Tag: Hayati Doa
Kenapa ‘Law of Attraction’ tidak menjadi?
by Admin on Aug.30, 2009, under Info, Quantum Kejayaan
Topik berkenaan Hukum Penarikan seperti ‘menyepi’ sejak kebelakangan ini. Mungkin disebabkan oleh KESAN PEMAHAMAN bagaimana hukum itu bekerja. Topik ini sememangnya merupakan topik yang popular satu ketika dahulu dan penulisan artikel berkenaanya juga boleh didapati di blog-blog kategori ‘pembangunan insan’ yang terdapat di Malaysia ini.
Difahamkan bahawa ramai juga yang dapat merasai apa yang dinyatakan dalam teori hukum itu dan tidak kurang juga ada yang sampai la ni tidak dapat merasai apa yang dinyatakan dalam teori itu. Mereka masih gagal dalam mencapai apa yang difikirkan / digambarkan. Kesan daripada hasil yang sebegini akan menyebabkan pendirian seseorang itu makin goyang, bila tiada keyakinan…. buat istana pasir pun akan runtuh…
Pengalaman bekerja di IQBC telah menemukan saya dengan ramai mereka yang sudah fed-up dengan perkataan ‘Law of attraction’. Mereka-mereka ini datang dari pelbagai jenis latar belakang. Terlalu ramai dan kebanyakkannya mempunyai ISU yang sama. Berdasarkan rekod kaji selidik, saya mendapati isu bagi kebanyakkan mereka adalah SALAH CARA dalam mengaplikasikan teori hukum penarikan kerana tidak mendapat maklumat yang mencukupi secara sengaja atau tidak sengaja.
![iStock_000005602420XSmall[1] iStock_000005602420XSmall[1]](http://7chakra.com/blog/wp-content/uploads/2009/08/iStock_000005602420XSmall1.jpg)
Mereka terlepas pandang satu aspek utama. Aspek ini jarang diberi perhatian oleh mereka. Aspek itu merupakan SUIS yang akan mengaktifkan GETARAN 90% yang mempunyai daya kuasa yang sangat tinggi umpama tenaga Nuklear. Suis itu adalah PERASAAN. Ramai yang seperti ‘blur’ / terpingga-pingga dan menanyakan “apakah kaitannya perasaan dalam mengaplikasikan teori hukum penarikan itu?”
Perkara terlepas pandang / lalai / tidak peka ini merupakan lumrah manusia normal dan ianya harus juga ditangani secara bijak dan memerlukan orang kedua sebagai pemerhati yang bertujuan untuk menegur. Itulah pentingnya kawan dan itu juga tujuan utama bagi kebanyakan organisasi / pertubuhan / kelab / persatuan / geng. Saling tegur-menegur jika salah seorang telah tersasar jauh dari landasan.
Ok, kembali ke landasan topik… jawapannya YA! Perasaan / mood memainkan peranan penting dalam mengeluarkan / menghasilkan / menghantar getaran gelombang (energy vibration) ke alam ini .

Perasaan yang tepat + selari dengan apa yang difikirkan / digambarkan dalam minda merupakan salah satu caranya. Perasaan yang tepat ini dinamakan sebagai YAKIN – Yakini doa dikabulkan Tuhan. Juga harus diserta dengan RASA SYUKUR (perasaan) dan TAHU apa yang diMAHUkan (minda / aqal). Minta secara TEPAT, lihat POKOK bukan HUTAN. Hayati setiap nikmat tuhan yang diberi.
Gabungan perasaan + minda inilah merupakan SUIS yang harus ditekan / tapp / ketuk manja dan diamalkan / disalurkan melalui DOA kita seharian.
Fikir / Penggambaran positif + rasa positif (feel good)= Kuanta Nasib / Getaran Tenaga 90% / Tenaga Nuclear menurut Hukum Pasti Fizik Newton.
Jadi kepada mereka yang pernah dikecewakan oleh ‘law of attraction’, masih ada lagi jalan untuk mengaktifkan kembali semangat yang hampir padam itu. Ketahuilah bahawa hukum penarikan itu akan sentiasa menjalankan tugasan sunnatullahnya berdasarkan program yang diterima. Kita, manusia merupakan sebahagian partikel dalam program itu. Keunikan manusia adalah kita mampu memanipulasi hukum itu untuk faedah bersama. Tujuan manusia adalah sebagai kalifah dimuka bumi.

Akhir kata – Jangan mulakan tindakan selagi PERASAAN yang tepat belum hadir.
p/s : Biasanya tindakan yang berperasaan / beremosi sering dikaitkan dengan tingkahlaku diluar kawalan. Kenyataan ini hanya berada disebelah sudut sahaja, apa kata dari sudut yang lagi satu??
Lutfi
