistem Bio-energi tubuh seseorang dilaraskan oleh seorang Reiki Master supaya energi lebih lancar untuk dialirkan kepada pesakit mahupun diri sendiri.

Dari : Dr. Mir Hazil Azran Ramli

AURA PENYEMBUHAN REIKI. Jun 2008 – PTS MILLINNEA. Buku untuk semua yang mencari PENAWAR HEBAT untuk segala isu kesihatan tubuh badan, minda, emosi dan kerohanian. Belajar terus dari buku ini teknik REIKI yang telah dipraktikkan oleh lebih 5juta orang di seluruh dunia. BUKU REIKI MALAYSIA PERTAMA & TERUNGGUL.. PADAT-MUDAH-BERKESAN.

Dapatkan buku ini dengan menghubungi 017 – 333 2349

:, , , , , , ,
4 comments for this entry:
  1. Khairul

    Salam
    Saya nak tanya, benarkan reki tidak melibatkan tenaga makhluk jin. Bagaimana kita nak pastikan unsur2 Makhluk jin ini tidak mresap masuk kita cuba menyerap tenaga alam kedalam badan kita.

    T.Kasih

  2. Admin

    As salam,

    Jin boleh meresap masuk ke dalam tubuh manusia melalui pelbagai cara bergantung kepada tahap keimanan seorang pengamal itu. Jika tuan PERCAYA bahawa energi yg mengalir itu dari Allah s.w.t maka tuan tidak perlu khuatir, melainkan jika keimanan tuan telah mula goyah, maka jin2 akan cuba untuk mengambil kesempatan diatas kelemahan tuan.

    Terima kasih

    - Master Lutfi -

  3. Khairul

    Master Lutfi,

    Terima Kasih kerana menjawab pertanyaan saya. Saya sebenarnya sangat2 berminat untuk belajar Reiki, tetapi apabila terbaca kisah2 pengamal reiki sebagai contoh seperti dilink berikut (http://www.fadhilza.com/2010/02/tadabbur/reiki-dan-islam-sejalankah.html#comment-29285)saya menjadi bimbang.

    Mungkin Master Lutfi boleh beri penerangan serba sedikit bagi memastikan bagaimana kita dapat pastikan enegi alam yang kita serap itu adalah bersih dari energi jin, dan sebagainya.

    Terima Kasih

    Khairul

  4. Admin

    Khairul,

    Saya dah baca artikel tersebut.. jin boleh menyusup masuk dalam apa jua kaedah ataupun teknik hatta jin boleh menyusup takkala kita sedang membaca sekali pun dan jin juga boleh menyusup masuk ketika khairul sedang makan atau sedang bekerja..

    artikel tersebut masih belum MEMBUKTIKAN bahawa reiki pengamal tersebut mempunyai jin. Khairul boleh datang ke tempat kami jika nak tahu lebih lanjut.. saya boleh terangkan dari A-Z, bukan apa, saya malas taip panjang2 kerana penjelasannya panjang.

Leave a Reply

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...

Archives

All entries, chronologically...